Sayangkan Kucing, Tinggal Tinggalkan..

Hai!

Korang dah plan nak balik kampung untuk hari raya ni? Aku tak plan lagi. Yang pasti akan balik kampung before hari raya. Tapi sampai bila, itu tak pasti. Belum discuss habis lagi dengan suami, hehe.

Akan tetapiiiiii..

Kami dah booking cat boarding untuk seminggu, muahahahaha. Adakah bermaksud akan beraya sakan selama seminggu? Ada kemungkinannya di situ, mih mih.

Macam biasa, seperti tahun lepas, kami akan hantar kucing kami yang ber-enam tu kat Jawhari Cat Medical Centre untuk boarding. Ini ialah tahun pertama Hachiko akan dihantar boarding, aku harap dia menempuhinya dengan penuh rasa sabar. Sabar menanti kakak amik semula, hehe. Sorry sayang, tak boleh duduk rumah sorang-sorang, nanti sape nak jadi pencacai pengangkat najis awak? Kann?

Ingat ye, jangan tinggalkan kucing di rumah sendirian lebih dari satu hari. Kesian kat dia. Siapa nak tukar pasir. Siapa nak refill food dan air. Lagipun banyak benda merbahaya dalam rumah yang kita tak sedar.

Kalau ada orang datang hari-hari tolong tukar pasir dan refill apa yang patut tu pun dah okay. Jiran tetangga ke, kawan-kawan ke. Macam kami yang tiada berjiran ni, takde choice la kan. Tapi kalau aku, aku tak boleh nak bagi orang lain jaga kucing aku, selain family. Aku risau. Aku takut kucing tu menyusahkan dia, or buat dia marah. Kucing aku ni masing-masing ada perangai, dan ada angin jugak. Jadi baiklah kita boarding semua.

sayangkan kucing, tinggal-tinggalkan..

Kesian la sayang kakak semua kena dok asrama. Tapi kan, mengikut pengalaman aku yang terdahulu, kucing aku bila hantar boarding je, balik mesti gemuk. Haha. Contoh paling obvious, Sookie. Dulu masa aku kawin, hantar dia boarding 10 hari. Masa hantar tu letak dalam bakul piknik je. Lepas 10 hari, bakul piknik tak muat!! Hahahaha. Gilo ko apo ekau ni Sookie?

Kat Jawhari, diorang sediakan makanan sekali untuk kucing kau. Unless kucing tu makan food yang diorang takde, so kenalah bawak sendiri. Last year, Aoi, Lilo dan Ichii diletakkan dalam cage 3 tingkat. Sookie dan Hime cage asing. Sebab masa tu Hime kecik lagi, takut kena hempap dengan Sookie hahahaha.

Haritu masa buat booking, aku dah cakap nak 2 bijik cage 3 tingkat. Aoi, Lilo dan Ichii satu cage. Sookie, Hime dan Hachiko satu cage. Harapnya dapatlah. Kesian lak kalau diorang kena duduk asing-asing. Payah nak berbual. Hahahaha.

Kawan-kawan, yang mana nak balik kampung tu, cepat-cepat booking for boarding ya. Tapi make sure hantar ke tempat yang diyakini menjalankan operasi dengan betul. Jangan jadi macam kes Petknode. Ngeri aku bila ingat balik 🙁

ThingsByMims

photo: credit to Things by Mims

Comments

comments

11 comments on Sayangkan Kucing, Tinggal Tinggalkan..

  1. k roziNo Gravatar
    August 2, 2012 at 2:23 pm

    akak pun dh book….tp akak antar utk 5 ekor je, Che Lat, Bubu, Noni , Pod Pod n Simpul….Brown n Lily bwk balik kg….hehehe…..Simpul nak kene neuter sekali…..so cer kira berapa lah terbang rm ku…..antar pun for a week. Tak pela demi cinta hati ku…..sian kat they all…..akak susah nak share klu bole pun Che Lat n Bubu, sbb they are sisters…Che Lat tak suka Noni n Nini tak bole 1 cage dgn sape2…..Simpul nobody likes….hahahha sbb org baru n kuat gerak2 n bising. Simpul ada habit yg suka bertawaf …..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 2, 2012 at 3:18 pm

      Hahah Simpul? Comelnya nama kucing kucing akak, hahaha. Bagus gak Simpul neuter terus boarding. Balik nanti luka pun dah kering. Sian Simpul takde sape suka, hahaha. Yang lain tu seme dah pangkat tinggi, tu yg eksyen tu dengan Simpul. Last year kitorang bayar ada kot RM400 untuk 5 ekor boarding. Takpelah asal diorang selamat, cukup makan, bersih & terjaga, bayo ajolahh.. haha

      Reply
  2. kak aidahNo Gravatar
    August 2, 2012 at 3:07 pm

    Akak hantar boarding bila kami pegi bercuti je. Kalau balik kampung pulak kaedahnya ialah rombongan beramai2. Memula ingat nak anta boarding tapi mak akak kat kg tu rindu sgt dgn peah. Dia tak kasi pun akak anta boarding. Macam cucu dia pulak si peah tu. Hehehe. Atuk milo tu biasa dari kecik ulang alik kl-pd. Dia tu wajib blk kampung sbb nak kutip sewa semua. Maklumlah taiko kat pd tu. Kihkihkih.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 2, 2012 at 3:15 pm

      KL-PD tu kentut pun boleh bau lagi kak, haha. Milo mimpi pun tak habis lagi, tetibe dah sampai umah nenek dah, haha. Saya ni nak balik Ipoh tahun ni, tu pun kang singgah berbuka la, singgah kencing la, entah bape jam nak sampai Ipoh kan. Lagipun kete pun tak muat hahahaha! Carrier boleh muat dua bijik je, Makanya dua ekor je yg muat boleh ikut pun. Kalau nak bawak balik semua, saya kena bawak balik lori 3 tan, hahaha.

      Tahun ni minah kaktus ada chance la kutip duit raya ye kak, hahaha. Eh Peah pun first time jugak la kan?

      Reply
  3. cikgudangNo Gravatar
    August 2, 2012 at 10:21 pm

    slm. sy pon tanye dah boarding aritu. first time ade anak bulus ni. pastu balik mlm tu terpikir2 mcm mn keadaan x tgk bebudak ni 5 hari. last2 decide nk bli cage gabak angkut umah MIL ku. hehe sabar je la mak ye layan cucu2 neh. lg pon bdk2 ni dari KL ke Kota Bharu tdo manjang. ok kot bawak balik raya ni.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 8, 2012 at 4:40 pm

      Jauhnya dari KL nak balik KB. Kalau tidur je takpe la.. kalau kucing saya, takut meroyan je lama sangat dalam kereta haha. Kalau sekor je takpe la, kami kalau nak angkut 6 ekor, memang tak muat kereta ahahaha. Kena beli lori 3 tan dulu

      Reply
  4. azNo Gravatar
    August 6, 2012 at 4:13 pm

    saya mmg prefer hantar boarding kat vet. tapi masalah kat vet di melaka ni, walaupun diorang separatekan dog boarding area dgn cat area, tapi bunyi anjing2 tu menyalak nauzubillah bukan main kuat lagi! saya ada gi tengok tempat boarding weekend haritu, dan nampak kucing2 kat situ semua mcm ketakutan & trauma je sebab anjing2 kat bilik sebelah (yang hanya dipisahkan dgn dinding 3/4) tak henti2 menyalak. saya dengar pun naik takut, apatah lagi kucing2 yang dlm kurungan tu. kesian dorang… 🙁

    so..buat saya pikir 2 kali nak hantar.. bersih tu mmg bersih sangatlah..tapi nak tinggalkan si kenit saya yang bila dengar bunyi tapak kaki pun dah terjaga, hmmm..dilema betul laa… 🙁

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 8, 2012 at 4:38 pm

      kat sana takde tempat boarding yang bebetul asingkan kucing dengan anjing ke? Dulu masa saya hantar Ichii & Lilo boarding kat Pet Playground, KL, diorang ada gak boarding untuk anjing, tapi memang bilik lain terus. Bukan asing dengan dinding semata. Tu pun still dengar bunyik anjing sayup sayup menyalak, haha. Try la survey tempat lain. Kesian jugak dah la tiba2 kena boarding, pastu duduk dengan anjing pulak, punya la seram. Kang trauma melanda pulak hehe

      Reply
  5. azNo Gravatar
    August 8, 2012 at 9:38 pm

    Tu laa. Bila saya cakap kat uncle yg jaga tu kenapa tak asingkan betul2 cat area dgn dog area, dia kata no problem lah. Customer takde bising pun pasal tu smlm ni. Heran jugak, takkan xde org komplen? Dan takkan lah vet diorang rasa benda ni ok kot? FYI, vet ni vet yang terkenal & sgt establish kat melaka ni. Tak dinafikan, kawasan boarding diorang tersangatlah bersih. Tapi pasal anjing tu yg setback sket. Frust la. Dah ada tempat ok, masalah lain plak. Haiiih. Tak tenteram jiwa selagi tak setel nak hantar kekenit ni kat mana. 🙁

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 9, 2012 at 1:04 pm

      kalau dia asingkan kan bagus. Kalau kucing rumah, memang takut la dengan bunyik anjing. Walau tak nampak depan mata, tapi bunyi pun dah boleh buat tak tenteram kan.. kena berusaha gigih lagi cari boarding centre ni. Ni pun dah suntuk dah ni, takut dah penuh

      Reply
  6. NURFATEHAHNo Gravatar
    January 20, 2014 at 1:51 pm

    Kak Iz, saya baru nak try hantar kucing saya ke boarding tiga hari, tempat baru sebab lebih dekat dengan rumah tapi dia tak provide pasir. Boarding sebelum ni dia sediakan pasir. Agak-agak lepas balik boarding dia akan buat perangai tak, sebab kena berak dan kencing kat suratkhabar je (dalam cage). Risau pulak.

    Reply

Leave a reply