Sookie Stackhouse v2.0

Heh, sekarang ni semua benda nak pakai 2.0 kan, so aku pun taknak ketinggalan dari trend tersebut. Lalu aku pun buat entry ni dengan tajuk Sookie Stackhouse v2.0 hahaha.

Baru-baru ni bawa budak Sookie tu pergi deworm. Berat badan dia naik lagi. Lebih kurang 250 gram. Dalam masa 2 bulan. Okeylah tu kot. Okey ke? Hahaha. Tapi nak mendukung dia, memang penat la. Tambah pulak dengan bulu dia yang panjang tu. Setiap kali lepas dukung dia, mesti kena pakai roller buang bulu tu.

DSCN9396 [640x480]

 Sookie Mok, bak kata suami

Sookie berjaya panjat cat tree tu. Dengan susah payah. Dan kegigihan yang mengharukan. Panjat step by step ye. Bukan macam Hachiko or Hime yang main lompat je terus secara semberono.

DSCN9397 [640x480]

 Sambil jilat hidung lagi haaa.. ko mampu?

Kesian Sookie. Bila dia duduk atas tu, nampak cam penuh sangat. Sampai lemak bontot pun terkeluar sikit, kahkahkah. Eh Sookie jangan kecik hati. Kakak bukan kutuk awak. Cuma rasa lucu. Ekor sah sah la terkeluar. Kaki dan bontot pun terkeluar juga, hihih.

DSCN9398 [640x480]

 Letih..

Aik, baru panjat satu step, dah letih ke Sookie? Hmm.. aku pernah cerita tak asal usul nama Sookie ni? Aku amik nama ni sempena nama Sookie Stackhouse, watak dalam drama bersiri True Blood. Bila la True Blood nak keluar Season 5 ni? Dulu aku ralit gila tengok cite ni sampaikan tak makan tak minum ye.

Kucing kitorang kan semua feeling nama ala-ala Jepun. Sookie pun sounds like Japanese juga. A-oi, Ichii, Hime, Hachiko pun nama Jepun. Lilo je tetibe Mat Saleh. Yakni nama manja untuk Lindsay Lohan. Mihmihmih. Okey, bukan Lindsay Lohan sebenarnya. Tapi Lilo dalam Lilo & Stitch tu la.

DSCN9400 [640x480]

 Tangan lenguhhhhh

Demok sangat sampaikan tangan pun tak muat nak letak atas. Terpaksa juntaikan tangan, hahaha. Sian la sayang kakak yang sekor ni. Geram betul la gambar tu nampak macam tak clear kan. Padahal yang size asal, clear. Bila aku resize, jadi cam pudar pulak.

Bila nak naik atas ni Sookie?? Dari tadi dok posing kat situuuu je. Berat bontot la awak ni.

DSCN9402 [640x480]

 Tadaaaaaa..

Finallyyyyy berjaya juga si debab ni menuju puncak! Sampai kat atas je terus buat muka tercengang. Dah la muka kembang, misai panjang. Haritu aku tanya dia apsal misai panjang sangat. Terus dia pandang aku dengan jelingan. Amboi sentap ke kakak tanya macam tu? Dah memang pun misai dia paling panjang.

Sookie sungguh gembira tatkala berjaya sampai ke puncak, seraya berkata……

DSCN9401 [640x480]

Comments

comments

8 comments on Sookie Stackhouse v2.0

  1. FinazNo Gravatar
    February 28, 2012 at 3:52 pm

    comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sookie.. nak tanya dia ni jantan ke betina? mcm sedap je dipeluk begitu sahaja..

    btw dia ada prob hairball tak? kucing i yg takdela selebat bulu cam sookie ni sebulan sekali mesti muntah hairball dia

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 29, 2012 at 9:48 am

      Sookie ni betina. Memang sedap peluk pun macam bantal, hehe. Hmm.. hairball macam takde la nampak sangat. Dia ada la muntah sekali dua, tapi bukan muntah bulu. Dia muntah kibbles. Haha. Budak yang tamak ni makan banyak-banyak lepas tu perut penuh agaknya, tu yg muntah. Sookie ni bab grooming dia kurang sikit. Malas sebab bulu terlampau byk kot. Biasa kitorang yg sikatkan. Kalau lepas mandikan pun, kitorang yg kena keringkan dia bebetul. Kalau nak harapkan dia, memang berzaman la. Cubalah you bagi kucing you makan kibbles untuk hairball control.

      Reply
      • FinazNo Gravatar
        February 29, 2012 at 12:10 pm

        oic.. betina rupanya.. patutlah Aoi jeles dgn Sookie.. hehe.. tp Sookie ni mesti baik jer dan tak mendiva kan.. Tgk muka pun tau.. hihiih.. Cayangggg dia (over plak aku dgn kucing orang nihh).. hehe.. Sookie ni breed apa?

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          February 29, 2012 at 2:30 pm

          Aoi tu memang la kuat jealous. Sookie memang super baik. Dia tak buli kucing lain. Kucing lain yg suka buli dia, terutama Hachiko yg suka kejar dia. Tercungap-cungap si Sookie kena kejar dek Hachiko. Sampai terjelir-jelir lidah. Kesian. Haha.

          Doktor cakap Sookie ni Himalayan. Tapi bukan pure breed la 🙂

          Reply
  2. chesueNo Gravatar
    February 28, 2012 at 10:38 pm

    alaa si gunduk sookie nih…takpe aa sookie, gemuk2 pun esok apply jadi plus-size model ek..
    dah kaya, sila banje kakak kamu tutti fruity..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 29, 2012 at 9:43 am

      Hahahahah.. cecita Sookie memang nak jadi model la. Plus size model pun jadik la. Hahahaha. Cecita Aoi pulak nak bukak saloon. Cecita Hachiko nak jadi monyet. Kuikuikui

      Reply
  3. Kak AidahNo Gravatar
    February 29, 2012 at 11:04 am

    Gumuks jugak ke? Kalau dia panjat tree house ni tak bulehlah kucing lain tumpang sekaki. Punuhs segala lemaks. Hahaha.

    Reply
  4. hurinizzatyNo Gravatar
    December 5, 2014 at 2:43 am

    Hai! Saya dah banyak kali stalk blog akak! Memang

    Reply

Leave a reply