Busy Bee

Aku dapati, jiwa aku lebih tenang bila ikut suami ke Terengganu ni. Walaupun tak ada peti televisyen kat rumah ni, tapi beliau baik hati sebab top-upkan lagi 1GB limit broadband kepada isterinya ini. Tahu tak aku gunakan 6GB dalam masa 3 hari sebab main game? Hahahahahaha. Nasib baik tak kena marah, mihihih.

Okey skrg cerita tertunggak ye, 2 minggu lepas punya cerita. Masa dekat Terengganu, Hime dan Hachiko tinggal dengan aku bila husband pergi kerja. Bukan main naughty lagi. Tapi bila ada orang lain datang rumah, dedua ekor mencicit lari nyorok. Haha. Lawak pulak rasanya. Hang kata hang terarrr?

First masa orang hantar peti sejuk. Masa orang bagi salam, Hime kemain sibuk terjenguk-jenguk nak busy body. Lepas tu aku dukunglah sebab takut nanti dia terhempap ke terpijak ke. Sekali bila aku buka grill je, melompat dia turun lalu menyorok. Ceh. Konon berani, lepas tu menyorok pulak. Tak guna punya budak.

Then the next day, ada orang datang pasang water heater pulak. Kali ni memang terpaksa masukkan diorang dalam cage, sebab geng pasang water heater adalah ramai. Sebab nak kena buat plug la, apa lagi entah namanya aku pun tak amik tahu. Pastu barang-barang diorang pun kemain banyak, dengan tool box la, apa la. Aku taknak la time orang sibuk-sibuk, datang pulak si kenit dua ekor ni pergi menyiasat apa benda dalam tool box la, hidu sana, hidu sini.

IMG00842-20111227-1105 [640x480]

 dua ekor kenit yang busy body tengah tengok orang drill dinding

Cage tu tak guna sangat pun. Cuma untuk letak litter box diorang je. Dan kitorang letak diorang dalam cage kalau keluar pergi mana-mana. Sebab si kenit dua ekor ni, bukan boleh percaya sangat kalau tinggalkan diorang sendiri. Kang ada je agenda keji yang diorang rancangkan sepeninggalan kitorang nanti.

IMG00839-20111227-1104 [640x480]

bila panggil je, terus pandang camera. Dasar gila camera!

Lama jugak geng tu pasang water heater. Kesian Hime dan Hachiko terjenguk-jenguk nak amik tahu apa benda la yang orang ramai sibuk-sibuk tu kan.

Then ada dua tiga budak yang datang tu, agah-agah si kenit dua ekor ni. Tapi kurang mendapat respon. Haha. Apa boleh buat. Kucing saya eksyen, tak suka strangers. Pastu diorang interview la tanya si kucing tompok tu jenis apa. Kucing batu ke? Harimau bintang ke? Ko ingat aku gila nak bela harimau?

Nasib baiklah ada dua ekor ni teman aku kat sini. Walaupun kadang-kadang diorang buat aku sakit otak, tapi kalau diorang takde, entah-entah mungkin aku tak berani duduk sendirian bila suami ke pejabat, especially dalam keadaan jiwa raga yang masih gusar ni. Cewah. Hahaha.

Benar kata orang, kucing memang boleh mengurangkan stress dan buat kita tersenyum waktu kita tengah susah hati..

Comments

comments

9 comments on Busy Bee

  1. lindaNo Gravatar
    January 13, 2012 at 10:18 am

    Very true. Aku kat opis kadang2 terkenang kucing kat rumah, rinduuu. Kat mak aku takde lak aku rindu 😛 *keji kat situ* kalo balik keje, first thing aku carik kucing aku jgk. Ahahaha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 16, 2012 at 10:17 am

      hahahahah tu la kan.. padahal hari-hari jumpa pun rindu. Tapi dekat rumah terpekik-pekik pulak dekat kucing. No this, no that. Kucing aku mesti bengang. Semua benda tak boleh kakak ni. Hahahaha

      Reply
  2. FarahNo Gravatar
    January 13, 2012 at 10:53 am

    OMG just like my cats. Depa anti social ok, kalau bwk g vet if pegang, depa dok sorok muka bwh ketiak haha, pastu hissed kucing lain mmg perangai diva, buat malu mak die je 😀

    Kalau org dtg rumah utk service ke ape mmg dh siap2 taruk dlm cage sbb takut derang lari keluar. Ada pernah delivery guy dtg, kucing I lari, time tu la nk bukak pintu, nak jaga to make sure sorang lg tak lari, nak amik food and nk bayar, haih. but mcm u ckp walaupun derang buat sakit otak tp cannot imagine my life without them.

    Time tgk Hachiko & Marly & Me punya movie, i dok peluk2 depa ckp “Jgn Mati” sambil nangis2 and they looked at me like “WTH?” LOL

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 16, 2012 at 10:16 am

      Kan.. Semua dah terlebih manja dah, sampai tak suka kat orang. Hachiko tu, i mandi pun dia masuk sekali. Tunggu bawah sinki sampai la i siap mandi, haha.

      A-oi memang super duper diva. Padahal dia tu bukannya persian ke apa. Dia punya eksyen tu, tak terkata. Dekat vet, doctor kena pakai jarum paling halussss utk cucuk dia sbb dia garang gilaaaa, siap pandang doctor dengan jelingan paling mengada sekali hahaha. Tak friendly langsung. Kalau time angin dia tak baik tu, orang dukung dia pun dia menjerit sampai satu rumah boleh dengar suara dia.

      Tapi bila pegi mana-mana tu, teringat sesangat kat diorang kan.. i pun tengok HAchiko nangis macam apa je.. sebab terbayang if my hachiko yang mati dalam keadaan macam tu.. *taip ni pun rasa sebak*

      Reply
  3. IdaNo Gravatar
    January 13, 2012 at 2:21 pm

    I selalu tgk youtube pasal kucing. Memang penghibur hati kucing ni.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 16, 2012 at 10:11 am

      Kan. kelakar diorang ni. Macam-macam ragam. Yang menyakitkan otak tu memang banyak la.. tapi kejap je diorang pandai beli jiwa kita balik. Buat kelakar yang tak disangka-sangka. Hehe

      Reply
  4. AnisNo Gravatar
    January 13, 2012 at 2:58 pm

    iz.. bila boleh pinang anak dara kau nie?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 16, 2012 at 10:10 am

      Yang si putih tu anak dara.. yg tompok tu anak jantan. Tapi dedua dah takde organ pembiakan, hehe. So keje diorang bergembira dan bermain je hehe. So kalau ko pinang pun tak mendatangkan hasil. Hahahaha..

      Reply
  5. Azrin ZakiNo Gravatar
    September 16, 2013 at 10:50 am

    Betul2 ! Jeles tau kak Iz ada Hachiko n Hime..Comel semuanya~

    Reply

Leave a reply