Misi Menyelamatkan Atan

Hari Jumaat lepas, masa on the way balik rumah lepas ambik Echa tuition, kawan dia call. Lepas tu Echa ckp kat aku “Kak Iz free tak malam ni? Kawan Echa nak mintak tolong hantar kucing dia pergi klinik. Sebab pipi kucing dia bengkak lepas tu bengkak tu pecah. Suara dia sedih gila ni..”

Aku terus meremang bulu roma. Tak dapat nak bayangkan situasi tu. Terus aku setuju dan mintak kawan dia bersiap.

Aku call husband yang baru sampai dari KT petang tu and bagitau dia yang aku mungkin sampai rumah lewat sikit sebab nak pegi rescue kucing. Suami saya sangat memahami yang isterinya ni macam Wonderpets, jadi dia cakap okaylah, buatlah apa yang perlu.

Sampai kat rumah kawan Echa, tengok kucing tu tengah tak keruan. Pasti dia sakit. Mula-mula aku ingatkan boleh la nak pegang je sampai ke klinik, nampaknya macam mustahil. Sebab kucing tu nampak sangat stress dan terlalu sakit. Jadi kitorang rushing balik rumah untuk ambil carrier, sebab kucing kawan Echa ni hidupnya bebas. So diorang takde carrier mahupun cage. Lainlah macam kucing aku yang macam duduk kat asrama. Petang-petang boleh keluar main-main kejap dengan pantauan warden (akulah warden tu) tapi mesti masuk rumah sebelum gelap. Garang tak? hahaha.

Sampai rumah, ambik carrier dan jumpa husband sekejap. Pastu misi menyelamat disambung. Nasib baiklah rumah dekat je dengan kawan Echa tu.

Nama kucing tu Atan. Umur dalam lingkungan 8 bulan. Darah banyak. Bukan setakat darah, siap bernanah sekali. Arghhh, tak dapat aku bayangkan kesengsaraan si Atan. Kami ke Jawhari Cat Medical Centre. Sampai kat klinik, Atan dirawat Dr Jawaher. Rupanya Atan kena bisul. Disyaki punca bisul ialah sebab bergaduh. Atan kucing jantan yang tidak di-neuter. Jadi memanglah kalau bergaduh tu kaw-kaw punya. Kata doktor, kos rawatan pasti sangat tinggi, sebab lukanya agak besar dan Atan langsung tak bagi orang sentuh luka dia, jadi tak boleh nak cuci luka tanpa bius. Ubat bius tu yang mahal. Apa-apa pun doktor bagi suntikan penahan sakit dulu pada Atan. Semua menangis masa tengok Atan meraung. Kesian gila. In fact masa aku menaip ni pun, aku rasa sebak. Terbayang macam mana Atan menahan sakit hari tu.

Googled image

Macam tu la lebih kurang bentuk bisul pada kucing. Atan kena kat bahagian pipi camtulah, tapi atas sikit kot, dekat-dekat dengan telinga. Dalam bahasa inggerisnya, abscess. Kata doktor, nasib baik cepat bawa Atan ke klinik. Ada orang yang sampai dah berulat bisul tu, baru nak bawa ke klinik.

Aku suruh doktor anggar berapa kos rawatan Atan. Ikut perkiraan doktor, kosnya hampir RM300, entah-entah lebih, tapi itu pun sebab doktor tak jahit luka tu. Bila tak jahit, kosnya murah sikit tapi jangkamasa untuk pulih tu lebih lama. Aku mintak doktor bagi diskaun. Jadi doktor pun cakap dia charge RM200 untuk semua sekali. Thanks doktor!

Kawan Echa telefon mak dia, dan suruh doktor cakap sendiri dengan mak dia. Aku bisik kat Echa “Cakap kat kawan Echa, takpelah biar akak bayarkan dulu”. Pastu lepas maknye cakap dengan doktor, dia pass kat aku pulak. Aku keluar dari bilik rawatan dan cakap dengan mak dia. Sebak hati aku dengar suara makcik tu. Aku tahu dia nak suruh kami bawak balik je Atan ke rumah. Mana aku sanggup!! Sedangkan kucing aku luka sikit pun aku risau bukan kepalang. Inikan pulak Atan yang parah tu. Lagipun kata doktor, kalau dibiar tanpa rawatan, bisul tu boleh makin teruk dan berulat. Aku cakap, biarlah aku bayar dulu kos rawatan Atan. Makcik tu setuju. Kata dia, nanti dia bayar balik duit aku secara ansuran. Lagilah aku sebak tak terkata 🙁

Maka Atan terpaksa ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Doktor cakap, next day, malam, baru datang ambik Atan. So kitorang pun balik la. Aku hantar kawan Echa dulu. Dia hulur RM20 kat aku sebagai duit minyak. Aku tolak. Aku tak sampai hati nak ambik. Dalam kepala otak aku duk pikir Atan je. Harap-harap la luka dia tak teruk. Sampai kat rumah kawan Echa tu, aku jumpa mak dia. Makcik tu berterima kasih sbb aku tolong Atan. Lagi sekali aku tahan air mata 🙁 Sebak gila.

Kat rumah, aku cerita pada husband siap menangis. Nasib baik la suami sangat sangat memahami dan dia cakap takpelah, kita tolong la apa yang termampu. Thanks sayang!

Keesokan harinya, kami pergi ambik Atan pukul 8.30 malam. Atan tak pernah pakai e-collar jadi dia sangat stress. Tambahan pulak dia tengah dalam bius, jadi dia tak kenal orang dan sangat garang. Mata terbuntang je dan mengamuk dalam carrier. Sedih gila. Lepas uruskan bayaran, kitorang pun hantar Atan balik. Aku pinjamkan cage sebab diorang takde cage. Atan tak boleh dilepaskan sebab dia masih dalam bius. Nak jalan pun dia tak mampu, mabuk dan terhuyung hayang. Lagi pulak dengan berbalut muka tu, memang la tak boleh lepas, kang dia lari.

Makcik jemput kami masuk minum dan berbual-bual. Atan lahir dalam rumah tu. Mak Atan mati disyaki kena racun. Diorang sayang sangat dengan Atan sebab tengok Atan membesar, dari belum bukak mata, merangkak, sampai la dah berlari. Aku faham perasaan tu. Kucing aku demam pun aku dah meraung, inikan pulak kalau jadi macam ni, entah-entah 30 hari 30 malam berendam air mata.

Bukan main banyak pesanan aku kat diorang tentang macam mana nak jaga Atan yang tengah sakit tu. Yelah, ubatnya pun dah 3-4 jenis. Nak bagi kucing makan ubat ni, bukan senang. Ubat cuci lagi. Tambahan pulak luka tu tak dijahit kan, jadi kena lebih berhati-hati. Ubat tak boleh miss, cuci kena setiap hari.

Aku harap Atan cepat sembuh.

p/s: Sorry la gambar Atan tak ada sebab dalam kekalutan tu tak sempat la aku nak amik gambar ni. Aku dah suruh Echa mintak gambar Atan kat kawan dia, kalau dia bagi nanti, aku tepek kat blog ok.

Comments

comments

9 comments on Misi Menyelamatkan Atan

  1. lindaNo Gravatar
    May 14, 2012 at 12:12 pm

    Aku dah agak, bile bengkak, luka, pecah mesti bisul. Aku berterima kasih kat ko dan yg watak2 yg lain dalam entry ni sbb selamatkan Atan. Maklumla, haiwan kan, mereka bukan bekerja, mana nk dptkan dana kalo bukan kita yg manusia ni yg bantu…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 17, 2012 at 12:35 pm

      Itulah kan. Doktor kata puncanya mungkin bergaduh je. Dan bila luka, bakteria berkumpul tu yang bernanah dan jadik bisul tu..

      Reply
  2. IkinNo Gravatar
    May 14, 2012 at 1:49 pm

    Iz, My kucing dulu penah jadi mcm nih, but kitorang tak syak bisul sbb daging pipi dia luruh terus after sehari membengkak… if u pasan dlm fb i kucing yg muke horror tu… my parents pon tak bagitau sbb tanak i sedei.. after 3 week i balik kampung harus la meraung tgk muke kucing da tinggal tulang pipi… the point is i nak cerita, my parents bagi sapu minyak gamat ngn minum air kelape je…. selang 2 hari bagi air zamzam, siap mak i bernazar if dia sembuh, my mum nak sedekah kat masjid 🙂 mmg alhamdulillah dia sempat mengawan ngn tinggalkan zuriat utk kami… after 3 minggu beranak dia mati atas sebab unknown :'( sedei sangat… i can imagine camane u sedei tgk kucing tu….wwoh tetiba i sebak gak…..

    anyway, thanks sangat Iz sbb u berjaya tolong kucing tu… moga Allah murahkan rezeki u and permudahkan urusan u…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 17, 2012 at 12:34 pm

      Ha’ah ada gak tengok gambar tu tapi tak sanggup nak tengok lama-lama. Bukan ke sporo tu? Tapi alhamdulillah la berkat doa dan nazar your mom, sempat la kucing tu tinggalkan anak-anak dia kan. Sempat jugak la anak-anak dia minum susu ibu 3 minggu. Ish. sedih pulak i baca cerita u.

      Thanks Ikin, harapnya Atan cepat sembuh la 🙂

      Reply
  3. dilsNo Gravatar
    May 14, 2012 at 2:02 pm

    ugh.. kesiannye. Actually baca pon mcm skimming je, sbb tak sanggup nak bayangkan sakit kucing tu. Sedangkan kucing aku dulu bernanah sikit kaki pon aku dah risau. (sikit je nanah tu)

    Hope the cat continue sembuh. If kalau kena bwk balik jumpa vet, do inform!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 17, 2012 at 12:32 pm

      Kalau tengok betul-betul, memang teruk lukanya. Meleleh-leleh nanah dan darah. Dengar cerita Atan dah sihat sikit. Nanti aku update cerita dia 🙂

      Reply
  4. Kak AidahNo Gravatar
    May 15, 2012 at 9:53 am

    Samalah dgn akak. Kalau tengok kucing sakit ape2 hal airmata meleleh dulu. Kalau sakit tu timbul malam2 pulak, maka tak tidurlah akak sampai ke pagi. Risau sebab klinik dah tutup nak tunggu bukak pukul 11.30 pagi pulak. Itu yang kadang2 pegi hospital UPM je. Harap Atan cepat sembuh. dan tahniah Iz jadi orang yang sangat sayangkan kucing. Akak kagum dan sangat teharu. Semoga Allah beri rezeki dan rahmat berlipat ganda pada Iz, ya. Atan tu dalam garang2 akak yakin dia doakan kesejahteraan Iz jugak. Beruntung tau sayangkan kucing2 ni.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 17, 2012 at 12:31 pm

      Saya paling doa kucing tak sakit malam-malam. Takut kak. Vet kat Kuantan ni dah la sikit. Paling lewat pun bukak sampai 9pm je. Memang kesian sangat dengan Atan kak. Kitorang tak pernah pun kenal Atan sebelum ni, tapi bila tengok dia sakit macam tu, tak sampai hati sangat kalau tak tolong. Terima kasih kak, moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga 🙂

      Reply
  5. TengkuNo Gravatar
    March 16, 2016 at 4:39 pm

    Kucing aq pon kene bisul ni …then bisul tu pecah….and bait dng sendiri….

    Reply

Leave a reply