Beli iPhone, Dapat AiPhone + Free Gift

Ingat lagi tak entry aku pasal Nak Samsung, Dapat Lesung?

Haaaa… semalam dalam surat khabar ada cerita pasal kes yang macam ni jugak. Tapi nak iPhone, dapat AiPhone siap dapat free gift lagi. Wah free gift katanya, macam best sangat je bunyiknya kan.

Dalam surat khabar Berita Harian bertarikh 14 Februari, seorang lelaki yang membeli iPhone melalui sebuah laman web pengiklanan telah kena tipu oleh penjualnya. Dia dapat iPhone 4 kanak-kanak yang screen dia Angry Birds tu. Anak buah aku si Aqasha tu pun ada, beli dekat Petronas je. Bila tekan button dia, keluar lagu “I’m a Barbie girl, in a Barbie world.. life in plastic, it’s fantastic!” sungguh annoying sampai aku tampal selotep dekat speaker dia sebab memekak sangat.

bh1

AiPhone

Dah tu bukan setakat dapat telefon mainan je, siap dapat hadiah lagi. Iaitu sebuah komik cina dan sebatang berus cat terpakai.

What the… sungguh aku tak faham apakah simbolik berus cat dan komik cina tu. Adakah sebagai pemberat kotak?

Kejam gila. Hahahahahahahahahaha..

Lebih hebat lagi, company yang menipu tu, adalah company yang sama yang bagi lesung tu. Berani betul la kan? Masih gigih hantarkan something dekat pembeli walaupun dia seorang saudagar penipu. Saiko gila. Patut suruh Horatio siasat kes ni. Mangsa kes ni trace alamat company ni based on account bank tu, tapi bila dia pergi ke alamat tu, nampaknya rumah tu disewa oleh beberapa orang lelaki Melayu, sedangkan penama akaun tu ialah bukan Melayu.

Mangsa bayar RM1750 untuk membeli kononnya iPhone 4S tu. Tulah masalah pengiklanan online ni. Kadang-kadang kau tak boleh percaya benda yang too good to be true ni. Takde kot dalam dunia ni iPhone 4S harga macam tu. Kalau beli direct dari kilang iPhone pun tak dapat aku rasa.

bh2

simpati aku baca berita ni

Aku harap saudagar penipu ni cepat la kena tangkap supaya tak berlaku lagi kes kejam seperti ni. Keluarkan duit beribu lepas tu kena tipu siap kena hanjeng lagi macam ni, adalah pedih perasaannya. Lagi pedih dari perasaan handphone kena curik.

Sobs

Comments

comments

2 comments on Beli iPhone, Dapat AiPhone + Free Gift

  1. qistinaNo Gravatar
    February 15, 2012 at 1:24 pm

    tapi aku rasa yang dpt lesung tu paling legend laaa

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 20, 2012 at 11:15 am

      Hahaha kalau hantar lesung ke Poland pun legend juga kan. Harga courier lesung boleh beli handbag coach sebijik hahaha

      Reply

Leave a reply