Aoi’s Birthday Bash

Hai uols. Hari ni Aoi akan update blog kakak yang dah bersarang labah-labah ni. Hish kakak ni apalah pemalas sangat nak update blog? Hmm.. tapi kesian juga dekat kakak, kalau kat rumah tu dia ada je benda nak kena buat. So bila dia ada free time sikit, dia berehat. Tak larat nak update blog. Amboi I rasa sungguh understanding.. hehehe..

Haaaa.. untuk siapa siapa yang belum tahu, semalam ialah birthday I yang ke dua tahun!!! Yippie!! I rasa happy sangat sebab dah dua tahun rupanya. Tak sangka. Rasa macam semalam masih baby. Hik hik. Hey kalau umur manusia, I dah 24 tahun tau. Dah habis belajar kat universiti dah. Boleh kerja dan tunggu Kiko masuk meminang, HAHAHAHAHAHAHA..

Petang semalam, kakak keluar. Dah agak dah dia mesti pergi beli sesuatu untuk majlis hari jadi I malam nanti. Pagi tu, Abang Long pegi outstation tau, dia ada meeting. I rasa alahai sedihnyaa.. Kalau Abang Long takde, mesti takde party. Eh macam last year jugak. Tahun lepas pun abang long outstation masa birthday I..

Tapi bila Maghrib tu, abang long sampai rumah. Yahooo yahooo.. Mesti ada party. Betul tekaan I, kakak mula pakaikan kitorang baju. I dapat baju baru, hehe..

20121209_205857 [640x480]

 Gambar style Instagram, mesti mau amik dari atas. HAHAHAHA..

Bilik kakak kan ada sliding door, so kitorang kena duduk kat the other side dan meow meow mintak nak masuk cepat sebab dah excited bau wet food, Nyummy nyummy.. Tak sabar betul rasanya masa tu, macam nak hempuk je sliding door tu kasi pecah. Hehe.. bila preparation settle je..

SERBUUUUUUU…!!!!

20121209_205920 [640x480]

 nampak tak tengah tengah tu? Lilin besday kita tau. Jangan jeles!

Kali ni, ada Kiko join, for the first time. Sebab I sayang dia, jadi I benarkan dia join besday party I. Mak Jemah party sorang sorang dekat luar, hehe.. Kakak bagi dia wet food jugak. Dia happy.. I tak bagi Mak Jemah masuk rumah. Sebab dulu Mak Jemah tu garang sangat dengan I. Mentang mentanglah masa tu I baby lagi, dia dah besar. Dia selalu marah I. That’s why la I kecik hati dengan dia sampai sekarang. Tapi now dia dah baik, maybe I kena slowly berkawan dengan dia.

20121209_210059-1 [640x480]

 Sookie kebogelan seperti biasa

Kesian Sookie. Kakak cakap dia nak belikan Sookie baju baby manusia. Tapi tak beli lagi. Kakak pun tak tahu nak beli size apa dekat Sookie, sebab perut dia kan lebar sangat. hehehe..

20121209_210140 [640x480]

 Semua memang lapar lah!!

20121209_210221 [640x480]

Kiko ni tipu. padahal kakak selalu bagi wet food kat dia. Maybe first time join party la kot.

20121209_210322 [640x480]

20121209_210326 [640x480]

20121209_210548 [640x480]

 Semua dah habis makan, tinggal I dengan Kiko je, hihihhih

20121209_210600 [640x480]

20121209_210607 [640x480]

 Sookie ni lepas makan, tetibe nak dengki dekat I pulak makan berdua dengan Kiko, ehehe

20121209_210646 [640x480]

20121209_210722 [640x480]

20121209_210730 [640x480]

 sibuk je Kiko ni tau..

20121209_210747 [640x480]

20121209_210757 [640x480]

20121209_211003 [640x480]

20121209_211205 [640x480]

20121209_211232 [640x480]

 Tengoklah diorang kutuk I. Tapi takpe, tak kecik hati pun 🙂

20121209_211238 [640x480]

Thank you adik Hime kesayangan kakak. Muah muah I love you too :*

20121209_211244 [640x480]

20121209_211425 [640x480]

 Apalah Kiko ni, bagi ucapan kat kamera. padahal I kat belakang dia. Anyway, tq Kiko muah muah!!

20121209_211832 [640x480]

20121209_211835 [640x480]

 Ada ada je budak berdua ni, pok pek betul

20121209_212028 [640x480]

Ha tengok tu, mangkuk I la yang paling bersih. Macam dah siap cuci dah. Tengok yang lain makan tak habis. amalan syaiton sangat tau!

Kepada kakak dan abang long, terima kasih sebab buat party untuk besday I yang ke dua ni. I happy sangat, especially sebab kita ada new family member, Kiko. Nasib baik dia tu baik dan manja, kalau tidakkkk.. sorrylah I nak accept, hehe..

Kita akhiri dengan gambar baju ya, hehe..

20121209_212841 [640x480]

Baju I dan Kiko mestilah atas sekali hehe..

Sebenarnya kakak belikan baju yang ada big love tu, untuk I.. Tapi bila I pakai, ketat sangat sampai sendat kat perut I yang comel ni, terkeluar lemak, hehe.. Kakak pun tukarkan, bagi I pakai baju Kiko tu. Tu pun baju baru jugak tau. Tu yang Kiko pakai baju I. Sesuai dengan dia yang hatinya full of love tu, hehehe..

Sebab baju Sookie takde size, maka letak jelah baju Gucci tu, mewakili Sookie. Kahkahkah..

Okeylah, I dah letih dah menaip, rasa nak makan pulak. Bye bye semua! Jangan lupa kirim hadiah tau, hehehe..

Comments

comments

20 comments on Aoi’s Birthday Bash

  1. cik sushiNo Gravatar
    December 10, 2012 at 1:17 pm

    happy birthday diva Aoi!!mmuahhhhh2…sangat cantikkk macam selalu..

    moga terus jadi adik yang sihat dan berjaya utk kakak & abg long ok..nak kawen jemput ye..#eh

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 12:08 pm

      Thank you kak Anies. Muah muah pelok lah macam ni.. hehehehe..

      Reply
  2. groundblendedNo Gravatar
    December 10, 2012 at 1:28 pm

    Happy Birthday diva Aoi. skang dah ade bf takmo garang2 ye.. kene berkasih sayang.. hahahaaha Aoi pon dah nak macam sookie ke? perut dah nak cecah lantai? baju pun dah ketat ni.. hahahaha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 12:07 pm

      Mekasih.. Aoi dengan boipren dia je dia tak garang. Dengan yang lain, masih serious. Kekekekeke

      Reply
  3. K RoziNo Gravatar
    December 10, 2012 at 2:34 pm

    amboi meriah party…..ada member baru lak tu si Kiko…tak gadoh lak Iz they all dgn Kiko….ms tgk gambar kat FB…akak dh ckp dlm hati…sian la si Sookie tak de baju……rupa2nya tak de size eh….hahahhaha Sookie2….awak bole kwn dgn Simpul kucing Mak Tok….semenjak dh neuter, badan dia mcm di pam2…..dh mcm ikan buntal……org dtg je gelak kan dia…..sbb bulat sgt2…mkn forever n ever…..at least Sookie bulu byk nak cover…ni shorthair. Anyway…Miss Aoi..happy bday, jgn nakal2, action2……dengar ckp kakak…..awak tu dh anak dara tau…..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 12:07 pm

      Magic jugak kak, so far semua nampak okey dengan Kiko, kecuali Hachiko. Sebab dia jarang nampak Kiko tu. Maklum la dia kan anak teruna sejati, takmau keluar rumah. So dia cam terkejut jugak la dengan kehadiran Kiko. Ada jugak menderam, tapi tak serious la.. Kiko tu pandai bawak diri. Bila kekenit ni main, dia dengan tak malunya, join main sekali.. Pastu saya pun selalu jaga bila bagi diorang main sekali.. Risau Lilo hempuk si Kiko. Hahaha.. Tapi sejak kebelakangan ni nampak Lilo boleh get along dengan Kiko. Syukur alhamdulillah 🙂

      Terima kasih auntie Rozi sebab wish Aoi, hehehe.. Sookie nak berkenalan la dengan Simpul 🙂

      Reply
  4. Kak AidahNo Gravatar
    December 10, 2012 at 6:10 pm

    Bila akak baca tajuk….wahhhh datin, macam Kim kardashian pulak punya birthday party. Sekali baca tengok, memang ada iras2 tu lah. Lengkap dgn boipren bagi ucapan kat kamera lagi. Si Sookie tu dah macam Ceelo pulak akak menengoknya. Terbahak2 akak gelak. Nasib baik akak jauh. Tak de lah Sookie dengar. Kang sentap…. maunya tambah lagi berat badan. Hahaha.
    Happy birthday Aoi. Semoga lebih sihat dan diva lagi ya.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 12:03 pm

      Ni Aoi Kardashian pun boleh jugak kak, kekekekeke

      Reply
  5. Kak AidahNo Gravatar
    December 10, 2012 at 6:16 pm

    Iz, tetiba komen akak hilang. Akak trylah tulis lagi sekali kalau ingat.
    Memula masa baca tajuk kan…wahh datin Aoi, dah macam birthday Kim Kardashian bunyinya. Lepas tu bila baca…..memang pun. Adalah iras2 tu. Siap ada boipren hot bagi ucapan kat kamera. Lepas tu ada retis femes datang. Sape tau? Ceelo. Sebab Sookie tu dah macam Ceelo akak tengok. Cute dan sgt tembam. Hahaha. Nasib baik akak duduk jauh. Kalau dekat, mesti Sookie dengar akak gelak terbahak2 tengok dia. Kang sentap…maunya makan dua tiga mangkuk lagi.
    Happy bithday Aoi. Semoga bertambah kedivaan you.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 12:03 pm

      Hehehe komen akak ada dua ni ha, tak hilang.. hehehe.. Sookie memang kalau sentap, dia makan dengan lebih banyak kak. Jaga-jaga, jangan gelak kat depan dia tau hehehe.. Aoi memang happy boipren bagi birthday wish dekat kamera, feeling diva sangat hehe

      Reply
  6. noorulNo Gravatar
    December 10, 2012 at 11:37 pm

    Hahahahhaa….x benti2 sy gelak baca post ni kak iz…lawak giler…hahaha…best la beday party diva aoi..siap dpt kekasih baru agi…huhuhu…happy birthday diva aoi…!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 12:01 pm

      Besday tahun ni sambut dengan boipren tau :p

      Reply
  7. ZARDNo Gravatar
    December 10, 2012 at 11:50 pm

    Happy Birthday si cantik Aoi. Moga panjang usia, manis selalu. Video party tak ada ke?

    Daripada Purrlings di KL,
    Blackie, Belle, Sox, Abboud, Lady, Baby, Fluffy, Salem Sabenhagen, Nino, Nina, Spacey, Tupai, Edward C, April, Jacob B, Hachiko, Bintang, Chomel, Cleopatra, Benjamin, Mia, Moira & Mu’ezza.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 12:01 pm

      Wow ramainya purrlings di KL. Nama Hachiko pun ada, hehe.. Thank you sebab wish Aoi 🙂

      Reply
  8. kak norNo Gravatar
    December 11, 2012 at 10:41 am

    Bestnyer birthday party Aoi 😀 ; pakai baju cantek masing2. Hachiko tengok mcm tak selera je..Yg lain masih nom nom; dia dh berhenti.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 12:00 pm

      Hehehe Hachiko tu busy tengok Kiko. First time Kiko join party kan 🙂

      Reply
  9. AujinzNo Gravatar
    December 11, 2012 at 3:15 pm

    hahahha… hamboi, siap makan berdua kemain mesra lagi Kiko temankan Aoi.. koh koh koh

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 12, 2012 at 11:59 am

      Mestilah mesra.. Nasib baik Aoi approved Kiko tau.. kalau tidak, Kiko makan kat luar la nampaknya dengan MJ hahaha

      Reply
  10. Anis HartiniNo Gravatar
    December 12, 2012 at 1:19 pm

    is… baca entry nie aku dpt merasakan berada di party aoi la.. good entry for human-animal hahaha

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 13, 2012 at 2:24 pm

      macam channel Animal Planet ke anis? hahahaha

      Reply

Leave a reply