KARE’s Annual Charity Cat Event 2013

Haii.. apa khabar? Lama tak ketemu, hehe.. hari ni ada satu announcement.. Tapi Datin Aoi yang akan announce.. jeng jeng jeng..

20121023_213521 [640x480]

20121023_215025 [640x480]

20121211_222532 [640x480]

Buat pengetahuan semua catlovers seluruh Malaysia, Kuantan Animal Rescue & Education (KARE) akan menganjurkan KARE’s Annual Charity Cat Event 2013 di University College Shahputra, Kuantan pada 17 March 2013 (Ahad) dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari. Semua orang dijemput hadir memberi sokongan sekaligus membuat charity. Tiket masuk berharga RM20 setiap satu, termasuk buffet lunch πŸ™‚

Amboi, murah kan siap buffet lunch? Kakak cakap, kalau nak tahu, ada macam-macam aktiviti menarik hari tu nanti. Antaranya ialah

  • Cat Competition – Best Short Hair Kitten, Best Long Hair Kitten, Best Short Hair Adult, Best Long Hair Adult, Best Disabled Cat
  • Cat Costume Competition
  • Cage Deco Competition
  • Guess the Cat’s Weight
  • Mini Studio for Photoshoot
  • Sales Booth

20130102_104520 [640x480]

Sorry Hachiko, awak tak boleh masuk. Sebab pertandingan ini terbuka kepada household pet (non-pedigree cats) sahaja. Awak tu pedigree cat, duduk rumah dendiam ye?

Non-pedigree ni bahasa omputih lah. Bahasa Melayunya, kucing biasa je. Kalau pedigree ni kucing pure-bred yang ada certificate tu semua.

20130102_104438 [640x480]

Ala mengada-ngada la Hachiko, awak tu nanti masuk la competition lain yang ada category untuk awak ye. Sebab KARE fokusnya terhadap kucing jalanan. Macam KTAJ lah jugak.

20121216_174044 [640x480]

Haaa.. Mak Jemah, ooppss.. Lady Jemah boleh masuk. Sebab Lady Jemah ni memang pure stray cat, once upon a time.. hehe.. Sekarang dia sayang kakak kan? I selalu nampak Mak Jemah rajin je ikut bontot kakak tu pergi mana-mana.. Eee mengada sangat..

Bagi mereka yang ada kucing kurang upaya, pun boleh sertai juga sebab ada kategori Best Disabled Cat. Hey mestilah bangga sebab ada disabled cat. Tak kira la tempang je, jalan hincut ke, kaki tak lengkap ke, buta sebelah mata ke, buta dedua belah mata ke, lumpuh ke, semua boleh sertai.

Selain daripada syarat utama iaitu kucing yang nak sertai mestilah household pet (non-pedigree), syarat lain untuk cat competition ni kacang je..

  • Bagi kategori kitten, kucing mestilah dalam lingkungan 3-12 bulan. 12 bulan ke atas dikira sebagai adult.
  • Kucing mestilah telah divaksin dan bebas kutu. Kena bawa kad vaksin tau masa hari pertandingan
  • Kena bawa alas atau pelapik sangkar. Alas dengan surat khabar adalah TIDAK dibenarkan. Kucing tu pula mestilah dibawa di dalam carrier pada hari pertandingan. Bahaya woo kalau dukung macam tu je. Kucing kan kuat panik, kang mula la lari pulak ke tengah jalan.
  • Kena datang awal masa hari pertandingan sebab pendaftaran bermula jam 8 pagi

Selain dari cat competition, ada juga Cat Costume Competition. Haaaa… ni sape-sape yang suka pakaikan kucing diorang baju comel comel, boleh la masuk pertandingan ni.

20121109_213312 [640x480]

IΒ  eksyen dengan baju Gucci, hew hew..

20121109_220450 [640x480]

Haaa.. uols boleh ke buat macam I ni?

20121209_201108 [640x480]

Nak masuk jugak?

Kesian Hachiko ni, gigih nak join event ni.. Tapi tak boleh la woi. Kan I dah cakap untuk household pet non-pedigree sahaja. Degilnya you ni Hachiko! I gigit bontot you karang!

20121028_005223 [640x480]

garang la kononnya tu? Sikit pun I tak takot, hoh!

20130118_192434 [640x480]

Haaa.. Sookie Stackhouse boleh masuk cat costume competition

Budak debab ni tengah kemaruk dengan baju dia. Maklum la feeling cun bila pakai baju. Kekadang I menyampah juga, sebab I ni dah ada banyak baju pun tak poyo macam Sookie ni, hihihih..

Cage Deco Competition pun ada. Siapa nak masuk, sila la bawak barang-barang keperluan untuk deco cage tu ye. Kelambu ke, bunga ke, apa-apa lah.

Bagi setiap competition, yuran penyertaan sebanyak RM10 bagi setiap seekor kucing akan dikenakan. Murah kan? Tapi “Guess the Cat’s Weight” tu percuma. Siapa-siapa pun boleh sertai.

Mini Studio pun ada. Ni pulak untuk mereka yang nak amik gambar kucing. Yelah kekadang uols nak tangkap gambar kucing tu bukan senang kan. Gerak la, goyang la.. Haa kali ni KARE menjemput professional photographer untuk buka mini studio dan ambil gambar untuk mereka yang berminat. Nanti boleh print dah framekan kat rumah, kui kui..

Booth jualan juga akan dibuka pada hari tu. Kakak cakap, booth percuma. Cuma siapa yang nak buka booth kena beli tiket sekurangnya 3 keping, dan boleh la datang bertiga pada hari tu. Siapa yang berminat nak buka booth, boleh la tanya kakak kita ni, hihi.. Ataupun PM KARE di FB mereka, pun boleh juga. Tapi aktiviti yang melibatkan elektrik dan gas, tidak dibenarkan ye.

Oh ya! Tiket sudah pun mula dijual. Siapa nak beli dengan kakak kita, boleh la contact dia di Izzy Pets, ataupun boleh jumpa dia untuk beli tiket, hihi. Selain dari tu, boleh juga dapatkan di Klinik Haiwan Kuantan, Jalan Haji Ahmad 2.

Jom laaaa ramai-ramai datang. Event ni bukan untuk orang Kuantan je tau, tapi terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, hihi.. Dan bagi mereka yang nak join competition atau nak buka booth tu, cepat-cepatlah daftar dan buat pembayaran untuk secure tempat ada. Sebab penyertaan adalah terhad tau!

Bye bye! I nak sambung golek atas sofa. mmuuaahhh!!!~

banner 750 x 2400 or 2.5 x 8 feet option2

Comments

comments

15 comments on KARE’s Annual Charity Cat Event 2013

    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 20, 2013 at 3:11 pm

      mai la datang Kuantannnnnn!!!

      Reply
      • Amalina IbrahimNo Gravatar
        February 20, 2013 at 4:13 pm

        In shaa Allah .. berkesempatan , pasti akan sampai kuantan ! πŸ˜€

        Reply
  1. AqilAsriNo Gravatar
    February 20, 2013 at 3:27 pm

    kalau nak photoshoot untuk kucing je boleh ke? berapa ye kena bayar? hehee..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 20, 2013 at 3:28 pm

      Boleh je, marilah. Entrance fee tu tetap kena bayar RM20 per person (inclusive buffet lunch), tapi photoshoot tu bergantung pada photographer la, tak tahu berapa diorang nak charge.

      Reply
      • AqilAsriNo Gravatar
        February 25, 2013 at 5:44 pm

        ouhh.. mcm tu.. okk. btw thanks for the info. πŸ™‚

        Reply
        • AqilAsriNo Gravatar
          February 25, 2013 at 7:23 pm

          ermm.. jap. kalau nk order dgn akak boleh kan?

          Reply
          • Iz YahyaNo Gravatar
            February 26, 2013 at 5:26 pm

            boleh je kalau nak beli dgn akak. Awak kat area mana? Maybe kita boleh jumpa kat memana utk bg tiket, hehe

          • AqilAsriNo Gravatar
            February 27, 2013 at 9:36 pm

            saya duduk dekat area indera mahkota . tp tk comfirm lagi. nnt saya comfirmkan . kalau saya jadi pergi saya bgtau akak πŸ™‚

  2. ain ayuniNo Gravatar
    February 20, 2013 at 4:04 pm

    hahahahah muka hachiko bengang ‘grrr..semua pon x boley’ tu sgt klakar..tp comey sgt.haha geram nak gomol…!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 21, 2013 at 5:04 pm

      hahaha menyibuk je dia nak masuk jugak kann

      Reply
  3. eiydaNo Gravatar
    February 20, 2013 at 4:17 pm

    wow best. tapi xleh g sebab mybe ms tu xder kat sini

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 21, 2013 at 5:04 pm

      ala… yeke? kalau tak, boleh la bawak Cici ke anak-anak dia ke, hihi

      Reply
  4. AqilAsriNo Gravatar
    March 2, 2013 at 12:59 am

    akak… kalau menang dapat apa? hehehe, *tertunggu tunggu*

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 7, 2013 at 12:13 pm

      Hehehe.. hadiah rahsia. Nak register tak? Jom la.. tak menang pun dapat cenderahati

      Reply

Leave a reply