Mak Jemah Dan Kiko

Mak Jemah ialah salah satu daripada stray cats yang aku bagi makan setiap hari. Rasanya dia dah bermastautin kat area rumah aku tu lebih lama daripada kami. Sebab dari dulu lagi biasa nampak Mak Jemah ni.

Kenapa aku panggil Mak Jemah? Sebab dia asyik bunting. Kebetulan masa tu tengah top watak Mak Jemah si Johan Raja Lawak tu, maka aku pun namakan kucing ni Mak Jemah. Sesuai la dengan dia yang kerap benar menjadi ibu. Haha.

mak jemah

 Mak Jemah, bunting lagi..

Itu ialah gambar latest Mak Jemah, baru amik kelmarin kot. Jarang benar aku nampak dia tak mengandung. Kesian betul. Tak sempat nak relax. Dalam pada banyak kali beranak tu, tak pernah pulak aku nampak anak dia membesar. Agaknya semua menjadi mangsa binatang, ataupun tak cukup zat lalu mati. Ada sekali je Mak Jemah terkantoi beranak dekat tepi pagar rumah. Dah lama dah. Masa tu ada sorang sepupu tengah tolong potong rumput pakai mesin rumput sandang tu. Pastu dia cakap nampak kucing hitam tengah beranak, tapi kucing tu lari bila dengar bunyi mesin rumput. Terkejut gamaknya. Dia tinggal je anak dia.

Maka aku dan Azri (adik ipar), dalam takut takut tu pergi kat anak kucing yang tengah nazak tu konon nak cuba selamatkan. Tapi tak retilah pulakkkk.. dengan tali pusat tak sempat putus. Kucing aku kan semuanya dah neutered / spayed. Manalah aku ada pengalaman selamatkan baby kucing. Si Mak Jemah ni cabut lari je tinggalkan anak dia. Of course, anak dia mati.

mak jemah 2 [640x480]

 Mak Jemah menjamu selera

Biasanya aku bagi Mak Jemah makan Whiskas Pocket, yang aku campurkan dengan RC Kitten si Hime yang tak habis. Budak Hime ni ada perangai mengada sikit. Dia taknak makan makanan yang masuk angin. Aku syak mesti Hachiko yang ajar. Si Hachiko memang tolak makanan masuk angin. Dia suka yang kruk krak kruk krak je.

Hime kan bila malam tidur dalam hammock dia kat cage luar. Setiap malam aku letakkan makanan dalam mangkuk dia. Mesti tak habis. So the next day, aku akan campurkan makanan tak habis tu dalam bekas makanan Mak Jemah. Goncang goncang bekas tu bagi food tu campur dengan sekata (poyo sangat) haha.

Daripada makanan tu terbuang (walaupun masuk angin), biarlah Mak Jemah habiskan ye dak? Lagipun dia kan bunting, haruslah makan makanan yang berkhasiat.

Biasanya setiap pagi sebelum pegi keje, aku letakkan makanan dalam mangkuk Mak Jemah dan refill air masak untuk dia. Petang pulak, lepas aku balik kerja. Biasanya dalam pukul 6 tu, akan nampak la Mak Jemah berlegar dekat depan rumah tu maksudnya dia tunggu aku letakkan food dekat dia la tu.

Banyak sangat perbezaan Mak Jemah dulu dan sekarang. Dulu dia comot je, dan agak garang dengan kucing aku. Asik hissing kalau terserempak dengan diorang. Sekarang ni bulu Mak Jemah berkilat-kilat, nampak sihat sangat. Mungkin sebab makan benda elok. Yelah kalau dulu-dulu entah apalah yang dia makan kan. Bangkai ke, apa ke. Kita pun tak tahu.

Dan dia pun dah tak garang dengan kucing aku. Sebab setiap kali aku letak food kat dia, mesti aku pesan “Nah makan ni, nanti jangan gaduh dengan kucing kakak okey, jangan garang-garang tau..”

Aku rasa dia faham.

Kucing pun pandai mengenang budi.

kiko

Kiko

Itu pulak ialah Kiko. Memula aku bagi dia nama Abu. Sebab aku rasa nama Abu macam cool je untuk kucing haha. Azri la yang bagi nama Kiko. Sebab dari jauh, dia ni nampak macam Hachiko. Hahaha. So Kiko lah ye. Kiko pun Kiko la. Nama sebenar tak ketahuan la pulak, sebab tak tahu kucing siapa kan..

Tapi aku rasa Kiko ni kucing seseorang. Sebab dia super manja dan bersih. Telinga bersih, muka bersih, badan pun sihat. Siap tergolek-golek dekat depan kita, siap menggesel-gesel mintak manja. Unlike Mak Jemah yang takutkan manusia. Mungkin Mak Jemah ada bad experience dengan manusia kotnya.

Masa first time jumpa Kiko, dia tengah gatal. Sebab dia sibuk panggil kucing aku nak ajak romen kot haha. Tapi kucing aku kan semua dah spayed, ko ngorat macam mana pun takde sekor pun yang layan ko. Siap kena marah dek A-oi ada lah. Sebab memekak. Haha.

Aku kesian dekat Kiko sebab dia rajin tunggu aku depan pintu. Siap nak masuk rumah lagi, kemain ko yek. So aku pun letakkan food dekat dia.. Husband pulak siap letakkan alas lagi dekat kaki lima depan pintu rumah aku tu, sebab kadang-kadang dia tidur situ.

Pernah sekali tu aku berbual dengan adik-adik ipar kat anjung belakang rumah, tetibe Kiko datang duduk tengah-tengah, siap buat show tergolek-golek dia tu, hahaha.. lawak gila.. Yang ni memang tak takut orang langsung. Orang pegang dia, lagi dia suka. Aku suka kucing macam Kiko, sebab bulu dia supershort. Bila pegang, rasa macam sentuh karpet. Lembut sangat dan bulu dia rapat.

Tapi Kiko dah jarang datang dah. Mungkin sebab heat miang dia dah tamat. So sebagai kucing jantan, dia pergi mengembara ke tempat lain pulak. Kekadang nampak jugak dia. Panggil panggil tapi dia buat bodoh je. Yelah aku dok terjerit-jerit panggil dia Kiko. Entah-entah nama asal dia Eduardo. Hahahaha.

Sekor lagi, kucing hitam jugak, tapi jantan dan ekornya panjang. Mak Jemah hitam juga, tapi betina dan ekor pendek. Yang jantan ekor panjang ni garang, suka gegar cage kucing aku sebab nak curi makanan diorang. Apa tak cukup makanan yang kakak selalu letakkan tu? Bila suka carik pasal dgn kucing aku, mestilah aku marah kan. Tapi marah apalah sangat. Biasanya aku distract dengan letak makanan je la pun. Bila depa kenyang, takde la mencarik pasal.

Kucing hitam jantan ada quite a few dekat area rumah aku tu. So aku pun dah lost track nama diorang. Ada yang aku namakan Tomok, Tompok (padahal takde tompok pun), dan entah apa-apa lagi.

Semuanya berkongsi makanan yang sama, Whiskas Pocket + RC Kitten si Hime yang tak habis. Tapi dalam banyak-banyak tu, yang perangai molek sikit, cuma Mak Jemah je. Mungkin sebab dia paling kerap makan kot.

Kenapa aku bagi Whiskas Pocket? Sebab dapat hadiah frame comel bentuk kepala kucing. Hahaha. Aku tengah collect nak cukupkan enam. Nak letak gambo kucing aku, hehe.

tadaaaa… sekarang baru ada dua 🙁

Comments

comments

8 comments on Mak Jemah Dan Kiko

  1. lindaNo Gravatar
    February 8, 2012 at 9:37 am

    hahah, dulu aku beli kibbles SmartHeart sbb nk collect bekas makanan dia yg bentuk kepala kuceng. hahah, satu ketika dulu 😛

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 14, 2012 at 11:27 am

      Hahahaha semata-mata nak hadiah kan!!! aku pun sama la ni.

      Reply
  2. SukaKucenNo Gravatar
    February 8, 2012 at 8:59 pm

    Aku dah lama baca blog ko sebab aku suka cara ko tulus (eh…kau ingat ingatan tulus ikhlas ke?)…tulis! Kau mesti kawan dengan hadek2 kannn….:)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 14, 2012 at 11:27 am

      Hahaha yeke? aku memang menulis setulus hati pun, hahahaha.

      Reply
  3. qistinaNo Gravatar
    February 9, 2012 at 6:08 am

    comeinya ada frame kucingggggg..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 14, 2012 at 11:26 am

      comel kan. Gigih aku beli Whiskas untuk Mak Jemah sebab nakkan frame ni ha

      Reply
  4. AzrinNo Gravatar
    March 29, 2013 at 1:41 pm

    Kak Iz Yahya, saya pun sukakan kucing. Saya ada frame Whiskas yng berbentuk kepala kucing tapi ada satu je…. 🙁

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      April 3, 2013 at 11:30 pm

      Frame tu tak tahan lama, frame akak dah tercabut dah gam dia 🙁

      Reply

Leave a reply