Masih Ingat Pada Mereka?

Tengok tajuk je, agak-agaknya korang tahu tak aku nak update pasal siapa? HEHEHE.. Yaaa.. hari ni turn Mak Jemah atau nama glamer dia yang terkini, JemahRolina – baru la seangkatan dengan AoiRolina tu hahahahaha.. Sape yang baru baca blog ni mesti nak tahu siapa si JemahRolina ni, hahaha..

Mak Jemah ni kucing yang mendiami kawasan rumah kami tu sejak family husband belum pindah ke situ lagi. That was about 3-4 years ago kot. Kata vet, Mak Jemah ni dah berumur lebih dari 5 tahun sebab dia pun dah beruban. Kucing kalau umur 5 tahun ke atas akan mula beruban kat tengkuk dia.

Eh lupa pula

20121130_104317 (Custom)

tadaaaa..~

Manja tak pose dia? Boleh masuk Propaganjil tak? KAHKAHKAH. Mak Jemah ni, kitorang dah hantar spay lepas dia melahirkan 2 putera dan 2 puteri. Tapi lepas putus susu la kan. Semenjak di-spay, amboi si Mak Jemah ni kemain pasang badan. Keje dia kalo tak tidur, keje dia cuma makan, berehat dan grooming. Badan dah serupa bolster dah. Vaksin dah complete. Ubat cacing pun makan.

Miki

Ini ialah Miki, putera kepada Mak Jemah dan suaminya, Mr X. Kih kih

20121229_132701 (Custom)

Ini Miki, pada 29 Disember 2012

Kekanak riang ni lahir pada 1 September 2012, so kiranya 1 Januari 2013 ni genap la umur diorang 4 bulan (kalau ikut bulan la, kalau ikut minggu, dah lebih 4 bulan hihi). Hari Sabtu lepas, owner Bunny dan Miki jumpa aku sebab dia nak beli collar untuk budak dua ekor ni. Miki dah tukar nama jadi Aswad. Hihi.. Bunny dan Aswad di-adopt oleh orang yang sama.

20121229_132639 (Custom)

Tengok budak Aswad ni, kemain tinggi dan besar

Ownernya cakap Aswad kecik. Sebenarnya tak keciklah. Maybe sebab dia tengok hari-hari, jadi dia rasa kecik.. Atau mungkin jugak sebab dia compare Aswad dengan Bunny.. Nak tengok Bunny? Jeng jeng jengggg..

Bunny

Bunny waktu bayi..

20121229_132227 (Custom)

 Bunny pada 29 Disember

Besar dan fluffy gila takkkk? HAHAHAHA.. Aku excited gila tengok. Pandai betul mak engko carik pakwe kan Bunny? Sesat jugak genetik bulu fluffy ke awak hehe.. Ekor maintain kontot. Hehe.. Tu yang owner dia tak tukar nama tu. Sesuai nau nama Bunny dengan dia hehe. Aku paling surprise tengok kenit dua ekor ni sebab sejak hantar ke rumah baru, jarang dapat tengok gambar diorang. Kalau Pippo dan Oreo, boleh dikatakan kerap jugak la tengok gambar diorang hehe..

20121229_131915 (Custom)

misai sejemput serupa Charlie Chaplin..

20121229_132025 (Custom)

Ni atas dukung aku

Maaf ye banyak pulak gambo dak Bunny ni sebab dia pandai duduk diam dan pandang camera, hehehe.. Family Aswad dan Bunny nak pindah rumah next week. Tapi dalam Kuantan gak. So sekarang tengah busy mengemas la tu. Harap lepas lepas ni dapat la jumpa diorang lagi hehehe..

20121229_132742 (Custom)

Tengok tu, tengok tuuuu.. Eeee gerammm!!

pippo1

Hai Pippo sayanggg.. ini Pippo waktu bayi..

20121229_154038 (Custom) (2)

Pippo pada 29 Disember 2012

Hari Jumaat lepas owner Pippo call aku. Kata dia, dia dapat kerja di KLIA so insya Allah nanti akan bawa Pippo, eh silap.. nama baru dia Tuty.. hehe.. Tuty akan follow sekali nanti. Dan dia tanya aku nak jumpa Tuty tak. Mestilah nak kan!!! So petang Sabtu, Tuty datang bersama dua bodyguardnya.. hehehe.. Malangnya Tuty tak kenal dah mak dia. Mungkin Mak Jemah nampak terlalu diva sampaikan Tuty tak kenal dah. Hehehe. Kalau kena hempap dengan Mak Jemah, mungkin dia baru ingat detik-detik riang bersama ibu dan adik beradik dia hahahaha.. Tension tak dapat amik gambo Tuty banyak sebab dia terlalu active nak jalan sana sini, pastu henpon aku pun time tu lah nak habis bateri kan. Cis!

Tuty badannya kecik molek. Mungkin Mak Jemah terkenankan si Ichii kot masa mengandung dulu hehehe.. Ichii sampai sekarang dah umur 2 tahun pun maintain slim walaupun apa yang dia makan sama macam apa yang Sookie bambam makan. Tak boleh nak agak jugak badan kucing ni walaupun diorang adik beradik. Ada yang rangka besar. Ada yang rangka kecik. Kata owner Tuty, si Tuty ni kuat makan dan kuat berak jugak, mungkin sebab tu badannya lambat naik? Hehe.. Jangan risau.. Lilo tu, dah nak masuk umur 2 tahun, baru la badannya makin hari makin besar dan naik berat badan. Lambat pertumbuhan dia, hihi..

oreo1

 oh oh hai Oreooo..!!~ Kemain jeling ye Oreo? Ni Oreo masa bayi

Jaga-jaga cik Salmah, Oreo sekarang dah jadi budak Key Ell tauuu.. Kata orang, budak Key Ell ni camwhore.. betul ke?

IMG-20121229-WA0005 (Custom)

Nampaknya betul lah, kahkahkah

Kemain kacak lagi beliau duduk atas singgahsana. Siap tak pandang camera lagi tu, punya nak tunjuk gaya angkuh dia. Hahaha.. Dengar cerita, Oreo ni terbawak-bawak perangai dia masa duduk dengan Mak Jemah dulu. Iaitu tidur atas badan. Dulu dia tidur atas badan Mak Jemah. Sekarang dia tidur atas badan tuannya, hahahaha.. Kata KD, banyak kali alih dia bila tengah malam, tetap dia naik semula atas badan, hahahahaha.. Esok kalau awak dah beso serupa kakak Sookie, bawak bawak la rentikan perangai tidur atas badan tu ye Oreo. Patah tulang tuan awak tu nanti kih kih..

IMG-20121229-WA0003 (Custom)

 Kakak Smelly sayang Oreo

Tidur berpelukan tau. Manja sangat la tu siap pegang leher? Hehehe. Cer tengok bulu Smelly tu. Kemain berkilat kan? Dah la bontot besar, peha kentaki. Sedap dibuat gomol si Smelly ni. Hehehe.. Harapnya Oreo pun membesar bagai juara. Gambar ni semua KD bagi thru Whatsapp. Dia cakap dia bawa Oreo gi cucuk, berat badan dia dah 2.2kg. Amboiii sihatnyaaa…

Seronok tau sebab owner kekenit ni semua masih keep in touch dengan aku dan tak kedekut story pasal kucing diorang. Walaupun aku cuma bersama kekenit ni dua bulan je, tapi sayang sangat dekat diorang. Excited bila nampak diorang membesar dengan sihat, dan nampak happy dengan family masing-masing 🙂

Kita akhiri entry penuh kegembiraan ni dengan pose maut dari Ahmad Oreo… dipersilakan…

IMG-20121229-WA0004 (Custom)

 

Comments

comments

10 comments on Masih Ingat Pada Mereka?

  1. ZaphNo Gravatar
    January 3, 2013 at 2:09 pm

    cantik and handsome nya mereka.. pandai MJ cari husband.. haha.. tak sabar nak tenguk my new batch of kittens umur sebulan.. ni tengah giat baca doa agar my hubster lembut hati nak bela semua nya.hahaha.. yes i memang temahak!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 4, 2013 at 11:22 pm

      wah your cats beranak? congratulations. Kalau husband tak bagi bela, macam mana?

      Reply
      • ZARDNo Gravatar
        January 5, 2013 at 10:48 am

        Dah, two mom , Chomel (5) & Mu’ezza (4) satu bapak Hachiko.

        Kalau tak bagi bela, k. Zaph meraung dulu, then tanya sesapa yang nak tapi dalam hati doa orang tu tak jadi ambil..boleh ke buat camtu? Haha tak tau lah..kena pasrah lah.. Uwaaaa!!!

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          January 5, 2013 at 8:04 pm

          Hehehe, buat cam saya kak.. masa baby tu lahir terus tanya siapa nak. Kalau tunggu besar baru nak bagi adoption, mmg tak sampai hati. Bila org dah chop, at least saya kena la pegang pada janji kan. Hehehe..

          Reply
  2. Kak AidahNo Gravatar
    January 3, 2013 at 3:39 pm

    Bahagia jugak diorang kan walaupun duduk jauh dari Iz. Alhamdulillah tuan baru semuanya sayang kucing. Eloklah tu bila semua keep in touch dgn Iz. Kang nanti nak kawen kena jemput jugak Mak Jemah tu. Bapak2nya dahlah tak tahu kemana kan. Sebut pasal bapak, tak de berita ke tentang abang Jem, Iz?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 3, 2013 at 3:53 pm

      tu la pasal. Kang kot nak berumahtangga kang kena jugak jemput omaknye. Abang Jem memang langsung takde berita dah. Nampaknya kena la abang long Kiko jadi wali. Abang angkat katanya. Abang long Lilo dah turun pangkat sebab Kiko lagi tua dari Lilo. hehehe

      Reply
  3. cik sushiNo Gravatar
    January 3, 2013 at 6:29 pm

    ya Allahhhh!sukenye tengok perkembangan dorang ni semua…wahhhhh sangat teruja okehh…teruja sangat2!membesar bagaikan juara tuuu…

    tahniahhhh u!kalau bukan sebab u mak jemah eh bukan jemahrolina tu pasti takdapat menjaga anak nye dengan baikk..tahniahhh… =))

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 4, 2013 at 8:21 pm

      Kan kan. I yang tengok ni lagi excited. Semua dah besar. I pun syukur Jemahrolina berjaya menjadi ibu yang baik walaupun si Tuty dah tak kenal dia dah, hahaha

      Reply
  4. AujinzNo Gravatar
    January 4, 2013 at 7:07 am

    hamboi.. semua sihat Alhamdulillah… depa bahagia dengan family baru… kih kih kih

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 4, 2013 at 8:20 pm

      tu lah, aku pun lega.. tengok diorang semua sihat dan happy 🙂

      Reply

Leave a reply