Sesi Mandi Mandian

Hari tu aku beli shampoo Johnson’s White n Bright, yang katanya diformulakan khas untuk kucing yang berwarna putih. Lalu semalam, aku dan cousin berganding bahu memandikan kekenit ni. Hehehe. Dalam entry ni, cuma menampilkan Aoi dan Hime je. Sebab diorang ni banyak ragam, husband amik gambo pun tak dapat yang clear. Banyak gambar gerak la apa la. Hish..

20120930_123312

Β bahan pemandian

Kitorang ada tiga jenis shampoo. Yang White n Bright tu, baru beli hehe. Yang Tea Tree tu, medicated bath untuk mengusir kutu ataupun hama. Yang Bengy tu, shampoo biasa je. Tak pernah habis lagi since beli dulu. Kucing tak perlu dimandikan kerap sangat, apa lagi kalau dia cuma indoor cat. Tak kotor.

Kucing pandai menjaga diri, terutama kalau kucing tu dah dimandulkan. Memang pembersih. Kalau tengok bontot Aoi, fulamak memang cantik gila, takde kotoran sikit pun. Dia rajin grooming πŸ™‚ Yang perlu mandi tu, kalau diorang kotor sangat, busuk, ataupun berkutu. Kalau berkutu, kena medicated bath la. Ataupun dah berkurun tak mandi, hehe.

Sikat tu, untuk menyental dan membuang kotoran yang melekat celah-celah bulu. Macam massager tau, best πŸ™‚ Ok nah saksikan drama diorang ni.. Sookie dengar je orang ajak mandi, dia dah bantai tidur dulu, hahaha.

20120921_210704 [640x480]

20120930_124724

20120930_125321

20120930_125804

20120930_130013

20120930_130416

20120930_130745

20120930_131619

20120930_131656

20120930_131700

Comments

comments

32 comments on Sesi Mandi Mandian

  1. Ibu ArissaNo Gravatar
    October 1, 2012 at 2:19 pm

    xde entry mandikan sookie ke…? ehehe…sgt suke tgk sookie yg suke mandi tu…. =D

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 1, 2012 at 2:22 pm

      Ada entry mandikan Sookie. Tengah pilih gambar. Sebab Sookie baik sangat masa mandi, so gambar dia banyak. Pening nak pilih. Hahaha. Asingkan entry dia sebab kang jadi meleret-leret pulak panjangnya, hehe

      Reply
      • Ibu ArissaNo Gravatar
        October 1, 2012 at 2:26 pm

        yesss..!!! x sabar tunggu entry sookie…saya silent reader blog akak….kikiki…(mengaku pulak)

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          October 1, 2012 at 3:22 pm

          Hehehehe.. Tak baik tau jadi silent readers! Hehehe.. Tu lah kena tapis dulu gambo Sookie ni banyak nauu. hehe

          Reply
  2. k roziNo Gravatar
    October 1, 2012 at 2:19 pm

    hahahhah……..comel la……suka tgk expression yg awak yo yo beri kat kenits ni….masa tu Sookie dh mandi ke belum…..berlambak dia tido tau……yg paling best …si Hachiko tu, mcm yo yo je dia rela tak mandi,….kelakar betul la Iz ni…….mesti lagi cantik si Diva n princess tu , dh mandi, dh blow….sure sweet je……suma2 mandi ke ada session hr lain ? Ninja 2 ekor tu mandi sekali tak?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 1, 2012 at 2:23 pm

      Hachiko ngan Ninja dua ekor tu tak mandikan kak. Hachiko wangi lagi hahaha. Sebenarnya waktu suntuk sebab assistant saya nak keluar berjalan. Tu je masa yang dia free. So sempat mandikan tiga ekor ni je kihkih..

      Reply
  3. hayati ghazaliNo Gravatar
    October 1, 2012 at 3:06 pm

    hahaha..baru nampak muka tensen sekor2 kena mandi….dalam sebulan Iz mandikan diorang berapa kali? Saya memang jarang mandikan anak2 bulus, kecuali diorang termasuk longkang atau busuk..sebab diroang rajin grooming sendiri kecuali si comel saya yang lumpuh tu je kena mandikan hari2 dgan air suam. (mummy dia sendiripun tak pernah mandi air suam tau..hehehe).

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 1, 2012 at 3:24 pm

      Wahh mandi hari-hari? Rajinnya.. Respect betul orang mcm ni. Jaga kucing macam jaga anak πŸ™‚ Aoi tu dia sebenarnya okay je mandi, tapi dia cuma nak adik ipar i je yang pegang dia. Adik ipar tu, memang abang kesayangan dia lah dari dulu, kini dan selamanya. Kalau adik ipar tu pegang, memang Aoi la kucing paling baik di dunia. Hehe. Saya pun jarang je mandikan diorang ni, tu yang shampoo tak habis-habis hahahahaha

      Reply
  4. eiydaNo Gravatar
    October 1, 2012 at 3:26 pm

    aku pon br jek mandikan cici ngan anak2 dia.. anak2 dia sikit punya senang nk mandikan sebab kecikkn..siram air suam dok diamm jek.bila time cici ya rabbi.. huru hara aku.hahahha last2 berjaya gak mandikan.dh lm xmandikan sejak dia lepas beranak hr tu phiewww

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 1, 2012 at 4:31 pm

      Hahaha bukan aku kalau sorang, memang tak mampu la nak mandikan. Aoi semalam siap gigit tangan aku sebab dia geram kena sental hahahahaha..

      Reply
  5. sushiNo Gravatar
    October 1, 2012 at 4:20 pm

    smti..

    pon baru mandikan bebudak semalam..habes lencun baju sekali..kekeke..pastu memasing tido tak sedar diri..hachiko eksen tau..mentang2 x kena mandi..diva tetap diva si AOI nie kan….muka pas mandi pon diva lagi..hihihi

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 1, 2012 at 4:32 pm

      Betul! Normally lepas mandi, memang tidur pengsan kan. Macam kita lepas swimming la. Letih yarabi. Hahaha.. Aoi memang la, hanginnn je dia. Dari mula mandi, sampai habis mandi, dia dok membebel je entah apa..

      Reply
  6. AujinzNo Gravatar
    October 1, 2012 at 4:27 pm

    Haaaa… aku pernah mandikan kucing.. memang berbirat tangan peha semua… kih kih kih

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 1, 2012 at 4:33 pm

      Kann.. Aku selalu memang potong kuku semua dulu sebelum mandi. Sebelum ni pernah kena cakar dekat leher dek Hachiko. Dapat la pangkat sarjan free. Hahahaha

      Reply
  7. dilsNo Gravatar
    October 1, 2012 at 4:35 pm

    Baik jenampak Hime kena hair dry. Kurap Ya Allah… die rase hair dry tu mcm monster. Die hissing2 berludah bagai kat. Hair dryer tu. Lagi sakit nyawa hair dry die dari mandi, tu yg selalu aku jemur tengah panas dalam sejam. Haha. Sebab dahla tak suke hair dryer, malas pulak tu grooming. Selsema aku jugak susah. Tapi kalo dah balik malam kotor2, takleh dibantu la. Hala hair dryer tu kat cage,. Troma die

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 1, 2012 at 4:40 pm

      Heee.. pemalas grooming tu cam Sookie. Letih aku. Dah la sambil keringkan tu, bulu dia berterbangan dan melekat kat tangan tu tayah cakap la. Nak harapkan dia grooming, memang kirim salam. Yang lain tu memang rajin grooming. Hachiko paling cepat kering sbb bulu dia nipis dan sikit. Aku rasa kalau kurap tu mampu pegang hair dryer, time ko pegi keje, mesti dia buang hair dryer tu hahahaha

      Reply
  8. Heebum n haebiNo Gravatar
    October 1, 2012 at 4:50 pm

    eh same la sikat tu.. Tp, kitrg pnye wane biru.. Hehehe tp x gne time mndi x smpt nk sental sental ngn sikat.. Pakai tgn je.. Ahahah..
    X sabar tunggu entry sookie.. Nk beguru.. Kekekek mohon suruh sookie turunkn petua utk jadi cooool..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 3, 2012 at 10:21 am

      Hahaha dah tu guna time bila sikat tu? Ye la kan, time mandi memang kena pantas. Kitorang bila mandikan Sookie barulah ada masa nak bersantai sikit sebab dia suka main air. So layankan la dia dulu, hehehe.. Sabar ye, Sookie punya gambar banyak. Pening nak pilih ni, hahaha..

      Reply
      • heebum and haebiNo Gravatar
        October 4, 2012 at 11:45 am

        guna bila die tgh dalam keadaan tenang.. tgh bersantai2.. hahah

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          October 4, 2012 at 2:39 pm

          Ohhh maknanya massage time kering la yek? Bukan time mandi ye.. hehehe

          Reply
  9. hibariNo Gravatar
    October 2, 2012 at 1:34 am

    haha..comel je hachiko πŸ˜€

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 3, 2012 at 10:19 am

      Hehehe time kasih πŸ™‚

      Reply
  10. SaraNo Gravatar
    October 2, 2012 at 11:36 am

    Salam Iz..
    Nak tanya sikit laa, itupun jika tak keberatan nak assist kte. Maaf kalau mengganggu yer…
    Sebenarnya saya selalu dtg baca kisah kat blog ni. Fun sgt. Saya bukanlah penggemar kucing tapi bukan juga anti-kucing. Cuma tak punya minat & kesabaran untuk membela pets. Malangnya jiran2 saya ada bela kucing & kian hari kian beranak pinak. Yang tak bestnya kebun kecit cinonet blkg umah saya menjadi fav kucing2 diorg utk melepaskan hajat. Saya nak tanya laa dengan Iz, ada tak any cara/petua utk jauhkan kucing org dari dtg dekat dgn kawasan rumah kita.
    Again .. sorry jika soalan saya ni tak relevant.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 3, 2012 at 10:18 am

      Salam Sara.. thanks for dropping by, hehe.. Ada satu produk namanya Get Off My Garden. Dia spray. Boleh spray dekat sekitar kebun kecil Sara tu.. Ni link dia, kalau nak tengok gambar spray tu macam mana. https://www.petandvetproducts.com.au/ruddocks-get-off-my-garden-spray.html

      Sorry la kalau saya cakap jiran Sara ni tak bertanggungjawab. Sepatutnya dia mandulkan semua kucing dia supaya tak mengganggu jiran dan orang sekeliling. Ini sudahlah tak dimandulkan, dibiar beranak pinak, semua dilepas keluar pulak tu. Kucing nature dia memang nak kencing berak dekat pasir. Sebab tu la kawasan kebun Sara yang jadi sasaran. Yang salahnya bukan kucing tu, tapi owner dia sendiri. Geram bila org bela kucing tapi tak bertanggungjawab macam ni πŸ™

      Reply
      • SaraNo Gravatar
        October 4, 2012 at 11:25 am

        Ok thanks Iz.. minggu ni saya akan jengah ke Petsmore utk cr spray tu. kdg sedih gak tgk jiran2 ni. Bela kucing mahal2 tp dah besar terbiar. Agak kalu tak jd gak spray tu nampak gaya saya kena pasang dawai besi nak elak kucing2 tu lompat masuk..

        Reply
          • Iz YahyaNo Gravatar
            October 4, 2012 at 2:37 pm

            Waaa.. ni baru tahu pasal lapik tajam ni.. Boleh la beli kalau pegi daiso nanti πŸ™‚ Thanks bagi cadangan bernas! hehe

        • Iz YahyaNo Gravatar
          October 4, 2012 at 2:44 pm

          Cubalah try alas tajam tajam macam yang di-suggest tu. Lagipun barang kat Daiso lebih murah πŸ™‚ Mana tau lebih efektif, hehe

          Reply
  11. sha kittyworldNo Gravatar
    October 3, 2012 at 5:37 pm

    haah, bila da pusingkan litterbox tu, nti sume jatuh.. yg letak2 kat plastik pun jatuh.. sokie muat je, jgn risau..hehe.. kalau bminat bgtau la, kwn kw jual gak.. rm180.. πŸ™‚

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:45 pm

      Okeh, kenalah menabung macam ni. Nak harapkan bebudak enam ekor tu yang bagi duit sorang sikit untuk beli jamban, memang takde harapan lah, hehehehe

      Reply
  12. Kak AidahNo Gravatar
    October 17, 2012 at 2:19 pm

    Akak kalau mandikan kucing ni dalam singki je Iz. Lutut akak ni sakit nak mencangkung. Ini pun dah lama tak mandikan bebudak 3 ekor ni. Bizi beno gamaknya akak semenjak 2 menjak ni. Nasib baik bebudak ni tak pijak tanah pun. Kalau tidak kompom kepam terutama Minah kaktus. Hehehe.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 17, 2012 at 2:30 pm

      Dulu mandi dalam sinki jugak kak. Bila masing-masing dah gedabak, sinki pun tak muat. Takpun bila jirus je, habis merecik air. Tu yang mandi kat shower jelahhhhh.. Cepat sikit bila nak bilas tu. Pulak tu kalau mandikan Hachiko, dia punya menggelupur tu, macamkan ada gempa bumi. Kita pulak yang naik takut. Tengok la dia tak payah mandi pun siap menyorok, tapi terjenguk-jenguk intai yang lain mandi. Hahahaha.. Tu la si Aoi dengan Hime, kadang keluar setengah jam je, balik dah kuning. Hahahaha. Sabo jelah. Tu yang sental diorang tu. Padanlah muka.

      Reply

Leave a reply