Lilo & Ichii In Action!!

Hai.. setelah sekian lama aku menunggu masa ni, akhirnya tiba jua detik yang dinanti. Muahahaha.

Sebenarnya, dua ke tiga bulan lepas, Ichii dan Lilo telah ke Kuala Lumpur untuk shooting sebuah iklan. Hik hik *gelak tutup mulut*. Ikutkan hati aku ni, memang excited nak cerita. Tapi buat apalah cerita kalau hasilnya belum nampak kan. So aku mengambik keputusan untuk tunggu sampai iklan tu siap, barulah bercerita. Dan akhirnya siap juga iklan ni, kui kui..

Mempersembahkan…

Friskies “Name Tags” 2012 tv commercial, featuring Ichii/Lilo 🙂

Dah tengok? Hahaha. Kemunculannya cuma 5 saat, tapi shooting macamkan shooting drama, hahaha. Dua kali aku bawak diorang untuk casting. 1st casting, bawak Sookie sekali untuk watak Princess. Tapi Sookie kan macam tomboy, mana dia nak duduk diam-diam. Dah la masa casting tu, Sookie takmo balik! Eee buat malu kakak je. Masa nak masukkan dia dalam carrier sebelum balik tu, dia tolak dengan kaki, takmo masuk! Haha

Bukan senang nak control diorang, sebab pergi tempat yang tak familiar kan. Diorang distracted sangat dan taknak buat apa yang disuruh. Lagipun, first time. Diorang tak biasa dengan kamera, lampu, dan orang yang tak kenal.

After a week, kami dipanggil lagi. Tapi cuma Lilo dan Ichii je. Poor Sookie, tak terpilih. Takpelah mungkin akan datang, rezeki Sookie pulak, atau Aoi, Hime, dan Hachiko. Hehe. 1st & 2nd casting, aku pergi dengan sepupu aku. Balik hari uols. Pegi pagi, balik petang. On the way pegi, memang bising dengan suara Ichii. On the way balik, diorang semua tidur sepanjang jalan. Sampai aku check, diorang ni tidur ke pengsan? Dah letih gamaknye. Sookie memang masuk kereta je membongkang, dia takde masalah.

Aku bawak litterbox, pasir, makanan, air pun bawak sendiri. 2 jam sebelum start bertolak, tak bagi diorang makan apa-apa. Dalam kereta, alhamdulillah takde kencing or berak. Sampai sana je terus keluarkan litterbox, masukkan pasir. Sookie dah sedia menanti, siap je semua.. terus dia kencing, hahaha.

Nah ni gambar-gambar masa casting pertama dan kedua 🙂 Kebanyakannya shoot untuk aksi yang diorang perlukan untuk tvc tu.

DSCN9498 [640x480]

bukan senang nak bagi diorang duduk diam sebab dia sibuk nak explore

DSCN9505 [640x480]

Sookie carik lampu laser

DSCN9508 [640x480]

Disuruh keluar secara misteri dari belakang kotak

DSCN9514 [640x480]

Yang ni kena keluar secara misteri dari bawah kain pulak, haha

DSCN9522 [640x480]

Aku rasa ni Lilo. Masa ni Lilo & Ichii sama besar. Cuma berat badan je membezakan. Kalau dukung baru tahu. Now Lilo dah gemok

DSCN9523 [640x480]

 distracted. Pergi belakang tabir pulak

DSCN9528 [640x480]

 menyorok! Hahahaha. Sabo je la

DSCN9533 [640x480]

 Nampak tak bijik mata dalam bag hitam? Kahkahkah

DSCN9537 [640x480]

 Sookie happy posing depan cermin. Tapi orang suruh duduk hadap cermin, dia berdiri!

After 2nd casting, Lilo dan Ichii pun terpilih untuk watak Ninja dalam iklan tu, muehehehe. Kakaknya yang happy, tapi banyak benda nak kena sedia masa tu, especially bila dah tahu jadual shooting.

Nanti aku akan buat entry pasal shooting tu pulak. Ni dah panjang dah, haha. Memang penat juga jadi pelakon ni. Eh silap. Memang penat juga jadi pencacai pelakon ni – akulah tu, haha. Lilo ngan Ichii pun aku tahu diorang penat. Dah la tak tahu apa-apa kan. Tiba-tiba je kat tempat berbeza, ramai orang tak kenal, cuma kenal kakak je, hihih.

Aku akhiri entry ini dengan gambar printed ads, dalam sokabar. Hehe. Aku tak pastilah ada ke tidak iklan Friskies kat billboard. Kalau ada pun best juga hahaha

20120630_152626 [640x480]

 Bye!

Comments

comments

27 comments on Lilo & Ichii In Action!!

  1. k roziNo Gravatar
    August 13, 2012 at 11:46 am

    wah…….bangganya….tak pela Aunty Rozi tumpang bangga for Iichi n Lilo…..ahahahaha bestnya….Sookie ni klu tak sure glam giler jd princess…….sian they all …..tp best kan ??

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 13, 2012 at 3:32 pm

      Mekasih aunty rozi.. kata Lilo dan Ichii, haha. Sookie hidung hangus, tu yang tak terpilih kot. Hahaha. kesiannn sookie

      Reply
  2. hayati ghazaliNo Gravatar
    August 13, 2012 at 12:48 pm

    Tahniah Iz…..camana boleh terpilih tu? Bayarannya lumayan tak? Cer cite…cer cite kat entry akan datang. hehehe…camanapun, sian kak sookie kita tu…takpelah…jadi peneman Lilo dan Ichii.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 13, 2012 at 3:31 pm

      InsyaAllah nanti entry seterusnya boleh cerita macam mana terpilih. bayarannya boleh tahan lumayan jugak la 🙂 Kalau Sookie pun dapat haritu, lagilah lumayan, hehehe..

      Reply
  3. IkinNo Gravatar
    August 13, 2012 at 1:08 pm

    Hoi klu kuar billboard harus u mintak lebey!! Cost kuar advert billboard pon ratus ribu uols!!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 13, 2012 at 3:28 pm

      Hahahaha.. yang dapat ni pun dah lebih dari bayaran pelakon tambahan drama bersiri kat Malaysia ni haaa.. sebab haritu masuk Melodi sorang pelakon tambahan komplen tak dibayar, tu yang tahu tu.. haha

      Reply
  4. Kak AidahNo Gravatar
    August 13, 2012 at 1:12 pm

    Wah! Lilo dan Ichi dah jadi retis tau. Bangga auntie tengok. Pandai mengikut cakap. Kalau dua ekor kat rumah ni, entahlah…tak pandai langsung bawak diri. Mesti nak berkepit dgn akak je. Atuk Milo tu mungkin boleh. Sesuailah kalau buat iklan raya kisah orang tua terpinggir tepi jalanan. Sentap tak habis2 dia sekarang ni, Iz. Risau akak.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 13, 2012 at 3:26 pm

      Aduii.. takde maknanya dia nak ikut kata kakkkk.. puas pujuk, agah-agah. Fiuu.. yg jadi tukang agah ni yang letih. Kalau tak sabar, memang stress. Umpama bawak baby shooting. Kena ikut time tido dia, time makan dia. Kalau tidak dia pandai juga nak naik angin merempan rempan.

      Kesiannya atok Milo. Sebabkan dua ekor kecik tu ke kak? dia rasa kurang kasih sayang kot? Dah la skrg dia kena tidur luar kan? Mana tak hangin. Pastu dia lepaskan kemarahan dekat Peah. Kesian pulak si peah..

      Reply
  5. dilsNo Gravatar
    August 13, 2012 at 1:43 pm

    Hihihi..Dapat aku bayangkan Sookie menahan sekuat hati dari masuk carrier.

    Ko frame taakkk iklan tu?? kalu aku dah frame dahhh… haha.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 13, 2012 at 3:25 pm

      Hahaha memang. Lawak je. Dah la mok kan. Nak menolak dia masuk cage tu pun tak daya. Dia boleh tahan pakai kaki. haha. Tak frame lagiiiiiii.. nak frame gak nanti haha

      Reply
  6. myamyzaNo Gravatar
    August 13, 2012 at 6:27 pm

    lilo ngan ichii nampak macam gagah perkasa je.. hehe, pestime komen, selama ni silent reader je sebab kite suke kucing… hehe

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 15, 2012 at 11:40 am

      Aaaaa nape la silent reader?? bencik tau!! Hahaha..

      Reply
  7. NzNo Gravatar
    August 13, 2012 at 9:21 pm

    wuuuuu nmpknye kakak derang dah kene tukar status jadik manager aaa ni hahahah cantik betul bulu lilo ngan ichi … berkilat2 … suke tengok 😀
    agak2 kalau aoi … haruslah makin primadona kan? *teringat plak entry pasal aoi buat muke bouncer tuh*

    ps: i dah beli furminator tu…tenkiu byk2 tau sbb kasik feedback hehehehhe

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 15, 2012 at 11:40 am

      Kakak memang manager merangkap pencacai, merangkap orang gaji terhormat. Hahaha. Kalau Aoi, tak tahu la boleh buat ke tidak.. Dia tu tak suka orang tak kenal. Datang hangin dia nanti, satu apa pun tak boleh jadi. bahaya. hehe..

      Reply
  8. lindaNo Gravatar
    August 14, 2012 at 5:39 am

    Sebak untie Linda baca entry ni,x sangka anak sedara untie yg cun & macho dh jadi retis *lapayaqmata* dah glemer sok jgn sombong tauuu…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 15, 2012 at 11:37 am

      Alololo auntie Linda sebak pulak, hehe. Sian auntie tunggu kakak update cerita ni lama sangat. Hehe. Insya Allah Lilo dan Ichii tak lupa diri, hahahaha. Nak paw print?

      Reply
  9. groundblendedNo Gravatar
    August 14, 2012 at 6:55 am

    ala.. sedihnye sookie tak terpilih.. err.. cemana iz bezakan ichii ngn lilo ye? mereka nampak sgt sama la.. kompius betul dgn 2 beradik ni..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 15, 2012 at 11:36 am

      Kesian Sookie kan.. ahahahaha.. Ichii dengan Lilo, sekali pandang memang susah nak beza. Tapi Ichii tu betina, Lilo tu jantan. Tapi susah jugak kalau setiap kali nak panggil, kena check bontot diorang kan, hahaha. Dah la Lilo tu dah neuter, memang tak nampak laaaa.. Kalau tengok bebetul, Lilo badannya lagi besar dari Ichii. Ichii rangka dia kecik sikit. Badan pun lagi ringan dari Lilo. Kami memang pakaikan collar kat semua kucing. So bezakan Lilo ngan Ichii melalui collar je. Hehe.

      Reply
      • groundblendedNo Gravatar
        August 22, 2012 at 11:47 am

        tapi mase shooting kan diorang bukak collar. so cemana iz nak pkaikan balik?

        Reply
  10. chibimorukuNo Gravatar
    August 14, 2012 at 8:24 am

    Wahhhhh vangga kakak 🙂 kalau dapat the roles, payment dia menarik ke (tetibe berangan nk g casting tp bila bayangkan kucing i tak mesra alam, berkubur la niat di hati haha) 🙂

    selalu tgk iklan friskies or whiskas i selalu rasa kucing tu tipu, makan whiskas time tu je tp kat rumah makan kibbles lain hahahaha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 15, 2012 at 11:33 am

      payment dia boleh tahan 🙂

      Kucing i pun sebenarnya tak mesra alam. Diorang takut juga. Berkepit je dengan i. Tapi Lilo & Ichii ni ok sikit la compared to others. AT least orang lain boleh la nak pegang dia. Kalau Aoi, pengsan. Habis semua orang makan penampar dia agaknya hahaha..

      Reply
  11. sushiNo Gravatar
    August 15, 2012 at 4:18 pm

    wahhhhh!tahniah Lilo & Ichii!!dah jadi bintang filemmm kan…tahniah jugak pada kakak Lilo & Ichii jugak..nanti boleh la lawan kefemesan Aron ajiz.. *thumbs up*

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 7, 2012 at 10:49 am

      Hahahaha lepas ni Aaron Ajis takleh carik makan hahaha

      Reply
  12. sushiNo Gravatar
    August 15, 2012 at 4:20 pm

    pssstttt : nak minta otograf Lilo & Ichii la…haha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 7, 2012 at 10:50 am

      Hehehehe boleh boleh. Tapi Ichii ngan Lilo bagi paw print la yek, hehehe

      Reply
  13. Azrin ZakiNo Gravatar
    September 20, 2013 at 9:28 pm

    Kalolah Tiger dipilih..hukhukhuk. 😛

    Reply

1 Pingbacks & Trackbacks on Lilo & Ichii In Action!!

Leave a reply