Tanggungjawab

Lebih kurang dua ke tiga minggu lepas, Julia (KARE’s secretary) contact aku. Dia ckp ada sorang akak ni contact dia, nak bagi kucing 5 beranak dekat dia. Julia tolak, sebab dia sendiri ada banyak kucing dekat rumah. Tapi Julia cakap, dia boleh bantu carikan adopter. Tapi akak tu cakap dia nak adopter amik kekucing tu secepat mungkin. Sebab dia dah tak tahan nak buang taik kucing.

Julia cakap, if dah tak sabar, hantarlah boarding ke klinik Dr Lean sementara kita carikan adopter. Tapi dia tak mahu jugak. Sebab kena bayar. Masa Julia cerita tu, aku dah panas hati dah. Bertambah sakit hati bila Julia cakap, akak tu kata “Kalau takde orang amik kucing ni by this weekend, akak nak buang je kat kedai-kedai sini” – siap bagi deadline lagi kauuu!!

Aku tahu ramai catlovers yang baca blog aku. So setakat 2 perenggan yang korang baca atas ni, apa pendapat korang?

By the way, aku cakap kat Julia, biarlah aku pegi rescue kekucing tu sebelum kena buang. Sebab masa tu dah hari Khamis. So cuma ada satu hari lagi sebelum dia buang kucing tu.

20121019_104250 [640x480]

 nilah muka muka comel yang aku selamatkan

Comel gila tak? Maknye calico yang kat belakang tu. Tahu tak, bila aku sampai kat rumah dia, kucing ni semua dikurung bawah bakul kain je. Dan hari tengah hujan. Hati aku sayu gila. Anak-anak Mak Jemah yang aku bela, setitik hujan pun tak pernah kena. Tak pernah merasa kesejukan. Dia cakap mak kucing ni beranak merata-rata je aritu. Sedihnya aku. Aku siap kurung Mak Jemah sekeluarga sebab aku nak anak-anak dia cukup susu, mak dia cukup makan, litter train, dan sebagainya.

Akak tu dengan penuh bersemangat cerita, dia busy.. hantar anak sana sini.. takde masa nak menjaga kucing. Hari-hari habiskan masa dua jam cuci porch sebab diberak dek kucing. Tension kata dia.

Tahukah anda, aku spend 10 minit je buang kuih muih kucing? Sebab pakai pasir. Rumah dia besar gila woi, orang berada.. kalau setakat beli pasir tu, lebih daripada mampu. Cuma nak dengan taknak je. Anyway, aku malas nak bercakap panjang dengan dia dan dengar 1001 alasan dia lalu aku cepat-cepat nak balik. Aku suruh letakkan diorang dalam cage. Takkan nak biar lepas dalam kereta aku kan. 5 ekor pulak tu.

“Nanti akak call lah ye, nak amik balik cage tu.. kawan akak bagi tuu..” – apa-apalah kak. Dah la nak buang kucing, cage pun nak mintak balik.

Aku hantar ke Klinik Haiwan Kuantan. Dr Lean timbang each one of them dan anak-anak tu, berat badan tak seimbang. Ada yang seringan 350 gram je, paling berat 600 gram. Tapi sebab bulu fluffy, nampak gemok. Diberi ubat cacing dan ubat kutu. Kemudian boarding. Aku bekalkan sekali makanan sikit. Taknak bebankan Dr Lean, tempat dia bukan shelter.

Dua hari kemudian, Dr Lean cakap yang black and white tu mati…

20121019_105453 [640x480]

 Huk huk.. dah la mata pirate.. dia ni paling ringan, 350 gram je..

Dr Lean cakap, mak dia macam taknak layan anak dia. Sedihnya aku. Yelah, agaknya kalau lepas beranak tu semua dikurung, mungkinlah anak-anak dia cukup susu kan. Ahhh sedihnya aku menaip ni.. Selang sehari lepas tu, Dr Lean cakap yang oren pulak mati..

20121019_105807 [640x480]

 So inilah dua ekor mangsa pertama.. dah kat syurga dah awak..

Dr Lean cakap dia asingkan dah emak dan anaknya yang lagi dua ekor yang masih hidup tu. Sebab doktor nak perhatikan yang dua ekor tu. Few days later, Julia contact aku.. dia cakap emak kucing tu pun mati jugak.. Huwaaaaaaaaaa… Doktor pelik kenapa boleh mati sekor demi sekor so dia check darah. White blood cell mak kucing tu, zero! Kosong! Tiada! Maka ialah penyakit Feline Panleukopenia Virus (FPV).

Arghhhh.. sedihnya aku masa tu, tuhan je yang tahu.. Patutlah dia takde mood nak susukan anak dia. Sebab tulah kalau ada kucing, pergilah vaksin kucing tu secukupnya. Ikut due date yang doktor bagi. Sekurang-kurangnya ada daya tahan penyakit. Ini kalau kau claim itu kucing kau, tapi layan macam stray cat. Apalah ertinya? Aku rasa stray cat kat rumah aku pun makan lagi sedap dari lima beranak yang malang ni kot..

20121019_105903 [640x480]

 poor mommy 🙁

Hari Sabtu lepas, masa aku bawak anak-anak Mak Jemah for second deworming, dan Mak Jemah pulak untuk di-spay, doktor cakap yang lagi dua ekor terakhir itu pun dah mati.. huwaaaaaaaaaaaaaa.. Pecah hati aku berderai derai..

20121019_110125 [640x480]

 dua ekor si kecil, yang terakhir.. sedihnya aku..

Sebab tu, bila kau decide nak bela kucing, kau kena commit untuk jaga kebajikan dia, seumur hidup dia, sebab kucing boleh hidup sehingga umur 20 tahun. Mesti tahu yang kau kena spend untuk kebajikan dan kesihatan kucing tu. Spay. Neuter. Jangan biar je dia beranak lepas tu buang. Apalah nasib anak-anak kecik ni kalau dibuang dekat kedai? Kena langgar. Kena sepak. Kena maki. Kena pukul. Apa dosa diorang? Hanya sebab dia mintak sedikit makanan. Sebab dia lapar.

Walaupun diorang semua sekarang dah mati.. tapi sekurang-kurangnya aku dah buat apa yang termampu. Dan mereka mati bukan sebab kena langgar atau kena dera. Dan aku tahu doktor dah buat sebaik mungkin untuk selamatkan diorang. Cuma tuhan lebih sayangkan mereka. Ahhh.. sedih aku menaip ni.

20121019_110559 [640x480]

Rest in peace.. sayang

Berjurai air mata aku waktu menaip entry ni sebab aku teringat betapa malangnya nasib diorang sekeluarga. Syukurlah semua sudah diangkat ke syurga Allah..

Sayangilah kucing anda. Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab. Dan jangan kedekut pada kucing jalanan. Ingat ye, walaupun kita tak nampak dia tadah tangan berdoa, tapi sebenarnya dia doakan kita..

Comments

comments

58 comments on Tanggungjawab

  1. Ibu ArissaNo Gravatar
    October 29, 2012 at 2:15 pm

    adoii…sume da xde… T_T.. sedih nye…da la sume comel2…

    Reply
  2. Kak AidahNo Gravatar
    October 29, 2012 at 2:40 pm

    Meleleh airmata akak baca. Seriously Iz, akak tak boleh tahan dengar orang menganggap kucing ni beban dia. Bukan beban tau. Kucing2 tu dah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Dan lagi diorang tu hidup berzikir je pada Penciptanya. Siap doakan kita lagi.
    Tah kenapa raya aji ni macam asik encounter citer sedih pasal kucing. Semalam akak ke pasar, ada sekor anak kucing kesejukan jatuh dalam longkang yang penuh lumpur. Entah dah berapa lama kat situ. Menonggeng2 akak amik dan letak dalam kotak. Lepas tu cepat je dia merangkak keluar nak ke longkang tu lagi. Lama jugak akak tunggu emosi dia stabil kat dalam kotak tu. Bila nampak dah diam, tak keluar lagi, baru akak balik. Husband akak dah jeling2 pulak. Hati akak menangis je pikirkan macamanalah anak kucing tu lepas akak balik rumah. Kalau husband tak marah, dah akak bawak balik rumah. Kesian. Lepas tu kan, Iz, hari tu Tomey yang sakit kan. Hari ni mak akak tepon, Uteh pulak monyok tak nak makan. Risau sangat akak ni. Rasa nak balik je kg antar Uteh ke klinik.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 6:06 pm

      Bagi saya kan kak, sebelum dia decide nak bela tu, dia kena fikir benda ni beban ke tidak. Janganlah bila dah bela, baru nak rasa beban, kemudian time tu jugak nak buang semua. Aduh.. sakitnya hati saya..

      Siannya kucing tu kak, harapnya adalah orang amik dia bawak balik. Saya tak tahu apa motip org yg biar kucing dia beranak pinak lepas tu buang kat pasar. HEARTLESS sangat 🙁 Uteh pulak monyok kak? kesiannya. Ke dia monyok sebab rindu Micki? kikikiki

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 6:08 pm

      Sedih kan 🙁

      Reply
  3. dilsNo Gravatar
    October 29, 2012 at 3:25 pm

    sedihnye…

    banyak orang camni. Dah la kucing die lawa2. Kucing aku pon mati sbb FPV. tak vaccine la. Dulu kurang ilmu sikit. Sekarang baru tahu pentingnye vaccine.

    Haih la. Tapi kalau tahu tak suke responsibility tu, kenapa bela kucing awal2 kan. Aku ni pon ade maid pon every 2 3 hari aku bersihkan litterbox make sure sume mende betul2 kena scoop. Tak kesah la tidor lewat pon ape, sebab bizi, tapi nak uruskan responsibility tetap ade masa.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 6:04 pm

      kan. Bila dah taknak kucing tu, 1001 alasan dia bagi. Itulah, inilah.. tu lah aku harap lepas ni dia tak bela apa-apa binatang dah. pergilah teruskan aktiviti menghantar anak ke sana sini seperti yang dia cakap tu. Sibuk nau kononnya. Macam la org lain semua duk rumah melangut je layan kucing.

      Reply
  4. NurulNo Gravatar
    October 29, 2012 at 3:28 pm

    sedihnya kak iz..yg ni yang kak iz citer kat nurul smlm kan..? ya Allah..comelnyer budak2 ni semua…klu diorg hidup lagi mau saya adopt lagi sekor dr kak iz..huhuhu…sedihnya…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 6:01 pm

      ha’ah yang ni lah. Comel gila kan diorang. Nasib baik jugak akak belum lepaskan for adoption. Kesian jugak kalau diorang mati di tgn adopter kan, mesti yang adopt tu lagi sedih 🙁

      Reply
  5. pia fatihahNo Gravatar
    October 29, 2012 at 3:41 pm

    knape la makcik tu .. boleh dikate lalai dlm menjaga… boleh je dia beli besen besar satu buh pasir kucing dlm tu.. yupp tak smpai 15 mnit pun buang sisa2 diorang tu.. dah tak di ajar gune pasir.. rumah je besar takkan tader space nak letak besen untuk pasir dia tu
    🙁

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 6:00 pm

      Itulah pasal. Kucing besar pun cuma mak kucing tu je. ANak-anak yg umur 4 minggu tu, besar manalah sgt taik dia kan. sedih

      Reply
  6. k roziNo Gravatar
    October 29, 2012 at 4:02 pm

    alahai Iz…kita semua dh serumpun…meleleh2 membaca ……sian nya …..nak buat cam mana , dh ajal they all…..
    Iz…awk mmg baik, akak doakan awk diberi rezeki yg melimpah2…..mudah2an ramai lagi yg berhati mulia mcm awak

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:59 pm

      Mekasih kak. Saya pulak berdoa takde orang yang macam akak ni lagi. Bagi saya, dia heartless 🙁

      Reply
  7. AlmirazNo Gravatar
    October 29, 2012 at 4:22 pm

    Sedihnya…dahla comel2 belaka…btw cute gille blog header you!….suka sangat….

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:58 pm

      Awww.. thank you oleen 🙂 Tu la kesian kan.. memang semua comel gila.. sayang umur tak panjang 🙁

      Reply
  8. lindaNo Gravatar
    October 29, 2012 at 5:07 pm

    Kejam sangat. Harap manusia yg takde perasaan tu insaf. Tak rasa bersalah ke buat benda bernyawa mcm tu…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:56 pm

      aku harap dia tak bela kucing dah lepas ni. tolonglah jangan seksa haiwan macam ni 🙁

      Reply
  9. ZaphNo Gravatar
    October 29, 2012 at 6:01 pm

    salam.
    Hi Iz, sampai hati org tu buat kat makhluk2 Allah yang tak berdosa tu. susah sangat ke nak bela kucing? i have 23 ekor = 19 cats 4 kittens, semua indoor .. ada yang kutip, ada yang datang sebab orang buang depan rumah lah..ada yang terberanak sbb belum sempat nak spyed or neutered.. semua buat sendiri. kesian lah especially when u look into their eyes.. tak berhati perut betul lah.. rumah je harap besar tapi akhlak tak ada.. sedih nya..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:55 pm

      Besar pahala u.. dah la kucing banyak, semua indoor pulak tu.. Sebab rumah dia besar la yang buat i lagi patah hati tu. Dia bukannya tak mampu nak sediakan kemudahan utk kucing tu. Alah anak kucing umur sebulan, berak pun besar taik hidung je. Kiranya kalau beli pasir pun, utk mak dia je. Kalau dia berak kat pasir, kan tak susah..

      Reply
      • ZaphNo Gravatar
        November 1, 2012 at 2:23 pm

        apa punya manusia, kucing sendiri pun boleh buang just because beranak. kalau dah tak ada perasaan kasih kat kucing tu jgn lah sibuk nak bela. org bela dia pun nak bela, ingat accessories ke? haa kan dah marah.. satu lagi kan Iz, yg paling i menyirap darah bila kita yang penat2 bela and keluar duit, ada orang plak pepandai jadi tukang kira berapa duit kita abis for the cats. macam lah i ni tadah tangan kat mereka.. i bila tenguk the kittens and mak dia punya photos mesti bergenang airmata.. malu sebab ada species kita ni perangai lebih hina dari binatang!

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          November 9, 2012 at 2:37 pm

          Hahaha tu pun satu lagi. Dia pulak yang sibuk cakap kita membazir beli itu ini untuk kucing. Suka hatilah kan. Kita kalau banyak duit berjuta juta, nak belikan rumah sebijik untuk kucing kita. Haa.. rumah terus. Haha. Tapi kalau byk duitlah, hahahaha

          Reply
      • ZaphNo Gravatar
        November 2, 2012 at 10:50 am

        btw u have a very nice and spacious place for your cats.. bahagianyaa.. 🙂

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          November 9, 2012 at 4:26 pm

          Hehehe mekasih.. kami share rumah je dengan kucing. Nak buatkan diorang rumah sendiri, belum mampu hehehehe

          Reply
  10. shishizaNo Gravatar
    October 29, 2012 at 7:04 pm

    Huhuhu~ saya yg baca ni pun rasa nak nangis sama T_T
    Makcik tu pun satu, cacat otak ke apa. Tak kesian langsung kat makhluk yg mcm tu punya comel. Kucing tu beranak kat rumah dia, rahmat tau. Isk~

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:53 pm

      Kucing tu bukan menumpang beranak. Memang kucing tu dia cakap kucing dia. Patutnya bila dah agak-agak boyot semacam tu, sediakanlah tempat utk dia beranak kan. Bukannya kucing tu stray. Ni dibiar je beranak kat porch. sana sekor, sini sekor. Sedih saya dengar 🙁

      Reply
      • shishizaNo Gravatar
        October 30, 2012 at 6:28 pm

        Kalau mcm tu lagi teruk. Dah kucing sendiri, lepas beranak pun nak buang >.<

        Kucing saya dulu saya sediakan tempat beranak dia tak nak, memang dia beranak merata kat porch (masa 1st time beranak) sakit sgt kot. Saya balik2 je tgk anak kucing berterabur kat porch, kelam kabut kutip semua letak dlm kotak. Tapi sygnya mati semua sbb dah lemas. Maknye x reti nak cuci T_T

        Reply
  11. cik sushiNo Gravatar
    October 29, 2012 at 8:16 pm

    eh kenapa akak ni ye?masalah apekah die sebenarnya?menyirap lak rase membaca entry ni..hurmm…

    xpelah babe..what goes around comes around..hatta apa yg di lakukan pada binatang sekalipon…janji Allah tu sangat pasti..

    sangat comel mereka ni semua..RIP sayang..moga kamu semua tenang di alam sana..sedihnye.. =(

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:49 pm

      Jomlah kita doakan 5 beranak tu.. kesian kan diorang. I yang mengadap akak tu lagi la menyirapnya. Dia rasa apa dia cakap tu semua betul padahal semua salah 🙁

      Reply
      • cik sushiNo Gravatar
        October 31, 2012 at 3:13 pm

        mereka berada di tempat yang tenang di alam sana…aamiinn..

        moga akak tu akan sedar dengan kesilapan besar yg dilakukan tu..

        Reply
  12. azNo Gravatar
    October 30, 2012 at 1:36 pm

    hati i pecah berderai-derai juga baca post ni… betul cakat u iz, stray cat kat rumah kita pun makan lagi sedap dari kucing malang ni… :'(

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:48 pm

      Kan.. bila dengar akak tu cerita, rasa macam.. eh saya jaga mak jemah even waktu dia belum beranak dulu pun lagi ok. At least ada air bersih dan cat food untuk dia datang makan, bila-bila dia nak.. Bila dah beranak tu, memang bekas makanan dia tak pernah kosong. Asal kosong je saya top up.

      Reply
  13. nzNo Gravatar
    October 30, 2012 at 3:00 pm

    Tahun lepas i jumpe sekor persian…out of nowhere tetibe depan pintu..time tu rasa kucing tu sesat sbb dok pk takkan la org buang kucing cantik….persian lak tu yg hidung penyet bulu pjg…mmg serious cute. But then dah tanye org2 area rumah tp still tade yg come forward ckp tu kucing diye. Ok la i bela…tp time tu agak pelik sbb kucing tu kurus je…bulu je pjg tu nmpk besar. Dah sayang segala bagai siap gi vaksin tp tak lame lepas tu…kucing tu sakit and rip 🙁 rupernye ade f.i.p. Sedih gile…vet ckp most probably previous owner tau kucing tu sakit sbb tuh la dye abandon makhluk Allah ni…suka2 je nak lepas tanggungjawab…buang sane sini …hai la manusia….smpai skang teringat2 si comel tu…..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:46 pm

      Alamak sampainya hati orang yang buang tu. Bila sihat, disayang sayang. Bila sakit, terus je lepaskan kucing tu suruh dia hidup sendiri. Sedihnyaaaa..

      Reply
  14. pepariNo Gravatar
    October 30, 2012 at 3:44 pm

    meleleh air mata baca entry ni.. alhamdulillah masih ada “kakak” yg baik hati yg sudi meladeni walau hanya sekejap cuma.. iskk..

    semoga izz dilimpahkan rezeki olehNya…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:45 pm

      Terima kasih. Hajat saya nak biarkan mereka menyusu sepuasnya dulu, kemudian baru nak put for adoption. Sebab diorang baru 4 minggu. Nampaknya tak kesampaian..

      Reply
  15. azraNo Gravatar
    October 30, 2012 at 5:09 pm

    innalillah..
    tp syukur sgt sbb si comel2 tu pergi dalam keadaan yang baik.. mungkin diorg bertahan untuk terima kasih sayang pada penghujung usia diorg.. tq izz sbb mengasihi mereka walaupun untuk waktu yang singkat.. =’)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 30, 2012 at 5:44 pm

      Tulah.. sedih bila teringat.. mesti diorang sekarang happy sangat 5 beranak di syurga. Tak perlu menjalani hidup penuh pancaroba di dunia ni. Ewah

      Reply
  16. AujinzNo Gravatar
    October 30, 2012 at 10:15 pm

    Nak berjurai air mata tapi aku tahan Jebat… dah laa cecomel.. haishhh… aku yang teringin sangat nak bela kucing nie pun aku tahan lagi takut kebajikan depa tak terjaga..

    rehatlah si comels sekalian…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2012 at 4:27 pm

      Tulah, kalau rasa tak boleh nak commit masa dan tenaga, better tak payah bela lagi.. Teruskan je dulu feeding the strays.. Tu pun kebajikan juga 🙂

      Reply
  17. YiedNo Gravatar
    November 2, 2012 at 1:21 pm

    Kesiannya kat semua tu, dah lah muka masing-masing macam sedih je..Owner lama, setakat kaya harta, jiwa tak kaya pun tak guna jugak. Apalah sangat nak berkira dengan kucing-kucing tu, layan elok-elok, bagi makan cukup, bawak pegi vet semua, lagi murah rezeki Allah bagi kan?

    *Kalau kucing-kucing aku mati, aku selalu cakap nanti tunggu kakak kat sana(syurga) tau, padahal tak tau la masuk sana ke tak..hehe..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2012 at 4:29 pm

      Kan. Kucing kalau sihat, insya Allah dia takde nak menyusahkan kita ke apa. Jangan berkira sangat dengan kucing, tu yang penting. Hidup dia kat dunia ni berzikir je dekat Allah.. Apalah salahnya kita kongsi kesengangan kita dengan dia kan?

      Reply
  18. cikguanumNo Gravatar
    November 3, 2012 at 9:27 pm

    sedey gile. entry ni mgajar akak utk bertindak mcm Iz jgk. x sanggup aku tgk org buang2 kucim ni. Jusoh n Ecah tu ditatang m
    bgai nk rak. sian tgk mate bdk2 yg dh mati ni…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2012 at 4:30 pm

      Tulah, tiap kali saya tengok kucing terbiar, mesti saya bandingkan dengan kucing saya kak. Diorang tu tidur beralas, makan berpinggan, air pun minum air bersih, kadang tidur dalam aircond lagi. Sebab tu tak sampai hati tak bagi makan kat kucing terbiar ni 🙁

      Reply
  19. eiydaNo Gravatar
    November 4, 2012 at 2:35 pm

    huhuuh sedihnyaaaa tapi mungkin Allah sayangkan dorang semua tu kan… xpatut betul nk bela kucing tp sekerat jalan, sesenang la nk buang xder hati perut langsung kot. dh la semuanya comey2.. huuu sayangnyaaa

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2012 at 4:31 pm

      Biasanya orang suka bela masa kucing tu tengah comel, tengah lincah. Bila dah beranak pinak, dah berkurap sana sini, mulah cari alasan tak boleh bela 🙁

      Reply
  20. chesueNo Gravatar
    November 5, 2012 at 11:13 am

    wuwuwuw.. sedihnyer! dah laa comey melampau.. kesiannyerrrrr!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2012 at 4:32 pm

      Comel gila kan. Kalau bawak balik Taipei ni konfem tak sanggup nak letak dalam kargo. hahahaha

      Reply
  21. adahNo Gravatar
    November 7, 2012 at 4:07 pm

    im speechless la kak… sedih2… sgt chomel ok budak2 ni.. mcm mane die sanggup buat mcm ni kat muka2 kesian mcm ni,,,, tgk muke dorg pon ati saya da sejuk,,, hoih!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2012 at 4:33 pm

      Kalau Adah tengok betapa happynya akak tu bila saya bawa pergi kucing dia, lagiiii speechless 🙁 macam orang takde hati

      Reply
  22. groundblendedNo Gravatar
    November 9, 2012 at 1:04 am

    sedih gile bace.. sayang tak dapat diselamatkan dah la smua cantik2. thanks iz sebab selamatkan mereka.. kite dulu ade bela kucing. mase kecik la.. kasik lepas je macam biase. tak penah spay/neuter or bawak g klinik. sbb mase tu tatau tapi kite tetap jaga makan minum die.. kasik makan frieskies ngn nasik lagik.. tak penah pon kucing2 tu sakit.. Alhamdulillah mungkin Allah lindungi mereka. tapi kakak tu cam dah tau je kucing die sakit tu yg die nak buang kot? sedihla… kite dulu nangis2 kalo kucing tak balik or mati or mak buang… ye mak buang sbb dah ramai umat.. mase tu dah ade 20 ekor. maafkan kite sbb mase tu tatau… dah besar ni baru tau. thanks iz sebab selamatkan mereka. walaupun tak berjaya… semoga Allah lindungi iz dan keluarga dan murahkan rezeki iz… dan semoga Allah balas balik dengan balasan setimpal kat kakak tu… sesungguhnya Allah maha mengetahui…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2012 at 4:35 pm

      biasalah tu.. orang dulu-dulu takde pendedahan sangat pasal vaksin, neuter ni semua. Aku pun sejak bela kucing sendiri lah baru tahu pasal neuter spay tu semua. Sebab doktor bagi lecture jangan biarkan kucing membiak kalau tak sanggup dan tak mampu nak jaga.

      Apa pun, terima kasih atas semua doa 🙂

      Reply
  23. anonCatNo Gravatar
    November 9, 2012 at 4:20 pm

    aaww! lepas bace entry nih. makin susah rase nak bela kucing.
    aku nak bela kucing sangat. tapi rasenye aku tak mampu. sebab aku ni single. duk umah sorang2. gaji pun kecik. aaahh! nak bela stray cat la.. pastuh biar dia merayap.. makan kat umah jiran2.. lol

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 9, 2012 at 4:35 pm

      Hehehe tayah bela kucing pun takpe.. bagi makan stray cats je lagi besar pahala 🙂

      Reply
  24. Amalina IbrahimNo Gravatar
    December 24, 2012 at 11:28 am

    hmmm .. nangis baca ni .. sedihhh dgn manusia jenis cmni ! T-T

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 27, 2012 at 3:41 pm

      memang sedih kan. Kalau fikirkan, sakit hati sampai hari ni

      Reply
  25. wawaNo Gravatar
    November 28, 2013 at 12:25 pm

    Ada seekor stray cat selalu dtg rumah, saya bagi makan…tetiba beranak la pulak…ada 6 ekor.l lpeas tu saya jaga anak2 dia utk sementara waktu sehingga mereka boleh jalan keluar dari rumah..sayakasi makan, sakit bawa ke vet…tinggal 3 ekor sbb 3 ekor dah mati. tp saya tk dpt nak jaga kucing atas sebab tersendiri. Selepas anak2nya dah pandai makan, saya dengan berat hati hantar kucing ni anak beranak ke kedai. saya letak kat bawah tangga kedai dengan carrier sekali utk tempat tidur. saya letak whiskis dan makanan. juga kain utk mama cat tidur. memang saya rasa saya kejam tapi saya tk dapat nk bela mereka. saya menangis sampai bengkak mata sewaktu meninggalkan kucing tu di kedai. doa saya agar anak2 kucing tu tk dimakan anjing, dan agar ada org yg sayang kucing akan jumpa kucing tu. pada masa yg sama saya mohon ampun kepada Allah sebab tidak berdaya memelihara kucing2 tu. saya rasa sedih sebab saya dah mula sayang kucing tu…tp apa boleh buat…..mudah2an kucing2 tu akan selamat membesar….walaupun saya dah tinggalkan kucing tu, saya pg tengok dan hantar makanan supaya anak2nya dapat makan tanpa perlu ke kedai makan yg berhampiran. itu saja yang saya mampu buat….

    Reply
  26. FPV SurvivorNo Gravatar
    December 29, 2014 at 9:39 am

    Kucing 2 beradik yang saya ambil dr rakan, salah seekornya dijangkiti FPV. Itulah pengalaman pertama saya dan isteri menjaga kucing terkena virus FPV. Sebelum ini, kami tak berminat nak vaksin anak2 kucing kami yang lain sbb rasa tak perlu memandangkan dorg semua indoor cat. TAPI, lepas pengalaman tu, terus kami vaksin 4 dalam 1 lagi 7 ekor. Isteri sy jaga mcm anak sendiri, habis tangannya kena klorok(virus hanya boleh dinyahkan dengan klorok). Tapi alhamdulillah, Bino (warna bulunya seakan2 albino) yang dulunya tinggal rangka tapi sekarang dah sihat dan makin besar dan terlebih2 manjanya. SYukur Alhamdulillah.

    Reply
  27. Mied RamliNo Gravatar
    November 27, 2015 at 4:30 pm

    Sedihnyaa..walaupun entry ni dah berkurun lama..tapi saya baru baca..meleleh air mata ni..teringat sorang kawan..dia ni suka kucing..pantang nampak kucing bulu gebu..gemuk..comel..kemain suka lagi nak peluk..gomol..before ni tau dia bela kucing..until one day i pegi rumah dia..perasan kucing dia x der..i tanya pada dia..mana kucing dia? dia jawap.kucing dia sakit..kencing merata..muntah..dah hantar vet tapi x baik2..one day..dia tinggalkan kucing dia yg sakit tu kat depan klinik haiwan..dalam erti kata lain..buang laa..sebab katanya x mampu jaga dan kos rawatan mahal..mak aii..terkejut saya..dia ni bukanlah org susah..orang berada..sedih..menangis dlm hati saya waktu tu..sampai hati dia buang kucing tu..padahal dia boleh jaga wpun hingga akhir hayat kucing tu sbb dia boleh byr kos..tapi tu laa..kalau sayang kucing sebab kucing comel..kucing sehat jerr..makanya bila kucing kalau dah sakit..rasa menyusahkan..buang jer la solution bagi dia…..sedih..mmg x boleh terima orang yg mcm ni..

    Reply

Leave a reply