www.izyahya.com

East Coast Buffet Steamboat

Kat Kuantan tak banyak tempat untuk makan steamboat. Ada la Johnny’s kat shopping mall.. tapi aku tak suka.. sebab tak puas makan. Kena order by plate. Saya suka buffet. So pada suatu petang yang aman, saya dan sepupu dan anak beliau, dan adik saya pergi makan steamboat, kih kih.

DSCN3730Murah tak? Tempat dia ala-ala Flaming Steamboat jugak la.. Tapi ini East Coast Buffet Steamboat, hehe

 

DSCN3723 Pilih.. pilih.. jangan segan silu.. ini bahagian seafood dan sayur-sayuran

 

DSCN3724 ini pula bahagian ermm.. bahagian makanan.. hehe.. makanan camni panggil apa hah?

 

DSCN3725 Bahagian mee.. bermacam jenis mee

Masa kitorang sampai tu, dalam kul 5 lebih.. kedai ni baru je bukak time tu.. So makanan semua masih banyak dan kedai pun masih belum comot, hehe

 

DSCN3726 makanan juga masih belum dibuka..

 

DSCN3727

Ice cream dan air..

Pakej dia, RM20 dewasa, RM12 kekanak, pastu dapat air tin sorang dua tak silap aku.. Kalau amik air mcm Tropicana Twister tu, kena beli rasanya. Ehhh entah la, aku tak hingat. Ini dah berapa kurun punya gambar. Hari ni baru aku terasa nak blogkan, haha. So banyak fakta yang dah tak ingat. Kang sesia je kalau aku bagi #faktabiol kang, hahahaha

 

DSCN3728

Hah.. pandai-pandai la paham sendiri ye. Jangan membazir ketika ambil makanan. Biar amik banyak kali, tapi habis.. Jangan amik tamak haloba, pastu tak habis pastu siap kena denda lagi. Padan muka kau.

 

DSCN3731

Kitorang untung sebab datang awal, so orang takde lagi.. makan udang ngan ketam puas gila. Pinggan si Jidin penuh ngan kulit udang. Pinggan kak asra lak penuh ngan kulit ketam. Pinggan Ashraff penuh dengan kulit lala. Pinggan saya kosong. Sebab saya makan benda yang tiada kulit, hahahaha.

 

DSCN3732

Tomyam telur. Hahaha

 

Benda paling penting kalau bukak kedai steamboat ialah tomyam dan sup mestilah sangat sangat marveles. Baru la berpusu-pusu orang datang. Kat tempat ni, tomyam dia best. Cukup pedas dan cukup masam. Aku tak suka tomyam manis. Uwekkk.

Masa haritu, kitorang mintak kuah tomyam je. Takde sape yg sudi nak amik sup. hehe. Sebab tomyam dia sedappppppp…

DSCN3733

glup glup glup (bunyik mendidih) hahaha..

 

Ok, kat sini tempat dia tradisional la sikit.. tak macam kl, pakai stove electric.. sini kat bawah meja ada tong gas, hehehe. Ala, kuantan je.. what do you expect? Bukan sebuah bandaraya pun.. Dah ada kedai steamboat pun dah cukup bagus.. Kalau ada steamboat pun, banyak in chinese restaurant. Sebelum ni lagi la sedih, kena makan benda cucuk-cucuk tu je kat pasar malam. Tak pun yong tau fu. Hahaha

#faktabiol: Steamboat bukanlah boat yang di-steam selepas itu dimakan.

Edited: Tetibe ramai pulak orang YM/MSN/Gtalk/komen/tweet tanya tempat ni kat mana.. Sorry bebeh.. i lupa nak bagitau, hehe.. Untuk penduduk Kuantan, tempat ni terletak di Jalan Beserah. Kat deret-deret sebelum Alliance Bank tu.

Hahaha.. macam bangang je explanation aku. Blog orang lain siap letak alamat, no tepon. Aku? kui kui..

Edit lagi: Nah ni address diorang B-1913, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang.
Nak buat reservation pun boleh, call je +6013 9010415

Diorang bukak from Tuesday – Sunday je tau. Dari pukul 5 petang sampai 11 malam. Hari Isnin jangan datang. Tutup. Haha.

19 comments on East Coast Buffet Steamboat

  1. hajaNo Gravatar
    November 9, 2010 at 2:29 pm

    is,kat lumut tempat makan stimboat nama die shabu-shabu.rm19 sorg.tibe2 teringin nk g mkn stimbot tgk entry ko.hehe

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2010 at 2:44 pm

      Waaa yeke? nanti kalau pegi lumut, nak gi lah shabu-shabu.. aku suka steamboat

      Reply
  2. noraNo Gravatar
    November 9, 2010 at 2:35 pm

    kt mne kdai ni wei..aku since mngandung ank sulong cr kdai steamboat..ade yg kt kdai ns ayam hainan tp skng dh ttup kdai 2..kt johnnys 2 x pdn nk g mkn ctu..x pueh… :)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2010 at 2:42 pm

      Kat Jalan Beserah.. deret-deret sebelum Alliance Bank tu.. dia kat corner lot.. try la, sedap :)

      Reply
  3. Pn IdaNo Gravatar
    November 9, 2010 at 3:08 pm

    I lurve lurve lurve steamboat…apsal la kat sini takde steambot buffet yg murah tp byk variety?? yes betul, makan kat johnnys mcm tak puas. tgk gambar2 tu mcm bleh makan sampai pengsan! apsal tak update awal2 psl ni? kalo tau bleh i singgah masa lalu kuantan ari tu..:p

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2010 at 3:11 pm

      Hahaha.. mak lupa nok.. Ni browse-browse gambar untuk carik idea nak blog, tetibe jumpa. Hehe.. dah try Flaming Steamboat kat Bandar Sunway? situ pun boleh tahan jugak la sedapnya. Johnnys bukan setakat tak puas, malah tak sedapppppp :(

      Mana i tau u suka steamboat.. kalau tau, haritu i dah lukis peta untuk u, hehe

      Reply
  4. Pn IdaNo Gravatar
    November 9, 2010 at 3:21 pm

    alang2 nak lukis peta, lukis peta pegi tanjung lumpur skali..hehe..ari tu org duk ckp2 kata makan kat situ best giler. nnt bleh i buat day trip pegi kuantan semata2 nak makan..lunch kat east coast, dinner kat tg lumpur..hahaha..any ideas for breakfast?:p

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 10, 2010 at 10:11 am

      Breakfast.. hmm.. orang pantai timur makan nasik berlauk as breakfast.. kat area tanjung lumpur jugak kedai tu.. selalu penuh sampai ke makan tengah hari.. Tanjung lumpur malam-malam memang femes dengan ikan bakar.. patut haritu u call i la tanya.. haha..

      Reply
  5. Hazirah BarakbahNo Gravatar
    November 9, 2010 at 5:13 pm

    sedapnya wehhhh!!! gulp kempunan kempunan.

    #faktabiol: Steamboat bukanlah boat yang menggunakan kaedah steam untuk bergerak.

    Reply
  6. rinaNo Gravatar
    November 10, 2010 at 10:47 am

    femes la east coast steamboat pasni slps ko memblogkannya..hehe..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 10, 2010 at 10:48 am

      Pasni makan free la kat east coast steamboat! wahahahahaah.

      Reply
  7. hajaNo Gravatar
    November 11, 2010 at 11:24 am

    ha,dtgla.mmg shabu2 ni leh mkn sampai pengsan.aku mula2 cam ragu2 gak.name cam was2 je.siap masuk kaunter pembayaran g tgk sijil halal die.hehehe.

    Reply
  8. heikalNo Gravatar
    December 30, 2010 at 10:40 pm

    owh..u know where is flaming gak ek?…skang baru pindah pahang ke?harga cni mahal ke?..kt flaming 20 jek satu kepala…kt maeps serdang 19 per pax…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 31, 2010 at 11:30 am

      Tak la, my hometown memang kat kuantan. flaming kat sunway yg I selalu pergi. Eh flaming tu bukan 20++ ke? Kat kuantan ni 20nett. Lg berbaloi mkn. Kat flaming ramai sgt org, tak penah ada chance nak amik ketam. Asal diorg letak ketam je, org kerumun2 pastu abisss.. Huk huk. Kat flaming selalu dpt mkn processed food je haha. Tp sedap la tomyam dia. Anyway kalau u dtg kuantan, try la east coast steamboat ni, best :)

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 10, 2011 at 1:54 pm

      Yer.. memang sedap terutamanya bila puas dapat makan ketam :)

      Reply
  9. imNo Gravatar
    November 2, 2011 at 8:34 am

    skang dah RM22.00 sorang untuk dewasa..hehe

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 3, 2011 at 10:34 am

      Tulah.. dah naik harga, hehehe.. asal servis bagus, it’s okay

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 3, 2011 at 10:35 am

      eh tapi ada sekali tu I pergi sana, dapur tu macam rosak sebab api tak boleh nak besarkan.. lama gila tunggu.. tension :(

      Reply

Leave a reply

CommentLuv badge