Selepas Satu Minggu

Selepas satu minggu merindui para kekenit ni.. maka tibalah hari yang dinantikan. Iaitu hari untuk diorang check-out. Yay! Aku kat rumah dah bersiap sedia, isikan air, makanan, litterboxes. Punya la nak sambut kepulangan yang dinanti. Ewah. Seriously, memang rindu gila. Adik-adik kat rumah pun cakap rumah sunyi je takde bunyi loceng kucing. Takde acara kejar mengejar..

DSCN9763 [640x480]

persiapan carrier dan cage

Amboi tengoklah cage dan carrier aku ada tilam tau, hahaha. Orang-orang Kuantan kalau nak order pet bedding, boleh hubungi saya. Wow, siap promote. Kahkah. Seperti masa hantar haritu, carrier kelabu akan diduduki Ichii dan Lilo, Sookie dalam carrier hitam. Aoi, Hime dan Hachiko akan duduk dalam cage tu.

DSCN9764 [640x480]

Yaaa.. penuh kereta!!

Husband kena turunkan seat belakang tu untuk memuatkan diorang ni. Tu baru letak carrier je. Kalau la katakan nak bawak balik kampung kan. Dengan barang diorang lagi. Barang kita tak payah bawak? Hahaha. Memang tak muat punya. Tapi aku rasa tak mungkin la bawak balik kampung kot, sebab jauh kan. Sedangkan aku pun lenguh pinggang duk dalam kete, nikan pulak diorang.

Oh ya, kalau korang perasan, dalam cage cuma ada Hime dan Aoi kan? Mana Hachiko? Rupanya nurse cakap, A-oi marah masa dia nak masukkan Hachiko dalam cage. Kemain marahhh sangat. Penyudahnya si tompok tu kena duduk dengan si mok dalam carrier kelabu. Yang si hitam dua ekor tu, dalam carrier hitam. Segala perancangan aku musnah. Haha. Nasib pulak diorang tak marah kena duduk berhimpit sekejap. Elok je diam. Jangan si Ichiiiiii.. Sepanjang jalan menyanyi.

Haa, haritu kan aku cerita si Ichii ada penyakit travel anxiety kan. Panik bila naik kereta. Dan masa yang on the way ke KL tu, nak tahu macam mana dia punya memekak? Sila tonton video di bawah..

Sorry gambar ala-ala Blair Witch Project hahaha. Ha itulah suara Ichii. Amacam, annoying tak? Suara kecik je..

Sampai rumah je, diorang terus menjelajah rumah pulak. Ronda habis siap cium cium. Takut salah rumah kotnya. Hahaha. Yang Hachiko dan Sookie pulak, aku mandikan. Sebab aku tak selesa ada bau kucing kat badan diorang. Agaknya korang ni masa boarding duduk dalam litterbox ye? Hoh. Kalau awak tak wangi, jangan mimpi la nak tidur dengan kakak ye Ciko. Haha..

Malam tu dia melepaskan rindu dia kat aku agaknya..

20120823_224434 [640x480]

berkepit je duduk sebelah aku macam tu

Kesian kan? Aku rasa mesti dia rasa lost sangat kat boarding. Tiba-tiba kakak takde. Tiba-tiba kena duduk dalam cage. Tiba-tiba ramai gila jiran tetangga. Semuanya tiba-tiba. Ahhh stresss.. stressss!!! *lepak dalam litterbox* Sebab tu la tak wangi. Hahahaha

Lama wei dia lepak sebelah aku tu, sambil tengok tv. Pastu kekadang husband ajak dia main-main.. Tapi memang atas katil jelah dia. Sian awak kan.. Malam tu dia tidur awal. Happy dapat baring atas tilam dia, selimut dia, bantal peluk dia..

20120824_020729 [640x480]

gaya tidur memang tak mahu kalah. Kepala mesti senget

20120826_015153 [640x480]

tidur pegang tangan kakak yerr… takut kakak tinggalkan dia agaknya, hihi.. siannnn dia..

Comments

comments

12 comments on Selepas Satu Minggu

  1. k roziNo Gravatar
    September 3, 2012 at 10:13 am

    hahahaha….penat akak tunggu citer they all ni…..sian kan they all . mesti rindu giler kat kita kan….dh la tu kene berkurung tak keluar2 dr cage…sure they all pk …mana la kita ni dah pegi….samala dgn my bulu2s….suma nak dok dekat2 akak…klu dok kat kusi, suma nak dok atas riba……pening pala akak……klu akak atas kerusi, kat kiri kanan ada, kat tgn kerusi pun ada yg menempek..bole? aku kepanasan dibuatnya……

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 5, 2012 at 10:11 am

      Kesian kakk.. dah la balik rumah selsema pulak. Frust betul saya 🙁

      Kucing akak manja betul. Saya ni yang manja & nampak rindu pun, Hachiko je. Yang lain sibuk menjelajah rumah hehe

      Reply
  2. dilsNo Gravatar
    September 3, 2012 at 1:00 pm

    comel tul Hachiko last2 tu. Aku hari ni baru dapat jumpa balik bulus2! Fuhh.. saspens ni agak2 Kurap kenal aku lagi ke tak. Haha.

    Kira baik la kucing ko cuma Ichii je bersuara. Yg lenlain rilek je kat kereta. Bobby selalu akan tunjuk bontot kat aku lepas die miau2 dlm kereta tak dilayan. Kurap akan maintain vokal sepanjang perjalanan. Wolly tak de pengalaman lagi.

    Ehhh.. muat pulak Sookie and Hachiko dlm 1 carrier? Sookie tu dah le paling lebar, Ciko paling panjang.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 5, 2012 at 10:10 am

      Huiii, ko jangan terpedaya dengan video ni. Sebenarnya Hime kat belakang tu berlakon baik je. Agaknya dia tahu aku record kot, so dia diam. Biar nampak macam Ichii je yang membuat onar. Padahal dia sendiri pun sama memokakkkkk yo. Berlawan-lawan dengan si Ichii!

      Kurap pun bising eh dalam kete? Aku tengok haritu muat je Hachiko ngan Sookie. Sebab maintain senyap je sampai ke rumah, hahaha

      Reply
  3. kak aidahNo Gravatar
    September 3, 2012 at 2:35 pm

    Kemain rindu bebudak baru balik asrama ni kat kakak dia. Tapi betullah iz cakap, makin gemuk pulak si hachiko tu akak tengok. Sedap kot makan duduk asrama ni. Kalau hachiko dah gemuk camanalah rupe kak mok tu. Hehehe.
    Tadi akak play video ichii nyanyi tu, si peah dan minah kemain menyibuk naik2 atas kepala akak. Nak tengok jugak rupe penyanyi fofular tu. Tapi suara mmg keciklah. Sesuai bawak lagu jiwang2 ni. Tangkap leleh adik beradik dengar. Hahaha.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 5, 2012 at 10:08 am

      memang rindu sangat kak, berkepit je dia. Kalau saya yang outstation tak balik2 rumah, pandai dia merajuk. Takmo dekat dengan kita. Tapi ni sbb boarding, agaknya dia pun tahu rindu, hehe. Sedap tak suara Ichii kak? Hahaha. Gitulah dia sepanjang jalan. Suara kecik la yang buat annoying tu, imagine kalau dari Kuantan ke KL dia dok menyanyi macam tu. Saya boleh kena migrain. Hahaha. Pasni peah dengan minah boleh la belajar vocal dengan kakak Ichii ya 🙂 Kak Iz bukak kelas, charge murah murah je, hehehe

      Reply
  4. chesueNo Gravatar
    September 3, 2012 at 5:37 pm

    haiyoo tak dapek tahan tgk gambo last tu.. kesian toi kena tinggai ngan kakak lama2…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 5, 2012 at 10:05 am

      memang wei. Tidur pegang tangan aku tu yang tak tahan. Kesian sangat. Aku pun rasa dia memang rindu rumah dia, especially aku kahkahkahkah

      Reply
  5. groundblendedNo Gravatar
    September 3, 2012 at 9:12 pm

    ape??? sookie dgn hachiko 1 carrier?? hachiko sehat tak? penyek tak die? hahahaha..

    berlagak betul datin aoi tu ye.. len kali letak die dlm carrier je la.. cage tu kasik si sookie, memey dgn hachiko.. rasanya sookie yg paling tak kesah dengan sesape kan? rilek je die tu… hhehehe

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 5, 2012 at 10:05 am

      Hahaha tu la kan. Agaknya kena penyek jugak la Hachiko dalam carrier tu dengan Sookie. Tapi dedua diam je, diorang memang takde masalah kalau bawak berjalan. Hime pun sama sekarang taknak kongsi cage dengan Hachiko. Dia nak dengan kakak Aoi dia je, mengada-ngada sungguh.

      Reply
      • groundblendedNo Gravatar
        September 5, 2012 at 1:30 pm

        ntah2 diam sbb takde ruang nak move kot.. hahahaha..
        oooo Aoi dah train si Hime ye… sian Hachiko kene buli..

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          September 5, 2012 at 5:21 pm

          Hahahahhaha kan. Kesian Hachiko kena hempap dek bontot berat sookie

          Reply

Leave a reply