Get Well Soon, Datin Aoi

Pernah tak korang dengar kucing korang batuk macamkan kat tekak dia ada something yang dia nak muntahkan? Macam hokkk kohh koh ghokk pastu bluekkkkk… dia muntah. Jangan marah kucing muntah ye.. Tapi perhatikan dia muntah apa. Kalau dia muntah air pastu macam ada bulu-bulu sikit, itu tandanya dia muntahkan hairball. Tak bahaya. Hairball ni ialah bulu-bulu dia yang masuk dalam mulut dan tekak dia waktu dia jilat badan untuk grooming.

Ada few cara untuk elakkan muntah hairball ni. Ada few jenis ubat untuk hairball. Ada juga makanan untuk hairball control. So that hairball semua akan keluar sebagai najis…. Dan kalau cara semulajadinya ialah, kucing akan makan rumput. Bila dia makan rumput, dia rasa loya dan boleh la dia muntahkan hairball tu.

Kalau dia muntah makanan yang tak hancur, mcm ko nampak kibbles lembik-lembik keluar setongkol camtu. Nampak macam taik pun ada jugak. Ha itu tandanya gelojohhhh. Hahaha. Makan banyak sangat sampai muntah. Pun tak bahaya.

Tapi kalau dia muntah berbuih ke, muntah banyak kali, atau bila makan apa-apa je terus muntah, disertai dengan demam dan badan tidak bermaya. Itu yang harus kau risau. Tu tandanya kucing kau sakit.

Ya Allah panjangnya membebellllll.. Dah la sebenarnya aku nak cerita pasal Aoi batuk, tiba-tiba cerita pasal muntah pulak. Haha. selalu terpesong. Ok sebenarnya aku dah perhatikan si Aoi ni asyik batuk-batuk macam nak muntah, tapi tak keluar jugak muntahnya. Banyak kali ye, bukan sekali dua. Family members pun banyak kali bagitahu Aoi ni batuk tapi tak muntahkan apa-apa. Even if cuba nak muntah hairball pun, konfem keluar air liur kan. Ini takde. Mcm batuk kering.

Aku ni mula la risau. Si Aoi ni semput ke apa? Feline Athsma ke? Jangan tak tahu, kucing pun ada yang lelah ye. Dah la aku baru je tengok gambar kucing pakai inhaler sebab dia kena athsma. Maunye aku tak risau. Aoi tu kan kita tak tahu sape mak pak dia, apa keturunan dia, mestila aku takut dia ada penyakit apa-apa kan. Tapi dia bukan batuk hari-hari. Jarang-jarang sangat. Dan aku tengok video kucing athsma kat Youtube, menambah seram aku. Rasa macam “eh macam Aoi batuk je tu..” 🙁

Kali pertama aku ke klinik, doktor cakap dia ada masalah hairball sebab memang dia ada banyak bulu gugur. Fine, aku pun bawa Aoi balik rumah, dan ikut cakap doktor, bagi makan ubat for hairball.

20120703_201631 [640x480]

 yakni ubat ini. Bau macam Horlicks, hehe

Tapi berminyak-minyak sikit la. Dan tekstur dia pun pekat. Tapi even lepas makan ubat ni dekat 2 minggu pun, Aoi masih batuk. Dan masih tak keluar apa-apa muntah dari mulut dia. Aku sedih gila dengar dia batuk. Macam seksa sangat.

Sampai la satu malam tu, aku berjaya amik gambar video dia batuk.

kesian kan tengok dia batuk

Aku tak puas hati. Terus aku angkat dia masuk kereta, rushing pegi klinik. Tapi malangnya doktor takde. Aku tunjuk dekat para nurse video tu. Diorang cakap itu macam hairball sebab perut Aoi bergelombang masa batuk tu. If Athsma, diorang kata Aoi tak boleh duduk meniarap pun sebab dia susah nak bernafas. Tak memasal Aoi kena tinggal kat wad malam tu sebab diorang nak pantau.

Dalam masa yang sama, aku bagitahu husband, if doktor tetap cakap hairball jugak, aku nak pegi kat vet lain for second opinion. If vet lain pun cakap hairball, then pasrah je la kan. Husband cakap okay. Aku pun ada tanya kawan-kawan di twitter, patut ke aku pegi vet lain. And diorang pun cakap no harm kalau seek for second opinion. Maybe vet first tu terlepas pandang ke apa kan.

Haaaa… terus la aku buat kajian dekat Internet tentang klinik yang aku nak pergi tu. Doktornya bertauliah ke, ada bad review ke.. Seperti yang dijangka, vet yang first tu cakap Aoi hairball. Punya la aku tak puas hati. Terus aku bawak Aoi pegi klinik satu lagi tu, iaitu Klinik Haiwan Kuantan. Bagi orang Kuantan, klinik ni dekat area belakang Restoran Pak Lim Nasi Arab tu. Kat Jalan Haji Ahmad.

Aku tunjukkan video Aoi batuk. Dia check tekak Aoi dari luar. Masa tu Aoi macam nak termuntah bila doktor pegang tekak dia. Kata doktor, tekak Aoi bengkak sikit, so dia rasa tekak dia macam ada benda stuck that’s why dia cuba keluarkan.. Dia bagi 3 jenis ubat. Semua pil. Ubat batuk, antibiotic dan surut bengkak ke apa tah. Haaaa.. puas hati aku dengar jawapan selain dari hairball. At least macam logik sikit jawapannya, haha.

Nasib baiklah Aoi senang makan ubat. Syukur Alhamdulillah. Kalau susah nak makan ubat kan ke aku yang merana? Dah la 3 jenis ubat. Ada satu ubat tu beso macam panadol tapi nipis sikit. Yang tu siap kena patahkan dua lagi. Phew..~~ Ini kiranya dah 6 hari Aoi makan ubat tu, takde pulak aku dengar dia batuk. Harapnya dia dah sembuh. Kalau dia batuk lagi sampai habis ubat ni, doktor cakap maybe nak kena buat xray. Takut ada masalah dengan saluran pernafasan dia.

Get well soon sayang!!

 

Comments

comments

23 comments on Get Well Soon, Datin Aoi

  1. dilsNo Gravatar
    July 18, 2012 at 3:11 pm

    Alahai comel. Mungkin la dah baik kalau ko tak dengar langsung die batuk. Tekak je bengkak. Tak suke kalau sakit die tu melarat-larat. Risau pikir pelbagai possibilities.

    Bagus la tu, diva ni tengah recuperate, Kurap diva pon sakit.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 18, 2012 at 3:30 pm

      Tak boleh nak jangka gak beb. Sbb dia tak batuk hari-hari. Tapi so far memang takde dgr dia batuk dah. Tapi still aku akan habiskan ubat tu. Ye la, ko tahu la kos vet bukannya murah kan. Kalau dah penyakit melarat baru nak carik vet, memang kempis la purse laki aku. Bukan purse aku ye, hahahaha.

      Kurap dengan Aoi, dedua calico, dedua banyak masalah. Aku rasa gene dia kot?

      Reply
  2. Kak AidahNo Gravatar
    July 18, 2012 at 4:13 pm

    Tu macam batuk atuk je dulu. Akak pernah buat post yang dia sakit lebih seminggu tu. Mulanya dgn batuk macam ni lah. Macam nak terkeluar tapi tak de apa2. Siap cherry berry lagi. Risau sangat akak, maklum dia dah tua kan. Siap kena force fed lagi sebab dia tak nak makan lansung. Badan pun dah lembik. Tapi Alhamdulillah dia sihat balik tapi agak lama jugaklah nak recover kali ni. Akak saspek penangan ayam dalam nasi Arab tu. The day before dia batuk tu, dia mengkenen kat akak nak sikit ayam tu. Akak ni takut kempunan, bagilah sikit. Lepas tu malam tu terus batuk2 dan muntah. Lepas ni tak de makna akak nak kesian takut dia kempunan lagi. Biarlah dia pi mengadap batu belah batu bertangkup bagai. Takkan akak bagi dia makan ayam panggang lagi.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 18, 2012 at 4:19 pm

      Yeke kak? Abih tu doktor cakap apa? Ada ayam tersangkut ke? Allergic ayam ke? Aoi ni walau dia batuk gitu, makan minum selera. Kuih pun solid. Memang nampak sihat je. Kalau dia lembik tak makan, menangis la saya kak. Bila ingat-ingat balik, kami tak pernah pun bg kucing makan benda lain selain cat food. Memang suami haramkan kitorang suap ayam ke, ikan goreng ke, pisang ke, apa-apa la makanan manusia. Tu yang kitorang bingung tu pasal apa dia membatuk pulak. Tak logik betul banyak sangat bulu dalam perut. Kalo Sookie tu logik la jugak kan. Hehe

      Reply
  3. hayati ghazaliNo Gravatar
    July 18, 2012 at 5:12 pm

    Sukanya baca blog Iz ni tentang meow2, memang selalu tertunggu updates terkini..gitu juga blog2 lain dan blog Kak Wok juga…terhibur membaca telatah si meow sebab saya juga ada beberapa kekor kat rumah 🙂

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 18, 2012 at 5:21 pm

      Hahaha.. tulah, nak cerita pasal diri sendiri macam takde idea pulak. Cerita pasal kucing jelah. Diorang pun penghibur kat rumah tu. Bila takde diorang, rasa sunyi semacam.. hihi

      Reply
  4. chibimorukuNo Gravatar
    July 18, 2012 at 5:23 pm

    my cats pun sama! tp dieorg suka makan plastic bags/jerami yg kat penyapu tu so selalu muntahkan balik, haih tak tau nk buat mcm mane, pandai beno carik plastic bags/penyapu kat rumah. tp mmg sedih la tgk die kehek bende tu 🙁

    ada satu rumput ni kan yg elok for their digestion, yg kalau kucing kat luar kita nampak mkn rumput, tu bagus tu, i selalu gak beli but sebenarnya beli benih murah je 🙂

    ala ciannya Aoi 🙁 my cat dulu lg gila, die makan rambut manusia (mine! (T_T)) pastu poop poop die keras, demi anak tersayang, i terpaksa manually tarik all the taik yg melekat2 kat bulu die, lepas tu die tobat dh tak makan.. mcm2 kan perangai

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 19, 2012 at 11:07 am

      yarabbi makan jerami penyapu hahaha. I tak pernah pun beli rumput tu sebab kucing i almost everyday bila petang-petang main kat laman. So diorang pandai carik daun apa yang diorang suka hahaha. Ni Aoi memang suka rambut. Tapi so far tak pernah nampak dia makan rambut. Cuma dia rajin grooming rambut adik ipar i yg lelaki tu. Rajin sangat. Apa yg syok benar entah haha. Nasib baik kucing u pandai tobat taknak makan rambut dah hahahaha

      Reply
      • wanieNo Gravatar
        June 14, 2017 at 6:41 am

        Assalam mcm nila yoda sya batuk.. Da sbulan xilang gk.. Aritu bg telan air gamat sikit reda kjp pastu batuk balik.. Nk gi vet jauh.. Hm

        Reply
        • izzyNo Gravatar
          August 18, 2017 at 10:58 pm

          susah nak teka apa masalah kucing tu kalau tak dibawa ke vet. Boleh jadi ada masalah kerongkong, paru2, boleh jadi juga kecacingan (dia cuba nak muntahkan cacing), boleh jadi juga sebab dia cuba nak muntahkan hairball yang melekat dalam perut

          Reply
  5. chesueNo Gravatar
    July 18, 2012 at 11:03 pm

    gigih aku kuatkan speaker nk dengo si Aoi batuk macam mana..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 19, 2012 at 11:03 am

      Hahahaha.. dapat dengar tak? Seksa kan rasa? Macam kita nak paksa kahak keluar 🙁

      Reply
  6. najihaNo Gravatar
    October 16, 2012 at 10:36 am

    as’salam akak, saya nak tanya kalau akak tau ape yg saya patut buat, sbb kucing saya batuk and die ada anak yg baru lahir dalam sebulan mcm tu.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 16, 2012 at 3:19 pm

      w’salam Najiha.. akak takde experience jaga ibu kucing yang tak sihat.. jadi tak berani nak bagi nasihat. Sebab dia menyusukan anak-anak dia kan. Kucing Najiha batuk macam Aoi ke? Sebab Aoi tu tekak dia bengkak sikit. Doktor bagi antibiotik dan ubat batuk (pill). Akak rasa, better Najiha bawak kucing tu ke vet. Biar doktor betul-betul check sama ada kucing tu batuk sebab hairball atau bengkak tekak. Sebab kalau salah bagi rawatan nanti takut bagi kesan dekat anak-anak dia yang menyusu tu pulak..

      Reply
      • fieynaNo Gravatar
        June 5, 2013 at 2:19 pm

        salam … akak …. kucing saya pon batuk macam tu jugak …. jarang lah …. haritu anak kucing saya pon ada buang air besar dgn darah … risau saya dibuatnye .. nak g vet agak jauh … hmm ..

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          June 9, 2013 at 8:07 pm

          wsalam.. dia buang air besar berdarah? Sembelit ke cirit? Kalau dia ada batuk macam tu, kemudian berak sembelit, mungkin dia dah telan banyak bulu, tapi tak dapat nak muntahkan. Lepas tu nak keluar ikut najis pun payah sebab bulu akan buat dia sembelit. Kalau ni yang berlaku, boleh cuba bagi Laxapet atau Laxastat. Kalau bagi dia wet food, tambah sedikit air masak untuk tambah water intake supaya najis lebih lembut

          Reply
  7. deaNo Gravatar
    February 2, 2013 at 3:40 pm

    hi, thnx 4 the info.. my cat pun slalu batuk2, tp xde pulak muntah… huhu… memg hairball la ek…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 4, 2013 at 10:31 am

      Dia kucing indoor ke outdoor? Kalau kucing outdoor, biasanya lepas makan rumput, dia akan muntahkan hairball tu. Tapi kalau kucing indoor, sama ada bagi ubat-ubat utk hairball control ataupun tanam petgrass 🙂

      Reply
  8. Azrin ZakiNo Gravatar
    September 20, 2013 at 3:06 pm

    Ye ke kat resteran Nasi Arab tuh? *malas nak eja restaurant betul2 hihihi*

    Reply
  9. nadiahNo Gravatar
    February 4, 2014 at 7:53 pm

    boleh tahu nama ubat untuk ketiga2 ubat yang aoi makan ? thank you.

    Reply
  10. DinbesutNo Gravatar
    July 12, 2016 at 9:38 am

    Alamak. Sebijik pulak tu simpton dgn kucing kat umah ni. Tp kalo la ubat jenis pil, merana la aku..silap2 tuan pun ikut sakit. Haha

    Reply
    • izzyNo Gravatar
      November 23, 2016 at 5:20 pm

      Ubat pil sebenarya senang je nak bagi makan kalau guna teknik yang betul. Sbb ubat terus masuk dlm tekak, kucing tak dpt rasa. kalau ubat air, boleh rasa pahit. Nanti air liur semua keluar ahaha

      Reply

1 Pingbacks & Trackbacks on Get Well Soon, Datin Aoi

  1. Adopted Kitten Pun Comel Apa | izyahya.com
    July 19, 2012 at 11:32 am

    […] Kitten Pun Comel Apa Ingat tak yang Aoi pegi buat rawatan dekat vet lain masa dia dok batuk-batuk tu? Sape tak ingat memang kejam lah, sebab baru je semalam […]

    Reply

Leave a reply