Makanan Kegemaran Si Kenit

Sebenarnya aku nak buat entry lain. Tapi tiba aku termasukkan gambar lain. So layan ajelah ye. Malas pula rasanya nak tukar gambar. Haha. Sebab WordPress ni macam payah sikit bab upload gambar ni. Ke aku yang tak reti entah. So gambar-gambar memang aku upload pakai Windows Live Writer je. Lepas tu entry baru buat kat WordPress sebab WLW aku tu pun bengong boleh tahan. Tak boleh detect theme.

Bulan ni, aku top up lagi bekalan makanan para kekenit ni. Seperti yang aku katakan, makanan kegemaran diorang, kat KL je murah. Kat Kuantan ni mahal. So everytime pegi KL, memang la memborong makanan bagai tiada hari esok.

20120610_184611 [640x480]

ini adalah separuh dari bekalan makanan diorang

Yang dalam container biru ni, cuma makanan tin kecik. Yang makanan tin besar boleh letak sikit je. So lantak kau lah makanan tin besar aku biar je kat dalam kotak.

Apa yang ada dalam container biru ni?

20120610_184304 [640x480]

 tadaa..!!

Premium Fussie Cat pelbagai perisa, punya banyak sampai aku pun tak ingat dah apa nama dia. Masa beli tu aku suruh amoi tu campurkan semua flavour. Senang. Same goes to tin besar, aku suruh dia campurkan. Tapi awas ya. Tin besar dan tin kecik ni, kualitinya berbeza. Yang tin kecik adalah lebih premium dan lebih lazat. Dari apa yang aku tengok la. Aku tak pernah pulak try makan hahaha. Walaupun bau dia memang sedap rasa macam nak cicah dengan roti. Kahkah.

Yang tin besar pun okay jugak. So far kucing aku suka. Tapi memang tak sama la kandungan dia. Even namanya pun tak sama. Contohnya, tin besar ada yang Fisherman’s Basket. Tin kecik tak ada. Tin kecik ada Tuna & Salmon, tin besar tak ada. Ha ko paham ke apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Hahaha.

Then ada Fancy Feast Royale. Aku memang beli Roasted Succulent Chicken sahaja. Yakni ayam rebus racik. Bau sedapnya hoiii… macam bau sup ayam. Aku tak beli flavour lain sebab dah ada Fussie Cat kan. Yang Fussie Cat ni takde ayam rebus. Tu yang kena beli Fancy Feast. Dulu rajin juga nak rebus-rebus ayam sendiri. Tapi sekarang ni rasa macam kesuntukan masa. So beli je la yang tin punya. Lagi sedap dari yang aku buat kot haha.

Pastu ada Evo. Yang Evo tu aku tak beli banyak. Haritu aku beli 6 tin je. 1 tin boleh tiga ekor makan. Tu cuma untuk majlis hari jadi je, hik hik. Jadi cuma makan once in a blue moon. Jangan nak mengendeng mintak Evo selalu.

20120509_193425 [640x480]

 Ini terpaling favourite. Cat treat!!!

Dulu-dulu aku ada jugak beli cat treat jenama lain tapi diorang tak suka langsung. Bila aku try bagi Vitakraft Cat-Stick Mini ni, berebut-rebut nak makan. Paling naughty sekali ialah Hime. Kalau aku letak 2 atas tapak tangan, dua dua dia sebat masuk mulut dia. Yang lain takde chance.

Cat stick ni, dia panjang. Tapi lembut dan boleh dipatah-patahkan untuk kucing ko mudah nak makan. Takkan ko nak bagi sebatang macam tu kan. Harganya, satu batang RM2. Tapi dia jual 3 batang sekali, RM5. Aku beli entah berapa puluh batang entahhh. Tu yang aku selit-selit dalam container biru tu.

Kalau aku pegang cat treat ni, memang depa kerumun laaa.. Time tu la baru rasa dihargai. Haha. Sama kalau bila aku pegang dulang, berebut-rebut semua ikut bontot aku. Pegang dulang tu tandanya nak dapat makan wet food, tu yang semenya time tu baru sayang aku. Kalau tidak tu semua eksyen. Hachiko je yang setia ikut bontot aku ke mana saja.

20120610_192057 [640x480]

 Sookie dalam kotak Fussie Cat

Aku borong dengan kotak-kotak sekali. Leceh la nak letak dalam plastik. Satu kotak tu 24 tin besar kalau tak silap aku. Lagipun kotak boleh bagi kucing main. Paling suka kotak ialah Sookie. Entah apa yang seronok sangat duduk dalam kotak entah.

Sookie tak suka wet food sangat. Dia makan la, tapi lembab nak mampuihhh.. Yang laju makan ialah Aoi, Hime dan Hachiko. Selalu menjadi yang terakhir meninggalkan tempat makan diorang. Hehe.

Oleh kerana Sookie tak minat wet food dan suka bebenor dekat kibbles dia, maka semalam dia telah secara rasminya diisytiharkan sebagai seekor kucing yang mengalami OBESITY, oleh vet kami T______T

IMG_20120426_200215 [640x480]

cian la budak obes ni..

Vet pesan kena cuba turunkan weight dia. If next visit to vet, berat dia makin naik, maka kena la ko makan makanan diet. Sama ada RC Fit 32 ataupun RC for Obesity Management.

 

Tahukah Anda: Nombor yang tertera pada nama makanan Royal Canin tu menunjukkan kuantiti protein pada makanan itu?

Contoh: Babycat34, Kitten36, Fit32, Sensible33. Maksudnya Babycat34 mengandungi 34% protein. Kitten36 pulak ada 36% protein. Fit32 ada 32% protein, Sensible33 ada 33% protein. Dan begitulah seterusnya.

Wahhh tiba-tiba ada segmen “Tahukah Anda” pulak, Kahkahkah. POYOS sangat.

Comments

comments

11 comments on Makanan Kegemaran Si Kenit

  1. Kak AidahNo Gravatar
    June 18, 2012 at 3:54 pm

    Akak baru je balik dari pet centre The Mines. Hajat nak cari makanan atuk, RC indoor 7+ tapi dekat rak RC sunyi sepi je Iz. Hari tu balik PD akak dapat beli RC hair and skin 2kg buat tambah yang dah ada ni, atuk punya masih tak dapat. Diorang cakap bulan 8 baru masuk. Adoooiyaii. Nampaknya atuk beraya super slimlah tahun ni. Sbb stok yang ada kena jimat. Dia pulak dah tak nak langsung sentuh makanan lain. Pendiet tegar, katanyaa….kihkihkih.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 19, 2012 at 3:26 pm

      Tu la kak.. kelmarin masa bawak diorang ni pegi vet, kat rak RC cuma tinggal paket-paket kecik je. Apa hal pulak beli paket kecik kan. Dah berapa ratus paket kecik pulak nak kena beli ye tak. Risau je saya. Kesian la Milo kalau tahun ni beraya kena pakai baju kebaya, hahahahaha. Pendek kata sekarang ni asal pegi pet shop je, memang kena tuju rak RC dulu. Gila betul lah RC ni buat hal.

      Reply
  2. dilsNo Gravatar
    June 18, 2012 at 5:07 pm

    Aku kannn… kedekut tahu. Aku bagitahu die org wet food, tapi tin besar tu tahan seminggu. Hahaha. Sebab aku tabur wet food tu mcm gaya kita tabur lauk atas nasik, then selebihnya simpan dalam fridge.

    Bolehlahh. Aku buat camtuh sebab die orang tanak makan dry food sangat, and aku pulak tak larat nak membeli bertin-tin wet food, so kira compromise la ni. Tapi ok gak as kalau aku bagi wet food lebih2, kadang2 tak habis pon. Rugiiii. So kucing-kucing aku tu tahu dah, kalau pagi dan malam die orang dengar aku bukak pintu fridge tu, berlari2 tunggu depan mata.

    Sookie berat dah berapa??

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 19, 2012 at 3:23 pm

      Sookie berat macam Kurap. Tapi sebab si Sookie ni kan ala-ala katik sikit, so lemak kat perut pun dah berbuai-buai, jalan lama sikit pun dah semput, berlari apatah lagi. Tu yang dia dah considered as obese.

      Ok la ko tabur wet food kat kibbles diorang eh? Bagus jugak. Kucing aku so far bedal je apa saja yang aku hidang. Kalau takde wet food, diorang belasah kibbles. Memang takde masalah pemakanan la, alhamdulillah 🙂

      Reply
  3. ShahNo Gravatar
    July 1, 2012 at 5:52 pm

    Berapa lama tahan kalau selepas buka tin tu? Boleh simpan dlm fridge tak?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2012 at 12:23 pm

      Yang tin besar tu? Boleh simpan dalam fridge, tapi tak tahu pulak boleh tahan berapa lama. Sebab sekali bukak memang habiskan terus hehe. Tapi kalau kebiasaannya, if wet food simpan elok-elok dalam fridge, boleh tahan 2 ke 3 hari. Tapi kalau tin kecik, memang kucing boleh habiskan sekali hadap je 🙂

      Reply
  4. sushiNo Gravatar
    July 3, 2012 at 4:09 pm

    SMTI~

    Alangkah bagusnya jika si memei tu suka makan brand lain utk wet fud neh…ni x..memanjang aje fancy feast royale tu..tu pon makan yang whitemeat tuna tu je..yg lain haram dia nk makan..yg fussie cat tu sampai ada 4 tin kat rumah..xtau nak bukak ke tidak bagi die makan..sebab di xkan makan tp kalo terdesak xtau la pulak kan…sbb ari tu bagi sampai nak tido terbiar macam tu je..mulut bising gak mtak makan..lst2 buang saje bende tu..same la yang brand ape ntah satu lagi yg mahal tu..pon same..haram..

    sekin bebelan sayaaa…hehe

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 3, 2012 at 4:13 pm

      yeke? sayangnya ada 4 tin, bak mai sini hahahahaha.. nasib baiklah kekenit ni takde la memilih sangat bab wet food. Tuannya yang memilih pulak, tak suka bagi food yang banyak jelly. Haha. Fussie cat tu langsung dia tak sentuh ke apa?

      Reply
      • sushiNo Gravatar
        July 3, 2012 at 5:30 pm

        haha..meh add nak post kan..siyess x pandang langsung..makan sekadar jilat2 je pastu di biarkan bersemut..try jugak la kot nak ke wet fud yg mahal2 setin tu..tp mmg haram nak sentuh..evo ke,fussie cat ke,homestyle ke,mmg tidak la..dah berapa tin dah buang sbb dh lama dalam fridge tu..yg fancy feast tu pulak yg whitemeat tuna with shrim ke ap ke crab ntah tu..yg tuna saje tu dia xmakan..yg ayam tu lagi l x sentuh..ari tu buat ayam rebus sbb dia xnak makan kan..tp x makan pon..bawak g vet pas die beranak tu bagi ubat antibiotik and amik ubat multivitamin skali kt dia baru ok skit pemakanan die..habit dh asyik nk makan..tu yg riso bile RC dh xde stok ni..die baru nak ok makan kibbles..hope dia mahu maan BW tu nanti..

        Reply
        • sushiNo Gravatar
          July 3, 2012 at 5:31 pm

          maan = makan

          hahaha

          Reply
  5. HanifNo Gravatar
    May 1, 2015 at 3:00 pm

    Dekat mana beli wetfood fussie cat tu yg murah ya? Boleh x send alamat kedai nk borong banyak2 dkt no sy 0179399858

    Reply

Leave a reply