www.izyahya.com

Kesian Housemate Aku

Pada suatu hari, saya bloghopping tapi tiba-tiba saya terkejut apabila melihatkan ada satu blog ni curi gambar dari blog housemate saya. Patut la macam ku kenal je gambar-gambar tu. Cis betul.

Wah wah wahhh… pandainya kau right click lepas tu Save Image As kan.. memang bijak. Tapi kau tak reti ke nak bagi credit lepas mencuri?

Kalau kau kebetulan Google and jumpa gambar tu, kau kena jugak tulis la.. Walaupun sekadar tulis “Aku Google je gambar ni”

anis3Tapi tak logic la kan kau Google. Sebab setahu aku la, kau ni pernah belajar deco cupcake & cake dengan housemate aku. Mesti la kau pernah tengok blog dia. Eee aku marah betul dengan orang macam ni. Kau ingat buat cake tu tak payah effort ke? Yang kau sedap-sedap je amik gambar dia? Dah la tak inform.

anis2

Mesti orang cakap “Ala, bukannya aku curi gambar kau, ape yang kau nak sibuk-sibuk ni?” Aku marah on behalf housemate aku la. Sebab aku tau macam mana susahnya dia buat kek, deco kek. Sampai kadang-kadang if Anis nak pegi jogging or cycling, aku pun kena tolong tutup api dapur if dia kukus kek tu. So kiranya effort aku pun ada sekali la, paham?

Kesian housemate aku. Mentang-mentang la dia tak reti buat watermark kan. Orang suka hati je amik gambar dia tanpa kebenaran. Meh sini aku bukak purse kau, amik duit kau pastu buat bodoh je, suka tak?

Takpe la, nanti bila-bila aku ada masa, aku tolong la buat bagi gambar-gambar dalam blog Anis tak boleh right click. Or ajar dia buat watermark, letak kat tengah-tengah gambar biar orang tak boleh crop. Bukannya nak kedekut ke apa, tapi acknowledge la sikit orang, macam la susah sangat. Padahal Anis kata, ada je orang lain yang amik gambar kek dia & letak kat blog, tapi semua bagitau dia, at least bagi la credit.

anis1

Gambar-gambar yang aku letak dalam entry ni adalah gambar yang budak tu amik tanpa kebenaran dari blog Anis pastu letak kat blog dia. As if macam kau la pulak yang buat kek tu semua kan?

Curi gambar tu satu hal lah. Aku dapat tahu ada orang sewa mould si Anis ni lepas tu bengkokkan pulak. Dah la mould bola. Kalau bengkok kan obvious boleh nampak? Lepas tu buat senyap je macam takde apa yang berlaku. Dah la tak inform kat tuan punya mould yang benda tu dah bengkok.

Ingat mould ni semua Anis beli pakai timbang kati ke? Kadang-kadang aku sendiri pun tanya “Nis, apsal la kau dok beli mould ni semua, kan boleh sewa je..” Tapi Anis cakap kalau sewa ni susah sebab kau kena jaga betul-betul.. Nanti kalau barang orang rosak kan susah nak kena ganti balik.. Tapi bila orang lain sewa, orang tu pulak yang rosakkan. And now mould tu dah bengkok, macam mana la nak buat kek bola? Dah la musim World Cup. Ada ke orang nak bola yang bengkok?

Kalau pinjam barang orang tu, cuba la jaga sikit.. Kau pun tak suka kalau orang pinjam barang kau pastu rosakkan pastu buat bodoh kan?

Aku tak suka tau baca blog orang yang penuh dengan amarah ni. Tapi nampaknya entry aku kali ni pun penuh amarah hahaha.. Aku marah on behalf Anis yang takde masa nak marah sebab sibuk jogging, baking, cycling, climbing dan tah hape-hape lagi aktiviti dia.

Ok dah, bai la.

10 comments on Kesian Housemate Aku

  1. AlmirazNo Gravatar
    June 24, 2010 at 4:14 pm

    Iz, I pun sokong you…kalau tak reti nak buat kek tu jgnla nak amik Anis punya gambar lak…agaknya kek yg dia buat suma tak jadi kot sbb tu nak amik gambar Anis…

    btw, you tau ke mcmana nak buat bila right -click takleh save?…nak buatjugaklah camni…heheh

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 24, 2010 at 4:18 pm

      hehe.. dulu i pernah buat.. tapi bila i tukar blog layout, dah malas nak edit html. Nanti i carik balik macam mana nak buat, dah lupa :|

      Reply
  2. DidiNo Gravatar
    June 24, 2010 at 4:42 pm

    Ma, dulu aku ada jgk amik pic Anis utk isi dlm blog aku.
    Tp that one aku cute psl ke”teroran’ dia dlm seni membuat cake.
    Hihihihii……

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 24, 2010 at 4:44 pm

      itu lain la.. kau ada mention nama dia kan? ini takk.. orang tu buat bisnes jugak, tak kesah la tu kan.. tp gambar guna orang punya.. letak la gambar sendiri hoh

      Reply
  3. sueNo Gravatar
    June 24, 2010 at 5:08 pm

    sy sgt benci org copy paste hasil org lain..bkn sng nk deco cake….klu deco bnde yg sama tp hasil tgn sendiri lain cerita..ni copy paste hasil org lain…ape pun anis magic finger tetap mantap…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 24, 2010 at 5:10 pm

      Sue, betul. Kalau buat kek yang sebijik sama pun, buat la kan.. rezeki masing-masing. Tapi kalau letak gambar orang tapi tak bagi credit or anything, adakah dia cuba nak claim kek tu dia yang buat?

      Reply
  4. yusNo Gravatar
    June 24, 2010 at 10:34 pm

    sekarang macam2 woi. siap ade ambik gambar anak orang & mengaku tu anak dia, pastu joint contest & menang. Huh..kan gile hebat tu.Iz, dia cakap tu dia yang buat ke?gile kejam…dahlah pernah jadi pelajar si Anis.
    yus recently posted..Snow White VS Cinderella

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 25, 2010 at 9:23 am

      yus – apaaa?? curi gambar anak orang tu lagi melampau okkkkk

      Reply
  5. zaiazmNo Gravatar
    June 25, 2010 at 9:20 am

    eeiii tolong la ajar anis. bagitau ckit blog org yg curi tu..dia wat kek juga ker??? kt xkenal anis pn kita nk marah..sbb kita nk order kek bola masa besday adik abg nanti…hehee

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 25, 2010 at 9:23 am

      kak zai – haaa.. jaga-jaga la sebab bola anis dah bengkok kah kah kah.

      Reply

Leave a reply

CommentLuv badge