DIY Pet Bed – Testimoni Pengguna

Ehem.. hari ni aku taknak bebel panjang-panjang. Aku nak beri peluang pada pengguna DIY pet bedding yang aku buat untuk memberikan testimoni mereka. Yelah, takkan aku sendiri yang buat, aku nak kena review sendiri kan? Mestilah pengguna yang kena bagi testimoni. Macam produk ubat kurus, ubat kuat, jamu perapat, dan sebagainya tu. Maka dengan ini saya serahkan laptop saya kepada pengguna saya yang pertama, namanya Mohd Hachiko, untuk memberikan testimoni beliau. LOL. Tipu je. mana ada Mohd. Nama dia Hachiko je. Berusia satu tahun, satu bulan.

Hai.. saya Hachiko. Saya ialah pengguna pertama merangkap bahan ujikaji untuk projek pertama kakak yang dinamakan DIY Pet Bed.

Pada mulanya waktu saya mendengar perbualan kakak dengan abang long tentang projek menjahitnya ini, saya berasa saspen juga. Maklumlah kakak tu bukannya pandai menjahit. Risau juga saya kalau dia terluka waktu menjahit nanti. Di samping itu, saya juga risau kalau cita-cita kakak nak buat tilam, tak jadi kerana kegagalannya dalam bidang jahitan. Kalau kakak gagal, nanti dia sedih. Saya pun sedih jugak. Tapi saya tetap bagi sokongan padu. Setelah bertungkus lumus, maka tilam itu pun siap dan cantik pulak tuh, mih mih mih..

Keenakan tidur di atas tilam itu, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jadi saya gambarkan dengan gambar sahaja.

20120730_005617 [640x480]

selepas melayan perasaan, maka saya pun tertidur dengan sendirinya, dengan kakak meneman di sebelah – biasanya dalam pukul 12 tengah malam

20120722_132215 [640x480]

 ini ialah aksi saya selepas sejam. Selimut dah terbarai, kepala dan kaki pun dah berubah kedudukan

20120726_124346 [640x480]

 ini adalah keadaan saya di waktu pagi

Semenjak ada tilam buatan kakak ni, tidur saya semakin lena. Kadang-kadang saya boleh tidur sampai dekat dekat pukul 3 petang. Itu kalau weekend la. Kalau weekdays, saya tidur sampai pukul 10 atau 11 pagi. Itu pun sebab kakak kejutkan. Kalau tidak, memang tak bangunlah jawabnya. Power betul tilam ni, macam ada dadah lagaknye. Hehehe

20120728_144110 [640x480]

 Bila dah kena kejut, tentulah rasa annoying sikit lalu protes takmo bangun terus. Jilat-jilat tangan dulu. Sedap betul mengangkang

Haaa.. itulah sahaja testimoni saya terhadap produk kakak ni. Moga-moga ada yang terpikat dengan saya. Eh silap, moga-moga ada yang terpikat dengan produk buatan kakak ni, hehe. Dengan ini, saya pass pula laptop ini kepada kakak Ichii, sebagai penulis testimoni seterusnya..

Assalamualaikum.. nama saya Nur Ichii. Hehe. Gurau jek. Nama saya Ichii lah. Berusia satu tahun lapan bulan. Saya ialah kak yong dalam rumah ini.  Sila respect saya ya. Di sini saya hendak menceritakan pengalaman saya menggunakan tilam buatan kakak ini..

20120716_212726 [640x480]

tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Niat di hati nak duduk je atas tilam ni, tapi tertidur pula. Power betol!!

20120712_223137 [640x480]

 sampaikan saya tidur berbantalkan lengan pun tidak mengapa, asalkan di atas tilam yang empuk.

Itu sahajalah testimoni saya. Saya bukan macam Hachiko yang suka tulis meleret-leret siap out of topic. Heh. Apa pun, di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kakak kerana berjaya menghasilkan tilam yang best. Buatlah banyak-banyak lagi. Senang kami nak melepak! Nah saya pass semula laptop ini kepada kakak.

Hehe.. terima kasih Ichii dan Hachiko 🙂

Ok di sini aku nak bercakap takbur sedikit. Aku dah buat tilam kedua, muahahaha. Hey, untuk yang tidak ada asas menjahit seperti aku ni, bila ada sesuatu kejayaan begini, haruslah bagi chance untuk riak dan takbur sikit, kahkahkah.

20120715_003123 [640x480]

 tilam kedua!

Yang mana sizenya sedikit kecil berbanding yang pertama. Sebenarnya niat di hati nak buat sama size, tapi tersalah potong pulak lalu terkecik la jadiknya hahahaha. Paling hebat, rupanya tilam ini muat untuk diletakkan dalam cage yang size kecik tu hahaha. So aku pun letak la tilam ni dalam cage. Dalam rumah aku memang ada 1 cage kecik. Sape-sape kalau kena grounded, ha situlah tempatnya. Tapi sekarang kalau kena grounded pun apadehal, siap ada tilam dah. Haha. Siap boleh tido lagi.

Aku dah beli kain untuk next batch pulak. Tetibe rasa seronok juga menjahit ni. Jahit tilam je la, sebab senang haha. Cuba ko suruh aku jahit baju. Mampuih tak reti hahaha.

20120727_225113 [640x480]

kain-kain sekalian yang sedang menanti untuk dijahit

Tiba-tiba aku tengok kat Kamdar macam banyak pulak flannel fabrics ni. Masa memula aku pegi dulu, sikit je pilihan. Sekarang dah banyak, hamik ko, 5 terus aku beli. Setiap satu tu, satu meter. 2 daripadanya, dah ada orang chop mintak aku tolong buatkan, hahaha. Kalau dah siap nanti, jangan tengok dekat-dekat tau, jahitan mungkin akan ada senget benget, hahaha

Ok bye!

Comments

comments

23 comments on DIY Pet Bed – Testimoni Pengguna

  1. lindaNo Gravatar
    July 31, 2012 at 2:34 pm

    Salam,

    Dalam tilam tu ada letak apa? Kapas?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 31, 2012 at 2:35 pm

      Dalam tilam tu fibre. Kalau kapas or kekabu pun boleh juga tapi beratlah. Yang ni ringan je. macam comforter tu tapi aku mampatkan lagi supaya sedap sikit 🙂

      Reply
  2. Kak AidahNo Gravatar
    July 31, 2012 at 2:48 pm

    Wah! Kelasss tau Iz. Yang kedua tu nampak lebih empuklah. Mungkin sebab belum dirasmikan oleh sape2 kot. Ini akak cadangkan bagi pada mak mok Sookie tu. Sian dia tidur bawah.
    Si Hachiko tu masih tidur dgn Iz atas katil ke, sejak ada tilam ni? Memang manja tul Hachiko tu. Kalau dekat mahu je akak pinjam bawak tidur kejap. Hihihi.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 31, 2012 at 3:02 pm

      Memang dah banyak kali ckp dgn husband, nak asingkan tidur dia. Tapi sumpah tak sampai hati kak. Sebab dia bila malam, macam baby sungguh. Manja yarabbi. Tak sampai hati nak alih dia 🙁

      Yang kedua tu dah letak dalam cage, sebab terkecik. Memang saya letak fiber banyak dalam tilam kedua tu. Sebab dah tahu kan. Kalau si mok tu, kena buat besar lagi dari Hachiko punya kot. Tapi Sookie tak tido lasak. Saya ni masih sayu mengenangkan nasib malang Moli yang di-ignore Milo 🙁

      Reply
  3. k roziNo Gravatar
    July 31, 2012 at 2:53 pm

    Iz….akak nak tempah boleh ? utk Abg Brown i….tp dia tu beso….kicik sikit dr Milo…bole la…..eh?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 31, 2012 at 2:58 pm

      OMG hahahaha.. serius ke kak? Haha tersipu-sipu pula saya bila ada orang tetibe order ni, kih kih. Abang Brown berapa kg? (cam hebat nau boleh agak berapa beso nak buat based on berat badan, hahahahaha)

      Reply
      • k roziNo Gravatar
        July 31, 2012 at 3:14 pm

        akak rasa dia lebih dr 5kg….klu tido sebelah akak ….klu dia menjalar mcm Hachiko tu harus dari ketiak sampai betis akak….akak 157cm ….tp kedebaban dia tu adusss…..kene besar n lebar la…..hahahahah…..kang balik akak ukur kan ukur lilit badak akak ni…serious giler ni Iz…..mmg jeles tgk testimoni tu

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          July 31, 2012 at 3:21 pm

          Haha ok kak, nanti balik ukur. Takpun akak bagitahu saya, size yang akak nak. Panjang x lebar 🙂 Tapi tak dapek la segera ye kak, sebab bulan posa ni agak sibuk sikit.

          Reply
  4. k roziNo Gravatar
    July 31, 2012 at 3:27 pm

    ok2…..eh tak pe ..no hurry. Take ur time….no worries….nanti ongkosnya btau akak eh……pm no acct kat FB….hihii bole citer kat Brown badak…..sure yg lain jeles…..tak pe satu2 dulu…sbb Brown je yg ngikut akak sepanjang masa akak di rumah…..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 31, 2012 at 3:28 pm

      beres kak. Nanti akak bagi ukuran yang akak nak ye. Takpe, test dulu.. Nanti sok kalau berkenan, boleh order lagi hahahahahaha

      Reply
  5. hayati ghazaliNo Gravatar
    July 31, 2012 at 4:11 pm

    Iz, kalau dekat nak je order 10 tilam kat awak…hehehe…anyway tahniah kerana berjaya menjahit (pada saya menjahit sgt la susah). Satu lagi nak tanya, Iz kalau tido tu, tak ke terhimpit si Hachiko? Ye lah..kdg2 masa tido mana la sedor beralih kiri/kanan kan.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 31, 2012 at 4:15 pm

      hahah tq tq. Masa buat tilam first tu, berselerak tempat menjahit tu. Jahit salah la, benang sangkut la. Tak cukup fiber la. Byk gila dugaan, nasib baik siap juga haha. Masa dia kecik, risau juga terhimpit. Masa tu kami laki bini tidur pun berjaga-jaga. Kekejap tengok dia. Takut la entah2 dah bawah bontot ke, bawah katil ke. Haha. Tp bila dia dah besar, pandai dah dia melawan tokey. Dia pulak yg tidur letak kaki kat muka kita. Kemain lasak. Hachiko badan boleh tahan besar, setakat ni tak pernah terhimpit dia, hehe.

      Reply
  6. IkinNo Gravatar
    July 31, 2012 at 4:47 pm

    Wahhh.. Perniagaan makin maju ni!!! Hebatnyeeee…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 31, 2012 at 4:49 pm

      hahaha perniagaan la sangat kan, haha. lawak pulak rasanya

      Reply
  7. AlmirazNo Gravatar
    August 1, 2012 at 10:02 am

    Yay perniagaan semakin majuuuuu….amboi Hachiko tido sampai ngangkang2….mmg terbukti best la tilam DIY u ni…heheeh

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 2, 2012 at 2:13 pm

      hahaha thanks Oleen.. mana tahu lepas ni i boleh berjinak-jinak buat tilam baby pulak kan hahahahahahaa

      Reply
  8. sushiNo Gravatar
    August 2, 2012 at 2:28 pm

    nak order gak..xkira2!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 2, 2012 at 2:37 pm

      Hahahaha betui ka? Main-mainkan perasaan orang, berdosa tau hahaha

      Reply
      • sushiNo Gravatar
        August 2, 2012 at 4:34 pm

        hahaha..ni takde main-mainkan perasaan la you..confirm..berapa harga?kalau boleh nak 2 pcs..satu utk letak kat adik2 memei dalam cage tu dengan satu utk memei nye size..bape erk?

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          August 2, 2012 at 4:44 pm

          Hahaha thank you.. I akan buat based on you punya ukuran. U bagi ukuran panjang x lebar yang u nak. Then bagitahu nak warna apa. Nak pilih fabric susah la sikit, so i will choose for you, tapi ikut warna yang you nak. Boleh? Tapiiiii.. tak sure siap bila sbb paham2 la bulan puasa ni kan, hahaha.

          Reply
          • sushiNo Gravatar
            August 2, 2012 at 5:00 pm

            haha..okeh jerk..tak kisah bile siap..dah siap just bagitau..malam ni i bagi ukuran nye lah ye..nanti i DM dalam tweeter yepp..okeh fabric pon x kish macam mana tapi warna utk memei i kisah sket..heheh..warna i nak pink color and yg bebudak tu sebab dorang nakal suka sepahkan pasir so i nak warna gelap sket..warna biru tua ke,merah ke gelap ke..xkisah la apa2 asalkan dark color..hehe boleh?nanti bagitahu je harga berapa and nak deposit ke apa bagitahu ye..thanks beb..

  9. sushiNo Gravatar
    August 2, 2012 at 2:30 pm

    hahaha.. 😛

    Reply
  10. InaNo Gravatar
    January 3, 2013 at 2:45 pm

    Saya pun nak bg testimoni. memang best tilam tu empok bukan main. kucing saya si BB tu tidoq takmo bangun. Kalo boleh satu hari dia nak tidoq atas tilam tu. skrg dia dah tak tidoq atas kusyen or sofa dah. Lega! ;p

    Reply

Leave a reply