Bunting Lagi?

Ok ini update kecemasan. Hahaha. Dah tahu cemas pun masih nak update kan. Banyak lah ko punya cemas. Tapi actually malam tadi memang pun cemas. Petang tu aku macam biasalah, melayan Mak Jemah dan anak-anak dia. Mak Jemah ni dia poyo sikit. Bila ada orang dekat dengan cage dia, bukan main dia hissing. Tapi bila aku bagi dia makan ayam, terus tak kisah dah orang nak gomol ke uli anak dia. Sampaikan aku siap tenyeh muka dia bagi bersih dan suap makan ubat pun, dia relax je. Dasar makan rasuah! Hahaha

Sambil berbual dengan cousin tu, aku pun tanyalah apsal perut Mak Jemah ni bulat sangat. Memang cenggini ke apa kalau baru pas beranak? Tapi idak le baru pun, dah nak dekat sebulan dah kot. Yelah, tapi aku manalah tahu kan. Buat kali ke 100 aku bagitahu yang ini first time aku jaga new borns. Banyak benda yang aku baru belajar.

Cousin cakap, tak.. patutnya lepas beranak, especially kalau baby dia menyusu.. perut dia akan kempis. “Cuba akak picit perut dia, keras tak? Kalau keras tu biasanya bunting..”

Alamak, panic attack. Bila aku pegang perut dia, hmm.. macam keras. Tapi sebab aku tak pernah pegang perut kucing bunting kan, so aku tak dapat bayangkan keras yang macam mana.

20120925_112538 [640x480]

 cer tengok perut dia. Kan bulat?

Aku ni mulalah saspen. Lalu aku pun google “how long after giving birth, can a cat get pregnant again?” – macam biasalah keyword aku pun dah dekat 140 aksara. Hahaha.

Sekali jawapannya, kucing boleh mengandung semula seawal 48 jam selepas beranak. Apa ko tak cuak? Anak dia pun tak sampai sebulan lagi, takkanlah kau bunting lagi? Sebabnya, kami mula kurung Mak Jemah sekeluarga kan lepas seminggu dia beranak. Maknanya lepas dia beranak, dia ada seminggu untuk.. errr.. buat anak..?

Malam tu, aku attend meeting KARE (Kuantan Animal Rescue & Education), aku pun tunjuk gambar Mak Jemah kat secretary. Dia suruh bawak ke vet, takut FIP and yang buncit tu, water retention. Atau tumor ke.. Haihhh.. terus lah aku tak senang duduk. Nak tidur pun terfikir-fikir. Tapinya Mak Jemah ni makan kemain selera. Anak dia pun sihat walafiat. Dia berak kencing pun takde masalah. Takkan lah sakit pulak kan?

Esoknya (hari ni), aku bawak dia sekeluarga ke Klinik Haiwan Kuantan, jumpa Dr Lean. Anak-anaknya, saja nak buat checkup biasa. Mak Jemah ni, syukur alhamdulillah.. memang baikkkkk sangat budaknya. Dalam kereta, dia langsung takde nak meroyan ke apa. Elok je duduk diam dalam cage kecik tu. Anak-anak dia yang kemain nyaring suara. Padahal aku rasa, mesti ini first time dia naik kereta. Selalunya jalan kaki je. Hehehe.

20120925_113302 [640x480]

 Kat klinik pun molek je perangai

Doktor angkat Mak Jemah keluar dari cage dan terbeliak mata dia tengok perut si Mak Jemah ni. Aku dah dup dap dup dap. Janganlah benda bukan-bukan kan.. Doktor check perut dia, picit sana, picit sini.. elok je dia takde menjerit macam sakit ke apa. Susu pun masih ada lagi bila doktor picit nipple dia.

Kata doktor.. “She is not sick and tak mungkin pregnant again.. because when I picit her perut, I can only feel her fat.. lemak banyak. She is just too fat..”

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAH..

“You bagi dia makan apa? Sampai gemuk macam ni?”

Bila timbang, berat Mak Jemah, 4.2kg. Consider gemuk for a stray cat. Badan dia langsung tak nampak tulang, hahaha. Tapi sebab dia jenis badan kecik.. Sebab tu dia nampak gemuk. Tengoklah kepala dia pun kecik je. Tetibe perut boroi. Mana taknye. Kat rumah makanan minuman depan mata je. Sehari dapat dua kali ayam rebus. Makan tidur aje, hati manyiak sinang. Mungkin tu pasal gemok. Hehe.

Doktor cakap, kalau FIP kan.. bila pegang badan dia terus rasa tulang. Takde muscle, apa lagi fat. Makan minum pun tak  mahu. Mak Jemah langsung takde simptom takde selera.

Anyway, aku bersyukurlah Mak Jemah sihat walafiat. Cuma tang gemuk tu aku tak tahulah nak buat macam mana. Doktor cakap, cuba bagi dia slim sikit sebelum spay. Hehehe. Belum spay lagi dah gemuk. Lepas spay tak tahulah apa jadi. Hahaha.

20120923_180233 [640x480]

 Kanak-kanak riang tidur bersepah

Ni gambar kat rumah. Tengok si Pippo tidur berbantalkan Oreo. pasrah je budak Oreo tu kena jadi bantal. Si Mohd Miki ni pulak, tidur siap tutup muka. Amboi amboi. Perut dah la memasing bulat. Tadi dah timbang each one of them. Pippo & Miki, 350gram.. Oreo & Bunny, 300 gram. Geramnyeee aku. Bebudak 4 ekor ni, belum sebulan pun lagi. Dulu masa amik Sookie, umur dia 10 minggu, tapi berat dia baru 500 gram je. Tapi sekarang ni, tapak tangan dia je dah 500 gram, LOL.

20120923_180400 [640x480]

Wuuuu.. omeynyeeee..

Tak tahan menengok diorang bila tidur. Kadang tu mengangkang. Eh nak tiru perangai abang Hachiko ke tidur kangkang? Hehe. Dulu letak semua kain dalam cage tu. Tapi sekarang ni bila diorang dah mula nak berjalan, kaki asik sangkut je kat kain, dah la kuku tajam kan. So aku letak kain kat belah bawah.. atas tu alas dengan newspaper je.. Belah atas ada jugak kain, tapi sikit jelah.. Buat alas tidur macam tu. Pandai pulak time tidur carik kain, hehehe.

Lega aku budak-budak ni semua sihat, Mak Jemah pun sihat.. thanks to kengkawan yang amik berat pasal Mak Jemah ni 🙂 Masih ada dua ekor yang belum ada orang chop, yakni Pippo dan Bunny. Ruginya sape tak amik Bunny, dia bulu panjang. Idak le panjang macam Persian tu tapi panjangla sikit dari bulu pendek, haha. However, Mak Jemah is not for adoption. Wah wahhh, macam la ada yang nak adopt Mak Jemah kan, hehehe.. Takpe, Mak Jemah duduk kat rumah kakak je ok 🙂 Hari-hari makan sedap.

Tata..

Comments

comments

24 comments on Bunting Lagi?

  1. eiydaNo Gravatar
    September 25, 2012 at 4:25 pm

    waaa untungnyaaa mak jemah dapat tuan sebaik ko ni… murah rezeki

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 12:07 pm

      Kitorang ni pun rasa syukur sebab rupanya Mak Jemah tidaklah seganas yang kami sangkakan walaupun kena bagi rasuah hari-hari.. layankan je.. haha

      Reply
  2. dilsNo Gravatar
    September 25, 2012 at 4:35 pm

    Ko la ni Iz, rasuah berlebihan. Hahaha. Aku pon terpikir gak srmalam, tah2 gemok sebab syok mkn ayam rebus je. Over k,… haha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 12:05 pm

      HAHAHAHA.. bak kata Kak Aidah, banyak makan rasuah memang perut buncit. Macam ada kebenarannya di situ. Hahahaha. Tu la aku cakap dengan cousin petang tu, harapnya dia cuma gemuk. Sebab dah jatuh sayang ke mak jemah ni dek perangai baik dia.. tak sanggup kalau dia sakit ke apa 🙁

      Reply
  3. lindaNo Gravatar
    September 25, 2012 at 4:38 pm

    HAHAHAHAHAHAHAHAH! Gemok je kot. Mak angkat cemas smpi aku pun cemas dlm diam bile baca ko tuit2. Lolsss

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 12:02 pm

      Mau tak cemas. Kalau dah terbunting lagi, apa nak buat kan.. terima je lah. Tapi yang aku risau tu kalau sakit. Tu yang dengan anak-anak dia sekali aku bawak jumpa doktor. Sekali maknye sihat bebenor, apatah lagi anaknya.. hehe

      Reply
  4. k roziNo Gravatar
    September 25, 2012 at 4:38 pm

    Ya Allah Iz….gelak sungguh2 akak nak tunggu citer part awak kat klinik tu……gomoks……ko kan asyik kasi dia mkn je, mana tak dia tembam….tengok anak2 dia tu pun mmg sah la Mak nya tu cukup sihat……ya Allah geramnya kat si kenit2 tu kan……Mak Jemah happy la Iz….u are so kind to her n the kids…thats y dia senang hati….perut kenyang, ckp tido…anak2 depan mata…..sape2 pun bole gomoks….

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 12:01 pm

      Tulah kak, saya call husband lepas balik klinik tu pun, dia kemain saspen nak tahu apa masalah mak jemah ni. Bila saya cakap mak jemah sebenarnya gemok je, dia pun bantai gelak. KAHKAHKAHKAH.. sabo aje lah.. makan dia selera sangat kak. Tu yang asal food kurang je dalam bekas dia, saya tambah lagi.. Sebab saya tahu dia mesti nak makan banyak sebab anak-anak menyusu kan.. Mana tahu sampai gemok pulak hahahahahaha..

      Reply
  5. InaNo Gravatar
    September 25, 2012 at 5:04 pm

    huiii.. saspen betoi baca memula cita ni. igt dia ngandung lg. hahahahaha.. Dasat eh bru brp hari duk dgn awk dia dah membulat. huii.. kagums! tahniah iz! 🙂

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 11:59 am

      Yang kakaknye ni lagi saspen bila doktor terbeliak biji mata tengok perut dia, hahahaha. Tulah baru masuk 3 weeks duduk ngan kitorang. Hati senangggg.. haha

      Reply
  6. Kak AidahNo Gravatar
    September 25, 2012 at 5:30 pm

    Hmmm..dari pengamatan akak la kan, biasanya atlit macam mak jemah ni, kalau tak exercise memang berkoyan2 lemak mengumpul di badan. Siap muscle pun boleh jadi lemak. Akak tahu ni sebab dulu akak pun atlit. Cheewah. Nampak na menipu. Mana tak gemuk, Iz. Makan tidur je sejak dah bawak masuk istana ni kan. Silap2 abang jem pun tak kenal lagi kat dia. Hahaha.
    Lagi satu kan, kalau banyak makan rasuah orang kata perut cepat buncit. Jeng jeng jeng. Kontrobesi betul Mak jemah sekarang ni.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 11:58 am

      Tu la kak, doktor pun cakap sebab dia takde aktiviti. Biasanya sibuk jalan-jalan carik makan. Ni semua depan mata, apa nak risau kan. Hati senang, makan cukup. Akak cakap pasal abang Jem, terus saya sedih. Lama dah ni tak jumpa abang Jem 🙁 Asal naik kereta je, mata kitorang mesti melilau kot kot nampak abang Jem. Tapi kecewa. Harapnya dia selamatlah..

      Haha mak jemah memang pemakan rasuah terhebat. Rasanya kos makan dia satu hari, lagi tinggi dari kos saya makan satu hari, hahaha

      Reply
  7. AujinzNo Gravatar
    September 25, 2012 at 9:18 pm

    kucing bleh preknen balik selepas 48 jam?.. wohohohoho.. dasat dasat… hahahhaa.. last last rupanya.. gemokkk… kah kah kah

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 11:56 am

      Ha’ah, seram kan fakta tu. Aku harap dalam masa seminggu tu takdelah dia pergi carik pakwe. Tapi kalo ko tengok perut Mak Jemah ni memang saspen la. Boroi gila

      Reply
  8. IdaNo Gravatar
    September 25, 2012 at 9:43 pm

    Hairan dgn perangai mak jemah. Adakah dia dulu asalnya kucing belaan? Musykil jgk tgk stray cat yg berperangai selamba kat klinik

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 11:54 am

      Sebenarnya i pun hairan jugak. Tak mungkin la kucing belaan. Dia dah duduk rumah kitorang sejak rumah tu tengah bina lagi. Memang tak pernah nampak bertuan. Tapi memang super baik. I pun terharu sebab dia baik sangat. Diam dalam kereta, tenang di klinik. Nak compare dengan Aoi? Memang Aoi ketinggalan 8 tiang. Hahha

      Reply
  9. pepariNo Gravatar
    September 26, 2012 at 11:27 am

    hahahaha… ape Kakak dah buat pada Mak Jemah ni?? Adoiiii… Hamekk.. rasuah dgn ayam kan dah gemss.. nak lawan Sookie kah? Wah ada harapan jadi Queen Jemah lepas ni kekekeke…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 11:52 am

      Hahahaha kakaknya punyalah saspen masa jumpa dokter, takut penyakit. Sekali doktor kata gemok je. LOL. Lagi 2 minggu insya Allah nak bawak dia spay. Harapnya masa tu takde la kepala baby terasa dalam perut dia, hehe. Masa check tu doktor kata memang takde rasa apa-apa sebab lemak tebal sangat. Hahaha

      Reply
  10. sushiNo Gravatar
    September 26, 2012 at 11:48 am

    comeyy nyee…dapat ilmu lagi ari ni..hehehe..thanks babe.

    *thumbs up*

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 12:08 pm

      Sama-sama.. ilmu yang agak menggerunkan jugak kan. Boleh mengandung lagi lepas 48jam, fuhhh *kesat peluh*

      Reply
      • sushiNo Gravatar
        September 26, 2012 at 12:13 pm

        tu la…tanpa kucing jantan pon boleh bunting lagi kan?tu la unik nya setiap yang Tuhan jadikan dalam dunia ni.. =)

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          September 26, 2012 at 12:15 pm

          Huish, tanpa kucing jantan takleh la bunting, jah oi.. kan lepas dia beranak tu, seminggu kemudian baru i jumpa diorang. So i takut dalam masa seminggu tu dia pegi menggatal dengan kucing jantan. hehe

          Reply
          • sushiNo Gravatar
            September 27, 2012 at 11:35 am

            la ye ke?hehehhehe malunye…

            *tutup muke*

          • Iz YahyaNo Gravatar
            September 27, 2012 at 1:41 pm

            hehehe takpe, jangan malu 🙂

Leave a reply