Semoga Bahagia

Haiiiii..

Hehehe.. Ampun maaf dipinta sebab dah errr.. dekat dua minggu tak update blog. Hehe. Insya Allah lepas ni aktif semula. Banyak cerita nak kena update ni, hehe. Tapi hari ni kita update pasal anak-anak Mak Jemah dulu ya.

Miki, Bunny dan Pippo dah diambil oleh adopter masing-masing. Aku yang hantarkan diorang sendiri ke rumah adopter. Mula-mula ingat nak tunggu sampai 10 weeks. Tapi sebab nak kena pergi ke KT dan KB minggu tu, so hantar terus jelah diorang pada adopter. Masa tu usia 8 minggu. Mak Jemah pun dah takde susu.

20121026_121049 [640x480]

Hidangan terakhir sebelum dihantar pada adopter

Sayu je hati aku. Memang sayu. Yelah, kita bela dia dari besar tapak tangan kan. Itu pun nasib baik ada emaknya. So mostly, Mak Jemah yang uruskan anak-anak dia. Aku tak tahulah macam mana perasaan orang yang dia sendiri suapkan anak kucing yang anak yatim tu minum susu, sampai besar dan sihat, lepas tu kena bagi kat adopter. Oh tuhan.. mesti sedih..

20121026_121126 [640x480]

 tengok tu mak jemah..

Kemain dia tenung lagi anak dia makan, hehe. Aku letak satu tin Fussie Cat tu, biasanya 4 ekor kekenit ni akan makan separuh. Lepas tu balance tu, aku bagi kat Mak Jemah. Mak Jemah tak boleh bagi makan banyak sebab doktor suruh dia diet sikit sebelum spay. Haha. Alah Mak Jemah satu hari makan 4 senduk Orijen ye. Pagi-pagi aku letak 2 senduk. Petang lagi 2 senduk. Kemain selera makan.

20121027_111740 [640x480]

 Weee.. Miki yang comellll..

20121027_111833 [640x480]

 Sedap sehingga menjilat mulut. Bunny tak habis makan lagi hehe..

20121027_111953 [640x480]

Ini Pippo!! Cute cute! Eeee picit kang!

Macam mana aku kenal Miki dan Pippo? Hmm.. aku pun tak tahu. Naluri. Hahaha. Sebab yang membezakan diorang cuma jantina dan bentuk ekor diorang lah.

20121027_113133 [640x480]

 Bunny berehat atas selipar

Diorang ni suka jadikan selipar tu, scratching post. Habis dicakar-cakar. Sukati komelahhh. Nasib baik kasut cap Giant je. Haha. Takpelah ye, kakak layankan je..

20121027_113244 [640x480]

 Main cak cak lagi kau!

20121027_113319 [640x480]

 Oreo si kuat cakar

Diorang ni kuku macam pontianak. Tapi aku perasan Oreo paling kuat cakar, especially kalau timang dia tinggi-tinggi. Dia gayat kot. Nanti dia jerit kuat kuat sambil tangan mencakar-cakar. Gerammmm aku.

Aksi kekanak riang bermain

Sedih dah aku masa ni..Selepas puas bermain.. marilah kita masuk ke dalam carrier.. Nak pegi klinik pulak untuk second deworming. Mak Jemah pun follow sebab aku nak spay dia..

Dalam kereta bukan main aku pesan kat diorang. Nanti kat rumah baru, jangan naughty, jangan main jauh-jauh.. jangan keluar rumah, bahaya.. banyak kereta.. Eh banyak gila pesan, kengkonon macam la diorang paham kan. Hahaha..

20121027_121439 [640x480]

 Para pengecut semua takut bila sampai klinik

20121027_122649 [640x480]

Mommy!!!

Doktor asal tengok Mak Jemah je, mesti terperanjat. Hahaha. Mak Jemah cam biasalah. Relax je dia. Takyah nak kena pegang beriya pun. Aku minta doktor bagi dia ubat cacing, ubat kutu dan vaksinkan dia. Memandangkan aku pun nak terus boardingkan dia sampai seminggu sebab nak outstation tu kan, so doktor kata after few days vaksin, baru dia spay Mak Jemah.

Masa nak inject tu, yarabbi kemain tebal kulit Mak Jemah ni. Sampaikan doktor kena tekan kuat kuat jarum tu hahaha..

“Heyyy you ni memang gemuk betul lah. Saya nak cucuk pun kena tekan dalam dalam” – kata Doktor Lean. Hahaha

Aku cakap kat doktor “entah entah nanti lepas makan ubat cacing, banyak cacing keluar..” hehe.. saspen la jugak kan. Tapi doktor jawab “Hmm.. tak tahulah tu, tapi dia ni memang banyak lemak. Perut buncit tu mostly lemak.. I don’t think banyak cacing..”

Anyway, Oreo pun kena boarding. Sebab adopter Oreo belum boleh amik dia lagi sebab dia busy nak pindah rumah. Risau terhempap Oreo dengan perabot barangkali, hihih.

Miki dan Bunny tinggal dengan adopter yang sama. Legalah, at least diorang ada each other. Hehe. Sedihnya aku lepas hantar Miki dengan Bunny, masuk kereta dan menangis. Berhenti tepi jalan, menangis lagi. Sedih gila.. huk huk.. Aku harap diorang bahagia dengan adopter baru.

Haa.. Pippo? Pippo terpaksa balik rumah semula sebab adopter dia suddenly nak keluar masa tu, so takde di rumah. Takpelah, aku pun bawak balik Pippo. Minah ni ada cerita kelakar. Tapi nantilah aku sambung cerita dia kendian. Panjang-panjang kang pitam pulak korang nak membacanya hahaha..

Babai.. Nak pegi lunch 🙂

Comments

comments

10 comments on Semoga Bahagia

  1. lindaNo Gravatar
    November 9, 2012 at 2:32 pm

    Salam geng,

    Sedih wey. Aku yg x jage pun rasa sedih. Sape yg adopt bebudak tu tlg lah jaga molek2. Kalo tak aku sumpah korang 7 keturunan. Kahhhh.

    Btw, aku tgk video tu mcm baya2 si Atan besor nya…

    Reply
  2. dilsNo Gravatar
    November 9, 2012 at 2:43 pm

    sedhhh.. aku pon nak menitik ar mata.. tu takut jadi fosterer nanti overly attached. Huhu.. takpelakan. Dari kalau dulu taktaw ape jadi. Aku selalu sedih pikirkan nasib anak2 kucing belakang umah ni selalu nampak 2 minggu je, pastu tataw gi mana. Mak2 nye ade jee.

    Reply
  3. InaNo Gravatar
    November 9, 2012 at 2:52 pm

    semoga dorg bahagia dgn tuan dorg yg baru.. sedih baca cita ni.. lg sedih hati si penjaga yg terpaksa lepaskan dorg pegi… wuuuuu~~~

    oh.. btw, saya nak lagi cita baru!!! tak sanggup tunggu lama2.. 😀

    Reply
  4. pepariNo Gravatar
    November 9, 2012 at 3:01 pm

    Memang sedih bila berpisah.. Daku juga punya experience jaga kitten yg terpisah dgn mak nya. Jumpa kat workshop tak sampai hati nak tgalkan dia dgn menggeletar2 nya sejuk. Memang dah jadi macam mak nya dah kena susukan pakai botol.. sampai besar… bawak balik kg jadi gangster gaduh sana sini.. Now dah tak ada.. dunno. tapi dia tak balik2 umah. Rasanya dah mati.. Kucing daku kalau yg dah tua2 kalau mati sure bukan kat umah.. tanak tuan dia sedih kot 🙁 .. yg specialnya dia ni, suka makan betik.. bley?hehehe

    Reply
  5. AujinzNo Gravatar
    November 9, 2012 at 4:22 pm

    gemuk gila Mak Jemah… hang bagi dia makan apa weii?.. kah kah kah…

    semoga diorang membesar menjadi kucing yang comel..

    Reply
  6. Kak AidahNo Gravatar
    November 9, 2012 at 5:42 pm

    Akak pun nak nangis baca n3 ni. Sedih sangat. Akak faham perasaan iz tu. Dulu akak pun pernah bagi kucing pada adopter. Lepas beberapa bulan, hilang kucing tu iz. Menangis akak kat rumah. Akak risau dia carik jalan balik rumah akak ke, tu pasal hilang kan. Semoga bahagia dan semoga adopternya semua sayang mereka macam iz jugak.

    Reply
  7. cik sushiNo Gravatar
    November 9, 2012 at 6:32 pm

    alololo…sedihnye..
    alhamdulillah,.mudahan mereka semua sedang berbahagia dgn adopter baru..

    Reply
  8. ZARDNo Gravatar
    November 9, 2012 at 11:28 pm

    Bila baca ur story ni, mmg sedih..teringat the day i gave away my two kittens Kakak & Abang to one adopter. Siap bagi segala bekalan and harap sangat the adopter tu jaga the kittens tu baik2. Last2 i dapat tau after a year both kitten mati. Itu pun someone yg rapat dengan adopter tu bagitau. Patutlah bila i tanya ttg kabar the kittens adopter tu mengelak je. Sedih sgt2. I doa moga2 your kittens’ adopter will look after them well spt Iz jaga.

    Reply
  9. ZARDNo Gravatar
    November 9, 2012 at 11:35 pm

    Been there done that. Cuma my kittens’ adopter does not look after them mcm I harapkan. Both of my kittens dies in their care (the sad news was conveyed to me by kenalan adopter tu jg). Semoga your kittens’ adopter x buat macam tu.. Sedihhh laaa

    Reply
  10. eiydaNo Gravatar
    November 10, 2012 at 10:50 am

    huhu memang sedih sebab jaga dr kecik cinonet, dah besar sikit opastu bg orang kan. sebab tu aku samoai sekarang xbagi2 lagi anak cici kt adopter yg nak tu cam xsampai hati jek nk bagi. huu

    Reply

Leave a reply