Kuantan Animal Rescue & Education (KARE)

Hai kengkawan.. Hari ni takde update pasal kekanak riang enam bersaudara tu, mahupun Mak Jemah sekeluarga. Sebab diorang komplen penat sangat dengan kamera ni. Asik-asik bergambar, sampaikan tengah berak pun nak amik gambar, apa kakak ni dah hilang akal ke apa? – Komplen si Aoi, hehe.

So hari ni aku nak cerita pasal persatuan yang aku join, Kuantan Animal Rescue & Education (KARE). Aku pun baru lagi la join. Saja je, demi mengisi masa yang terluang dan untuk bantu haiwan-hawan terbiar setakat yang aku mampu. Persatuan ni berdaftar secara rasmi dengan Registrar of Society (ROS).

Pernah dengar KTAJ? Kucing Terbiar & Anjing Jalanan yang famous dekat Facebook tu? KARE pun lebih kurang sama misinya dengan KTAJ. Tapi memang respect la pada KTAJ yang ada banyakkkk volunteers. Macam kat setiap negeri ada kot volunteers KTAJ. Best kan?

KARE

 facebook KARE

Objektif KARE ialah nak mendidik orang awam supaya jadi pemilik haiwan yang bertanggungjawab. Yang at least bagi basic need untuk haiwan peliharaan tu. Makan minum tu dah tentulah. Selain tu, kena tahu yang vaccine, deworm, dan bagi ubat kutu tu penting untuk kesihatan haiwan peliharaan terutamanya kucing dan anjing.

Selain tu, KARE jugak cuba nak mengawal populasi haiwan terbiar. Sebab tu la semua haiwan yang di-adopt melalui KARE, diberi subsidi untuk castration. Contohnya kalau kau adopt kucing melalui KARE kan, bila dia cukup umur, boleh minta subsidi dengan KARE untuk neuter atau spay kucing tu. Kalau tidak pun, KARE akan follow up dengan para adopter ni supaya pegi spay atau neuter kucing tu.

Ha, lepas tu nak create awareness tentang penderaan haiwan. Ni lah yang menyedihkan. Normally yang kena dera ni selalunya anjing. Orang bela untuk buat jaga rumah je. Tapi makan minum tak jaga, kesihatan tak jaga, tempat belindung pun takde. Siap dipukul pulak anjing tu. Aku tak tahu orang jenis apa macam ni. Kucing pun ada gak yang kena dera. Kena siram air panas la, ish tak sanggup nak tulis. Cer aku dera ko gitu, suka tak?

Selain tu, KARE jugak mengumpul dana untuk bukak shelter. Tapi nak bukak shelter ni bukannya senang. Nak cari tanah tu pun susah. So kalau ada orang yang tahu kat mana ada tanah yang sesuai untuk buka shelter, boleh la hubungi KARE ya.

0011

nampak tak gambar ni dekat sidebar blog aku?

Ha yang mana aku iklankan kat sidebar blog ni, ialah kucing yang korang boleh adopt melalui KARE. Selagi iklan ni ada kat blog aku, maksudnya kucing ni masih available for adoption. Selalunya KARE members la yang rescue kucing pastu hantar ke Klinik Haiwan Kuantan milik Dr Lean untuk dirawat sementara dapat adopter. Dr Lean ialah Vice President KARE.

Mcm tortie kitten kat gambar atas ni, masa mula-mula aku tengok dia kat klinik, menyedihkan betul condition dia. Aku ingat dia buta tau. Dengan sakit matanya, dengan kurapnya, dengan kurus kedingnya. Ha tengok sekarang apa dah jadi? Bukan main debab lagi. Muka dia jenis bulat tau mcm kucing mix. Cute gila. Walaupun warna dia macam kek batik, tapi tulah yang buat dia lain dari kucing lain. Berminat nak adopt? Boleh click kat link iklan ni kat sidebar untuk detail selanjutnya 🙂

Setakat ni, apa yang aku mampu bantu KARE ialah aku bantu iklankan kucing-kucing for adoption. Nak bantu foster, memang aku tak mampu lah kan. Kang meroyan kucing aku kat rumah tu hehe. Nak bantu pegi rescue, aku ni bukannya selalu available. So bantu iklankan jelah yang aku mampu, hehe. Setakat ni, semua kucing yang aku iklankan, dah dapat adopter. Yang tortie kitten ni, baru semalam aku iklankan. Harapnya cepatlah dia dapat family yang loving.

Those yang adopt kucing thru KARE dan kalau baca blog ni, jangan lupa bawa kucing korang ke klinik Dr Lean bila dah cukup umur nanti untuk spay ataupun neuter ok 🙂

Orang-orang Kuantan yang sayangkan haiwan, kalau nak join KARE pun boleh. The more, the merrier. Boleh contact KARE dekat Facebook. Kami memang perlukan ramai volunteers. Especially kalau ada event, memang ramai orang diperlukan untuk bantu dan menjayakannya 🙂

Sekian pesanan khidmat masyarakat untuk kali ini.

Comments

comments

17 comments on Kuantan Animal Rescue & Education (KARE)

  1. dilsNo Gravatar
    September 26, 2012 at 1:19 pm

    Best!

    aku selalu teringin nak jadi fosterer but kuci ng2 rumah aku tu tak mesra alam. Tak sedar diri sesekor dulu aku kutip tepi jalan gak.

    Bbut bagus la kiranye ko rase ko ade time dan join this group. Nasib binatang kat Malaysia ni byk tak terbela dan ramai org yg ade degree gaji ribu riban bwk kete bukan tempatan pon tak tahu benefit dan necessity of kembiri. Bile anak byk je nak buang kat pasar. Buang kat pasar aku bole trrima lagila, ni ade buang kat parking lot la, giant la. Giant tu bukan pasarrr. Tak senang die org nak cari makanan.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 1:43 pm

      Tulah pasalnya. Aku ni kalau menguruskan Mak Jemah pun, kena bawak masuk semua dalam rumah dulu. Kalau tidak, kalut sekali dengan diorang. Sibokkk nau nak marah la, nak mengintai la, entah apa-apa.

      Aku join dan bantu apa yang termampu je. Nak bagi tanah buat shelter, memang la tak mampu kan. Hahaha. Aku pun geram dgn org Malaysia ni, bila kita sebut spay/neuter, bukan main dijelingnya kita. Macamkan jijik sangat. Siap keluar halal haram semua padahal dah banyak kali cakap hukum kembiri kucing ni harus. Eh degil sangat. Tapi yang membuang anak-anak kucing tak berdosa merata-rata tu, lagilah jijik dan tak layak dipanggil manusia. Kalau kucing adult tu, mungkin lah dia pandai nak cari makan. Yang anak-anak kucing ni apa cerita kan.

      Reply
    • AujinzNo Gravatar
      September 27, 2012 at 12:33 pm

      yang buang kat airport pon ade.. hua hua hua

      Reply
      • Iz YahyaNo Gravatar
        September 27, 2012 at 1:40 pm

        Buang kat airport tu apa motif? HAHAHAHA.. maybe dengan harapan kucing tu terikut sekali pegi obersi kotnya hahaha

        Reply
  2. Kak AidahNo Gravatar
    September 26, 2012 at 2:33 pm

    Iz, ni akak nak citer ni. Dulu masa akak duduk rumah teres kat Selayang kan, neighbour belakang rumah akak dera anjing dia. Diikatnya anjing tu kat grille tingkap dapur rumah dia sampai berminggu2. Bagi makan pun rasanya seminggu sekali je. Berpanas berhujanlah anjing tu. Berak pun merata2 kat situ. Menangis akak dgn anak2 tengok sebab bila hujan mendayu2 anjing tu menyalak mintak kesian. Lepas tu akak call SPCA. Sampai 3 kali call tak de pun yang datang rescue anjing tu. Lepas tu akak dan anak2 selalu bagi anjing tu makan tapi main campak2 dari luar pagar sebab berkunci pagarnya. Itu pun makanan kucing je yang akak bagi. Sedih. Tapi akak ada amik video tau. Konon nak bagi bukti kat SPCA. Tapi diorang tak datang pun. After 2 bulan lebih kurang macam tu, orang tu pun pindah rumah. Tak tahulah apa jadi kat anjing tu. Akak memang tak boleh langsung tengok orang dera binatang. Pantaaaang sangat.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 3:24 pm

      Ya Allah sedihnya baca.. Tapi kan kak, saya ada baca kalau call directly ke DVS pasal kes penderaan haiwan ni, memang cepat gila diorang datang. AKak simpan nombor ni.. kalau ada lagi kes penderaan camni, akak report direct ke DVS. Tulah saya cakap anjing memang selalu kena dera macam ni. Kesian kan.

      Email ke: pro@dvs.gov.my
      cc ke: radzuan@dvs.gov.my

      03-8870 2000 (talian am)
      03-8870 2017 (direct line)
      019-210 3344 (h/p)

      Jangan lupa bagi:
      Nama
      No IC
      Tempat, masa, tarikh kejadian
      Gambar/video

      Reply
  3. chibimorukuNo Gravatar
    September 26, 2012 at 5:09 pm

    bestnya! baik gila the vet, selalu vet tak nak amik strays sbb nnt kucing2 lain kat tempat boarding derang ter expose dgn kuman/virus semua 🙁

    tp kan ade vet kat shah alam ni (ade org ckp tak bagus, ade kucing mati la, hilang la, so far alhamdulillah i tak kene), die jaga 2 ekor kucing buta, gila cute tgk kucing tu lari2 n terlanggar brg2, haha vet tu ckp die dh tau the area so cannot tukar tempat barang2 dlm clinic.

    sgt mulia org2 yg buat kerja2 mcm ini :”)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 26, 2012 at 5:20 pm

      Tulah kan, tapi kalau vet tak rawat, siapalah yang nak adopt kucing malang ni kan? I dulu pernah tanya kat 1 vet ni, sbb i nak spaykan Mak Jemah kan, macam-macam alasan tau bila i cakap mak jemah ni stray 🙁 But not Dr Lean, dia lagi suruh i cecepat bawak Mak Jemah for spay. So far Dr Lean ni i memang suka. Bagi ubat masa kucing i tak sihat pun, takde la merapu-rapu semata-mata nak charge kan. Semalam i mintak dia check-kan Mak Jemah & anak-anak dia pun, FOC je. Siap tolong potongkan kuku kekenit tu lagi 🙂

      Reply
  4. sushiNo Gravatar
    September 27, 2012 at 12:04 pm

    mohon share entry ni boleh?ada member2 yg duduk kt kuantan yg kena tarbiyah sikit..ada jugak la yg pesen mendera kucing..konon geli la,menyampah la,suka buat kotor la..dah taknak bela tapi pangai tu diva sangat..macam kucing tu kotor sangat.Dapat tau budak2 tu suka sangat maki herdik kucing yg datang depan rumah sewa dorang.. =(

    baik doktor lean ni..kalau turun sana nak sangat jumpa u dengan dia..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 27, 2012 at 12:12 pm

      Silakanlah share. Dah bela kucing lepas tu dera ni apa pesen. Sebelum bela dulu apa tak fikir ke semua benda tu? Ini yg buat i geram. Dulu sebelum bela kucing pun, husband byk kali warning.. kalau dah bela kucing, kebersihan, kesihatan, makan minum dia kena jaga. So fikir betul-betul. Kalau rasa tak mampu dan tak rasa nak bertanggungjawab dekat kucing tu seumur hidup dia, tak payah bela.. buat haiwan tu terseksa je apahal kan.

      Reply
      • sushiNo Gravatar
        September 28, 2012 at 2:01 pm

        itulah..tak semua yang betul2 ikhlas nak bela..kejap je sebab comel..bila dah x suka macam2 alasan..huhu..

        ok thanks

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          September 28, 2012 at 2:05 pm

          Itulah yg paling kerap sekali jadi. Bila kucing tu tgh chubby, semua suka. Pastu bila tak jaga bebetul dan kucing makin slim down, mulalah dah taknak amik kisah dah.

          Reply
  5. AujinzNo Gravatar
    September 27, 2012 at 12:44 pm

    kenapa laa jauh ke Kuantan kann… kalau dedekat Nilai nie.. sedap sikit… kih kih kih

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 27, 2012 at 1:40 pm

      Hahaha tulah, takpe kalau Nilai ada persatuan macam ni, cepat-cepat join. Tak dapat tolong wang ringgit, tolong bantu macam aku ni jadik la kan. Buat apa yg terdaya 🙂

      Reply
  6. Ola KaminNo Gravatar
    September 30, 2012 at 11:36 pm

    Salam tuan tanah~~mcmna nak inform dr lean tu psl stray cat eh?
    sebab kat UMP Gambang ni ada kucing terbuang yg perlukan tempat berteduh.saya dah buka utk adoption tp rasanya ramai yg tak berminat sebab kucing 2 ekor ni x dimandulkan lg, vaccine & deworm pun x lg kot~

    sedih bila tengok ada haiwan2 yg terabai:(

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 1, 2012 at 9:12 am

      Sebenarnya kalau bagi kat Dr Lean pun, kami cuma mampu tolong dapatkan adopter sahaja. Dr Lean tak vaccine dan deworm sebab KARE nak educate orang ramai supaya ada rasa tanggungjawab kalau nak bela kucing. Kalau semuanya dah dibagi (deworm, vaccine, spay/neuter), nanti mereka takde tanggungjawab. They have to know that bila you decide utk bela kucing tu, you kena ada komitment untuk jaga diorang seumur hidup dan spend utk their basic needs. Normally Dr Lean akan inform/suruh adopter (during adoption meet up tu), utk deworm, vaccine & spay. Kalau adopt thru KARE, boleh dapat subsidi pemandulan 🙂

      Apa pun, u boleh try call Dr Lean and ask her about this, 095172233 – Klinik Haiwan Kuantan.

      Reply
    • missgervaseNo Gravatar
      May 28, 2013 at 4:37 pm

      a ah btol tu. kat ump gambang bnyk ne kucing. pastu klu nk pelihara pihak pengurusan kolej tk bg..hr tu sy ad rescue stu kitten yg cirit birit. dah siap hntr g klinik, last2 makcik cleaner g buang ntah katne. sy nak adopt susah juga sb klu nk balik rumah jauh sgt. kat sabah.:(

      Reply

Leave a reply