Sookie Puteri Mandi

Haaa.. kali ni kita cerita pasal macam mana Sookie mandi pulak ya. Dia ni ada obsesi mandi. Suka sangat dengan air. Tapi mesti mau air sejuk. Air suam sikit pun dia tak mahu. Kata Sookie pada suatu hari, “Kakak tahu tak, sebenarnya kan, kita ni tak patut duduk Malaysia, sebab kita kucing bulu tebal. Panas sangat. Kita harap suatu hari nanti kakak bawak kita pindah oversea, yang ada salji.. mesti best..”

Amboi permintaan nak duduk oversea, siap request negara yang ada salji, dia ingat kakak ni ada genie in a bottle ke? Yang boleh tunaikan 3 permintaan? Lepas tu masa permintaan ketiga tu, mintak nak lagi tiga permintaan, sampai jin pun fedap tak habis-habis melayan permintaan dia nih, hahaha. Tak dapat pindah oversea, kakak bawak Sookie mandi kat bilik air jelah okay?

*warning* Banyak gambar tau!

20120930_131844

20120930_131857

20120930_131953

20120930_132023

20120930_132103

20120930_132221

20120930_132226

20120930_132432

20120930_132758

20120930_133003

20120930_133054

20120930_133100

20120930_133510

20120930_133543

20120930_134033

20120930_134153

Haa.. gitulah gaya Sookie mandi ye. Sebenarnya mulut dia tak berbunyik pun. Sikit suara pun tak keluar selain dari mata yang penuh dengan sinar kegembiraan sebab dapat mandi. Tak macam Aoi, air belum bukak, dia punya lontaran vocal pun dah boleh kalahkan Jaclyn Victor. Kira kalau Aoi yang masuk One in a Million saing Jac dulu, takde harapan la Jac nak menang. Hehe.

Takde apa-apa tips pun macam mana nak bagi kucing suka mandi macam Sookie ni. Sebab aku rasa itu naluri dia sendiri. If dia suka mandi, then sukalah. Kalau dia tak suka, pujuk la macam mana pun, tetapppp la ko dapat pangkat sarjan seluruh badan. HAHAHA.. Tapi kalau kucing korang bulu panjang dan tak suka mandi air suam, cubalah bagi mandi air sejuk. Entah-entah dia suka air sejuk macam Sookie. Siap boleh berdrama mandi hujan lagi ha. Poyo sangat, hahaha.. Tapi kalau siram dengan air suam, memang dia nak lari keluar, protes la kononnya, hehe..

Tapi dia ni pemalas grooming. Kena keringkan dia betul-betul. Sebab lepas mandi je, dia akan mengambil tempat untuk… tidur… Hehehe

20120930_193850 [640x480]

20120930_193857 [640x480]

Comments

comments

38 comments on Sookie Puteri Mandi

  1. SaraNo Gravatar
    October 4, 2012 at 11:27 am

    Wahhh… ske btul sookie mandi.. hehehe..
    Biasanya kucing kena dimandikan brp lame skali yer Iz?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:43 pm

      Kucing kitorang takde timing tertentu. Mandi bila kotor, hahaha. Atau bila dah lama sangat tak mandi. Sookie last mandi selepas balik dari boarding haritu sebab busuk 🙁 Kucing yang bersih dan tak busuk, jangan dimandi selalu.. tak elok

      Reply
  2. hayati ghazaliNo Gravatar
    October 4, 2012 at 11:37 am

    yeayy…1st time jadi yg first comment :)…sbb apa jadi first..sbb dah habis keja2 penting kat ofis, blog Iz yg akan diterjah dulu hockay..suka sangat tengok muka sookie yg ala2 demanding mengarahkan dayang2nya melayannya bersiram…memang gitu la kita tuan2 kucingkan..hehehe..jadi kuli kucing jew..tapi yg penting hati kita bahagia tengok diorang semua sihat…entri ni antara yg best sbb byk gambar 🙂

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:42 pm

      Tu lah. Dalam rumah ni semuanya dayang dayang je. Diorang yang raja, puteri, diva, permaisuri, ish macam-macam watak ada, hahaha.. Tu la bila diorang sihat, hati senang. Bila diorang sakit, frust sesangat dan rasa sakit hati 🙁

      Reply
  3. hayati ghazaliNo Gravatar
    October 4, 2012 at 11:37 am

    ala..dah jatuh No. 2 rupanya ..hmmm…xpe lah

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:40 pm

      Alaa.. next entry cuba lagi tau, hehehehe

      Reply
  4. Ibu ArissaNo Gravatar
    October 4, 2012 at 11:39 am

    amboi…tuanku terus….hahaha..sookie mmg cute….sronok tgk die layaaannnn je shower tu…. =D

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:40 pm

      Tu laa.. poyo sangat. Tu kalo dilayan tu, sejam pun dia boleh mandi. Suka bebenor drama mandi hujan tu, hahaha

      Reply
  5. heebum and haebiNo Gravatar
    October 4, 2012 at 11:43 am

    dengkiiiiiiiiiiiiii… hahahaha.. ala nk jugak cmtu.. eh, x penah try air sejuk.. ntah btol mcm iz ckp.. kucing bulu tebal suke air sejuk.. nak2 si heebum tu.. bukan bulu je tebal.. lemak perut pun tebal.. kekekekekkee..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:40 pm

      Hahaha cubalah. Entah entah rupanya selama ni dia tunggu je orang mandikan dengan air sejuk.. sorang pun tak faham perasaan dia. Hahahaha

      Reply
  6. k roziNo Gravatar
    October 4, 2012 at 11:47 am

    baiknya sookie…..bagus betul minah debab ni….cantik sungguh dh mandi……klu la suma2 kucing akak bagus mcm Sookie kan bagus….ni kene bersilat n berdrama setiap kali nk mandi..Brown terbalik Iz, nak kene mandi air panas baru kurang jeritnya…….kene setitik air sejuk pun dh lari jauh2……payah

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:38 pm

      Brown ni diva lelaki ni, nak mandi air panas je. hahahaha.. Hachiko lagi la mengada. Air panas tak suka, air sejuk tak suka. Dia suka tengok dari jauh je sambil menganjing. HAHAHAHAHA

      Reply
      • ninieNo Gravatar
        September 11, 2015 at 3:58 pm

        hahahahahaha……..

        Reply
  7. eiydaNo Gravatar
    October 4, 2012 at 12:06 pm

    waaaa sukanya si sookie mandi… senang la nk mandikan dia.. aku rs dia xrasa sejuk sebab bulu tebal+ ngan banyak lemak tepu tu ahhahah..aku kalo nk mandikan cici huru hara satu bilik mandi hahah

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:36 pm

      Kan, aku pun rasa gitu. Dengan cuaca panas lagi. Memang kita pun syok kalau tengah berpeluh, dapat aircond, dapat mandi.. kan. Hahaha. Wei aku kalo takde orang pegangkan, huru hara jugak kott

      Reply
  8. sushiNo Gravatar
    October 4, 2012 at 1:17 pm

    eeeiii…dak mok bang ni (gemok kembang) suke nye die mandi sampai x perlu pegang…suke sangat..memei kalau mandi suara memang takde tapi takde la merasa nak buat lakonan bak air hujan tu..mahunye pintu bilik air berlobang dia terjah keluar..hehehe…iz,soalan ni dah lame nak tanye…hehe..bagaimanakah bulu anak2 bulus tu kembang macam tu..ade makan collagen ke hape?hehhee..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:35 pm

      Hahahaha.. mana ada collagen, hahahah. Sookie tu memang bulunya kembang, badan pun kembang. Tu yang dah macam alas kaki nampaknya tu. HEHEHE.. Hime tu pulak, kembang di ekor dan leher je. Diorang tak makan benda lain selain cat food, hehe.

      Reply
  9. chibimorukuNo Gravatar
    October 4, 2012 at 1:46 pm

    OMG baiknyaaaaa 🙂 kucing i meow mcm kena dera, sampai suara serak2, pastu nk blow dry kena kepit 🙁 dgn mak dia sekali basah haha

    now dh jarang mandikan, pakai dry shampoo je, cuma kdg2 geram tgk kaki die je sbb bila mandi betul2 bersih tapi hazab la 🙁

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:34 pm

      Hahahaha, yang jerit sampai suara serak tu, Aoi. Tapi nasib baik diorang ni blowdry diam je. Tapi kena pantas la. Tapi masa mandi, mesti kena ada assistant. Tak boleh la mandikan sorang2. Mau terlentang kakaknya dalam bilik air. Haha.

      Dry shampoo tak pernah cuba. Bagus tak?

      Reply
  10. groundblendedNo Gravatar
    October 4, 2012 at 2:24 pm

    dalam byk2 kucing Iz, kite paling suka sookie. sbb die paling pelik.. hahahaha.. suka mandi, suka air sejuk, suka kipas, suka aircond, suka tido! pastu senang je kasik jalan ptg2. die jalan lebih kurang pastu tunggu je depan pintu tunggu nak masuk.. senangnye la hai nak membela dak sookie ni.. teringin nak gomol2 die.. Iz, sookie takot org luar tak?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 4, 2012 at 2:32 pm

      Terharu sangat bila orang lain pun sampai boleh faham perangai dan habit kucing kita *kesat air mata*

      Sookie ni memang mudah sangat menjaganya. Dia pandai bawak diri, pandai jaga diri.. memang good girl sangat. Cuma bila berak, tak kambus. Tu je yang buat dia gagal jadi calon menantu pilihan, HAHAHAHAHA

      Reply
      • SaraNo Gravatar
        October 4, 2012 at 4:20 pm

        Sookie feeling diva kot.. so lps ‘u-ukkk’ trus blah. tggu dayang kambus. kekekehh

        Reply
        • groundblendedNo Gravatar
          October 5, 2012 at 7:06 am

          die kan tuanku. kalo tuanku ade tukang kambus la.. yg feeling diva tu cuma Aoi jee… hahahahaha

          Reply
          • Iz YahyaNo Gravatar
            October 11, 2012 at 12:09 pm

            Kadang marah jugak sebab tak kambus ni. Banyak nau onggaji dia nak tolong kambus. Kalau Lilo nak berak lepas dia berak, ha si Lilo la yang kena tolong kambus sekali. hahaha.. Sookie buli dalam diam.

  11. sharzNo Gravatar
    October 4, 2012 at 8:01 pm

    wow!! bagusnye sookie!! dulu kite ade kucing tak takot air nama moja…tapi train dari kecik la camne nak bagi die tak takot air…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 11, 2012 at 12:10 pm

      Kucing kitorang memang takde train ke apa, hahaha.. Sebab tu payah mandi kot. Sookie je memang suka air. Tak train pun suka air. Kadang tido dalam bilik air, sabo jelah. Sibaik bilik air kering, hahaha

      Reply
  12. mama kittyNo Gravatar
    October 5, 2012 at 12:31 am

    salam iz,

    suka tengok sookie mandi.. diam ajer.. kalau si kitty, kene tutup tingkap bilik air. dia boleh panjat grill tingkap tu dan dduduk disitu berkurun… alasan x mo mandi kaedahnya…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 11, 2012 at 12:12 pm

      Alah yang lain pun sama jugak. Semua kena tutup. Pastu kena pakai baju lengan panjang untuk lindungi diri. Kuku wajib kena potong sebelum mandi. Dalam pada ada langkah-langkah keselamatan tu pun, berbirat-birat jugak lah badannnnn.. hahaha

      Reply
  13. Ibu ArissaNo Gravatar
    October 5, 2012 at 2:36 pm

    lupe plak nk tnye…iz penah bwk sookie swimming x..?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 11, 2012 at 12:12 pm

      Huiiii tak penah bawak dia pegi swimming. Sebab rumah takde swimming pool. Hahahahahaha.. Swimming pool awam tu mana allow pets kan?

      Reply
  14. AujinzNo Gravatar
    October 5, 2012 at 3:49 pm

    hamboi.. rilekssss jer dia mandi… tak takut air langsung… bagus bagus dak Sookie nie.. XD

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 9, 2012 at 11:14 am

      Kan.. syukurlah dia tak takut air. Kalau dengan badan debab mcm tu, takut air pulak.. letih laaa nak mandikan, hehe

      Reply
  15. Kak AidahNo Gravatar
    October 17, 2012 at 2:11 pm

    Owh tak sangka akak, ratu mandi rupanya. Siap buat videoclip sembilu lagi, nyanyi dalam hujan. Kahkahkah. Memang betullah Iz. Kucing bulu panjang ni senang sikit nak mandi. Wahau pun macam tu jugak. Milo masa muda2 dulu pun selamba jugak mandi air sejuk. Bila dah tua ni susah sikit sebab sendi2 pun dah sakit2 kan. Tapi si Peah dgn Minah memang payah sikit. Nak air suam je bila mandi. Nasib baik luas permukaan kecik lagi. Bolehlah layan demand dia tu.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 27, 2012 at 9:54 am

      Hahaha.. saya tak kisah air sejuk ke air panas. Tang air tu boleh layan lagi kak. Tapi bila cuba nak melepaskan diri tu yg tak sanggup. Masing-masing bila kena mandi, tetibe kemain kuat lagi. Mcm Hime tu. Nampak je lemah gemalai. Bila kena mandi, tiba-tiba kuat macam gangster. Hahahaha. Tu pasal saya kena ada assistant sorang, tolong pegang.

      Reply
    • emmyNo Gravatar
      July 22, 2013 at 11:29 am

      huhuhu..si Fluffy sy, kucing bulu lebat jgk…tp payah no nk mandi….klw mandikan dia, kene hadap muke dia kat dinding, klw tidak hurmm…boleh tukar jd incredible hulk…

      Reply
  16. wiwiNo Gravatar
    June 20, 2013 at 3:39 pm

    Bestnya baca blog ni ^_^ seswai untuk animal lover macam saya… hehe… teruskan menulis. Kucing saya ‘choco’ kirim salam ngan kawan-kawan dia ni.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2013 at 2:41 am

      Awww.. mekasih.. kimsalam Choco ya 🙂

      Reply
  17. iqa_paiqahNo Gravatar
    November 26, 2014 at 9:02 am

    Waa.. Baiknye Sookie.. Kucing sy x kne air lgi dh nk mncakar tuan.. Lagi seko kne air skit sgt die dh mula pegang kepala paip smbil menigauu.. Wuhuhuhhu
    Mcm2 kerenah..

    Reply

Leave a reply