Kecik VS Debab

Hai. Ni saya ni, Hime. Saya ada satu cerita. Nak tahu tak yang saya menang perlawanan wrestling? Heh. Hebat bukan? Sudahlah hebat, lawan saya pula ialah kakak Sookie. Emm paham pahamlah kakak Sookie tu bersize monster kan. Tapi kalah pulak dengan saya yang kecik genit ni.

Sesungguhnya saya merasa amat bangga.

Begini ceritanya. Pada suatu hari tu, saya merasa sungguh boring sekali. Saya dah kacau semua orang, dah panjat grill sampai kakak menjerit, dah masuk bawah kerusi. Eh semua benda lah saya dah buat. Tapi tetap la saya boring. Si kakak ni pulak tak fun. Dia tak bagi saya keluar. Dia cakap “Ha, Hime tu jangan nak ngade ngade keluar ye. Duduk dalam rumah diam diam”

Ada ke patut dia suruh saya duduk diam? Sungguhlah tidak logik.

Lalu saya pun mencari idea, hmmm nak buat apa ye. Hachiko entah ke mana. Kalau nampak dia, boleh juga ajak lumba lari sambil menjerit-jerit. Kakak cakap saya ni mengada. Kalau lumba lari, atau bila kena kejar dengan Hachiko, mesti saya terjerit-jerit. Bukan apa, saya panik la, hahaha.

Ha! lalu saya mendapat satu akal.

fight1

fight2

Saya nampak kakak Sookie tengah main sendirian. Lalu saya pun panggillah dia. Kakak Sookie ni pun tak fun. Dia sama je macam kakak A-oi, suka main sendirian. Tak boring ke korang weh?

fight3

Heheh. Hebat kan saya ajak main gaduh gaduh. Kamikaze sangat ajak si debab tu bergaduh. Kalau kena hempap, entah apalah nasib saya agaknya. Paling hebat sebab sambil ajak bergaduh tu, sambil saya jilat jilat perut. Macam perkara kecik je. Mihmihmih

fight4

Kakak Sookie bagaikan tidak percaya yang saya ajak main gaduh gaduh. Siap tanya lagi saya serius ke? Entah apa-apalah, dia nampak muka saya macam bergurau ke?

Selepas berbincang terms & conditions secara pantas, kakak Sookie pun bersetuju untuk main gaduh gaduh dengan saya. Maka bermulalah…

DSCN9423 [640x480]

 MENENTANG

photo (3)

Jeng jeng jenggggggg…!!!!

fight5

Ewah, tanpa segan silu dan penuh keberanian serta keangkuhan, saya provoke kakak Sookie. Walaupun dalam hati ada sedikit cuak. Yelah kalau nak lawan size badan, dah tentulah badan saya ni cuma sebesar peha kakak Sookie je. Itupun sebelah peha je. Kahkahkah.

fight6

 Kakak Sookie menyeranggggggggg!!!!

Woh woh wohhhh takutnya saya lalu cepat-cepat saya baringkan badan lalu menuduh kakak Sookie menyerang saya sewaktu sedang baring. Dan serangan itu tidak sah berdasarkan terms & conditions yang kami dah persetujui.

fight7

Kakak Sookie terkonfius sikit. Yelah, saya memang main tipu pun, hahaha. Tapi sebab saya berkeras cakap saya tak tipu, dia pun percaya. Lalu suruh saya bangun dan meneruskan perlawanan.

Tanpa kakak Sookie sempat bersedia, saya telah lakukan serangan hendap!

fight8

 Memang saya sangat keji, kui kui.

Kakak Sookie terpinga-pinga. Hahahaha. Ye, sekali lagi saya main tipu dan menyerang kakak debab saya tu secara bertubi-tubi. Maklumlah saya nak menang kan. Haruslah mengelat.

Yay! Maka saya pun menang perlawanan wrestling ini. Yessss!!! yesss!!!

Lalu kakak Sookie fed-up seraya berkata..

fight9

Dan saya pun kembali boring. Haihhhh.. Masuk bilik kakak lah macam ni. Main panjat grill semula, hihihihih.

Yang naughty,
Hime Memey 

Comments

comments

8 comments on Kecik VS Debab

  1. SakioNo Gravatar
    March 6, 2012 at 12:37 pm

    aduiii tengok si sookie tu bulu kaler sama je mcm kucing teman kecik² dlu … Hime ni memula tgk pic igtkan beso dah perati btui² mmg beza gak noo hehehehe =P

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 7, 2012 at 3:14 pm

      Beso dan cepat mengah si Sookie tu. Lari sikit, dah penat. Berlawan sikit, dah penat. Obesiti gamaknye :p

      Reply
  2. IkinNo Gravatar
    March 6, 2012 at 1:28 pm

    huh.. ending sangat tak best… pe lah memey nih :s

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 7, 2012 at 3:13 pm

      Hahahah endingnya Sookie pun malas layan dia, hahaha

      Reply
  3. chesueNo Gravatar
    March 6, 2012 at 8:28 pm

    hahah bengong ko, tergelak2 aku baca komik ko nih…!
    tak acik aa budak Hime ni main tipu.. kesian kakak sookie.. tak baik buli budak gemuk tu..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 7, 2012 at 3:13 pm

      Hime memang pedengki, nak menangggg je. Taktik dia, bila nak kalah je (tak kira main apa), mesti menjerit-jerit. Lepas tu konfem la kita ingat dia tu kena buli kan. Padahal dia yang mulakan. Kalau dia nak apa-apa pun, mesti dia mengiau sampaiiiii la ko bagi apa dia nak. Buruk perangai betul hahaha

      Reply
  4. Kak AidahNo Gravatar
    March 7, 2012 at 11:23 am

    Citer ni akak rasa kalau masuk slot akasia, laku nih. Nama hime memey tu dah cukup komersial. Lepas tu si debab tu pulak, sangat berwajah pan asia gitu. Gaduh2 tu pulak kena selitkan sikit unsur duit juta2. Pasti ngam. Hahaha.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 7, 2012 at 3:11 pm

      Memey tu bukan setakat nama je kengkonon komersial, kontroversial pun ye jugak. Sama je macam kat rumah. Dia la yang paling nakal kalahkan kucing jantan. Yang si debab tu, harapkan debab je. Tapi, dia la yang selalu jadi mangsa. Baik kucing yang tua ke, yang muda ke, semua buli dia. Kesian Sookie, hahahaha

      Reply

Leave a reply