Kitty Bath

Last 3 weeks, kitorang mandikan kucing. 5 ekor je mandi. Hachiko tak boleh lagi.. sebab tengah bagi dia ketenangan, hehe.

Dalam lima ekor tu, yang paling baik sekali bila mandi ialah Sookie Stackhouse. Macam tak percaya sebab watak sebenar Sookie ialah seekor samseng. Sookie memang gadis kucing yang tomboy dan ganas. Dia tak suka orang peluk dia lama-lama, siap la kau kena tendang. Dah la gemok kan. Husband panggil dia Sookie Mok.

kucing atau sebuah bantal?

Perut dah nak cecah tanah sebab Sookie ni macam katik sikit haha. Kesian kucing aku. Tapi awas yer, beliau bersenam setiap hari. Sebab dia suka berlari. Tak larat kau nak kejar.

Langkah-langkah memandikan kucing gemuk yang samseng ialah seperti berikut:

1. Kalau boleh, pakailah baju berlengan panjang sebab dia anytime akan bagi kau cakaran harimau tanpa belas kasihan.

2. Kalau sinki bilik air kau besar, mandi dalam sinki sudah. Letakkan tuala buruk dalam sinki tu supaya tak licin. Sebab kalau licin, nanti dia menggelupur kang, kau bukan setakat dapat cakaran harimau, mungkin jugak kau yang akan terlentang dalam bilik ayor sebab abih semua air merecik keluar.

3. Pastikan air tak terlalu sejuk atau terlalu panas. Sedangkan kau yang mandi hari-hari pun menggelupur bila belakang badan kena air sejuk kan, inikan pulak kucing yang mandi sekali sekala. Macam sinki aku, memang boleh adjust kepanasan air tu, so senang la. Tapi kalau kau nak mandikan kucing kau air sejuk pun boleh tapi biar kena gayanya masa nak bagi kena air tu.

4. Hulurkan kaki atau tangan dia dulu kat air tu. Takziah la kalau kucing kau dah melompat keluar lepas kena air kat kaki atau tangan dia, hahahahaha. Masa ni la kau kena gunakan skill memegang kucing secara padu.

tension gua kena jadi bahan blog kakak, cis

Kahkahkahkah. Buruknya Sookie bila dah kena air, hahahahaha. Sian.. tapi kakak tetap sayang.

5. Bila kucing dah tenang, baru la kau ratakan air ke seluruh badan dia. PERINGATAN: Jangan curah air kat atas kepala dan muka dia. Bahagian leher dan ke atas tu, kau basahkan air kat tangan kau je, lepas tu bersihkan muka dia.

6. Ada kucing yang senyap je bila mandi, macam Sookie. Mulut tak berbunyik sangat. Tapi A-oi, memang lontaran vocal yang mantap lah masa mandi. Membebel tak sudah-sudah.

Menyampah lah kakak ni asik amik gambar, hmpphhh.

7. Kemudian syampulah kucing anda. Ingat, kucing anda bukannya mandi bunga, jadi semua step ni kena dilakukan dengan pantas. Especially kalau dia tengah tenang seperti gambar di atas. Kau sental la dia cukup-cukup masa tu. Make sure semua bahagian kena syampu tu. Kalau kucing berbulu panjang, lagi la kena syampu bebetul. Pakai span pun boleh.

tak abih lagi ke minah ni amik gambar gua?

7. Bilas. Sambil bilas, sambil bersihkan lagi dengan tangan, pastikan semua buih sabun keluar dari badan kucing kau.

Hoi kakak, apsal lu tutup air? Pasang balik. Tengah syok bersiram ni, dia potong stim lak

Ahhhhh.. barulah syok.. Seronoknya mandi.. Selalunya aku ni panas je sebab bulu banyak

Indah sungguh rasanya dapat bermandi-manda.. rasa macam nak mandi setiap minggu..

Wahhhhh!!! macam tu ke rupa aku bila mandi? Buruk siallll.. Selalu nampak macam resakse, ni nampak macam alien pulak.

Tak sanggup melihat rupa sendiri, sob sob..

Ok dah sejuk ni. Cepat sikit lap saya.. Dah kecut dah bulu ni..

Lu apsal tak abih-abih snap gambar wa?

Kahkahkah itulah Sookie Stackhouse yang suka mandi.. Aku pun memang syak yang dia ni selalu rasa panas sebab dia selalu terjelir lidah macam anjing tu. Macam panas sangatlah. Tu yang bila dapat air tu happy sangat.

Budak Sookie ni, bila hujan, suka main hujan renyai dan duduk kat tempat basah. Tu yang aku geram tu. Dah la bulu dia panjang. Kena air sikit pun dah lenjun dah. So bila hujan je, kena cepat-cepat tangkap dia masuk rumah.

Lepas mandi, lap sekering mungkin, lepas tu keringkan pakai hari dryer. Jangan panas, biar angin je. Macam Sookie ni pemalas sikit, kena keringkan dia sampai bebetul kering sebab lepas mandi je dia mesti nak tido terus. Kalalu Lilo, Ichi, Aoi tu rajin.. diorang akan grooming lagi sampai bebetul kering, pastu baru tidur.

Kucing ni kau jangan mandikan selalu. Kalau dah kotor sangat, baru mandi. Tapi kalau sikat bulu diorang tu, selalu pun takpe..

DSCN7355

Bye bye.. lepas mandi perlulah tido selama berjam-jam lamanya..

Comments

comments

8 comments on Kitty Bath

  1. qistinaNo Gravatar
    October 7, 2011 at 3:34 pm

    hahahahaa..giler kesian wei tgk dia basah kuyup…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 10, 2011 at 12:16 pm

      hahahaha aku rasa dia pun terkejut tengok diri sendiri.

      Reply
  2. cikgabanNo Gravatar
    October 10, 2011 at 11:09 am

    syok la baca blog iz.sebab kat kampung, adik2 sy pun membela kucing. best kan kucing ni.banyak perangai mcm orang jugak.boleh buat topik berbual plak tu.kat rumah adik saya jaga 7 ekor kucing.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 10, 2011 at 12:15 pm

      Kann.. pandai merajuk, pandai amik hati.. Tu yang buat cair tu.. nak marah pun selalu tak jadi. Penat-penat balik kerja pun, layannn jugak.. Kalau diorang takde, bukan main rindu lagi.. macam rindu kat manusia, siap tengok gambar lagi buat ubat. Hahahahahaha. Tak kisah la kucing kampung ke, kucing mahal ke, semua best. Tapi rasanya saya lagi suka kucing yg bulu pendek, senang jaga 🙂

      Reply
  3. FinaNo Gravatar
    October 10, 2011 at 2:57 pm

    ok i ada satu soalan.. kenapa xleh curah air terus ke muka or kepala dia i.e.: mcm mandikan budak? sbb i selalu mandikan kucing i camtu.. sobsob.. sian my miau.. pasni i suruh adik i jela mandikan kucing sbb i mmg agak fail bidang ni

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 10, 2011 at 3:13 pm

      Fina, sebenarnya tak boleh curah terus ke kepala dia sebab taknak air masuk dalam mata, hidung dan telinga dia. Sebab bila dia rasa tak selesa, takut dia meronta, lagipun kan tak selesa bila air masuk dalam telinga dan hidung.. Macam mandikan baby la, kan kita tak curah kepala dia. Just amik air, usap-usap kat kepala dan muka dia je 🙂

      Reply
  4. MEOW XZCVNSNo Gravatar
    October 7, 2012 at 12:27 pm

    SHAMPOO TU NAK BELI KAT MANE??????

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 9, 2012 at 11:14 am

      Shampoo tu beli kat petshop, hehe.. Yang White n Bright tu beli dengan online petshop Kucing Utara di FB 🙂

      Reply

Leave a reply