Dietlah Wahai Sookie

Hari Sabtu lepas, aku bawak Sookie, Hime dan Aoi for deworming. Aku memang tak reti bagi ubat cacing sendiri sebab tablet dia besar. Lagipun dosage based on weight kan. Dah alang alang tu bawak jelah kucing for check-up sekali. Hachiko last week dah deworm dah sekali dengan yearly vaccination. Oh ya, Hime dah 100% sihat, sakit mata pun dah takde.. selsema pun dah takde, so haritu dia telah dibagi yearly vaccination dan leukemia vaccination sekali.

Nak bawak 3 bijik carrier, sampai husband kena turunkan seat belakang kereta dia, hehe. Tak muat. Aku dalam kete dah dup dap dup dap, mesti Sookie kena marah hari ni, fikir aku dalam hati. Sampai kat clinic, diorang senyap, biasalah sebab takut anjing hahaha. Kalau datang klinik hari Sabtu, anjing-anjing comel yang akan ko jumpa. Yang rambut lurus, yang badan kecik, yang pakai sepit rambut, yang manja gila dengan tuan dia.. ha yang macam tu lah. Kalau datang klinik hari Isnin, ha masa tu ko boleh tengok anjing yang luka la, yang berdarah la, macam-macam hal.

Seperti yang dijangka, berat Sookie meningkat lagi dengan jayanya. Masa boarding raya, berat dia 6.4kg. Hari Sabtu lepas, badan dia 7.0kg..!!! *koma*

Ichii nak naik 100 gram pun sikit punya payah. Sookie relax je naik 600 gram, senang sangat naiknya, semudah kentut sahaja, hik hik. Kata doktor, ini semua salah Sookie sendiri sebab makan tak reti nak control. Waahh selamba salahkan Sookie, padahal aku yang kena marah sebab bagi free flow food, wakakakakakakak..

Sebenarnya aku dah tak bagi free flow dalam food dispenser tu dah. Sekarang aku bagi diorang makan dalam mangkuk. Tapinya mangkuk tu tak pernah kosong hahaha..

20121014_223231 [640x480]

Sookie dan Hachiko makan secara berduet

Sian Hachiko nampak macam kitten je, kahkahkah. Mamat ni pun badan maintain je tak naik.. tapi makin hari, makin panjang je. Ha gitulah aku letak makanan dalam mangkuk. Ni kat dalam bilik, so air aku letak dalam water dispenser tu. Kalau kat luar, guna water fountain tu.

Sookie ni, masalah dia, dia pantang dengar aku bukak bekas makanan dia. Kadang aku nak refill makanan untuk bagi yang lain makan, tapi dia yang serbu dulu. Bukannya makan sikit sikit pulak tu. Kadang kalau tengah tidur pun, sanggup bangun. Nampak nau tidur-tidur ayam je.

20121015_234536 [640x480]

 kotak pun dah tak muat dah

Tu kotak meja beli kat Giant. Ala meja biasa yang pasang sendiri tu. Sookie kan dengan kotak, tak boleh dipisahkan. Memang fevret dia. Tak kiralah kotak kecik ke besar. Tak dapat masuk badan, dapat masuk kepala pun jadiklahhhhh..

20121020_194816 [640x480]

budak mok yang tak boleh terima hakikat dia kena diet

Bila aku cakap kat dia “Sookie, awak kena diet mulai hari ni,” Haa gitulah pandangan yang dia bagi kat aku. Macam “What the hell, kakak?”

Aku rasa dari tahun lepas aku nak dietkan minah ni, tapi sampai sekarang tak diet lagi. Huwaaaaa.. tensionnya perasaan ni. Aku tension dua benda. First, sebab Ichii dan Hachiko maintain berat badan, tapi sepatutnya diorang naikla sikit berat tu, bagi kakak motivasi sikittttt.. Second, sebab Sookie ni terlebih naik pulak berat badannya. Jadi macam mana aku nak control makan dia? Kang aku cuba dietkan Sookie kang, si Ichii ngan Hachiko yang makin slim.

20121021_155054 [640x480]

 tidurnya memang di mana saja

Sookie ni aneh, dia boleh tidur kat mana-mana je. Dan gaya dia tidur, memang akan terlentang gitu. So kalau siapa datang rumah aku, kena jalan hati-hati kerana Sookie boleh berada di mana-mana. HAHAHAHAHA.. Masa tidur dia pulak, aku rasa ada kot 20 jam sehari. Heehehe. Asal menung lama sikit je, tidur.. Ni aku tak tahu lah apa motep tidur kat tetengah ruang orang berjalan entah. Mogok lapar ke apa woi? Bila aku pegi dekat muka dia.. rupa-rupanya…..

20121021_155142 [640x480]

memang mogok sebab tak dapat makan kotnya haaa.. siap terjelir lidah, pura-pura pengsan kelaparan

Comments

comments

27 comments on Dietlah Wahai Sookie

  1. ikaNo Gravatar
    October 23, 2012 at 2:32 pm

    OMG!!Sookiee..
    takyahla mogok sangat..
    Ika pon tak tau nak watpe kalau julie ke icuju jadi obese..
    Tak bagi makan rasa kesian pulak..huhuhu

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:26 pm

      Kan.. itulah dia. Kalau sekor je kucing, senang nak kontrol. Ni enam ekor, dan yang perlu diet tu cuma sekor. Migrain akak pikir macam mana nak buat hahaha

      Reply
  2. k roziNo Gravatar
    October 23, 2012 at 2:57 pm

    ahhahahahaa…..penat akak gelak tgk sookie ni Iz….Ya Allah…dia dah la muda lagi….tp x sampai hati kan nak suh they all diet? Abg Brown pun baru nk dekat 8kg tp at least dia dh nak dekat 5 thn umur….so not so bad….tak bole tahan tu terlentang kat mana2 dia suka………akak rasa dia debab bukan sbb makan je kan…..dia kat kuat tido….cuba klu org kuat tido n makan, mmg sesuai utk debab…….cer ajak dia main2 , dia nak tak? beri tali main kejar2 ke……

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:25 pm

      Tu la kak. Ni bulan January 2013 nanti baru nak masuk dua tahun. Sookie ni kalau dia tak makan, dia tidur. Tak pun duduk bermenung. Hahahaha.. Main sikittttt je.

      Reply
  3. InaNo Gravatar
    October 23, 2012 at 3:00 pm

    hahahaha… sookie!!!! gebunya awak cam carpet bulu beruang tu… wuuu wuuu geram!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:24 pm

      Sedap kalau gosok kaki kat perut dia. Hahahaha

      Reply
  4. mama kittyNo Gravatar
    October 23, 2012 at 4:15 pm

    sookieeee…

    meh duduk ngan kitty meh…. bila awak rindu kakak sure ada loss weight…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:24 pm

      Hahahaha.. Sookie ni semenjak bela dia, tak pernah turun berat badan dia. Manjang naikkkkk je. Yang lain tu, terutama Ichii.. macam spring, berat badan turun naik. Haha

      Reply
  5. kak aidahNo Gravatar
    October 23, 2012 at 8:07 pm

    Hahaha. Sangat kelakar tengok muka sookie. Ni mcm milo masa dodulu. Panas telinga akak kena leter dgn vet. Paling berat ialah sampai 7.6kg. Lepas tu terus vet suggest RC Indoor. Mcm london wech menejmen pulak akak tengok. Lps 2 minggu tanpa senaman turun 500g. Kagum. Cer iz try kat sookie. Tapi yg lecehnya kena asing bg mkn. Kalau tidak yg dah slim tu nak mkn jugak nnt. Mcm molly. Sukeee sgt dgn rc indoor tu.
    Tapi kan walau bagaimanapun akak tetap jatuh chenta kat kucing demuks itew. Gewammmm…….

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:23 pm

      Adoii Molly makan RC Indoor makin slim lah. Hehehe. Susahnya saya nak control makan si Sookie ni kak, sebab saya kerja. Kang sedia RC Indoor ke dia, tetibe bila saya pegi keje, si Ichii slim tu pulak yang belasah RC, si Sookie masih belasah Orijen. Macam manaaaa.. hahahahahaha

      Reply
  6. cik sushiNo Gravatar
    October 23, 2012 at 8:32 pm

    hahaha..kakak yg stress sebab kena fikir cara nak dietkan sookie..tapi cik mokk selamba je tdo aje memanjang…kikiki..dahsattt sookie..

    tapi bulu die cantikk..gebusss..kenalah dengan badan sihat die tu kann..hihi

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:21 pm

      Memang! Pening kepala i. Asal i top up makanan, mesti dia yang serbu dulu..

      Reply
  7. syamira firdausNo Gravatar
    October 23, 2012 at 8:43 pm

    ya Allah , comel sungguh ..
    kucing saya lebih kurang mcm sookie ,tapi belum tahap obest lagi .
    tp bila ajak main , baru kejap je dah penat . hahaha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:21 pm

      Jaga-jaga jangan sampai obes. Nanti nak dietkan, tak sampai hati.. hehehe

      Reply
  8. AujinzNo Gravatar
    October 23, 2012 at 9:36 pm

    kah kah kah… lawak la Minah Mok nie.. wakakakaka…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:20 pm

      Hehehe tu la.. tidur pun nak penuh style. Husband aku cakap kucing mok memang tidur macam gini. Selesa haha

      Reply
  9. pia fatihahNo Gravatar
    October 24, 2012 at 11:07 am

    hehehehe macam kucing kat umahhh syy laa kakak!!
    setiap 4 jam berbunyii.. tu alarm dia lapar… dah kenyang tdurrr.. takpnah nak berlari luar rumahhh.. hahahahah
    keluarkan dari rumahhh… cepat2 lari masuk bilikkkk

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:20 pm

      Hahaha Sookie pun sama. kenyang.. tidurrr.. Kalau dia keluar rumah pun, dia keliling rumah satu round je, pastu nak masuk dah. Hahaha

      Reply
  10. Ibu ArissaNo Gravatar
    October 24, 2012 at 11:30 am

    x tahan tgk part terlentang tgh jalan tu…rasa nk gomol2…eeee…..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:19 pm

      Kelakar kan dia terlentang. Macam kalah perang

      Reply
  11. SaraNo Gravatar
    October 24, 2012 at 11:48 am

    hehehe… tdo terlentang kat tgh pintu. kalu org tak perasan silap2 kena pijak

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:18 pm

      Tulah. Kitorang jalan dalam rumah kena hati-hati. Dia memang tidur kat mana-mana ikut sedap hati dia je hahah

      Reply
  12. nzNo Gravatar
    October 24, 2012 at 12:05 pm

    Ahahhaha i pun ade mslh yg sama….sekor obes tp yg lain maintain….kang kalau start diet plan, nnt ade yg lain lak makin kecut hahahaha cane ni….dilemma btol

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 29, 2012 at 2:17 pm

      Kan. My husband ckp sehari bagi 2 kali je makan. Masalahnya Sookie tu yang semangat sangat makan. Macam best gila je makanan tu. Kang tak pasal yang lain pun terdiet sekali, padahal diorang tu slim je.. hahaha

      Reply
  13. AlmirazNo Gravatar
    October 29, 2012 at 4:33 pm

    Hahahah..Sookie ni…siap jelir lagi…Camne Iz nk kuruskan budak ni?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:57 pm

      Doktor suruh kurangkan makan dia, atau bagi dietery food. Tapi i taknak lah asing-asing makanan, susah.. sebab i kerja kan. payah nak control. Now i top up makanan diorang sehari dua kali je, hope boleh turun sikit berat badan hehe

      Reply
  14. suhanaNo Gravatar
    July 29, 2015 at 1:02 pm

    comelnye la..teringat kucing sy mmg suka tidur dalam kotak.. kalau hilang cari jela dalam kotak.hihi
    ta

    Reply

Leave a reply