Yang Dinanti Sudah Tiba

Dah berkurun lamanya aku survey nak beli pet id tags untuk kekenit ni ha.. Maklumlah aku ni kan saikonya terlebih, tak cukup dengan collars, loceng, aku nak jugak letak tag yang ada nama diorang dan nombor telefon aku di belakangnya.

Lalu aku pun pergi ke website sana sini, sampai naik muak pulak survey tags ni haha.. Aku memang tahu boleh carik apa yang aku mahu di Etsy, tapi harganya pun siaplah. Semua in USD dan di pos dari luar negara. Jadi mestilah tak sabar nak tunggu kan hahaha.

Aku nak tags yang jenis metal stamping. Kalau kat Malaysia banyak jenis laser print tu, aku tak minat. Sebab nanti tulisan tu hilang. Dah la kebanyakannya size besar, tak berkenan iols, haha. Jadi lepas buat banyak kajian (kajian katanya), aku pilih untuk beli di Etsy jugak. Tapi, aku beli yang paling murah sekali. Sebab ini kira first time aku beli thru Etsy, takut la jugak kan walaupun seller tu memang proven 100% positive feedback dari customer dia. Selepas hampir 20 hari menanti, maka apa yang dinanti pun akhirnya tiba, hehe..

20121218_222214 [640x480]

pakai snail mail, sebab tu lambat sampai

Kalau beli barang online dari overseas, tayah la ko kalut pakai courier. Mahal gila woi. Sabar jelah menanti. Duit kau pun jimat, hehehehe.. Tengok la sampul surat siap ada paw prints, hehehe.. comel. Dia pakai bubble wrap tu so takde la basah kena air ke apa. Memang tak basah sikit pun. Tu yang aku pelik nape kekadang kalau pos dalam Malaysia je, pakai courier lagi, siap sampul koyak la, basah lencun la.. Tu courier tu.

20121218_222520 [640x480]

Tadaaaaaaa…!!~

Hehehehe.. comel tak? Aku memang request dia buat simple je, font pun simple, serba simple lah kiranya. Sebab tag tu nak bagi orang mudah baca, kalau tulisan berbunga bersimpul, camne nak baca ye dak? Udah la tag tu kecik cinonet je. Tapi ada banyak size sebenarnya, sukati ko nak besar mana, boleh request.

Kalau korang perasan, semua kucing betina, aku letak gambar crown. Kucing jantan semua star. Aku suka gila sebab memang seperti yang aku harapkan. Simple font, ringan, cantik dan takde spelling mistake. Husband aku tak bagi beli tag besar dan berat sebab ganggu kucing nak makan katanya. Betul lah jugak kan?

Tak buat pun untuk Mak Jemah sebab Mak Jemah memang tak pakai collar. Aku tak mahu pakaikan dia collar biar dia nampak samseng sikit. Barulah boleh jaga rumah, wakakakaka.. So far Mak Jemah memang cemerlang dalam menjalankan tugas. Haritu kitorang sekeluarga pegi wedding adik ipar kat Negeri Sembilan, ha Mak Jemah la yang jaga rumah hehehe.. Masa kitorang sampai, dia sambut dengan mengeliat. Ni jaga ke tidur sebenarnya? Hahahahaha..

20121218_223029 [640x480]

Lilo punya

20121218_223846 [640x480]

Hachiko punya

Comel gila tau sebab size dia sama je macam loceng. So memang match la loceng dan tag tu, hehehe.. Nama Hachiko kena slash sebab dia boleh maksimum 6 huruf je. Tak kesah la Chiko pun Chiko lah. Dia kenal juga kalau orang panggil dia Chiko.

Cakap pasal Chiko, dia ni makin lama makin cerdik. Dia makin kenal kalau orang panggil nama dia. Hmm.. tapi sebenarnya aku tak pasti juga kalau dia memang tahu nama dia Hachiko, atau dia respon sebab dia kenal suara aku. HAHAHAHA. Tapi banyak kali dah bila aku tak tahu dia kat mana waktu dalam rumah, aku panggil “Hachikoooo..” – terus je dia tersembul entah dari mana, hehe. Cute.

20121218_224148 [640x480]

Maharani Aoi punya

Aoi paling lawak sebab nama dia pendek kan, 3 huruf je. So cenggitulah jadinya. Siap crown atas nama dia. Memang sesuai. Hehehehehe.. Haritu kan Aoi pakai rantai mutiara yang fairy god mother dia, Bella bagi sempena hadiah hari jadi tu.. Tapi aku dah bukak, simpan. pakai bila nak kenduri je hahaha.. sebab cantik sangat. Dan Aoi bukan jenis tahu cermat. Kalau hachiko atau Sookie, memang cermat.

Nah, ini gambar Aoi bersama rantai mutiaranya, untuk tatapan mereka yang belum tengok di Facebook diorang ni 🙂

20121211_222532

gaya datin datin tak posing dia? Hahaha.. tak payah ajar pun nak duduk cemana, memang sifat kedatinan tu dah tertanam dalam jiwa sejak azali hahahaha..

20121218_224532 [640x480]

Ichii punyaaaa..

Ichii dan Lilo selalu dapat collar yang sepasang, cuma warna berbeza. Normally Lilo pakai blue, Ichii akan pakai pink atau merah. Tapi mesti pakai collar sebab kalau tak pakai nanti mak mertua tak kenal mana satu Lilo, mana satu Ichii hahaha..

Collar Hime, Sookie dan Kiko tak buat lagi sebab semalam kakaknya demam. Dok srot sret srot sret hachummm sana sini. Masa pasang tags ni pun  rasa nak meleleh leleh dah hingus hahahaha..

Untuk yang berminat nak beli tag yang jenis metal stamping macam ni, boleh la cari di Etsy, ada banyak gila choice, sediakan ongkosnya aja hehehe.. Aku beli dengan FetchAPassionTags, dan memang puas hati. Seller peramah, reply cepat, dan boleh bertolak ansur. Harga 7 tags yang aku beli ni ialah $42USD, shipping pulak $4.85.

Selamat menghabiskan duit 😀

Comments

comments

26 comments on Yang Dinanti Sudah Tiba

  1. Ibu ArissaNo Gravatar
    December 19, 2012 at 2:48 pm

    Cantik, nnt nk try la buat guna mesin kat kilang ni..hahaha..kalo la jd, nk suh hubby program dulu…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 19, 2012 at 4:13 pm

      cuba la Yana!!! cuba malam ni jugak hahahaha

      Reply
  2. nzNo Gravatar
    December 19, 2012 at 3:23 pm

    Hahahah statement selamat menghabiskan duit tu sgt benar kerana sekarang i pun dah nak meroyan beli tag gak….bebudak tu dah ade tag tp besar n mcm berat sket…so mmg la dok cari2 yg ringan…tp pet tag ni ya rabbi rege boleh tahan gak…kalau ade sekor due boleh la…yg ade 6 tu hahahaha alamatnye mmg kene maauk tabung sket2 hehehehehe… Izz ade letak no phone gak ke kat belakang tag tu? Ishhh tak sabor nak menyopping gak :p

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 19, 2012 at 4:13 pm

      Ha’ah ada nombor telefon kat belakang tu. Tp nombor je la, takde tulis apa2 sbb space kecik hehe. Takpe, tengok 012 ke 019 ke 017 depan tu, org dah tahu itu nombor telefon kan 🙂

      Reply
  3. lindaNo Gravatar
    December 19, 2012 at 3:36 pm

    Almost rm150 = fitammm. Ibu Arissa, cer la buat pastu bisnes murah2 skek. hihih

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 19, 2012 at 4:12 pm

      hahahaha.. meh kita sama-sama berharap Yana berjaya buat metal pet tag, boleh la bukak bisnes, hehehe

      Reply
  4. chicsNo Gravatar
    December 19, 2012 at 4:34 pm

    cantikkkkk!!! mesti diorang happy 😀

    Reply
  5. AujinzNo Gravatar
    December 19, 2012 at 4:55 pm

    mahal yoooo…. kalau aku buat bisnes tqg macam nie, boleh kayo pakcik.. kah kah kah ..

    Reply
    • cik sushiNo Gravatar
      December 21, 2012 at 11:33 am

      waaaaaaaaaa…..bagusnye dorang suke pakai tag….budak2 bulus kt umah ni harammm…lagi2 si memei..nanti macam onggile tercekik tulang kt tekak..risau,last2 bukak je..
      tag yg jenis magnet tu ok x,u?

      Reply
      • Iz YahyaNo Gravatar
        December 27, 2012 at 3:44 pm

        Tag jenis magnet tak pernah beli. tak pernah jumpa di pasaran pun, hehehehe

        Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 27, 2012 at 3:47 pm

      memang kayo. Nak nak kalau tag handmade macam ni. Memang orang macam aku ni suka hehehehe

      Reply
  6. kak aidahNo Gravatar
    December 19, 2012 at 6:16 pm

    Bestnya tags niiii. Akak pun dah lama cari tapi kat local pet store je. Tapi tang rege tu buat lambat sikit mimpi jadi kenyataan. Hehehe. Alah…kucing akak duk lam rumah je iz. Dahlah tu…atas katil akak lagi sepanjang hari. Tak kemana pun. Kalau hilang pun sebab arif kidnap bawak masuk bilik dia.
    Iz, cubit sikit punggung datin tu. Geram pulak akak tengok. Kemain lagi posing atas katil bagai. Hantar majalah tabloidlah gambar ni, kompom banyak anak ikan nanti. Kihkihkih.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 27, 2012 at 3:47 pm

      Yelah kucing akak dalam rumah, atas katil pulak, memang sah tak hilang hahahaha.. Saya ni kadang2 kena pasang telinga bila nak carik kekenit ni. Dengar bunyik loceng diorang. Hahahahaha. Datin tu bontot dia makin gebuuuu.. Kak, sorrylah saya tak dapat komen blog akak sebab laptop saya ni ada masalah bila nak login kat Google. Benci betul 🙁

      Reply
  7. ZARDNo Gravatar
    December 19, 2012 at 8:07 pm

    Wahhh.. Terkesima i.. tapi my cats ada sket prak tak suka pakai collar.. Sgt cantik lah Iz..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 27, 2012 at 3:46 pm

      Nasib baik kucing kitorang so far memang tak kisah pakai collar. Kiko pun tak kisah pakai collar, hehehe

      Reply
  8. Amalina IbrahimNo Gravatar
    December 20, 2012 at 6:25 pm

    Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! if tau ni , boley tumpang beli skaliiii !!

    dah penah buatkan da utk anak bulus , berat lah material nya .. bebudak tu x suke pakai ..

    nk xnk , terpaksa lah simpan jekkk tag dorg tu .. hukhuk !!!!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 27, 2012 at 3:45 pm

      Memang, tengok yang lain memang nampak berat. Alaa kita mana tau awak nak tumpangggg hahahaha.. Tapi kalau beli banyak, berbaloi sebab postage sekali bayar je.. boleh la beli nanti hehe

      Reply
    • adimalaNo Gravatar
      March 7, 2013 at 4:15 pm

      takde sesape ker nak beli pet id tu lagi….leh tumpang beli skali kan..

      Reply
      • Iz YahyaNo Gravatar
        March 26, 2013 at 2:13 pm

        hahaha sama je kalo ko beli sendiri. postage dia belas2 ringgit je.. takdelah mahal sangat

        Reply
        • adimalaNo Gravatar
          April 9, 2013 at 12:54 pm

          nak beli kene guna kad kredit kan…alkisahnya saya takde kad kredit..huhu..klu blh guna kad debit ok la.. 🙂

          Reply
          • Iz YahyaNo Gravatar
            April 9, 2013 at 1:59 pm

            Hurm hurmm.. nanti kita pikirkan ye kalau nak amik pre order, hehehe

  9. RefusesNo Gravatar
    December 28, 2012 at 9:16 am

    Bestnye lahai ada kucing macam adik-beradik.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 1, 2013 at 4:58 pm

      Ha’ah kitorang anggap diorang macam adik beradik. Kena protect each other, sayang menyayang.. hahaha

      Reply
  10. AqilAsriNo Gravatar
    March 1, 2013 at 11:31 pm

    ringan tak pet id tu? sbb baru ni baru beli yng dekat catsgarden yang stainless steel . tapi berat. rasa menyesal beli, hahahaa

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 7, 2013 at 12:13 pm

      Ringan sangat!

      Reply
  11. ayuNo Gravatar
    February 27, 2015 at 8:56 pm

    sis bpe harga shipping

    Reply

Leave a reply