How Old Is Your Cat?

Saat paling best melayan kucing ialah waktu diorang masih lagi bergelar kitten, iaitu sebelum mencapai usia satu tahun. Tapi dalam satu tahun tu jugak la kau nak bantu dia bina antibodi dan menjadi kucing yang gagah perkasa, kacak dan jelita bila meningkat dewasa kelak. Cewah.

Tahu tak waktu usia kucing tu enam bulan, ia umpama seorang manusia berusia 10 tahun? Tengah naughty gila, degil dan keras kepala. Kucing pandai keras kepala ke? Yelah. Pandai okey.

sookie

 Hai, nama saya Sookie. Umur saya satu tahun *kekelip mata*

Waktu Sookie umur dalam lingkungan enam bulan, dia adalah sangat annoying. Rasa nak sekeh sekeh je. Sebab dia suka gigit aku. Dah la gigi tajam. Of course la dia ajak main sebenarnya kan. Kan ke budak 10 tahun memang tengah melasak? Dan annoying juga.

Cat Years Human Years
1 15
2 24
3 28
4 32
5 36
6 40
7 44
8 48
9 52
10 56
11 60
12 64
13 68
14 72
15 76
16 80
17 84
18 88
19 92
20 96
Cats age conversion chart
source: here

Okey, gambarajah di atas menunjukkan carta usia kucing compare dengan usia manusia. Wah nampaknya A-oi, Ichii, Lilo dan Sookie semuanya tengah dalam tingkatan tiga sekarang ye. Iaitu dalam lingkungan usia 15 tahun kalau mereka tu manusia.

Nampaknya lepas ni tak boleh la main-main lagi. Kena fokus untuk PMR pulak. Hahahaha. Nanti kakak hantar korang pergi tusyen ye.

Sebenarnya carta ni dibuat supaya kita boleh tahu apa nak expect dari kucing tu bila usia dia meningkat. Bukan setakat fizikal je berubah, tapi jugak tahap kesihatan dia juga akan semakin menurun bila semakin meningkat usia dia. Samalah macam manusia jugak. Makin tua, makin la macam-macam penyakit yang datang ye dak?

Based on apa yang aku baca dekat Internet, kucing yang semakin berusia, kebanyakannya akan menghadapi masalah berikut:

1) Dehydration dan sembelit
Seeloknya biarlah dalam rumah atau cage, ada air yang mencukupi untuk kucing minum. Sebab kalau tak minum banyak air nanti akan sembelit pulak. Lepas tu pulak, if kucing tu ada sakit sendi ke, nanti dia akan mengelak dari pegi buang air sebab posisi nak berak tu akan menyakitkan badan dia. Bila tak berak, haruslah sembelit kan. So kalau nampak kucing korang cam tak berak je, bawak la pergi jumpa tuan doktor ye.

2) Penurunan berat badan
Memang la makin meningkat usia kucing tu, patutnya badan dia makin besar dan berat. Tapi bila sampai certain age, dia akan mengecut jugak la, macam manusia jugak. Kalau nampak kucing tu susut banyak sangat, elok la tanya doktor apa yang kita patut bagi dia makan untuk tambah selera ke.. atau maybe dia dah tak suka kibbles ke.. sebab kucing tua ni, giginya pun dah makin kurang.. susah nak mengunyah.

3) Bulu makin tak cantik
Semakin berusia kucing tu, bulu dia juga akan jadi semakin kering dan nipis. Maka dia boleh terdedah pada jangkitan kalau terluka atau cedera. Dan proses nak sembuh pun akan makan masa. Jadi, waktu dia muda ni, selalu la sikat bulu dia ye..

4) Penyakit
Dah namanya pun makin tua kan, penyakit pun mudah la nak menyerang. Biasanya masalah sendi, buah pinggang, atau diabetes..

Source: Here

Normally kucing yang indoor dan telah di-neuter atau spay, insya Allah mampu hidup lebih lama. Sebab tak terdedah pada bahaya di luar rumah, dan risiko untuk kena penyakit macam kanser testis ke, tak wujud. Sbb dah di-neuter kan. Kucing nenek aku dekat Ipoh, dan berbelas tahun usianya. Ada kot 17 ke 18 tahun. Dah lepas SPM dah. Boleh hantar pergi Khidmat Negara, kui kui. Ha tapi kalau manusia tu dah around 88 tahun!

DSCN8460 [640x480]

 Tuan Puteri A-oi

A-oi kalau manusia, tengah berusia 15 tahun. Usia budak-budak yang kuat memberontak. Umpama anak gadis yang tengah kemaruk nak berpakwe tapi dihalang oleh orang tua, macam gitulah jugak perangai A-oi. Kuat memberontak juga. Contohnya kalau dia terlalu lama duduk dalam rumah, tak boleh la silap sikit. Siap la ko, dia amuk. Macam ada sekali tu, husband gomol-gomol si A-oi ni.. entah apa la husband menyakat dia, A-oi marah dan menjerit sampaikan aku yang kat dalam bilik air kat dalam bilik tu pun boleh dengar suara nyaring dia. Ha amik ko. Sakat lagi anak dara yang kuat memberontak tu. Kan dah kena pekik. Hahaha.

Makanya setiap hari, mesti bagi A-oi ni pergi cuci mata dekat luar rumah. Dia takde pegi mana pun, jenjalan kat laman rumah je, tengok mak mertua aku bakar sampah, sidai kain. Sebelum Maghrib, mesti kena masuk rumah semula. Tapi kalau dibenarkan keluar rumah macam ni, haruslah setiap bulan letak Frontline Spot-on iaitu ubat kutu, dan bagi makan ubat cacing ye..

Okey bye bye


Comments

comments

2 comments on How Old Is Your Cat?

  1. NathNo Gravatar
    February 9, 2012 at 10:52 am

    I love sookie, so cute. Happy Birthday~

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 14, 2012 at 11:26 am

      Sookie says “Thank you for the birthday wish :)”

      Reply

Leave a reply