Hime Yang Panik

Hello.. saya Hime. Sekarang saya berada di Kuala Terengganu bersama Hachiko, kakak dan abang long. Hmm.. saya tak mintak pun nak ikut kakak ke Kuala Terengganu, tapi dia cakap, kalau saya ikut, saya boleh temankan Hachiko main main kat sana. Yelah kakak, whatever lah kan.

Saya tak minat sangat naik kereta ni. Apa lagi bila kena duduk dalam carrier. Saya rasa gayat dan panik. Biasanya kalau pergi klinik, if saya merengek-rengek dalam carrier, mesti ada orang keluarkan saya dari tempat tu. Eh bukannya sebab carrier tu sempit ke apa. Carrier kakak belikan ni besar tau. Saya memang tak suka terkurung kalau saya tahu di sekitar saya ada orang. Saja je dengki.

DSCN8955 [640x480]

 Rumah abang long ni tinggilah

Kalau dekat Kuantan tu, rumah atas tanah. Tapi kat sini, saya rasa macam terapung je. Sebab bila saya duduk tepi tingkap tu, saya rasa macam jauh benar tanah. Kakak cakap rumah ni tingkat empat. Patutlah tinggi sangat rasanya.

DSCN8954 [640x480]

 Apa kakak ni?

Sibuk betul si kakak ni tangkap gambar saya. Kalau nak tangkap gambar tu, tangkap ajelah. Yang panggil panggil saya suruh pandang kamera tu kenapa pulak? Bukannya ada apa-apa pun kat kamera tu, kenapa nak kena pandang?

Mengganggu kosentrasi saya melihat permandangan tahu tak?

Saya selalu duduk tepi tingkap tu tengok laut. Memang boleh nampak laut dari tingkap rumah ni, tapi jauhlah. Kahkahkah. Tak percaya la tu?

DSCN8952 [640x480]

 Nah tengok ni

Kan ke laut tu? Tapi in between rumah ni dengan laut tu, nampak la rumah-rumah kampung jugak. Abang long cakap, kat area laut tu lah ada Pasar Payang. Eh eh tapi dia kata itu bukan lautlah. Itu kuala. Kuala tu ialah tempat percantuman sungai dengan laut. Heh, sila panggil saya teacher Memey sekarang, hehe.

DSCN8956 [640x480]

 hmmm…

Lama sangat tengok laut, eh silap, kuala.. sampai rasa mengantuk pulak. Tengok tu, gagah kan saya, boleh tidur duduk. Cuaca kat Kuala Terengganu ni sejuk sejuk je.. hujan kadang-kadang je. Tak macam Kuantan. Kalau hujan tu, sampai nak banjir! Lepas tu keesokan harinya, panas gila macam musim kemarau. Kesian kakak nak cuci baju pun susah. Penyudahnya dia hantar pergi dobi je, hahaha. Pandai betul kakak ni.

DSCN8957 [640x480]

zzzzzzzz..

Akhirnya saya tumpas jua. Selepas beberapa minit tidur duduk, akhirnya kaki saya yang gagah itu rasa lenguh, hahahahaha. Lalu saya pun duduk dan sambung tidur.. Comel kan saya? Heheh..

Nasib baiklah saya ni genit je, maka muatlah saya duduk kat tepi tingkat tu. Saya yakin kalau kakak Sookie, confirm, dijamin, pasti tidak muat hahahahahaha.

Eh jangan bagitau kakak Sookie yang saya gelakkan dia ye, hihih..

Comments

comments

2 comments on Hime Yang Panik

  1. sharkNo Gravatar
    December 30, 2011 at 9:46 am

    waaa
    jauh btuil Hime berjalan ek
    sampi ke ganu:)
    pasni leh speaking ganu plak.

    Reply
  2. Rho AnnaNo Gravatar
    December 30, 2011 at 3:24 pm

    Hahahahahahah comel je! Nader tau!

    Reply

Leave a reply