Hari Pertama Berpuasa

Korang puasa tak hari ni? Malu la sikit kalau tak puasa woi. Kucing aku pun puasa jugak, hahaha. Aku rasa la. Sebab tengok diorang melepek semacam je, mengalahkan orang puasa, haha.

Yang paling ketara nampak macam puasa ialah yang ini..

20120712_231942 [640x480]

 tengok ha.. si mok ni kemain melepek tidur

Paling best tidur sebelah air. Sebenarnya aku tahu dia tak puasa pun. Sebab memula dia tidur dalam bilik. Lepas tu dia keluar pegi minum air jap, pastu terus sambung tidur kat situ jugak. Apa punya perangai entah.

Sookie memang ada habit yang aku rasa tak patut dicontohi oleh kucing lain. Iaitu tidur di mana-mana saja ikut kesedapan hati dia. Kekadang tengah-tengah jalan, dia tidur. Atas tangga, depan pintu. Eh memang ikut suka hati dialah. Dah la badan resakse kan. Lepas tu menghadang jalan pulak. Nak alih memang tak daya. Haha.

20120722_164446 [640x480]

 ni lagi sekor

Macamkan berpuasa betul-betul je. Tidur dah la melunjur kaki. Gaya dah macam manusia tidur dah hahaha. Pelik betul bila masuk bulan puasa je, waktu tidur diorang pun makin panjang jugak. Mungkin nak bagi kakak lebih pahala, sebab tak payah la aku nak terpekik-pekik bising ke diorang. Haha..

20120722_165702 [640x480]

 Ahhh.. penat tidur macam tu, tukar posisi pulak

Kelakar betul aku tengok si Hime ni tidur camni. Entah apa la mimpi dia tu. Tahu tak korang, yang kucing pun bermimpi juga bila dia tidur? Sookie sometimes mengigau jugak. Maklumlah dia penidur paling lama kan. Possibility nak mengingau pun lebih tinggi haha. Pernah la Sookie terkantoi mengigau masa tidur. Rasa macam nak booooo je kat dia, hahaha.

Berdengkur tu tayah cakap la. Sookie ialah pedengkur terhebat juga. Pernah sekali mak mertua aku ingat ada lelaki dalam rumah, padahal bunyi Sookie berdengkur. LOL. Buat malu je Sookie oi. Anak gadis tidur berdengkur. Hahaha.

20120703_224342 [640x480]

 Abang macho tidur peluk teddy bear

Si Lilo ni pun sekarang kuat tidur. Badan pun makin naik dah. Tapi waktu tidur Lilo ni macam dah terbalik. Siang dia tidur. Pastu malam dalam pukul 8 tu, dia akan tidur lagi kat sofa, seperti gambarajah di atas. Sampai pukul 12 tengah malam. Tu pun kekadang aku saja buat bising nak suruh dia bangun haha. Masa dia tidur tu, ko usik la dia macam mana pun, kalau dia belum puas tidur, memang dia tak sedar. Ada sekali tu dia tidur atas badan aku. Ada la dua jam. Sengal badan aku lepas tu 🙁

Normally lepas Lilo bangun, dia akan mulakan operasi bermain dan menyakat adik-adik dia. Entah sampai pukul berapa pun aku tak tahu. Ichii, gambar dia tak jumpa pulak. Rasa aku macam ada amik gambar dia tidur atas katil. Haha

20120718_223631 [640x480]

 I maintain je walau puasa..

Queen Aoi, macam biasa la. Maintain comel. Dia ni kalau tidur, port dia selalunya sama ada belakang tv, ataupun dalam bilik adik ipar aku, atas katil queen size, tak kira siang atau malam. Haha. Kelassss sangat tidur berduaan dengan adik ipar aku. Maklumlah kesayangan.

Mana Hachiko?

20120719_013757 [640x480]

 nahhh..!!

Ini tahun pertama Hachiko sambut Ramadhan dengan kami. Tengok macam mana dia tidur? Gambar yang atas ni aku amik waktu malam. Masa tu dia baru je tidur dalam setengah jam macam tu. Kejap je dah terkeluar dari tilam. Haha. Kepala pun tak nampak. Macam mana la boleh tidur macam ni?

20120722_132215 [640x480]

 besok pagi, jadi macam ni

Kepala dengan kaki, dah terbalik. LOL. Bagus betul budak Hachiko ni. Bila time sahur, kadang tu dia terjaga jugak. Tapi dia takmo bangun. Dia layan perasaan je. Sampai aku balik semula ke bilik, then dia sambung tidur… sampai pukul 1 tengah hari pun boleh!! Gila dasyat dia tidur. Agaknya kena rasuk dengan jin tidur ke apa ni? Hahaha. Sampai aku pegi gomol-gomol kacau dia tidur. Pun dia masih boleh mamai nak lelap lagi. Memang puasa sangat ni.

20120723_113528 [640x480]

Budak puasa

Okaylah. Di sini aku nak amik peluang ucapkan selamat menyambut Ramadhan pada semua. Kalau ada resepi best-best dan senang nak dibuat, jangan lupa letak kat blog. Haha. Ehh dulu aku pernah letak resepi murtabak megi kat blog ok. Haha.

Bye!

Comments

comments

15 comments on Hari Pertama Berpuasa

  1. pepariNo Gravatar
    July 24, 2012 at 2:33 pm

    hehehe.. saya dah selamat khatam blog Cik Puan Iz.. Sangat kewl dgn cite kekucing nya. Best!!

    Saya rasa kucing2 tu bagi support kat tuan dia berpuasa. Tu yg tido lena tu 🙂

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 24, 2012 at 2:35 pm

      Ala, kenapa khatam? Entry zaman dulu-dulu sangatlah seperti sampah hahahahahaha. Malu taaaauuuuu… ahahaha

      Reply
  2. AlmirazNo Gravatar
    July 24, 2012 at 3:06 pm

    Hey crazy cat lady!…..my son loves your cats soooo much!….semua gambar2 di atas dia suka…heheheh…kucing u macam posa gamaknya!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 24, 2012 at 4:53 pm

      Hahaha kan.. lakonan semata-mata sangat. Bulan puasa ni diorang kuat betul tidur. I pun pelik 😀

      Reply
  3. Kak AidahNo Gravatar
    July 24, 2012 at 3:13 pm

    Si mok tu purak purak tidur. Konon berlakon puasa lah tew. Akak paling geram tengok perut Hachiko. Best tepuk2 time tidur ni, panas jeee agaknya.
    Milo masa dia muda2 dulu, akak tak bagi sgt dia tido siang. Selalu kacau dia supaya malam2 dia tido nyenyak. Kalau dia byk tido siang, alamat tak tido akak malam tu, nak kena layan dia bergurau. Kalau tak layan, dijilat2nya tangan dgn muka akak. Dan dia pun tido siap pakej berkeruh dgn mengigau. Tak boleh dekat ni. Siap boleh luka tangan kena cakar time dia mengigau tu. Kadang2 mengigau jilat2 mulut, kunyah2 macam tgh makan je. Kelakar.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 24, 2012 at 4:41 pm

      Ye la, kengkonon letih sangat la sampai tertidur tepi botol air tu haha. Lakonan mantap betul. Hachiko memang sedap peluk kak. Sebab badan dia keras. Hehe. Saya ni kerja, so taktahu la bape jam diorang tidur siang, tapi syukurlah malam Hachiko takde masalah nak tido. Lena sampai ke pagi. Sampai ke tengah hari pun. Haha. Lawak betullah Milo mengigau kunyah kunyah. Suka benar dia makan sampai mimpi makan jugak haha

      Reply
  4. groundblendedNo Gravatar
    July 25, 2012 at 9:30 pm

    si Aoi tu muka die mmg kerek kan? tapi die sgt cute! hahhahahahha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 27, 2012 at 1:58 pm

      Muka dia memang kerek. Perangai dia pun kerek. Tapi dia sweet hahaha. Sweet bila dipandang la. Bila dipegang, kerek dia kembali. Hahaha

      Reply
  5. MummyBUBUNo Gravatar
    July 26, 2012 at 12:21 pm

    hadoiii…senak perut tgk hachiko tido…kalau orang yg tido gaya tu…rasaya mau patah riuk bila bangun pagi…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 27, 2012 at 1:56 pm

      Kann.. kita yang tengok ni pun rasa nak tergeliat leher. Hahaha

      Reply
  6. chikebum buzzNo Gravatar
    July 26, 2012 at 3:39 pm

    Hichiko tu comel sangat ..mcm rimau … hehe ..
    blogwalking..

    i suka kucing ..tp x boleh bela …hubby x bagi .. (T_T) ..uUuu …cedey … !

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 27, 2012 at 1:55 pm

      kalau hubby tak bagi, takpelah.. kesian juga kat kucing kalau ada family member yang tak suka dia kan. Mana tahu satu hari nanti terbuka hati suami nak bagi bela kucing, bolehlah masa tu. hehehe.. Thanks for dropping by, by the way 🙂

      Reply
  7. sitiNo Gravatar
    July 27, 2012 at 9:24 am

    hi iz,,bleh x buat entry sal bekas u simpan mknan kucing u ni..sb sy nk beli pack 18kg..first time nk bli ni xtaw nk simpan dalam bekas cner..salu beli yg 3kg main ikat kai getah je..huhuhuh..kalau sudi share la ye..TQ

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 27, 2012 at 1:54 pm

      Hai Siti.. InsyaAllah nanti saya buat entry pasal bekas makanan kucing ni. Sekarang tak boleh lagi, sebab Royal Canin dah habis and nak bagi contoh pun takde gambar, hahaha. Tapi saya letak makanan tu dalam tupperware kecik-kecik, yang lebih tu, ikat dulu bungkusan makanan tu dengan klip buaya yang besar tu. Pastu baru masuk dalam bekas kedap udara (boleh beli kat kedai jual barang2 plastik).

      Reply

Leave a reply