Harimau Muda Yang Demam

5 March 2012, pertama kali aku merasa pengalaman kucing demam. Bukan pengalaman indah. Kalau boleh aku harap ia tak terjadi lagi. Paling menyedihkan sebab yang demam tu ialah buah hati aku, Hachiko.

Bukanlah bermaksud kucing lain tu bukan buah hati aku. Aku sayang semualah. Tapi Hachiko ni meninggalkan kesan yang mendalam sikit. Sebab dia pun sayang aku. Wah wah, macam pernah buat luahan hati kan, siap tahu yang kitorang saling sayang menyayang. Kucing lain pun sayang aku (ehem!) tapi diorang tak tunjuk pun, tak macam si kenit ni. Yang follow aku ke mana saja.

Hari Ahad tu, aku dah perasan dia lain macam. Sebab dia dah mula tak follow aku ke mana-mana. Mata dia pandang je mana aku pergi, Tapi dia tak ikut. Selalunya kalau aku kat dapur, dia mesti menyibuk sekali. Walaupun sekadar terlentang atas lantai menunggu kakak.

Then aku nampak dia asyik tidur. Setiap kali aku tengok dia, mesti tengah tidur. Memula aku ingatkan dia letih, sebab dia bangun awal. Tapi kalau dah tidur sampai ke petang, apa cerita kan.

Bila ajak main pun, dia taknak. Haaa, masa ni lah aku rasa ada benda tak kena dengan budak ni. Aku cakap dekat suami, hati aku tak sedap ni, sebab Hachiko monyok. Malam tu, sebelum dia gerak ke Kuala Terengganu, kitorang berdua mengadap Hachiko. Cuba ajak dia main. Still tak mahu. Mata kuyu je macam letih sangat. Tapi dah seharian tidur, tu bukan letih lagi dah.

Lepas suami gerak ke KT, Hachiko terus flat dekat sebelah aku. Memang si kenit ni tak sihat. Dia tidur sampai ke pagi, tak sedar sedar. Sampaikan aku kejut dia sebab aku dah nak pergi kerja.

photo (19)

 ini muka dia bangun tidur kelmarin.

Aku upload ke Instagram gambar tu, Auntie Linda dia (wah memandai aku auntie-kan kau hahah) terus komen “Hachiko tak sihat ke?” Hebat betul. Sekali pandang je dah boleh tahu kesayangan aku ni tak sihat. Memang pun, tengok la mata dia. Berair macam panas dalam badan.

photo (18)

 Melepek

Selalu lepas bangun, dia terus mengeliat dan melompat turun katil. Tapi kali ni lemah benar. Aku dukung dia. Badan dia rasa suam. Sah demam ni. So plannya nak bawa dia ke vet masa lunch hour nanti.

Tapi masuk office je, hati aku tak tenang. Asyik teringatkan dia. Pukul 9.30am, aku dah call klinik, nak tanya doktor ada ke tak, padahal aku tahu klinik bukak pukul 10am. Tak tenteram langsung.

Pukul 11 aku dah tak boleh tahan, balik rumah terus. Seperti yang dijangka, Hachiko masih melepek tidur. Terus angkat dia letak dalam carrier, bawak masuk kereta. Aku tak bagi dia keluar dari carrier, takut la muntah ke apa kan. Sebab tengah tak sihat tu.

Doktor check, suhu badan dia 40!!! Nak pengsan aku. Terus bergenang air mata. Doktor terus bagi injection untuk turunkan suhu badan dia. Aku tinggalkan dia dekat klinik. Doktor kata kalau suhu badan dia tak turun, mungkin kena buat blood screening. Ha, ini yang aku tak suka. Sebab aku takut.

Masuk kereta terus call suami, tapi dia tak pickup. Aku tahu dia meeting. Terus Whatsapp dia “Nanti call. Hachiko masuk wad. Dia demam teruk” Ha lebih kurang gitulah, aku pun tak ingat. Tapi aku tulis pendek la macam tulis telegram. On the way pergi office, haruslah aku mengalirkan air mata. Aku terbayangkan betapa lemahnya Hachiko. Langsung tak serupa dia sebelum ni yang melompat, berlari ke mana-mana. Pastu teringat doktor kata nak blood test la, huiii lagi la aku kecut perut.

Bila husband call tengah hari tu, perghh aku punya la melalak, sampai tak boleh bercakap. Sedih gilaaa. Otak aku ni dok pikir bukan-bukannnnnn je. Takut tersangat takut.

Then aku contact breeder yang aku beli Hachiko dulu. Dia nasihatkan aku pergi klinik lagi petang tu dan suruh doktor check lagi suhu. Kalau dah turun, bawa balik rumah. Sebab kalau duduk kat klinik pun, takut dia stress. Husband pun setuju, sebab dia kata Hachiko tu manja dengan aku. Takut menambah tekanan dia kalau warded, nanti lambat sembuh.

Sepanjang hari aku search kat Internet pasal kucing demam. Selama ni tak pernah pun kucing aku demam. Ni tak memasal demam pulak, taktau apa punca pulak tu, tiba-tiba je high fever. Ada info yang menyedapkan hati, ada info yang menambah susah hati aku.

Petang tu, doktor check suhu dia dah turun ke 38.5, quite normal lah. Lega aku. Terus bawa balik. Mata dia pun bersinar semula. Takdelah asyik nak tidur je.

photo (13)

 Baby boy dah sihat

photo (14)

 Ini baru Hachiko

Petang tu, dia dah okey sikit. Walaupun still lemah sikit, tapi dah mula follow aku kemana-mana semula. Masih belum mula main, tapi mata dia dah liar tengok mainan bila orang acah-acah dekat dia. Tapi dia dah mula minum air dan kencing pun banyak.

photo (7)

 Berehat depan muka kakak

Aku tengah charge hp, dia duduk atas meja laptop tu. Masa tu aku tengah tengok filem Setinggan. Tu nampak tu kat tv tengah tunjuk diorang nyanyi nyanyi tepi tasik. Hahaha. Si kenit ni berehat-rehat atas meja tu sampai tertidur terus ha..

photo (4)

 tengok la badan dia pun dah sebesar meja laptop aku.

Malam tu dia bangun balik pukul 11 malam. Keluar bilik, makan kibbles dia, dan masuk semula bilik bawak mainan. Yay, Hachiko is back. Bila dia dah bawak mainan tu, means ajak main lah tu. Aku layan dia sampai kul 1 pagi. Pastu dedua tido pengsan.

Hachiko dah sihat, tapi breeder tu pesan suruh make sure Hachiko banyak minum air. Dia suruh aku bagi a/d, campurkan dengan air. Biar jadi macam sup. So bila Hachiko makan, dia menambah air dalam badan dia jugak. Bila banyak minum air, cepatlah dia sembuh.

DSCN9459 [640x480]

photo (20)

Itu gambar dia pagi tadi. Aku bagi dia 3 kali. Pagi, petang lepas aku balik kerja, dan malam sebelum tidur. Semoga sayang kakak ni tak demam dah sampai bila-bila.

Comments

comments

11 comments on Harimau Muda Yang Demam

  1. IkinNo Gravatar
    March 7, 2012 at 2:01 pm

    alalalalalalala… tian muchuk2 demam….. moga cepat sembuh budak manje!!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 7, 2012 at 3:09 pm

      Thank you Ikin. Nasib baik la cepat je dia recover. Itulah few days ni still bagi a/d tu. Biar dia bebetul recover. Tak sanggup dah nak tengok dia melepek camtu lagi 🙁

      Reply
  2. kak AidahNo Gravatar
    March 7, 2012 at 2:51 pm

    Memang merisaukan bila kesayangan kita ni demam. Nak tanya mana sakit, tak tahu pulak jawab (tapi kalau dia jawab kita pulak demam. Hihi) Alhamdulillah, citer ni happy ending. Kalau tak akak pun sama meraung nanti. Akak ni bila sembahyang pun doakan kucing sihat dan panjang umur. Peneman setialah katakan.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 7, 2012 at 3:07 pm

      Kan kak.. saya punya risau la haritu, tak boleh nak describe dah. Dalam pada dia lembik lembik tu pun, saya sempat tanya Hachiko, “sayang kakak ni pening ke?” Amboi, macamkan dia boleh jawab kan. Bak kata akak la, kalau dia jawab, saya pulak yang demam hahaha. Saya ni anak belum ada, memang kucing je lah peneman setia. Kekadang mak ajak tidur rumah pun terpaksa tolak sebab kesiankan kucing dekat rumah. Kalau dia sakit tu, rasa macam nak transferkan sakit tu dekat kita. At least kita tahu kat mana yang sakit. Sakit kepala ke, sakit perut ke..

      Reply
  3. chesueNo Gravatar
    March 7, 2012 at 8:49 pm

    olohh siann hachiko.. jelas sungguh muka orang sakit tu..
    moga sembuh laju2 and tak demam lagik..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 13, 2012 at 12:25 pm

      Thanks CheSue. Sekarang ni aku sentiasa perhatikan dia. AKu lagi rela dia naughty berlari sana-sini kat dalam rumah. Jangan melepek macam kain buruk je. Sedih aku menengoknya

      Reply
  4. lindaNo Gravatar
    March 7, 2012 at 9:07 pm

    Salam,

    Wahhh, tetibe aku jadi makcik, sibbaik panggil Untie, so i rasa muda. kahhhh. Glad to heard Hachiko telah sembuh. Aku tompang risau weyh. Maklumlah, pencinta kuceng/haiwan tegar, kuceng org lain sakit/demam aku tompang risau 😛

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 13, 2012 at 12:26 pm

      Yelah Linda. Bila ko pun perasan yang Hachiko tak sihat haritu, terus aku makin gabra. Sebab jelas sangat muka sakit tu kan. Mata pun tak bercahaya. Pengalaman pahit betul la

      Reply
  5. azNo Gravatar
    March 8, 2012 at 9:22 am

    dulu masa tak bela kucing lagi, tak faham cmne org boleh ada perasaan sayang pada kucing sampai begini sekali. tapi sejak bela kucing starting disember tahun lepas, barulah tahu..mcam ni rupanya perasaan sayang tu. emotional attachment dgn dia mmg susah nak di explain.

    harap2 hachiko cepat2 sihat. saya still trauma lagi sebab semalam kat fb ada sorang member post dia baru je kematian kucing sebab kena sawan/stroke. siap tunjuk gambar kucing dia sebelum dikebumikan dlm tanah. sangat2 trauma lah bila teringat gambar tu. minta dijauhkan Allah semua tu. belum puas bermanja lagi dgn tomey. 🙁

    anyway, member tu ada cakap yang org jual a/d food kat dia tu ada mention yang a/d tu ada pork, dan suruh dia take neccessary precaution masa handling makanan tu. betul eh?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 8, 2012 at 10:07 am

      Hi Az.. tu la kan, i pun sebenarnya ada dulu-dulu tak faham. Sekarang ni i la yang paling risau sekali kalau kucing sakit ke, kucing terperangkap atas pokok ke. HAchiko dah semakin dihat dan makin active. Dah berlari dan berkejaran semula dah.

      Kawan u tu nama Anis Hartini ke? Hehehe. Kalau iye, tu i punya ex-housemate masa duduk KL dulu hahaha. Sebab semalam memang dia ada upload gambar kucing dia. Memang sedih tu tak tergambar kalau apa-apa jadi kat kucing. I bila doktor cakap nak buat blood screen pun dah menangis macam apa je. Sebab takut something bad keliar kat result darah tu kan. Nasib baik tak jadi buat.

      Reply
  6. azNo Gravatar
    March 8, 2012 at 10:59 pm

    laaa…kecik rupanya dunia ni. you ex-housemate inai rupanye. her along is my best fren. kitorang dah kenal dari dia kecik lagi 🙂 kucing yg saya cakap tu kucing napee & dia tu la. tragis kan citer dia 🙁

    Reply

Leave a reply