Nak Samsung, Dapat Lesung

Hai.. Maaflah sebab lama tak update blog. Aku busy melayan trauma yang melanda, menikam-nikam jiwa.. selemah ku lemah daku berserahhh *kesat air mata*

Hmm.. haritu kan, lepas makan malam, aku cam biasa la meneruskan layan twitter kat laptop. Sebab BB dah dikebas penjahat kan. Terpaksa la guna laptop je. Husband baca newspaper. Lepas tu tetiba dia bersuara..

“Hihihihih.. pesan telefon bimbit dapat lesung batu, hihihih..”

Aku pun cam.. apaa? Serious ke ni? Ingatkan kot dia tengah baca ruangan kartun ke.. Jenaka apakah ini. Pastu dia tunjuk kat aku berita ni..

DSCN9044

-____-

Siap ada gambar lagi. Kahkahkah. Sebenarnya secara jujur dari hati nurani aku ni.. mula-mula aku baca tajuk dan tengok gambar tu, aku dah gelak dulu dah. Gelak bebetul gelak punya. Takde niat nak mengejek ke apa ke ye..

Tapi bila dah baca berita dia, macam kesian la pulak. Orang ni nak beli Samsung Galaxy SII yang menjadi idaman aku jugak. Kalau ikutkan harga pasaran, phone tu berharga RM1,800. Tapi dia kata orang kat Mudah.my ni offer harga RM1,100. So dia pun order la 3 bijik. Hamik ko, 3 bijik sekali. Ni mesti dia war-warkan pada kengkawan ke kaum kerabat ke, pastu semua pakat nak beli jugak. Yelah, harga murah kan.

Lepas dah transfer duit apa semua, maka tunggulah beliau akan kedatangan parcel yang mengandungi telefon bimbit idaman tu..

Satu je yang tak best bila beli online ni. Ko kena buat full payment. Baru dia akan hantar. So far, aku tak berani nak beli barang yang harga lebih RM300 kalau pakai online ni. Takut nak percaya. Even kalau beli barang kat eBay pun, aku beli yang murah-murah je. Hahaha..

Bila parcel yang dinanti tiba, haruslah excited kan.. akan tetapi tatkala melihat isi dalamnya ialah sebuah lesung batu yang siap ada tanda harga RM14, itu sangatlah anti klimaks ye. Sungguh mendukacitakan tapi macam April Fool pun ada. Tapi April Fool apa di bulan Januari ni?

Tapi apa yang aku tak faham kat sini ialah, kenapalah si saudagar penipu itu begitu keji? Kau dah amik duit orang tu, kalau langsung tak pos apa-apa, kira takpelah. Dah namanya pun penipu kan. Tapi yang ko gigih pegi beli lesung batu, lepas tu packing, lepas tu siap courier pakai Nationwide tu apa ceritalah?

Kihkihkihkih *ketawa tutup mulut*

Boleh jadi King of Troll. Hahahahaha.

Mesti dalam hati saudagar penipu tu cakap “Hah, ko nak sangat telefon Samsung kan, nah amik ni Lesung. Sama jugak ada bunyi sung sung kat belakangnya”

Kejam betul dunia ni.

Comments

comments

9 comments on Nak Samsung, Dapat Lesung

  1. AnisNo Gravatar
    January 12, 2012 at 10:42 am

    as online shopper.. aku terharu ok dgn mamat nie

    Reply
  2. Coffee MamaNo Gravatar
    January 12, 2012 at 11:13 am

    Hahahaha..Saja nak buat org gelak pagi2 ni..(Ops, bukan niat jugak nak gelakkan org tu)..Memang keji si saudagar penipu tu

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 12, 2012 at 1:44 pm

      hahaha sama la macam i.. bukan niat nak gelak.. tapi dah tergelak. Plus tak sangka saudagar penipu begitu gigih beli lesung dan courier -_-

      Reply
  3. MyfattyjourneyNo Gravatar
    January 12, 2012 at 12:18 pm

    Can complaint to mudah.my

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 12, 2012 at 12:33 pm

      I don’t think so. Dah ada dalam T&C dia. Beli apa-apa, tanggung risiko sendiri. Sama macam dekat ebay

      Reply
      • farahNo Gravatar
        January 12, 2012 at 12:41 pm

        sbb tu aku pon x brani online2 nih….skali jer penah beli online ni…

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          January 12, 2012 at 1:42 pm

          aku beli barang yang murah murah je. Tak berani nak beli mahal punya. Takut kena tipu macam ni lah

          Reply
  4. peejNo Gravatar
    January 13, 2012 at 8:03 am

    sangat lawak. tp keji.
    tapi betul la apa kau kata.
    baik lesap terus.
    tak perlu gigih siap post bagai kan.

    tapi orang tu transfer duit macam mana?
    mesti ada number acc n nama penuh semua kan.
    lapor la polis n harapnya dpt tangkap kan.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 16, 2012 at 10:18 am

      ha’ah memang ada full name semua. Dalam berita tu kan court dah panggil orang tu untuk perbicaraan ke apa tah. Tapi dia tak datang.

      Reply

Leave a reply