Kami Rappers Yo!

Seperti yang korang sedia maklum, Cik A-oi kita kan over grooming sampai botak belakang badan dia kan. Aku pakaikan e-collar tu, tapi muka dia kemain masam dan hangin je. Aku fikir e-collar ni akan lebih menambah stress dia.

Lalu aku belikan dia baju..!! kui kui. Sebelum ni memang tak terfikir pun nak belikan baju ke apa. Sebab boleh tahan jugak harganya. Bukannya standard tiga helai sepuluh ringgit ke apa. Tapi cinonet je. Baby pakai pun tak muat haha.

Nah, mempersembahkan…

hood6

 Cik Puan A-oi yang angkuh

Tengok muka pun angkuh kan? Sikit tak pandang camera. Sungguh eksyen sekali. Puas aku agah dia panggil panggil suruh pandang kamera tapi tetap dia buat derk je.

Tension tak dia pakai baju?

Hmm.. nampaknya macam okey je. Tapi dalam hati siapa yang tahu.. heheh.. Cuma bahagian lengan baju tu macam agak labuh. So kekadang macam tangan dia terkeluar jugak dari lengan baju tu. So aku lipat sikit. Memula dia macam kekok nak berjalan. Lepas tu dah okey dah.

Itu je caranya yang boleh mengelakkan dia dari dok jilat belakang badan dia tu.

hood8

 Kami rappers yo! yo! yo!

Heh, siap ada hood uols. Dah macam Eminem dah, hahah. Aku carik yang macam shirt biasa je, tapi takdelah pulak. Kalau yang takde hood, cuma gown. Tak pernah pulak aku terasa nak pakaikan A-oi gown. Kang bertambah meroyan budak ni.

hood4

 Hajah A-oi

Kakakakakaka.. Tengok la muka dia. Tetap takmoh pandang camera. Siap jeling lagi ha. Imagine la A-oi pakai tudung. Ginilah rupanya, hahaha. Masa ni sebenarnya dia dah mengantuk dah. Kitorang pakat kerumun dia amik amik gambo. Sampai nak terlelap budak tu. Mata pun makin kecik.. sampai tertidur duduk melayan kakakrazi. Bukan paparazi ye. Hahahaha.

DSCN9294 [640x480]

 Melepak di atas cat tree

Masa ni dah malam dah. Aku keluar dari bilik dan mendapati A-oi tengah syok berehat kat atas cat tree tu sambil termenung. Usah diganggu. Lalu aku terus ke dapur untuk makan. Hachiko opkos la ikut aku kan. Demi nak bagi ketenangan kepada A-oi, terpaksa aku jauhkan diri dari dia, sebab taknak Hachiko menyakat A-oi dan menaikkan darah dia.

Nasib baiklah A-oi rapat dengan Azri.

DSCN9299 [640x480]

 Best friend forever

Cuma dengan Azri sahaja A-oi boleh duduk relax macam ni.. Siap tidur lagi ye. Semalam A-oi melepak celah Azri sambil dia baca buku cerita. Bahagia sungguh nampaknya si A-oi.

DSCN9301 [640x480]

 Uhuk huk..

Sebenarnya aku sungguh jeles melihat kemesraan mereka. A-oi TAKKAN begini dengan orang lain selain Azri. Kalau kitorang pegang ke, peluk ke, kejap je.. lepas tu dia melompat dah. Mungkin A-oi makan hati sebab Hachiko dok melekatttt je dengan aku. Macam kena gam dengan gam gajah dah. Yang si Sookie pulak kawan baik dengan Aisyah. Maka cik A-oi ni pun pilih la Azri untuk menjadi BFF dia, hehe. Tengok tu, siap melentok-lentok. Cis!

DSCN9307 [640x480]

 Attention seeker

Ya.. itulah sebenarnya kemahuan A-oi. Dia nak orang kerumun dia. Manjakan dia. Sampaikan dia tidur pun, dia nak orang tengok dia. Hahahaha. Dia suka kitorang mengelilingi dia. Dengan syarat tiada kucing junior di sekitar tu. Masa aku amik gambar kat atas ni, Hime dengan Hachiko tengah terlentang dalam bilik kekenyangan.

DSCN9285 [640x480]

Relax la bro!

Comments

comments

6 comments on Kami Rappers Yo!

  1. lindaNo Gravatar
    February 20, 2012 at 10:19 am

    kretip untuk menyelesaikan masalah, heee. abis camne dia grooming? dia jilat baju dia instead of jilat bulu? *lainmcmdahsoalanaku*

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 20, 2012 at 10:33 am

      Hahahaha.. dia tak boleh jilat la. Muka serious je. Sebelum pakaikan baju tu aku letak cream, bagi kurang gatal. Walaupun aku tak tahu sebenarnya dia rasa gatal ke apa. Hahahaha. Tapi dah tumbuh dah bulu sesikit

      Reply
  2. Kak AidahNo Gravatar
    February 21, 2012 at 10:45 am

    Kelakarnya rappers ni. Boleh tahan jugak buncit perut tu. Memanglah Iz, baju kucing mahal2 sekarang ni. Tapi baju A-oi tu memang terbaeekkk. Cantik.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 22, 2012 at 4:01 pm

      Yela kan kak, mahal betul. Padahal cinonet je. Belikan A-oi baju kaler merah supaya nanti bila yang lain perlu pakai, boleh share je kahkahkah, warna unisex. Jimat kos katanya.

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 22, 2012 at 3:58 pm

      Baju tu beli dekat pet shop kat Kuantan ni, hehe 🙂

      Reply

Leave a reply