Pet Playground

Haritu kan aku cerita sampai dua budak hitam ni habis shooting malam tu kan? The next day, kami pun check-out. Aku kena hantar dua kesayangan ni ke Pet Playground. Aku syukur sebab dibenarkan pilih sendiri tempat untuk boarding bebudak dua ekor ni.

Lepas buat research kat Internet dan check review, aku pun email production house and bagi diorang contact number so that diorang boleh uruskan booking untuk Lilo dan Ichii. Untuk aku pulak, depa bagi Royale Bintang, kat The Curve tu.

DSCN9661 [640x480]

 “kakak! Nak kuar, nak kuar!! Meoww.. meowwww!!”

Ha camtulah Ichii cakap. Siap nganga mulut lagi time snap gambo ni. Nampak nau manjang dok meowwww je, haha. Masa ni kat Federal Highway. Tengah jem. Tengok Lilo kat belakang dia tu, dah pengsan dah.

Kali ni aku tak baca ayat kursi dah. Aku slow talk dengan dia. Kemain dia menyahut bila kau cakap. Aku suruh dia tidur dulu, sebab tengah jem pun, lambat lagi nak sampai. Ahh.. entah apa-apa lagi la aku goreng ke dia. Punya nak suruh dia bertenang. Radio sah sah le tak pasang. Hormat betul aku ke Ichii masa ni. Hahaha..

Tak lama selepas aku selesai slow talk dengan si Ichii ni.. tiba-tiba..

DSCN9665 [640x480]

dah tidur dah!

Hahahahaha.. tak sesia aku bagi kata-kata semangat kat dia. Rupanya faham jugak kan. Hehe. Bila sampai ke Pet Playground, kami disambut Jo Anne yang memang baik sangat dan peramah. Dia jugak yang uruskan grooming Lilo dan Ichii masa kami mula-mula sampai haritu. Aku request nak tengok tempat boarding tu. Saspen jugak la kot-kot tak sama macam dalam website kan. Hehehe.. So kami pun dibawa ke tingkat atas. Ada bilik berbeza untuk anjing dan kucing, memang tak campur langsung.

DSCN9670 [640x480]

VIP Suite 2 untuk Lilo dan Ichii

Amboi amboi amboi, bukan main lagi duduk VIP Suite katanya. Aku pun tak pernah merasa VIP Suite kalau pergi hotel, hehehe. Sebenarnya kat sini ada pilihan sama ada kau nak yang cageless boarding, ataupun caged boarding. Cageless bukan bermaksud dia lepaskan kucing tu bercampur dengan kucing lain. No. Jangan salah faham ye.

DSCN9666 [640x480]

duduk dalam bilik ni lah maksudnya cageless

Kucing tu akan diberi bilik yang lengkap dengan cat tree, cabinet untuk isi barang, ada litter box, kipas dan lampu. Pagar dia memang sampai ke siling. Maklum la kucing kan hebat bab panjat memanjat ni. Maksudnya kucing tau tak duduk dalam sangkar, tapi duduk dalam bilik ni. Lebih relax la kan. Tak kena kurung.

Ha nampak tak kucing calico tu? Dia tengah buat rondaan ke bilik Lilo dan Ichii sebab bilik dia sedang dibersihkan staff kat situ. Comel gila kan, hehe. Setiap kali staf di situ bersihkan bilik diorang, mereka akan dilepaskan untuk bermain. Jangan risau, dia bersihkan bilik one by one, bukannya semua bilik sekaligus dan lepaskan semua kucing. Hahaha

DSCN9668 [640x480]

pet playground, tempat mereka bermain

Tak kiralah cageless boarding atau tidak, setiap kali tempat mereka dibersihkan, ha kat sinilah diorang boleh main-main untuk release tension 🙂 Ingat manusia je tension? Kucing pun tension jugak tau bila boarding. Rindu family.

Bilik Lilo dan Ichii tu, satu malam ialah RM65. Bukan sekor RM65 ye. Satu bilik tu. Harga dia berbeza untuk setiap bilik. Sebab ada bilik yang besar, ada bilik kecik. So kalau nak tahu rate, boleh la call Pet Playground sendiri.

Kalau hantar kucing untuk boarding kat sini, anda dinasihatkan bawak makanan kucing korang sendiri, medical card (in case kalau kucing tu perlu dibawa ke veterinar during boarding sebab tak sihat ke apa, jadi senanglah vet nak tahu sejarah dia kan), dan jugak barang-barang keperluan kucing tu. Macam pet bed ke, toys ke, wet food ke, treats ke.. apa-apalah. Sebab kau boleh decorate sendiri bilik tu during check-in! Sounds fun kan. Boleh bawa pet bed, mesti kucing tu rasa macam tidur kat rumah, hehehe.

Ha, kalau anjing pulak, bawalah collar dia. Sebab petang-petang nanti staf kat situ akan bawak jalan-jalan. Barulah anjing tu happy dan sentiasa fit 🙂

Kalau nak tahu, kat sinilah aku borong Fussie Cat untuk kucing-kucing kat rumah tu

hachiko2

Hachiko bercita-cita nak jadi Fussie Cat ambassador, hehe

Budak Hachiko ni memang bila aku balik kerja je, dia akan bising mintak aku bagi dia makan setin Fussie Cat tu. Biasanya bila aku ke KL, aku akan call Jo Anne dan bagitahu dia nak beli berapa kotak Fussie Cat, dan terus mintak di mix semua flavours. Tin besar aku beli, tin kecik pun beli. Kadang tu sampai penuh kereta dengan barang-barang yang beli kat sini. Sebab bagi aku, harga dia sangat murah kalau nak bandingkan dengan kat Kuantan. Fiuuuu..

Kalau tak silap aku lah, dua malam jugak la Lilo dan Ichii tinggal kat VIP Suite diorang tu, hehehe. Aku pulak stay kat Royale Bintang @ The Curve. Kitorang tak boleh balik rumah lagi sebab ada photoshoot untuk print ads pulak.

Anyway, aku sangat berpuas hati dengan layanan Pet Playground pada aku, Lilo dan Ichii. Masa nak check-out tu, aku datang ambik Lilo pukul 7.30 pagi pun diorang okay je walaupun sebenarnya time tu belum bukak kedai pun lagi hahaha. Memang puas hati la. Sebab tu aku masih ke sana setiap kali ke KL. Kalau korang ada apa-apa pertanyaan pasal cageless boarding ni, boleh la contact diorang kat website. Boleh chat online. Macam tu la cara aku contact diorang mula-mula untuk tanya pasal cageless boarding tu. Macam-macam soalan aku tanya, hehe. Boleh shopping secara online jugak tau!

Kalau nak ke sana untuk beli barang-barang, ni alamat dia:

Pet Playground
J-G-6, Jalan PJU1A/20B
Dataran Ara Damansara
47301 Petaling Jaya
Selangor.

Website: http://www.petplaygroundonline.com 
Contact No: +60173648117 / +60173638228

Comments

comments

12 comments on Pet Playground

  1. dilsNo Gravatar
    September 11, 2012 at 5:14 pm

    RM65 utk 1 bilik tu very berbaloi. Kalo 3 or 4 kucing still comfy jugak. Fuhhh.. selalu terasa nak tambah kucing tapi bile teringat pengsan nak bayar bile boarding tuuu..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 12, 2012 at 12:58 pm

      Ha, yang tu ko kena tanya diorang lah, boleh ke tidak masuk banyak kucing. Sebab diorang nak kucing tu relax. Tapi kalau aku pun rasa 3 or 4 kucing pun masih comfy. Apatah lagi kalau kita bawak pet bedding diorang kan. Masing masing tidur atas tilam memasing hehehe. Ko nanti try la gi sini. Kot nanti boleh try boarding sini pulak 🙂

      Reply
  2. groundblendedNo Gravatar
    September 12, 2012 at 10:00 am

    cube tengok telinga Ichii.. nampak sgt die tido dlm keadaan stress.. heheehhehe
    kalo cam ni lagi slesa kan Iz?
    sbb kucing, kalo dah biasa bebas, bile kene kurung dlm cage, tu yg die stress tu..
    kalo dapat yg camni relax sket..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 12, 2012 at 12:56 pm

      hahaha tulah kan. Tidur pun rasa annoying. Tu la kalau kuantan ada tempat macam ni, memang hantar diorang ke sini je. Kitorang tak kisah spend banyak asalkan sihat. Tapi kalau spend banyak lepas tu sakit, memang berbulu ahhh.. Sakit jiwa rasa. Haritu Lilo ngan Ichii pun happy je lepas check-out dari sini, takde tanda tanda stress 🙂

      Reply
      • groundblendedNo Gravatar
        September 12, 2012 at 11:24 pm

        yup stakat ni banyak kemudahan kat area klang valley jekan..? kalo dok bandar2 biase, mmg susah nak carik tmpt camtu.. bukan ape.. sbb kos tinggi… tak larat nak maintain.. takut takde sambutan.. Iz cadangkanla kat vet Iz salu pegi tu suruh die buat cenggini.. selesa dan murah sket.. kesian je tgk bile boarding je mesti letak dalam cage. sian kucing2 yg dah biase bebas… 🙁

        Reply
  3. k roziNo Gravatar
    September 12, 2012 at 10:22 am

    wah bestnya……..klu ada byk duit , nak buat tempat they all mcm ni kan…sure they all happy giler……tp still kene buat beberapa biliks…..hahahah…ada yg tak bole dekat2….berteput tampar lak nanti…..
    betul la klu bole share 2-3 ekor in a room mmg not so bad la….bagus la Iz ni…beri we all info mcm ni….akak tak aware pun ada vup room bagai utk budak2 bulu ni

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 12, 2012 at 12:54 pm

      saya pun kak!! Takde hingin saya nak hantar boarding beratus-ratus ringgit lepas tu kucing saya demam selsema lagi lepas tu.. eeee serik betul lah, sakit hati kami laki bini kalau teringat. Kalau Pet Playground ada kat sini, agaknye memang saya hantar diorang boarding sini je. Tentu tentu dah takyah kena kurung dalam cage kan. Akak kat kl kan, kalau rajin, pegi la ronda Pet Playground ni. Mana tahu one day nanti kecemasan kena boarding bebudak tu, boleh hantar kat sini 🙂

      Reply
  4. Kak AidahNo Gravatar
    September 16, 2012 at 6:28 pm

    Okey jugak harganya kalau RM65 utk sebilik. Kalau animal hotel yang Mas Kargo tu diorang caj RM60 utk sekor kucing. So far akak rasa kat situ yang Milo paling eksaited nak bercuti. Hehehe. Tapi dia belum tengok Pet Playground ni lagi. Akak rasa ni lagi best.
    Yang Royal Damansara tu pun fevret anak2 akak jugak. Best jugak bercuti kat situ. Esp bab makan. Hihihi.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 18, 2012 at 2:44 pm

      Amboi mahalnya RM60 sekor kak oiiii. Boleh botak kepala macam ni kalau nak hantar 6 ekor. Hahaha. Royal Damansara saya tak pernah dengar kak. Nanti boleh cuba carik. Hehe. Nanti bebila senang, bolehlah akak jenjalan kat sini. Makanan dia pun harga berpatutan 🙂

      Reply
  5. kak norNo Gravatar
    September 21, 2012 at 8:22 am

    Fussie kat situ brape eh dia jual setin? Ni yg tin kecik tu kan yg ada premium tuna etc etc…Akak beli Burp kat Pet World tu dia jual RM 2.50/ tin; beli 12 dpt 3 free: kalau ok reganyer; boleh akak ziarah Pet Playround ni sbb akak pun ada maanyak kitties ni 🙂

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 21, 2012 at 9:39 am

      Kalau tak silap sayalah kan kak, satu kotak tu ada 24 tin, RM48. So jatuhnya RM2 setin. Ha’ah yang ni yang tin kekecik tu. Yang tin besar pun saya borong jugak. Tapi kualitinya tak samalah. Flavours pun lain dari yang tin kecik tu. Tapi kucing saya suka je 🙂 Dulu masa kecik kecik diorang suka makan Qiut.

      Reply
  6. Azrin ZakiNo Gravatar
    September 24, 2013 at 4:29 pm

    Wah, mahal kakak iz. Agaknya kalau boarding sebulan yang cageless nih, harga dia brape?

    Reply

Leave a reply