Lapar Sangat Ke?

Kebiasaannya memang kalau beli cat food, suami akan ambik paket besar sekali, sama ada 10kg atau 15kg. Sebab senang takyah nak berulang alik banyak kali untuk beli makanan. Kalau ada jual 30kg terus pun aku rasa maybe kitorang beli yang tu je. Mungkin boleh tahan 3-4 bulan hahaha. Secara purata, diorang ni makan 10kg sebulan.

So last weekend aku pergi beli Royal Canin Kitten untuk si kenit sekalian. Oleh kerana terlalu sibuk, maka malam tadi baru aku luangkan masa untuk bukak packaging tu. Cewah busy sangat la kononnya kan hehehe.

Kitorang memang keluarkan semua kibbles tu dan masukkan dalam bekas lain yang kedap udara. Sebab kalau biarkan dalam pack dia tu, sama ada masuk angin, ataupun masuk semut. Kucing aku semenjak makin dewasa ni, makin taknak makan makanan yang masuk angin. Mengada sangat. Yelah aku pun tak suka makan biskut masuk angin kan.

Seperti biasa, Hachiko memang tak boleh nampak aku. Aku kan idola dia. Apa aku buat, mana aku pergi, dia mesti nak amik tahu. Sampaikan kalau tengah makan, if dia nampak aku masuk bilik air, sanggup berhenti makan, dan tunggu depan pintu bilik air. Lepas aku keluar, baru la dia pergi sambung makan.

Obses betul dia dengan aku kahkahkah. Dan sebab tu lah aku sayang bebenor dekat dia ni. Sampai kakak aku ajak pergi tidur rumah dia pun aku taknak sebab tak sampai hati nak tinggalkan si kenit ni.

Makanya, dialah yang tolong aku semalam..

DSCN9269 [640x480]

 tolong makan

Tengok tu, siap berdiri lagi makan dari bekas besar tu hahahaha. Apa la punya perangai ni. Dah la tu, makan dengan sangat berselera pulak. Macam lah first time makan biskut tu. Sampai aku pun rasa berselera tengok dia kruk krak kruk krak mengunyah, haha..

Makanan tu aku keluarkan dari packaging dia dan letak dalam bekas kedap udara yang aku alas dengan plastik hitam dulu. So setiap kali nak tutup bekas tu, aku simpulkan plastik tu dulu, lepas tu baru tutup. Lepas tu aku ada isi food dalam tupperware juga. So tak perlu buka bekas besar tu selalu. Bila nak refill makanan, aku amik yang dalam tupperware tu je. Bila dalam tupperware tu habis, baru bukak bekas besar tu, refill balik tupperware. Banyak step kan? Hahaha. Tapi dah biasa.

Mana pergi kucing lain? Diorang entah ke mana, tapi adalah dalam rumah masa tu. Sookie ada kat sebelah tu. Dia tengok je. Mungkin dalam hati sedang berkata “Walaupun aku suka makan kibbles, namun aku tidaklah pelahap seperti si Hachiko tu ha sampai makan straight dari bekas besar.. sebagai gadis cun, haruslah aku menjaga diri dan menghiasi peribadi..” – Sookie feeling Wardina.

DSCN9270 [640x480]

lapar sangat ke?

 

Comments

comments

12 comments on Lapar Sangat Ke?

  1. normiNo Gravatar
    January 18, 2012 at 11:55 am

    cian dia..lapar..:)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 25, 2012 at 10:07 am

      Nampak cam lapar sangat je kan, ahahha

      Reply
  2. jobmallNo Gravatar
    January 18, 2012 at 1:16 pm

    bila baca artikel ni rasa nak bela kucing pulak,, mcm best je ,,

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 25, 2012 at 10:06 am

      Hahaha boleh la bela dua ekor. Kalau sekor kang takde geng lak kucing tu nak wrestling, hehe

      Reply
  3. qistinaNo Gravatar
    January 18, 2012 at 3:37 pm

    ape la kakak ni.. mesti la biskut tak masuk angin lagik sedapp.. apa kata jadikan mcm cereal mkn dgn susu.. chiko mkn x? mowtipp aku manjakan nama? hahaha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 25, 2012 at 10:06 am

      hahahah memang kat rumah kitorang panggil dia Ciko pun. Kekadang Cikodok. Sebab kalau nak panggil Hachi, takut nanti Iichi konfius pulak dengan nama dia

      Reply
  4. Rho AnnaNo Gravatar
    January 18, 2012 at 5:23 pm

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH! Siot lah si bengal you ni. Kelakar!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 25, 2012 at 10:05 am

      Memang joker dia ni. Lawak gila kalau datang mood dia nak buat perangai aneh dia ni

      Reply
  5. chesueNo Gravatar
    January 18, 2012 at 9:43 pm

    hamboii..sampai pijak terus makanan sendri..syabas Hachiko! dia teruja tu tak penah tgk menggunung kibbles depan mata kot..selalu setompok2 je dlm mangkuk dia..ni kakak tak halang pulak..syiok toi! nyam nyam nyam!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 25, 2012 at 10:05 am

      Itula dia. Kalau i isi makanan yang adult untuk budak bertiga tu pun, si Hachiko tetap menyibuk jugak. Nak merasa gak

      Reply
  6. mamabettyNo Gravatar
    January 20, 2012 at 11:55 am

    cantik budak nie..mkn dlm bekas besau…hhhehehehe…x tahan sangat ler tuh..menarik agaknya tengok selambak tinggi mcm tu..hiihih

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 25, 2012 at 10:01 am

      Hahaha kan.. dia pelik kot tengok apa banyak sangat makanan ni, best sangat ke.. tu yang sibuk nak merasa jugak tu

      Reply

Leave a reply