Atan Dah Sihat!

Siapa masih ingat pada Atan? Siapa yang tak pernah tahu pasal Atan, boleh baca ini dulu. Kemudian ini.

Atan sekarang dah sihat sepenuhnya. Thanks pada tuan dia sendiri yang jaga Atan dengan penuh kasih sayang dan sabar merawat Atan yang sakit. Dan of course, melayan kerenah kucing yang sakit pun bukannya perkara mudah. Terutamanya kalau kucing tu jenis pandai merayu-rayu dan buat muka sedih. Memang hati pasti mencair.

Dan kau perlu tepis syuh syuh syuhhhh semua perasaan kesian pada kucing tu masa tu, kalau nak dia cepat sembuh.

DSC01693

 Pipi Atan dah licin. Sebab dia pakai Tabita.

Hahahahaha ok ok tipu la wei. Kucing pakai Tabita mau mati kotnya. takpun luruh semua bulu. Manusia pakai Tabita boleh la dapat kulit licin cam Krisdayanti. Ko jangan bagi kucing pakai Tabita pulak lepas tu cakap Iz yang suggest.

Memang aku pelangkong. hahahahaha.

Tempoh rawatan Atan sejak dia pergi vet tu, ialah lebih kurang satu bulan. Sekarang dia dah sihat sepenuhnya. Pipi pun dah tumbuh bulu.

DSC01612

 Atan termenung mengenang arwah emaknya..

Memandai-mandai aku cakap dia terkenang arwah mak dia kan. Entah-entah tengah merangka strategi nak mengorat kucing jiran sebelah. Hehehehe..

Aku baru je dapat gambar-gambar ni dari kawan Echa. Haritu aku nampak dia online kat Facebook, cepat-cepat aku mintak. Yelah aku pun nak tahu jugak perkembangan si Atan kan.

DSC01622

 Atan posing comel

Tahukah anda, bila kucing pose macam ni lah yang terpaling tercomel sekali. Mampu memekarkan bunga di taman hati. Kiranya kalau tengah marah tu, bila kucing ko tergolek-golek macam ni memang hati terus cair. Lantas menggomol kucing tersebut seraya berkata “Alololo comelnye awak ni, picit kanggggg”

DSC01625

 ROARRRRR..!! Atan cuba menyamar sebagai hantu. Hantu terlentang

DSC01627

 Susut sikit badan Atan. Biasalah tu. Tak sihat kan.. Manusia pun bila tak sihat kurus jugak. Nanti make sure gemuk ye Atan!

DSC01642

 Bergomol dengan Bulat

Eh Bulat ke nama dia. Aku pun cam lupa lupa hehe. Bulat ni kecik lagi. Ala Atan pun kecik lagi jugak. Baru 9 bulan. So Bulat lagi kecik dari Atan la kiranya.

DSC01644

 krohhhh.. krohhh.. tidur terkangkang di tengah rumah. Siap ternganga lagi ha..

Kucing aku pun kalau tidur, memang kat mana-mana saja. Terutamanya Sookie. Tengah tengah dapur. Ruang tamu, atas tangga, atas katil, bawah katil, belakang langsir. Eh mana-mana yang dia rasa sedap la. Nak kacau memang tak sampai hati la kan. Tidur la ko situ.

DSC01658

Atan dan Ochook merangka strategi macam mana nak mengambik alih rumah dan jadikan rumah tu milik mereka

Biasa la kan, kucing ni memang tuan rumah. Kita ni servant dia je. Nak marah? memang tak sampai hati. Walaupun diorang men’salji’kan rumah dengan tissue paper. Tetap tak kena marah.

Yang kena marah ialah mereka yang letak tissue merata-rata. Hahahaha.

Ochook ialah kucing jiran sebelah Atan. Yakni kawan kelas Echa jugak. Besar dah Ochook, handsome pulak tu. Tapi dia suka lepak kat rumah Atan. Sebab dia best pren pawrever dengan Atan. Hehe.

Aku syukur Atan dah sihat. Rasa happy sebab dapat bantu Atan. Walaupun sekadar bantu dia bawak pegi klinik je, hihihih. Semoga sihat selalu ya Atan dan hidup sampai 20 tahun lagi 🙂

Comments

comments

10 comments on Atan Dah Sihat!

  1. lindaNo Gravatar
    June 6, 2012 at 4:01 pm

    alololorrr Atannnn. syukurrrrr… mekasih la makhluk Allah yg baik hati semua yg selamatkan Atan 🙂

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 12, 2012 at 4:01 pm

      Hehehe thank you Linda. Haha nak jugaakkk walaupun aku tolong hantar pegi klinik je kahkahkah

      Reply
  2. dilsNo Gravatar
    June 6, 2012 at 6:00 pm

    Yeayyy! Seronok tengok Atan golek2. Respek to the family yg jaga Atan sampai die sihat sepenuhnya dalam masa yang sekejab.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 12, 2012 at 4:00 pm

      Sekejap je kan. Aku pun syukur. Risau jugak luka dia lambat sembuh kan. Dah penyakit lain pulak kalau luka tak sembuh-sembuh ni. Nasib baik la cepat je recover 🙂

      Reply
  3. chesueNo Gravatar
    June 6, 2012 at 8:20 pm

    yap! pose yg atas tu mmg terpaling comel bila kucen buat.. leleh ati bila tgk.. syukur atan dah sihat.. hanya tuhan je laa dpt balas segala kebaikan mereka2 yg menjaga baik kucen2 nih (mode ostazah pilihan) *sambil betuikan selendang*

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 12, 2012 at 4:00 pm

      Kann.. kucing ni pandai betul lembutkan hati manusia. Aku pun lega dia dah sihat. Dah main-main sakan dah. Kata ‘mak’ Atan, lepas sihat tu, Atan pun dah jarang main kat luar. Dia rajin duduk dalam rumah je sekarang ni hehehe

      Reply
  4. Kak AidahNo Gravatar
    June 7, 2012 at 2:31 pm

    Alhamdulillah atan dah sihat. Kucing muda2 ni memang cepat elok. Kalau tua2 macam atuk tu payah sikit. Terlebih manja. Sentap pun cepat jugak.
    Besar pahala Iz tolong atan tu, tau. Nanti insyaAllah kat akhirat dia kenal wajah Iz.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 12, 2012 at 3:58 pm

      InsyaAllah kak. Saya pun haritu ada pergi rumah Atan, jenguk dia. Dah sihat benar dah dia. Parut pun memang tak nampak. Kalau orang tak tahu cerita, memang tak perasan langsung ada parut kecikkkk kat pipi dia. Milo cepat sentap ye kak?

      Reply
  5. ikaNo Gravatar
    June 11, 2012 at 2:40 pm

    kiut atan tido terkangkang.hehe

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 12, 2012 at 3:57 pm

      Kucing yang tidur terkangkang memang nampak kelakar kan. Macam syok gila tidur

      Reply

Leave a reply