The Babies

Hehehehe.. beberapa hari ni (mungkin minggu), kita akan fokuskan pada Mak Jemah dan anak-anak beliau yang comel tu ye. Takpe, Lilo, Ichii, Aoi, Sookie, Hime dan Hachiko bagi chance. Diorang cakap takpelah sekali sekala bagi spotlight dekat Mak Jemah sekeluarga pulak, hehe. Baik kan diorang? Sharing blog, is caring.. katanya 🙂

Awas. Entry panjang dan banyak gambar.

Hari pertama Mak Jemah duk dalam cage, litterbox dia takde kuih muih. Risau aku. Dia ni tahan kencing berak ke apa? Tapi makanan dia makan, air pun berluak. Aku kemain pesan ke dia. Tunjuk kat dia, ni litterbox, kencing dalam ni ok, berak dalam ni ok. Risaulah. Dia kan selama ni hidup berkelana. Mana pernah duduk dalam ‘teratak’ macam ni. Hehe. Tapi the next day, elok je dia membuang dalam litterbox. Lega aku..

20120919_183915

 Alolololo beratur nak amik gambar

Diorang sekarang dianggarkan berusia lebih kurang 3 minggu. So aku assume Mak Jemah beranak 1 September, hehehe. Anak-anak dia dah boleh angkat kepala. Telinga pun dah bukak. Now baru nak tatih. Excited sangat jalan-jalan pusing cage. Tapi jatuh jatuh lagi. Gigi belum ada, hihi. Comel gila tengok kucing takde gigi.

Ok, korang nampak tak dalam gambar atas ni, ada yang bukak mata, ada yang tutup mata? Haaa.. yang tutup mata tu yang meresahkan aku. Dia bukan tutup mata, tapi mata dia melekat dek banyak sangat taik mata. Ish. Kesian aku tengok. Padahal the day before, aku dah lap mata diorang. Semalam pagi-pagi aku dah call vet, tanya apa patut buat. Patut bawak gi vet ke cane. Tapi doctor suruh bersihkan dengan air suam dan titiskan ubat mata Hime je. Last weekend pegi vet bawak Hime sebab mata dia merah dan bertaik mata jugak. Tu yang dapat eye drop tu.

Sementara tunggu nak balik rumah, aku pun search how to treat eye infection to 3 weeks old kittens. Amboi bukan main panjang aku taip. Kalau orang lelaki yang search, mesti dia taip eye infection je. HAHAHAHA.

Lalu aku mendapat petua ini. Gunakan wet tea bag dan kesat pada mata yang kena infection tu. Ataupun, sapu mata tu dengan kapas yang dibasahkan guna air teh tu, teh sejuk ya. Dan tanpa gula ye. Kang ada semut pulak yang pegi hurung mata si kekenit tu haha. Aku baca review, memang banyak gila orang cakap petua tu berkesan. Selain pada kucing, ia juga boleh digunakan pada anjing dan manusia if kena eye infection macam ni.

Balik rumah je terus aku excited bancuh teh. Sebelum letak gula, aku keluarkan tea bag tu dan air teh sikit letak dalam mug. Pastu baru campur gula dalam teko. Ha itu untuk keluarga minum. Hahaha. Aku nak yang dalam mug tu je. Since aku ada 4 ekor anak kucing kan, so aku guna petua yang pakai air teh je. Kalau pakai tea bag tu kang, takkan aku nak guna 4 tea bag? Takkan pulak nak share kan.. Lepas lap mata, aku titiskan eye drop tu.

20120919_183953

 Anyonyonyo.

Lawak pulak aku tengok gambar ni. Nampak tak si tuxedo sekor tu macam tengah duduk? Hahaha. Yang si hitam tu sibukkk nau cari tetek mak dia. Mak Jemah tengah makan ayam time ni. Haaaa… aku rasuah dia ayam rebus racik Fancy Feast (Chicken Succulent) kat dia. Lepas bagi ayam, barulah dia cool dan tak hissing. Baru la aku boleh pegang anak dia untuk kesat mata tu, hihih.

20120919_184032

 Tapi tengoklah apa yang jadi?

Si kecik pun sama nak makan ayam!! Tak padan dengan takde gigi tu. Hahaha. Mak Jemah super sayang dekat anak dia. Bila anak dia sibuk menyempit sekali kat pinggan tu, dia pun ke tepi. Bagilah dekat anak tu. Ish terharu aku tengok kasih ibu dekat anaknya ni..

20120919_184042

 Omnomnomnomnom dapnyeeee ayammmm..

Ha, kalau nak tahu, yang hitam tengah makan tu, mata dia terkatup tu. Tak padan dengan mata terkatup, makan tetap makan. Haha. Tak sabar aku nak tunggu diorang boleh makan bebetul. Nasib baik ayam tu racik halus. Patutnya dia tak boleh makan apa-apa lagi. Kena fully minum susu mommy dia je. Lepas ni kena halang la kalau dia sibuk nak makan ayam. Takut pulak sakit perut nanti kan.

Hahahaha.. pelahap kan anak dia.. Yang makan pinggan tu, si Oreo, hahaha

Anyway, petua air teh tu, aku rasa macam berkesan. Sebab pagi ni aku tengok sape yang mata terkatup semalam, semuanya macam dah boleh bukak sikit, walaupun kecik, at least ada perubahan la kan. So pagi tadi aku lap lagi mata diorang dengan air teh.

20120919_184536

nanak amik gambar.. nanakkkk.. nak mommyyyyy

Wahhh memandai aku suruh dia panggil Mak Jemah tu mommy kan, kikiki.. Yang ini namanya Mohd Miki. Ekor dia melentik di hujung, hehe. Dia ni memang takde masalah mata semenjak dari kami jumpa diorang tu. Celikkkk je mata dia, kemain bulat. Tapi, aku tetap lap jugak dengan air teh tu.

20120919_184652

 Comel tak? comel tak?

Miki ni mulut dia riuh. Tapi suka sebab dia aktif. Rajin bertatih dalam cage tu. Nasiblah cage tu besar kan, luas lah sikit diorang nak meronda tu. Bulu dia macam ada campur dengan bulu putih sikit. Macam uban, hahaha. Aku tak tahulah memang macam ni ke apa, sebab aku kan tak pernah ada pengalaman dengan anak kucing yang less than 10 weeks old.

20120920_082206

 Ahmad Oreo

Konfiden sangat aku dengan jantina diorang kan. Insya Allah betul la jantan. Kalau tetibe sebenarnya ialah betina, maka tukarlah jadi nama Nurul Oreo. Hihihihh. Si Oreo ni pun masa memula amik, mata dia melekat jugak. Ekor lurus.

20120920_082252

 Assalamualaikum. Saya Ahmad Oreo..

Tengoklah, kena pegang leger tu, baru dia reti duduk diam. Kalau tidak, terteleng teleng kepala tu. Macam mana aku nak amik gambar kan? Ahmad Oreo ni dah ada yang booking, hehe. So dia ni kategori nice to see, nice to hold, tak boleh adopt sebab dah ada yang chop. Amboi sedapnya pantun aku 🙂

20120920_082416

 Ini pulak, Nurul Bunny..

Hahaha, tetibe dah tukar nama kan. Masa memula amik, aku nak letak nama Kizmo. Lepas tu semalam aku letak nama dia Siti Nur Bunny. Tetibe hari ni dah jadi Nurul Bunny pulak. Tahu kenapa aku panggil dia Bunny? Sebab ekor dia kontot macam arnab hahahahaha. Tapi tengok la bulu dia, meriah. Cuba banding dengan si Oreo. Tak sama kan? Si Bunny ni sampai dalam telinga ada bulu.

20120920_082429

 Dekat mulut ada misai tak habis shave.

Hahahaha. Misai sebelah je. Eh ke taik lalat? Hehehe. Mana-mana pun boleh lah kan.. Kawasan mulut dia ni comot sikit. Aku tak tahu sebab kotor ke, ataupun memang macam oren sikit kat mulut dia. Hidung dia haritu kotor, tapi lepas lap lap, okey sikit. Tak berani nak sental banyak banyak. Takpe, kita cuci hari-hari ye sayang? Sampai jadi bersih dan comel.

20120920_082440

 Ni badan dia. Banyak sikit putih atas badan dia compared to Oreo

20120920_082450

 Haaa.. nampak ekor dia? Tak nampak kan? Sebab memang pendek! Hahahaha.

Mata diorang ni, masih belum confirm warna apa. Sebab mata diorang bertukar kaler nanti. So warna yang kekal ialah apabila umur diorang 2 bulan nanti, insya Allah.

20120920_082851

 Mohd Pippo

Haa, inilah yang mata melekat dalam gambar first tu. Lepas dilap dengan air teh tu, alhamdulillah mata dia dah boleh bukak. Masih lagi melekat kadang-kadang, tapi tak seteruk masa mula-mula tu la. For the time being, aku akan lap mata diorang dua kali sehari. Setiap kali nak lap, kena rasuah Mak Jemah dengan ayam lah nampaknya. Hehehe.

Boleh je kalau aku nak buat degil and amik je anak Mak Jemah bila nak cuci mata tu, biar je dia hissing.. tapi aku taknak. Aku taknak dia benci dengan aku. Aku nak dia faham yang niat kita baik, nak dia duduk tempat yang proper, ada makan minum yang teratur. Supaya dia boleh tumpukan perhatian dekat anak dia. Supaya dia tak perlu susah payah cari makan sebelum dapat susukan anak dia. Bila aku rasuah dia dengan ayam tu, at least dia takde hissing kat kitorang. So aku senang je dapat pegang anak dia, dia tak marah 🙂

20120920_082929

 Mohd Pippo duduk atas kerusi

Ekor dia melentik kat hujung jugak. Bulu dia ni macam hitam keperangan. Tapi macam yang aku cakap, aku tak pasti sangat adakah warna bulu ni permanent ke tak sebab aku tak pernah bela new born.Tapi kalau kekal lah warna ni, memang cantiklah 🙂

So sekarang ni, cuma Ahmad Oreo je yang dah ada orang chop. Lagi tiga ekor ni masih available. Kalau berminat, silalah bagitahu ye. Insya Allah diorang ni akan membesar dengan sihat. Mak Jemah pun kami bagi makan Orijen sekarang. Ayam rebus pun dua kali sehari. Air yasin pulak sebagai air minuman. Hehe. Mak Jemah pun badan dia sangat bersih. Takde kurap langsung. Masa dia bunting dulu pun, dia makan kat rumah kami. Jadi insya Allah la anak-anak dia sihat walafiat 🙂

20120920_083140

terimalah jelingan manja dari seorang ibu yang penyayang, hehe. Tangan tetap nak peluk anak dia.

updates as at 24 September 2012:
Lepas 2-3 hari cuci mata anak-anak Mak Jemah dua kali sehari (pagi dan petang), sekarang mata diorang memang dah bulat dah, no more taik mata or mata melekat lagi. Petua air teh ni memang berkesan! Now kitorang masih lagi mencuci mata diorang dengan air teh, tapi sehari sekali je.. saja je bagi mata cantik, hehehe. Oh ya, Mak Jemah pun kena cuci mata dengan air teh jugak, hehehe..

Comments

comments

13 comments on The Babies

  1. sushiNo Gravatar
    September 20, 2012 at 12:06 pm

    jelingan mak jemah ni bahaye tau…macam terpaut je dengan si bunny..hehehe..taik lalat menawan tu..nasib lah i baru amik yang 3 ekor tu..kalau tak sohih nak book gak.. =P

    eh drama bersiri mak jemah’s family ni best tau..tak pasal2 jadi peminat setia dah ni..hehe

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 21, 2012 at 9:55 am

      Haaa.. jelingan maut kan. Kami pun saspen jugak kalau time nak pegang anak dia, kena jeling gitu. Bukan apa, takut dia sergah. Hahahahaha. Bunny cute woih, bulu banyak. Hehe. Kalau ada kawan-kawan nak kucing & sanggup datang amik kat Kuantan, bagitahu ya, hehehe

      Reply
  2. pepariNo Gravatar
    September 20, 2012 at 1:01 pm

    Amboi Mak Jemah, kena rasuah ayam baru kasi pegang anak ye.. Pandai!!!! Ni nak jadi queen ke ape ni? hehehe..

    Nama tak leh tahan tu.. Ahmad Oreo hehehehe.. Kalau gegel kang tukar je 1st name dia ye? Siti, Nurul, Nor, janji belakang maintain.. Pandai kakak!!!!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 21, 2012 at 9:51 am

      Hahahha ni pun dah tukar dah. Tiba-tiba nampak si Pippo tu rupanya betina. So sekarang jadi Nur Pippo lah nama dia, LOL. Mak Jemah suka makan ayam, so layankan ajelah.. Bagi dia kenyang barulah susu banyak ye tak, hehe

      Reply
  3. AujinzNo Gravatar
    September 20, 2012 at 1:26 pm

    kemain nama depa hang letak.. wakakakaka…misai yang tak habis tue macam Mushtash plak.. XD

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 21, 2012 at 9:49 am

      Nama mestilah taknak kalah. Hahaha. Tu la Mushtash janggut tak habis shave, yang ni misai tak habis shave. Boleh la bagi jadi adik beradik. hahaha

      Reply
  4. dilsNo Gravatar
    September 20, 2012 at 1:52 pm

    Mohd miki tu comelllll sungguh. Suke betul dgr bunyi anak kucing miau2. Meriahhh.

    Mak Jemah muka garang sungguh tapi lawa la die. Rupa mcm kucing kena bela

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 21, 2012 at 9:47 am

      Mohd Miki tu antara yang paling chubby. Dia dan Nurul Bunny. Kemain bulat. Sebab rajin sondol mak dia, mana tak bulat. Mak Jemah keje dia menjeling je. Serius je muka dia, haha. Tulah Mak Jemah kalo bagi pakai collar, terus jadi cam kucing kitorang haha. since kitorang hari-hari bagi makan, minum air bersih, alhamdulillah dia takde masalah kulit ke, kurap ke.. bersih je dia 🙂

      Reply
  5. Kak AidahNo Gravatar
    September 20, 2012 at 4:07 pm

    Eloklah Iz ambik tu. Kalau tak nanti jadi mat rempit dgn bohsia lagik bila dah besar. Kang Datin Aoi jugak yang malu sebab ada jemaah yang tak senonoh dalam kariah dia. Tak lama lagi nak pilihanraya. Jadi isu pulak kat datin nanti. Hihihi.
    Iz, selalunya yang newborn memang ada bulu2 macam uban tu. Biasanya bila dah besar jadi hitam semuanya. Pastu kan betul ke keturunan abang jem anak2nya ni. Ada jugak yang bulu macam panjang sikit akak tengok. Tapi tang muka tu memang iras abang jem lah. Mak Jemah tak meroyan ke kena duduk dalam cage, iz? Maklumlah hippies kan.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 21, 2012 at 9:45 am

      Datin Aoi mesti la jaga sangat status dia kak. Mesti nak make sure dalam territory dia takde anak-anak luar nikah, bohsia atau bohjan. Tu yang kami kahwinkan je Mak Jemah dengan Abang Jem. Semuanya atas permintaan Datin. Hehe. Ohh memang gitu ye kak. Saya ni takat tengok new born tu biasalah. Tapinya menjaga sendiri, memang nilah first time, hehe. Saya pun konfius jugak dengan anak-anak mak jemah ni, si bunny bulu mcm panjang kan compared to others. Agaknya tah pasal tu kot abang jem merajuk bawak diri. Sebab isterinya main kayu tiga. Hahaha. Eh mak jemah okey sesangat duduk dalam cage. Langsung takde meroyan. Dia tidur & feed anak dia je kak. Cukup masa, makan. Agak dia rasa mcm duk dlm syurga kot, kuih muih pun orang buangkan. Hehe

      Reply
  6. k roziNo Gravatar
    September 21, 2012 at 4:06 pm

    tak bole tahan nama2 si kenit tu…..awak mmg classic la……akak siap citer kat member……pttnya dulu namakan geng2 Brown ni mcm tu….kwn akak ckp….ramai gak yg sewel mcm ko…..ingat ko sorang je….hehehehehe…dia tak taukan…kita2 ni klu citer psl kucing mcm dh kenal bertahun2

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 21, 2012 at 5:17 pm

      Kalau nama Khairul Brown ke, best jugak kak, hahaha. Yela kan, kenal kat FB dan blog je tapi sembang macamkan dah kenal lama

      Reply
  7. KikuNo Gravatar
    January 7, 2015 at 9:22 am

    Namanya comel² lah.. Heheh..

    Reply

Leave a reply