Potong Kuku!

Baiklah. Nak tanya ni..

Korang yang membela kucing ni, rajin tak potong kuku kucing? Aku, rajin la jugak. Kalau bila dukung tu kuku asik tersangkat dekat baju, bila peluk sikit dah terasa cakaran, ha tu tandanya kuku dah panjang la tu. Bukan kuku aku la, kuku kucing hahaha.

Seeloknya potong kuku kucing setiap 10 hari, atau 2 minggu sekali. Kebaikan potong kuku ni ialah ko takde la kena cakar. Bukan ko je, family, tetamu. Dan juga perabot dalam rumah terselamat dari cakaran, hahaha.

Ada la few tips yang aku baca tentang macam mana nak potong kuku kucing. Antara yang paling penting ialah, kena mula ajar kucing ni potong kuku dari dia kecik. Sebab kuku kitten tajam dan halus ok. Rasa macam kena tusuk jarum kalau kena. Biasakan pegang paw dia, picit-picit paw dia..

Potong kuku kucing bila dia dalam keadaan tenang. Masa dia tengah relax. Jangan la masa dia tengah syok main lari-lari, ko pegi angkat dia ajak potong kuku. Memang la dia taknak. Dia tengah busy main tuuuu… Cuba kalo ko tengah syok ketawa terbahak-bahak tengok Running Man, tiba-tiba mak ko suruh pegi gardening. Tak ke tensen? Haha. Boleh ke perumpamaan aku macam ni?

Masa potong kuku tu, lagi elok kalau kau bawak dia dalam bilik, di mana takde apa yang boleh menarik perhatian dia. Takde bunyik burung, takde bunyik cicak. Kiranya sunyi la. Letakkan dia atas pangku kau. Make sure tempat terang ye.

Kalau tak silap aku, dalam Cats101 suggest kita potong kuku kucing masa dia tengah leka makan. Tapi aku tak pernah cuba la. Sebab aku memang tak ganggu kucing aku masa dia tengah makan. Biar dia concentrate dekat food dia. Tapi kalau dah diajar dari kecik, maybe boleh la kot kan.

Claw-trim-quick-1

Perhatikan gambarajah di atas. Bahagian yang namanya ‘quick’ yang nampak bayang-bayang pink itu, sila elakkan. Jangan potong kuku kucing sampai bahagian tu. Nanti berdarah.Kalau dah berdarah nanti, kau yang rasa bersalah. Mungkin juga akan menyebabkan kucing tu trauma bila kau ajak potong kuku nanti.

Tak perlu potong sampai pendek. Yang pentingnya, bahagian tajam kuku tu dipotong. Bukannya macam manusia, yang kena potong kuku sampai pendek.

Masa nak potong kuku tu, picit in between paw dia, sampai kuku dia terkeluar sendiri. Kalau kucing long hair, celah-celah paw pun bulu bukan main banyak. So ini lagi kena bertindak pantas, cepat-cepat selak bulu tu. Bila nampak kuku tu keluar je, cepat-cepat clip kuku tu. Kalau dia melonjak, biarkan dia. Jangan paksa dia. Peluk-peluk la, usap-usap pipi dia. Bagi dia tenang semula, then dudukkan dia semula.

Kalau kucing tu lasak sangat, minta bantuan sesiapa. Sama ada mintak tolong dia pegangkan kucing, kau pulak potong kuku kucing. Ataupun mintak tolong dia usapkan pipi atau kepala kucing tu sambil kau potong kuku. Kalau tak dapat potong semua kuku, janganlah kau pulak yang stress. Tak apa. Bagi kucing tu tenang dulu. Nanti sambung la semula.

Ingat ye, setiap kucing adalah berbeza. Macam mana pun cara kau potong kuku dia, tak jadi masalah, asalkan jangan sampai menyakitkan dia. Dan penerimaan dia terhadap pemotongan kuku pun, tak sama. Ada yang melonjak sikit-sikit je, ada yang marah kau gila-gila sebab kena potong kuku. So itu nasiblah ye, hahaha.

Lepas operasi potong kuku, kasi la dia upah. Bagi cat treat, atau bagi dia makanan kegemaran dia. Barulah dia tak stress bila potong kuku. Sebab everytime potong kuku, nanti dapat upah yahuuu 🙂

Jangan tinggikan suara atau marah dia kalau dia taknak potong kuku. Kucing bukan macam anjing, yang boleh dengar dan patuh arahan manusia. Kalau kau ada kucing, kau tu orang gaji dia, tahu?? Bukannya master. Hahaha. Ala lagipun kucing je pun, sabarlah. Kau nak mintak kucing doakan kesejahteraan kau, tapi kau marah-marah dia pulak. Apa kes kan? Hahaha..

Ni video aku potong kuku Hime. Dia melasak juga, tapi aku berjaya potong semua kuku dia dalam masa kurang dari 3 minit, hehehe.

Comments

comments

14 comments on Potong Kuku!

  1. kak aidahNo Gravatar
    June 28, 2012 at 1:31 pm

    Akak selalu potong kuku masa dia tgh mamai baru bgn tido tu. Sbb badan dia pun masih lembik je kan. Setakat ni yg plg susah si wahau tulah sbb bulu pjg kat celah jari tu. Meronta jgn ckplah. Kena pakai baju lengan panjang. Kalau tak kompom bertatu sebuah lengan nnt. Tapi itu dululah, skrg dah expert sikit. Pakai baju kelawar pun boleh. Hahaha.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2012 at 12:32 pm

      Hahahhaa. Saya pun dulu siap suruh sesiapa pegangkan kucing. Tak berani nak pegang & potong kuku at the same time. Ni semalam baru dapat pangkat sarjan dekat leher, dari Hachiko. Sebab mandikan dia. Hahahaha. Sabo jelah

      Reply
  2. dilsNo Gravatar
    June 28, 2012 at 2:42 pm

    huih.. aku ni penakut sikit dan tangan tak steady so mesti gabra nak potong, takut terkena yg isi tu. Husband selalu buat, tapi die takde ni, alamat sesekor kuku dah macam pontianak. Tapi bile pegi vet, vet la akan potong. Hehe.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2012 at 12:30 pm

      Dulu aku takut jugak. Then doc kata as long as yang tajam tu dipotong, then dah cukup. Takyah nak potong sampai pendek sangat. Dulu pun bila gi vet aku suh diorang potong. Masa tu tak berani. Tapi bila dah lama2 tak pergi vet, sape nak potongkan ye dak. Last2 belajar la jugak buat sendiri. Memula kena dua orang. Sorang pegang, sorang potong. Now dah terrer sket, boleh buat sendiri, hehe

      Reply
  3. azNo Gravatar
    June 28, 2012 at 8:38 pm

    masa potong kuku hime ni, dia baru lepas spay eh? coz nampak kat bawah perut tu mcm bulu-less. hehe.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2012 at 12:28 pm

      Taklah.. Ni video latest, baru je amik few days before buat entry ni. Perut Hime tu memang sejak spay tu, lambat benor nak tumbuh bulu. Entah kenapa. Dulu Sookie pun macam tu. Lamaaaaa gilaaaa nak tunggu bulu kat perut dia tumbuh. Hahaha.

      Reply
      • azNo Gravatar
        July 3, 2012 at 12:43 pm

        ooo..gitu plak eh. ada lambat ada yg cepat. x tahu plak ada yg mcm tu. si kenit kat rumah tu elok pulak bulu dia tumbuh lepas spay. dlm sebulan balik ke asal balik. dulu masa kena fungus infection pun gitu juga. masa tu botak dlm besar duit lima posen. budak2 tu nak kena pakai dr. robbi kot. 😀

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          July 3, 2012 at 3:55 pm

          Si Hime tu vet siap check fungus dah. Tapi sihat walapiat je. Hehe. Everytime pegi vet, memang suruh doc check kenapa laaa perut dia tak berbulu. Tapi jawapannya sama. Bulu dia lambat tumbuh. Hahaha

          Reply
  4. chokilalaNo Gravatar
    June 29, 2012 at 1:23 pm

    amboi uols, pakai lagu ting ting ting dekat video. buat i rasa terbuai nak tidur je. hehe. kucing i ramai nau, i potong kuku dekat yang memberi kerjasama je. yang tua2 ni melawan la, mungkin sbb drpd kecik tak ajar. i biasa potong yang budak je. hihi

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2012 at 12:26 pm

      Terpaksa cover suara i yang dok memujuk-mujuk Hime sambil berborak dengan husband i hahahha. Kalau kucing u jenis tak mencakar orang or perabot, then takpelah. Kucing rumah i memang cepattt je kuku panjang. So kena la potong, hehe

      Reply
  5. sorfinaNo Gravatar
    December 8, 2012 at 8:39 pm

    Boleh tak kita potong kuku kucing menggunakan kita punya tepik kuku?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 10, 2012 at 12:08 pm

      Boleh. Asalkan guna cara yang betul macam dalam entry ni ya. Jangan sampai terluka 🙂

      Reply
  6. ZakwanNo Gravatar
    October 25, 2013 at 4:52 pm

    Assalammualaikum dan salam sejahtera,
    Saya ada kucing, sekor, nama Bello. Saya ada terfikir untuk potong kuku kucing saya itu. Tetapi kawan saya nasihatkan, jangan potong kuku kucing tuh, nanti dia xleh nak panjat atau bila dia panjat nanti dia jatuh, dia xsempat nak cengkam. Kemungkinan akan cedera. Sebab kawan saya punya kucing tu, lepas potong kuku dia jatuh panjat almari dan patah kaki. Jadi apa pendapat akak.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 2:49 pm

      wsalam. potong kuku kucing cuma bahagian tajam je. Kalau kucing boleh panjat, bermaksud dia boleh mencengkam. Bila jatuh selalunya kucing adjust badan dia sendiri untuk landing dengan sempurna. Kalau dia kemalangan akibat jatuh tu, bukan sebab kuku, tapi mungkin tak sempat nak adjust badan diorang sebab jarak jatuh yang terlalu rendah. Sebab kucing land on their feet. Boleh baca kat sini ya: http://www.livescience.com/32117-why-do-cats-land-on-their-feet.html

      Reply

Leave a reply