Senaman Kuruskan Badan

jogging

bersenam

Itu ialah Firdee Aqasha.. Anak buah aku yang kepochi. Entah kenapa dia memang berminatttt sangat dengan alat senaman ni. Masa gambar di atas diambil, kitorang dekat rumah kazen aku. Dia masuk rumah je, terus bersenam. Dia feeling feeling kayuh basikal. Tapi dia kayuh terbalik. Hahaha. Makanya dah macam kayuh basikal mengundur la. Kelakar.

Haritu masa orang tengah sibuk-sibuk kat rumah aku masa kes rompakan tu, dia pun sibuk nak kayuh basikal sebab kat rumah aku pun ada alat senaman ni. Sampai berpeluh-peluh. Siap demand nak mandi lagi kat bilik air aku. Lepas tu bila nenek tak bagi, dia cakap “Orang nak mandi pun tak boleh” kemain mulut ko ye dik. Haha. Time orang sibuk-sibuk time tulah ko nak mandi la, nak makan biskut la. Sabo je.

Gigih ko nak kuruskan badan ke dik? Nanti boleh suruh mama beli satu yek. Boleh kuruskan bontot dan perut adik tu.

Comments

comments

Leave a reply