Kesayangan

Kami ada 4 ekor kucing. Lilo, Ichii, A-oi dan Sookie Stackhouse. Tiga yang di depan tu, bukan aku yang bagi nama, sebab tu namanya pendek-pendek je. Kalau aku yang bagi nama konfem tak muat surat beranak, haha. Tapi kali ni kita takkan cerita pasal Sookie Stackhouse ok. Nak cerita pasal Lilo, Ichii dan A-oi je.

Lilo dan Ichi ialah adik beradik. Orang bagi free, kami ambillah. Tapi mereka berdua sungguh hitam. Hitam pekat, likat, melekat, macam kopi Pak Belalang, hihi. Hitam sungguh lah. Mula-mula aku tak berkenan. Sebab bila tengok diorang, rasa macam seram. Kan kucing hitam menyeramkan? Teringat cerita orang tua-tua kononnya mayat akan bangun kalau jenazah kena langkah dek kucing hitam, powerful bukan? Hehe. Macam Salem dalam cerita Sabrina the Teenage Witch pun ye jugak.

A-oi pula ialah kucing yang dijumpai di Klinik 1 Malaysia. Masa tu dia baby sangat. Perut buncit macam kena busung, sebab cacing. Doktor kata mungkin emaknya pun ada cacing, jadi susu mak dia tu dah tak fresh. Tercemar sebab kuman cacing. Jadi dia pun terjangkit. Kesian.. tak berdosa pun..

Kesian dengan A-oi, dia dibawa pulang. Diberi makan. Tapi A-oi berak merata. Cirit birit tak tentu hala. Yelah sebab dia tu kucing terbuang. Kasehan. Nak marah, tapi apalah yang dia tahu. Dia hanya seekor kucing! Dah la part kepala dia ada dua pembahagi warna yang tepat. Suka. Comel.

Ichi dan Lilo pula masa tu kena kurap kat telinga. Kesian sangat. Apa gunanya ada kucing tapi semuanya sakit kan? Tak sampai hati. Lalu kami bawa ketiga-tiganya ke vet untuk rawatan. Mulai dari tu, kami jaga ketiga-tiga mereka sepenuh hati. Sayang bukan main. Tiba-tiba dalam budget bulanan diselitkan budget untuk kucing.

A-oi sewaktu bayi

tiga kucing kurus yang pemalu, once upon a time

Kan aku dah cakap yang hitam dua ekor tu memang hitam sungguh. Kalau ambil gambar, cuma nampak collar je, haha. Gambar atas ni sewaktu diorang kecil lagi. Sungguh tak cukup zat mereka ni.

After few months, semua membesar dengan jayanya. So far sihat walafiat. Lilo dan Ichi jenis kucing yang badannya panjang, so badan rasa berat, tapi nampak kurus. Mesti berat tulanglah tu, tapi tak pemalas pun. Rajin tolong sepahkan barang. Katanya emak si Lilo dan Ichi ni kucing siam bulu panjang, tapi lahir anaknya sebegini rupa. Mesti bapak kau local cat yang hitam kan? Kata orang hitam-hitam si tampuk manggis. Mana tahu kot entahnya kena sumpahan macam filem P.Ramlee tu, cerita apa namanya? Habis sumpahan terus bertukar putih kan, hahahaha berangan. Takpe, tetap sayang juga walaupun kaler hitam sekalipun.

Ini A-oi si muka celoreng

Celoreng bukan sebarang celoreng. A-oi ni manja mengada-ngada kalau didukung. Terus jadi cam baby. Haha. A-oi hobinya selain makan, ialah tidur di mana sahaja, tak kira masa. Masa aku ambil gambar kat atas ni, keliling dia penuh orang tengah berborak dengan bising sekali. Dia tak hirau. Tido selamba.

Sekarang usia Lilo dan Ichi lebih kurang 7 bulan. A-oi pula baru 5 atau 6 bulan. Last 3 weeks saya bawa Lilo untuk dimandulkan.. Seminggu lepas tu, bawa Ichi dan A-oi pula. Kami bukannya bersikap kejam sebab memandulkan haiwan peliharaan, tapi sebab sayang lah kami buat begini.

Menurut JAKIM, hukum mengkasi haiwan kesayangan ialah HARUS. Lagipun ada banyak kebaikan yang kita dapat bila lakukan pembedahan ni. Source: Click here

Bila dikasi pada masa yang tepat, kucing tidak akan kencing merata. Kucing jantan apabila dah matang, diorang akan kencing merata untuk tanda kawasan. Macam ala-ala mafia kononnya. Kau masuk kawasan aku, sila bayar wang perlindungan. Haha.. tak tak.. kau masuk kawasan aku, apa lagi, marilah kita bergaduh!!

Maka kuatlah bergaduh juga. Ini bukan gaduh main-main macam masa zaman diorang baby tau.. takat main gigit-gigit yang tak sakit tu. Ini ialah pergaduhan serius, yang sampai luka dan tempang tu. Perasaan nak bergaduh sampai cedera ni tak ada bila dikasi.

Kucing ni, nature dia ialah dia suka merayau. Kadang-kadang berhari-hari hilang. Memang dia pandai cari jalan pulang. Tapi pulang dengan luka di sana-sini, kau suka ke? Aku tak suka. Pulang dengan perut yang memboyot sebab mengandungkan anak siapa tah, kau suka ke? Aku tak suka. Entah-entah kucing kurap mana entah. Lepas tu berjangkit kat kucing kau. Yang susahnya nak kena bawak pergi vet bila kucing kau sakit tu siapa lagi kalau bukan kau, kan? Itu kalau kucing kau baliklah. Kalau langsung tak balik-balik? On the way nak balik tetibe kena langgar ke. Ataupun diculik ke? Kau tak sedih? Aku sedih.

Bila kucing kau tak merayau jauh, maka kuranglah risiko penyakit berjangkit. Kucing ni cepat je terdedah dengan penyakit. Kurap lah, kutu lah, leukemia ha, virus apa-apa tah. Macam-macam. Aku memang sebolehnya taknak kucing aku sakit. Sedih tahu? Walaupun diorang cuma local cat. Takkan lah kucing parsi je yang kau nak jaga macam puteri raja kan?

Paling penting, no unwanted kittens. Bukannya tak suka, tapi kucing boleh beranak sehingga 4 kali setahun. Setiap kali beranak, dia akan beranak 3-5 ekor. Dalam setahun, mungkin kau akan ada lebih minimum 12 ekor kucing. Setiap ekor kucing, kau kena hantar vaccine. Setiap kali vaccine, paling kurang RM30. Satu ekor kucing, kena vaccine 3 kali. Booster shot mahal sikit, RM55. Kucing aku dapat suntikan vaccine yang cukup, kalau dia ada anak esok, takkan kau taknak bagi vaccine kan? Ye, memang boleh bagi orang.. tapi mungkinkah ada orang yang berminat? Kalau takde? Kau nak buang kucing tu kat pasar? Aku tak sanggup. Kalau kau ada masa untuk diorang, takpelah nak ada doploh ekor kucing sekalipun.

sob sob.. kasehan A-oi kena pakai collar resakse

Doc kata A-oi ni pembersih, suka menjilat seluruh badan, jadi kena pakai benda ni lepas pembedahan. Kitorang bagi dia dan Ichi rehat secukupnya kat Klinik. Operation hari Ahad, next Friday baru kitorang ambil dia.

Kat area lain, aku tak sure berapa harga untuk neuter/spay kucing. Tapi kalau kat vet yang aku hantar diorang ni, kalau neuter RM130, kalau spay RM180.

Dekat RM700 melayang untuk diorang berdua (spayed + hospitalised). Takpelah, janji kat wad ada orang jaga. Kat rumah, siang-siang hari semua orang kerja.. kesian kat diorang. Siapa nak bagi makan ubat, nak dressing semua kan.

Apa? Kena duduk kat wad sampai Jumaat? I hate yew kakak! Takmo kawan hoh!

Walaupun seminggu di wad, aku siap pergi melawat ok. Haha. Kelakar. Macam lawat manusia pulak.

menyampahhh!!! nak balikkk.. nak balikkkk!!! *buat perangai*

Kat rumah selepas dibawa pulang. Bosan tak dapat main

Dia ingat dia balik rumah boleh terus main ke? Doctor suruh kurung sebulan. Baiklah, kami menurut perintah. Yang penting kena cepat sihat. Semalam telah bawa diorang pergi buka jahitan. Semuanya ok, jahitan kemas walaupun bukan jahitan sembat. Apa kau dah gila nak buat jahitan sembat, insang pari semua? haha.

Lilo senang je. Sebab dia jantan. Takyah nak shave-shave perut. Operation dia minor je. Kat telur kat bontot dia. hehe. Kasi keluar. Seminggu je dah berlari dah dia. Cam A-oi dan Ichi, dia kena buang rahim tu. Dah la A-oi tu doctor kata dia tengah miang, sebab apa benda tah kat alat pembiakan dia tu tengah mengembang, means tengah gatal la tu. Ichi okay pulak. Macam mana la A-oi boleh terlebih matang padahal dia ialah paling bongsu. Haha. Miang kau ye. Jentik kang.

ubat-ubatan untuk dua hari..

Semalam lepaskan diorang berdua selepas 2 minggu terkurung. Happy gila la dapat berlari. Sebelum ni pun takde la terkurung je. Kitorang bawa diorang berjalan gak. Tapi dukung la, tak boleh bagi melompat, sebab takut hernia pulak.

Lepas ni ada orang tu kononnya berangan nak bela Bengal pulak, kih kih. Tapi cam takut jugak bengal tu besar siot. Macam tiger. Dah tu mahal pulak. Harga kucing sampai RM5000. Tunggu dah tak tahu nak buat apa dengan duit, baru boleh beli, haha. Bila la agaknya tu.

Harimau mini. Tapi macam comel gak kan.

Nak tahu lebih lanjut pasal isu memandulkan kucing? Click here.

Comments

comments

20 comments on Kesayangan

  1. farahNo Gravatar
    May 9, 2011 at 10:20 am

    mak aiii….mngalahkan suntik budak plak. xpela ko bujang ko leh ler jaga kucing2,hntr gi klinik..dah ada anak sok..kucing2 mmg xde dah la kt umah ko..wahahahah…
    mcm aku, aku xnak ada kucing dlm umah sbb anak2 aku ni takut kena alah disebabkan bapa mereka ada asma.
    anak 1st dah kena dah skin alergic. yg kedua ni xtau la…sbb kat umah pengasuh aku, dia bela kucing…kekadang pernah gak balik amik anak tengok dah menggerutu kulit sbb anak aku garu..ntah apa yg miang kt umah tu tah..huhuhuhuh….

    tapi, kucing yg mcam TIGER tu aku suka….ada jual ker???hehehehee

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 9, 2011 at 10:34 am

      Kalau allergic ni memanglah susah sikit. Bahaya untuk kesihatan. Esp skin allergic la. Kang sibuk nak bela kucing, anak di rumah menggaru-garu kegatalan. Hahaha.

      Kucing yg macam tiger tu memang ada jual la. Sebab tu nak beli, haha. Tapi mahal sangat. Yang pure breed with certificate tu, harga dia boleh cecah RM5000. Yang baby ok. Kalau orang jual less than that, mesti bukan pure breed la tu.

      Reply
  2. qistinaNo Gravatar
    May 9, 2011 at 10:25 am

    aku sanggup baca sampai abis.. sebab ingatkan ko nak ceta psl sookie makan karipap. ahhahahha
    qistina recently posted..Nice Song!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 9, 2011 at 10:33 am

      Hahahaha kisah Sookie makan karipap tu nanti la aku cerita. Dah puas cerita kat twitter hari tu, nanti la lambat-lambat sikit aku cerita kat blog hahaha.

      Reply
  3. MaroonCreamNo Gravatar
    May 9, 2011 at 11:24 am

    Saya dh cuba nk suka kucing tapi masih xsuka, cm erkk.. Laki sy suka kucing smpi i jeles tau..Blh bg tips utk syg kucing..;))

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 9, 2011 at 11:54 am

      Dulu kita pun tak minat. Bukan tak minat, but more to takut, takut kena cakar, takut kena gigit.. Tapi bila dah ada kucing sendiri, hilang terus la rasa takut tu. Rasa excited each time pergi klinik, berat badan dia naik, doktor cakap sihat and all.

      Belum try, belum tahu. Kalau pegang kucing orang, maybe susah sikit nak mesra. Kalau kucing sendiri, yang kita jaga sendiri, peluk macam mana pun dia senyap je, hehe..

      Reply
  4. ijaNo Gravatar
    May 9, 2011 at 1:41 pm

    Salam.

    Comey2 kucen kamu.
    Geram tgk si celoreng tu.. :P
    Saya pun teringin nak mandulkan kucen saya.
    Tapi dia baby male lagi dlm 2 bulan.
    Nak tunggu sampai dia 5-6 bulan dulu baru nak p buat.
    Soalannya, kamu pergi mandulkan kucen kamu kat mana ye?
    Recommend pls..
    Thx..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 9, 2011 at 2:08 pm

      salam Ija… celoreng gemuk si A-oi tu memang kesayangan semua hehe..

      kalau 2 bulan tu kecik sangat.. kena tunggu sampai vaccination semua habis buat dulu.. kalau kecik sangat pun doc taknak buat jugak.. yang penting buat sebelum heat dia yang pertama. Doktor akan suggest bila waktu yang sesuai untuk neuter kucing tu.

      Neuter (mandulkan kucing jantan) ni boleh buat kat mana-mana klinik veterinar. You kat area mana? Kalau kat Kuantan, I memang ke Jawhari Cat Medical Centre tu.. untuk vaccine, check-up, memang semua kat situ.. senang ada file kat satu tempat je :)

      Reply
  5. peejNo Gravatar
    May 9, 2011 at 2:41 pm

    suka aku baca entry kau ni.
    n sangat la comel A-oi ni. sweet sangat muka dia.
    kita orang bulan depan bawak kaseh.
    patut bulan ni tp dah lari budget ke yoki.
    nasib kaseh masih blurr x gatai2 lagi.
    peej recently posted..Tolong la datang cepat sikit Letih ok!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 9, 2011 at 3:07 pm

      Kalau A-oi tahu orang puji-puji dia, mesti dia rasa bangga. Berbaloi la dia gemar bermekap (jilat-jilat bulu) selama ni. Hahahaha..

      Kucing jantan kau semua dah mandul kan. So takpe la, jgn bagi Kaseh keluar je.. kang tetibe termengandung haha. Sebab A-oi tu nampak innocent je, rupanya doctor kata dia tengah miang.

      Reply
  6. yusNo Gravatar
    May 9, 2011 at 2:44 pm

    iz…ko bela kucing? aku takut kucing. nanti wedding ko dorang jadi pengapit ke?kim salam dorang. xbleh ar aku lepak lelame umah ko lepas ni. huhu
    yus recently posted..Annyeong Haseyo!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 9, 2011 at 3:04 pm

      wedding aku nanti diorang takde.. semua hantar boarding. Stay kat hotel for cats, hehe. Lepas kawin diorang pun bukan duduk rumah mak aku.. Jangan risau, kau masih boleh lepak rumah mak aku lama-lama macam selalu haha..

      Reply
  7. Coffee MamaNo Gravatar
    May 9, 2011 at 2:52 pm

    Waahh..!!Lengkap berinformasi…Jaga kucing macam jaga anak juga, siap vaksin bagai..Bagus tu untuk memupuk sifat2 keibuan..hihihihi
    Coffee Mama recently posted..New babysitter in the house

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 9, 2011 at 3:03 pm

      hahahahaha.. ibu kucing pun lepas 2 bulan, dah takmo jaga dah anak dia, pandai-pandai la ko.. haha

      Reply
  8. waniNo Gravatar
    July 9, 2011 at 6:18 pm

    Hi,
    Since u biasa dgn klinik jawahir (sy duduk jy gading), how much they charged for fungus treatment? Kucings sy tergaru2, siap berdarah n ada bald patches lagi kt area kepala.
    Sy br je jaga kucing ni, so xtau sgt. Taknak lah mahal2 sgt, lari budget..huhu.Kalau mahal, tgu free antar klinik kerajaan je lah.

    Thnks ye.

    -wani-

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 9, 2011 at 8:02 pm

      Omg kesiannya sampai berdarah? Kurap kucing bahaya tau.. Boleh jangkit pada manusia. My two black kitties tu, pernah kena fungus kat telinga masa kitorang baru jaga dia. Then hantar klinik jawhari tu, diorang bagi mkn ubat. Kurap kering in 10 days, lepas tu baru tumbuh bulu semula kat area telinga tu. Kosnya tak igt la, sbb setiap kali pergi, mesti beli benda lain sekali. Tp biasanya ubat tak mahal. Less than 15 kot. Yg mahal ialah vaccine, ubat kutu. Kucing u berapa bulan dah?

      Reply
      • waniNo Gravatar
        July 9, 2011 at 9:59 pm

        Dlm 5bulan mcm tu..Sy baru jaga sebulan.actually dh pegi clinic jawhari tmn guru last week (masa tu cam ada flakes dlm 1cm gitu) beli shampu n tny dia if treatment fungus mcm ni selalu bpe, staff dia kta xsure tp dia ckp treatment selalu akan cecah 100rm over.. tu yg macam oh, mahal gila..dh la 2ekor..tp since u ckp xmahal mana so boleh gi terus esok sbb ni dia scratch smpi bdarah..

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          July 10, 2011 at 12:34 pm

          Mahalnya sampai 100. Parah sgt kot? Tp I suggest u pegi la bawak kat Jawhari yg kat bandar tu, sbb doc ada kat situ. Yg kat Tmn Guru tu kdg2 doc takde. Tanya dulu berapa dia charge. Tp definitely dia akan suruh u follow up every 1 or 2 weeks sampai bebetul baik. I tak penah bawak kucing I pegi klinik kerajaan sbb diorg buka during office hour je kan. Taktau klinik kerajaan punya treatment mcm mana. Kesian kucing u. Kang takut mati je kalau infection :( or maybe u boleh call dulu klinik tu, 095143399 tanya camne charge dia

          Reply

2 Pingbacks & Trackbacks on Kesayangan

  1. Sookie Stackhouse | www.izyahya.com
    August 2, 2011 at 10:03 am

    [...] cakap, dah masuk kategori anak dara dah, hehe. Malu pulak saya bila dia cakap camtu, hehe. Selepas A-oi, Ichii dan Lilo.. sekarang tibalah giliran saya pulak untuk [...]

    Reply

Leave a reply

CommentLuv badge