Rest in Peace, Sayang

9 Febuari 2013, jam 5.35 petang – Kiko kakak yang tersayang telah pergi meninggalkan semua yang amat menyayangi dia; kakak, abang long, Lilo, Ichii, Sookie, Hime, Hachiko, semua ahli keluarga, dan paling utama, Aoi. Satu-satunya kucing yang Aoi terima dengan rela hati, telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Buat mereka yang masih tertanya-tanya – Ya, Kiko telah meninggal dunia πŸ™

20130209_180328

saat yang takkan dapat kakak lupakan

Bagi yang telah lama follow blog ni, mungkin ingat yang aku ada cerita tentang Kiko demam, sebulan lepas. Sejak tu, Kiko demam on and off.. selsemanya tak kurang.. Kiko bagai tiada reaksi pada antibiotik. Kakak bawa Kiko ke dua doktor yang berbeza. Masing-masing bagi two different opinion. Tapi satu je persamaan, yang immune system Kiko makin lemah dan mungkin takkan dapat diselamatkan. Tambahan pulak Kiko umurnya dalam 7 ke 8 tahun. Dikira amat panjang umurnya bagi seekor kucing jalanan.

Kakak menangis. Hari-hari menangis. Kiko mula bergantung pada ubat, tak boleh miss, terutamanya ubat selsema. Lambat sikit makan, terus hidung dia blocked. Badan Kiko makin susut. Waktu checkup pertama lepas kakak adopt Kiko, berat badan Kiko 3.1kg. Kemudian 3.8kg, dan bila sakit, badan Kiko makin susut, dan kecut.

20130127_160356

Β berehat dalam hammock kesayangan

Kiko mula menolak solid food. Kakak terpaksa force feed Kiko A/D, kadang-kadang selang seli dengan Evo wet food. Kiko makin jemu kena force feed. Kiko tak mahu makan. Kiko cakar kakak, tendang kakak, tanda protes. Kakak menangis. Bukan sebab sakit. Tapi sebab hati kakak yang sakit sebab seolah menyeksa Kiko. Paksa Kiko telan makanan dan minum air supaya terus hidup. Masa tu kakak tak dapat terima hakikat yang Kiko sakit dan mungkin meninggalkan kakak.

Hidup kakak sama-sama tak menentu. Kakak tak lalu nak makan, sebab setiap kali makan, kakak teringat Kiko yang tak mahu makan. 24jam bagai tak cukup buat kakak. Pagi dan petang, kakak luangkan hampir 2 jam untuk teman Kiko makan dan bagi makan ubat. Mujur la ubat cuma makan sehari sekali. Tapi 4 jenis ubat. Sedih sangat.

Awal-awal tu, Kiko masih boleh berjalan-jalan amik angin walaupun badan makin susut. Berak kencing pun semua okey. Tak lama lepas tu, Kiko kena ulser yang sangat teruk dekat bibir dan dalam mulut. Sedih sangat. Tapi lepas seminggu rawatan, ulser tu semua baik semula. Kakak happy sekejap masa tu. Maksudnya ada improvement. Tapi Kiko tetap tak mahu makan.

Hinggalah pada minggu terakhir tu, Kiko mula muntah. Sikit je, tapi hijau. Lepas muntah, Kiko terus tumbang. Kakak takut gila, takut Kiko sawan ke atau pengsan ke. Rupanya kata doktor, tu tanda dia terlalu lemah. Doctor beritahu, liver Kiko dah mula rosak. Jantung dan buah pinggang pun sama. Kiko akan jadi sangat uzur dan tak mampu buat apa-apa. Kiko sekarang mengalami organ failure.

20130207_115345

Β kena drip sebab dehydrated, muntah dan body dia reject everything

Doktor cakap bila Kiko mula muntah, itu ialah sign yang quite bad. Berulang ke klinik untuk drip sebab tak boleh masuk apa dah dalam mulut dia. Sedih sangat. Setiap hari kakak dukung dan peluk Kiko.. bagi Kiko kena cahaya matahari.. kakak cuba buat Kiko segar dan aktif semula. Tapi malangnya Kiko langsung tak beri reaksi positif.

8 February 2013 – Kiko muntah 3 kali. Sekali waktu pagi.. Masa tu kakak terus nak bawak Kiko ke klinik tapi doktor tutup klinik pukul 12pm sampai 3pm. So petang tu kakak rushing balik awal. Masukkan Kiko dalam carrier dan letak dalam kereta, Kiko terus muntah. Hijau lagi. Dan busuk. Kakak menjerit dan menangis kat situ. Kakak keluarkan Kiko dari carrier, nak bersihkan muntah tu, Kiko muntah lagi!! Masa tu kakak dah terduduk menangis. Mohon tuhan selamatkanlah Kiko.

Kakak bersihkan bedding Kiko dan mulut Kiko, terus bawak kereta laju-laju ke klinik. Kiko kena drip lagi, kali ni dengan ubat.. Kawan kakak Β pun ada masa tu. Dia jumpa kakak kat klinik. Dia terkejut dan menangis sama tengok Kiko. Memang sape-sape pun takkan percaya kalau tengok Kiko waktu tu. Sangat kurus, rasa tulang je. Dan tersangat lemah.

Malam tu, Kiko dah tak mampu untuk ke litterbox. Kiko terkencing sebelah tilam. Takpe sayang, kakak tak marah. Kakak tahu Kiko tak larat. Kakak bersihkan tempat tu sambil menangis. Sambil menyalahkan diri. Kenapa kakak pentingkan diri sendiri? Kenapa kakak paksa Kiko hidup sedangkan Kiko dah tak mampu nak hidup lagi? Sejam atau dua jam sekali, kakak bagi Kiko 5 atau 10 ml air masak.

9 February 2013 – Pagi itu macam biasa, kakak bawa Kiko ke klinik untuk drip. Β Kiko dah makin lembik. Staff kat klinik cakap, nanti cuti Chinese New Year, klinik akan tutup sampai hari Rabu, 13 February. Kakak dah tak keruan. Siapa nak drip Kiko sepanjang cuti nanti? Macam mana kalau Kiko sakit, dan semua klinik tutup?

Petang tu kakak baring, tenangkan diri dan fikir.. Kakak tak patut seksa Kiko lagi atau kakak akan rasa guilty selamanya. Kakak agak, dengan keadaan Kiko macam tu, Kiko akan mati dalam cuti Chinese New Year tu, tapi kakak tak mahu Kiko mati dalam keadaan terseksa atau sangat sakit, macam muntah hijau, muntah darah ke. Kakak takut.

Lalu kakak menangis dekat abang long dan bagitahu dia yang kakak dah decide untuk tidurkan Kiko dengan aman, selamanya (put to sleep) atau dalam bahasa inggerisnya, euthanasia.

Memang heartbreaking decision.

Kakak call doktor, dia cakap eloklah kalau dah decide macam tu. Dia suruh kakak bawak Kiko datang ke klinik.

Euthanasia datang dari perkataan Greek yang bermaksud “easy death”. Perkataan “Eu” tu bermaksud baik, mudah, senang. “Thatanos” bermaksud kematian. Euthanasia ialah proses “menidurkan” haiwan peliharaan dengan cara mudah dan tidak menyakitkan (painless).

credit to: Home Pet Euthanasia of Southern California

Proses euthanasia ni dilakukan dengan memberi ubat bius (anesthetic) secara berlebihan supaya haiwan tu terus tidur dan meninggal dunia. Tidaklah berlebihan beriya sangat. Doktor akan timbang dulu dan biasanya ubat kan diberi berdasarkan berat badan, tapi doktor akan lebihkan sikit dari yang sepatutnya.

20130209_161210

Β Kiko di pangkuan abang long, lebih kurang sejam sebelum meninggal dunia

Kiko dah tak mampu nak bergerak pun. Sebelum tu, kakak ada cuba berdirikan Kiko secara empat kaki, tapi Kiko jatuh tersungkur. Hati kakak macam dikoyak-koyak masa tu. Sedih sangat. Waktu ni, nafas Kiko makin laju. Kakak tahu ini memang tak normal. Kakak mesti akhiri penderitaan Kiko.

Kakak cium dan peluk Kiko sepuas hati. Kakak minta maaf dengan Kiko berkali-kali. Bukan kakak tak sayangkan Kiko. Tapi sebab terlalu sayang la kakak nak Kiko pergi tanpa rasa sakit. Biarlah hati kakak je yang sakit sebab kehilangan Kiko. Kakak Ira (cousin) temankan kakak ke klinik. Sementara tu di rumah, abang long dan abang Azri galikan kubur Kiko. Kakak suruh abang long gali dalam-dalam supaya kucing lain tak korek.

20130209_170615

abang long alaskan kubur Kiko dengan kain hammock kesayangan Kiko.

Itu ialah hammock pertama yang kakak jahit sebagai ujikaji. Kiko yang pertama merasmikannya. Terima kasih sayang. Memang Kiko gunakan hammock tu sampai akhir hayat.

Ubat untuk suntik Kiko, sikit je, tak sebanyak yang kakak bayangkan. Sebab waktu ni, berat badan Kiko cuma tinggal 2.3kg je. Waktu doktor nak suntik Kiko, kakak peluk Kiko. Sekali lagi kakak mintak maaf dari Kiko sebab terpaksa tidurkan Kiko selamanya. Doktor suntik Kiko dan Kiko terus pergi, tak sampai 5 saat pun. Keadaan Kiko sebelum disuntik dan lepas disuntik, takde beza pun. Jadi kakak tahu yang sebelum Kiko hembuskan nafas terakhir pun, Kiko macam dah mati. Kiko pergi jam 5.35 petang.

Kakak menangis. Kakak tak puas hati. Kakak baringkan Kiko atas meja dan letak telinga pada jantung Kiko. Betulkah dah takde degupan jantung? Betul ke dah tak bernafas lagi?

Kiko pergi di atas pangkuan dan pelukan kakak.

Air mata macam hujan. Kakak Ira drive balik. Kakak bedung Kiko dengan kain, macam baby tu, dan peluk Kiko sepanjang jalan balik rumah. Badan Kiko masih terasa panasnya.

20130209_180241

Β macam mana nak lepaskan ni?

Kakak seolah tak mahu benarkan Kiko ditanam. Sedihnya rasa. Kakak letak Kiko atas tilam yang kakak jahitkan untuk Kiko. Collar kiko je yang kakak tak sanggup nak tanam sekali. Sebab tu je kenangan yang tinggal selain dari gambar-gambar Kiko.

20130209_180651

selamat tinggal sayang..

Moga Kiko tenang, bahagia dan gembira bersama kawan-kawan yang lain di syurga nanti. Moga Kiko tak lupakan kakak dan semua yang menyayangi Kiko di sini.

20130209_182250

kubur Kiko disirami cahaya matahari petang – jam 6.22 petang

Kami tandakan kubur Kiko dengan batu, sebagai kenangan. Kucing kakak yang lain, sekor pun tak tahu itu ialah kubur Kiko sebab diorang tak keluar masa kami kuburkan Kiko.. tapi few days lepas pemergian Kiko, kakak nampak Aoi berlegar-legar kat kawasan tu. Kakak rasa Aoi rindukan Kiko πŸ™ maybe instinct dia menyatakan yang Kiko ada di bawah sana.

Hari ni, kakak pasrah yang Kiko dah tiada. Kakak bersyukur yang Kiko hidup hingga 7 ke 8 tahun. Paling kakak bersyukur, Allah berikan Kiko pada kakak dan keluarga supaya sayangi Kiko, dan jaga Kiko sepenuh hati, walaupun waktu Kiko sakit. Kalau Kiko tak datang rumah kakak dulu, siapa nak jaga Kiko waktu Kiko sakit? Siapa nak tanam Kiko bila Kiko mati, tidak bertuan dan tak tahu mati entah di mana.

Kiko cuma empat bulan bersama kami, tapi kasih sayang kami pada Kiko, seolah Kiko hidup bertahun-tahun dengan kami. Terima kasih, sayang.. sebab buat kakak tersenyum dan ketawa dengan gelagat Kiko.

Bagi mereka yang tak pernah baca entry pasal Kiko, boleh baca:

Kiko
Aoi dan Harta Karun
Aoi’s Birthday Bash
Demam Tanpa Sedar
Sookie Bambam

Pada semua kawan-kawan yang bagi kata-kata semangat dan kind wishes di FacebookΒ dan Instagram, terima kasih sangat. Setiap komen dibaca dengan linangan air mata.

Comments

comments

84 comments on Rest in Peace, Sayang

  1. lindaNo Gravatar
    February 14, 2013 at 1:51 pm

    Iz.. banjir opis dek air mata :'( sekali lagi tq Iz sbb jaga dia more than apa aku fikirkan. Moga2 Allah murahkan rezeki ko sekeluarga dari segi anak, harta dll. Moga2 kita diberi kekuatan dan dipermudahkan untuk bantu haiwan2 jalanan diluar sana. Moga2 kita dpt hidayah utk jaga haiwan belaan kita elok2…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:11 pm

      mekasih Linda.. kitorang bersyukur dapat menumpang kasih sayang kiko walaupun sekejap. Dan bersyukur sebab dapat buat Kiko happy especially bila semua kucing kitorang sayangkan dia jugak. Happy dapat manjakan Kiko, bagi yang terbaik untuk Kiko. Moga Kiko tak lupakan kami..

      Reply
  2. adahNo Gravatar
    February 14, 2013 at 2:17 pm

    nangisssss… tak terkata…. cantik die kan. takpe. ke syurga pergi nya,.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:10 pm

      tulah.. moga Kiko doakan kita semua yang menyayangi dia..

      Reply
  3. Liyana RaziffNo Gravatar
    February 14, 2013 at 2:27 pm

    Nanges..!!! tak mampu nak kata apa-apa….

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:09 pm

      memang sedih sangat Yana.. tak sanggup nak cerita kat orang selama ni, sebab asal bukak cerita je, menangis teruk πŸ™

      Reply
  4. JoNo Gravatar
    February 14, 2013 at 2:28 pm

    We put to sleep one of the dogs we had in the past. He was having fits. I think that’s the right spelling.

    From once a day. Till countless times a day until he was so exhausted after each fits.

    Rest in peace Kiko. May The Lord be with you always.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:09 pm

      sedih kan Jo.. hope Kiko jumpa your dog in heaven and makan sedap sedap together..

      Reply
  5. dalinaNo Gravatar
    February 14, 2013 at 2:38 pm

    Huwaaaa sedihnya… Sbb ikut citer kiko dr mula iz ambik dia… Suka corak bulu dia yg mcm kek batik tu… Suka kiko yg baik ngan aio.. Adoii mesti pasni rindu ngan citer kiko.. Sy penah suruh iz mskkn pic kartun kiko kat
    header blog.. Rupanya tak sempat.. Sedihnya… Harap iz tabah yer….

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:08 pm

      Tulah.. rupanya tak sempat nak letak gambar Kiko kat header blog. takpelah biar Kiko terus jadi profile photo di facebook πŸ™

      Reply
  6. eiydaNo Gravatar
    February 14, 2013 at 2:44 pm

    sedihnyaaa :(( teringat Hero yang mati sebab sakit. ..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:07 pm

      mesti Hero main main dengan Kiko dan kawan-kawan yang lain sekarang..

      Reply
  7. mama kittyNo Gravatar
    February 14, 2013 at 3:07 pm

    salam iz.

    adoi sedihnya… dahlah tgh demam, bukak2 baca plak kisah kiko…. berderai airmata … air hingus toksah cakaplah….

    buat kiko sayang…. amanlah disana..

    iz, sabarlah….

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:07 pm

      w’salam.. sama la kita, tiap kali baca entry ni pun mesti menangis sebab terbayang-bayang waktu tu πŸ™

      Reply
  8. kak norNo Gravatar
    February 14, 2013 at 3:20 pm

    Ya Allah Iz, kak nor tak boleh nak baca sampai abis, air mata tak berenti mengalir. Teringat kat arwah kucing kak nor, Vanilla & Cotton. May they all rest in peace & maybe tengah main sama2 kat cat’s heaven.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:06 pm

      Nampaknya ramai la kawan Kiko kat syurga. Mesti diorang tengah seronok main dan makan sedap sedap kan.. terima kasih kak nor..

      Reply
  9. norNo Gravatar
    February 14, 2013 at 3:20 pm

    salam izyahya, sherd teers bila baca kesah kiko. actually i am a silence reader dan selalu follow up your blog. saya juga pencinta kuching.
    you have done your very best untuk kiko. be strong and take care

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:05 pm

      w’salam.. thanks sebab sudi baca.. moga kiko gembira di syurga..

      Reply
  10. ikaNo Gravatar
    February 14, 2013 at 3:32 pm

    kakak..takziah..
    kita baca sambil mengalir air mata ni..
    menangis tak benti..
    penah alami benda yang sama dulu..
    seminggu duk nangis je sedih kucing mati..
    sebab jaga baik-baik sangat kan..huhuhu
    sabar ye kakak..
    semoga dia aman di sana..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:04 pm

      sedih kan Ika.. macam hilang ahli keluarga. Moga kiko happy di syurga, yang pasti lepas ni dia tak sakit lagi..

      Reply
  11. HudaNo Gravatar
    February 14, 2013 at 4:18 pm

    Sedih sgt baca entry ni…berderai2 air mata, sabar
    Byk2 ye iz, sekurang2 kiko dpt merasa ksh syg iz
    Sekeluarga…yg pasti lps ni kita semua akan rindu dgn kiko..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:03 pm

      kitorang pun dapat merasa kemanjaan dan kasih sayang Kiko, walaupun setakat 4 bulan je..

      Reply
  12. azNo Gravatar
    February 14, 2013 at 5:38 pm

    i cant stop weeping..even until now..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:03 pm

      kita pun πŸ™ asyik nangis je πŸ™

      Reply
  13. ilaNo Gravatar
    February 14, 2013 at 5:46 pm

    Sabar ye iz..pasti kiko tersenyum’ di atas ‘berterima kasih atas kasih sayang iz pada dia selama ini.

    Reply
  14. ilaNo Gravatar
    February 14, 2013 at 5:50 pm

    Pasti kiko tersenyum’ di atas ‘berterima kasih atas kasih sayang iz pada dia selama ini.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:02 pm

      terima kasih. Moga kiko tak lupakan kami sebab kami akan terus sayangi dia πŸ™

      Reply
  15. pia fatihahNo Gravatar
    February 14, 2013 at 5:58 pm

    takpe kakak…. ape yang kak iz buat tu betull… dari kiko tanggung sakit lamer2 baik kiter kuatkan hati redha dengan lepaskan dia kembali pada Pencipta dia… semoga kiko aman dan bahagia di alam sana… kucing pia pun bnyak mati sbb sakit.. sbb dari kecik mmg sakit (mgkin tu reason org buang dia)… sbgai owner kepada kucing.. kuatkan hati k kak iz πŸ™‚

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:02 pm

      Akak tengok dia muntah, hati akak sakit sangat. Akak takut something bad happens masa cuti cny tu sebab dia dah teruk sangat. Biarlah Kiko pergi dengan tenang daripada mati dalam keadaan yg amat sakit, akak tak sanggup πŸ™

      Reply
  16. wani ezryl *No Gravatar
    February 14, 2013 at 8:45 pm

    sedihnya baca entry ni.. rs nak menangis. faham kesedihan tu sebab kucing kita ni kan dah macam family member.. sakit pening dia kita pun terasa sekali. may be tu yg terbaik utk kiko.. semoga ko dapat jumpa dia satu hari nanti kat akhirat sana :’) rest in peace, kiko.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 2:01 pm

      Tulah moga Kiko tak lupakan kami..

      Reply
  17. sushiNo Gravatar
    February 14, 2013 at 8:49 pm

    dear friend,

    i tahu air mata i & org lain yg keluar sewaktu bace entry ini tak seberat air mata &kesedihan u sekeluarg…btw hope u & keluarga serta adik2 yg lain terus tabah..xtau nk ucapkan apa lg..

    RIP kiko sayanggg…kamu tetap di hati kami semua…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 1:58 pm

      Mesti Kiko happy ramai yang amat sayangkan dia. Air mata i macam mudah sangat keluar. Tengok collar dia pun I boleh menangis πŸ™

      Reply
  18. MFNo Gravatar
    February 14, 2013 at 9:01 pm

    sedih sgt:(

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 1:56 pm

      Kita pun sedih πŸ™

      Reply
  19. noorulNo Gravatar
    February 14, 2013 at 9:39 pm

    Kak iz…sedihh… Takziah buat kak iz,family and anak2 bulus semua…semoga kiko aman di sana…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 1:56 pm

      tq Nurul.. moga Kiko bahagia di syurga..

      Reply
  20. CeeraNo Gravatar
    February 14, 2013 at 10:52 pm

    Sedihnyaaaa.
    Moga kiko tenang disana…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 1:56 pm

      Mekasih Ceera.. memang sedih sangat macam hilang ahli keluarga πŸ™

      Reply
  21. Amalina IbrahimNo Gravatar
    February 15, 2013 at 12:25 pm

    Kakak Iz , be strong yer .. Pernah 2 kali merasa benda yang sama mcm awak .. Redha la akan pemergian Kiko ..

    Kiko , damailah kau disana sayang .. T_T

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 1:55 pm

      Mekasih wak. Masa awal-awal tu rasa guilty sebab tak dapat selamatkan dia.. Tapi sekarang dah okey sikit. Syukur Allah datangkan Kiko pada kami..

      Reply
  22. dilsNo Gravatar
    February 15, 2013 at 1:22 pm

    RIP Kiko. Betul tu, at least Kiko sempat for a few months duduk dalam mewah gak la. Makan wet food, tido ade bedding. Bahagia di Kitty heaven bersama Fasha and Puteh.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 1:55 pm

      Tulah aku bersyukur dapat bahagiakan Kiko walaupun 4 bulan je. Moga dia main sama-sama dengan Fasha dan Puteh kat syurga..

      Reply
  23. nisaNo Gravatar
    February 15, 2013 at 1:52 pm

    menangis bace ni :'(

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 15, 2013 at 1:54 pm

      yang penulis ni lagi la menangis πŸ™ thanks sebab sudi baca ye..

      Reply
  24. Kak AidahNo Gravatar
    February 15, 2013 at 2:39 pm

    Sorry sangat Iz, akak skip banyak part masa baca n3 ni. Tak mampu nak baca bebetul sebab sedih sangat. Meleleh2 airmata. Tak sangka sangat. Ingatkan dia sihat je.
    So far 2013 ni akak asik dapat bad news je. Kat umah akak ni pun apa kurangnya. Dgn Milo yang makin kurus. 2 hari lepas macam cirit birit pulak. Dgn mak akak yang on off je sakit. Minggu ni pulak akak pulak yang tak sihat. Kalau akak dekat dgn umah Iz, akak akan pergi temankan Iz ke hospital tu. Sedih. Be strong ya, dik. Adik2 bulus yang lain akan keep you strong, insyaAllah.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:32 pm

      Mekasih kak.. memang saya tak sampai hati nak cerita yang dia tak sihat.. dalam masa dia sakit tu, saya nak update blog pun macam blank je otak ni. Macam takde apa yang menggembirakan saya.. walaupun kekenit lain banyak ragam yang kelakar, tapi nak buat entry tu rasa cam payahnyaaaa..

      To Milo, moga cepat sihat.. saya faham macam mana perasaan akak.. Kucing tak sihat memang buat kita pun sama naik stress.. especially bila badan dia makin susut.. moga Milo kuat..

      Reply
  25. ZaphNo Gravatar
    February 15, 2013 at 4:59 pm

    Salam takziah Iz, entri ni memang buat i shed tears. memang mengejutkan sekali sebab kakak ingat Kiko dah kembali sihat. thanks Iz sebab pelihara Kiko dengan baik at least di pengakhirannya Kiko pergi with loads of kasih sayang keluarganya especially from you, her Kakak. I know it is hard to let him go tapi he has left us with a lot of beautiful memories fro us to cheerish even though for a short while. Be strong Iz. hugs and kisses from kak. Zaph.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:34 pm

      Terima kasih Kak Zaph.. sorry tau lambat reply comments ni semua.. Tiap kali saya sendiri baca entry dan komen2 ni, saya yang menangis berkali-kali. Nak balas pun air mata nak meleleh-leleh. Saya harap Kiko cukup la kasih sayang dari kami. Walaupun kalau ikutkan kitorang tak puas lagi sayangi dia πŸ™

      Reply
  26. meowwmaniaNo Gravatar
    February 15, 2013 at 6:59 pm

    Ya Allah sedihnya…
    Takziah utk awk tabahkan hati yer…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:35 pm

      Terima kasih wak.. memang sedih sangat.. sampai hari ni masih sedih πŸ™

      Reply
  27. nzNo Gravatar
    February 15, 2013 at 7:14 pm

    Sedihhhhh…sabar byk2 iz…pernah gak kehilangan kucing (michi)…pestu mcm tak caye je michi dah tade…time tu rasa serik nak ada kucing pun yer gak sbb takut kehilangan lagi…
    Ape pun yg pasti…kiko mesti sgt2 bahagia time diye bersame2 ngan iz,aoi,sookie,lilo,ichi,hime,hachiko & family…kiko dah aman kat sana tapi will always remain in our heart..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:35 pm

      Rasanya kalau takde kucing lain, maybe saya pun trauma jugak. Betul, memang takut kehilangan lagi πŸ™

      Reply
  28. ikinNo Gravatar
    February 16, 2013 at 1:10 am

    Iz… I baru arini berani baca psl kiko.. b4 ni tertgk pics kiko da kene balut kt ig baca cepat2 tu pon da sebak sgt… igtkan da ble cool bc entry u ni sbb da few day kiko pergi… tp still banjir gak rupenye!!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:36 pm

      I sendiri pun bila rindu Kiko, baca entry ni. Lepas tu menangis sorang sorang. Sedihnya rasa. Bila baca, terbayang saat2 melepaskan dia tu. Memang pilu gila πŸ™

      Reply
  29. SyeikaNo Gravatar
    February 17, 2013 at 10:55 am

    RIP kiko..:( kak iz,lps bc blog ni br sy thu yg kiko da mnggl..sy dpt rs ape yg kak iz rsa,smpai sy pn mnggis..smga kiko brhat dgn aman d sna…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:37 pm

      Mekasih Syeika. Akak memang tak cerita pun waktu Kiko sakit. Sebab akak tak sanggup. Akak harap dia sembuh, kemudian baru plan nak cerita di blog. Rupanya akak terpaksa ceritakan pasal kematian dia πŸ™ sedih sesangat..

      Reply
  30. AinsyazwinaNo Gravatar
    February 17, 2013 at 4:37 pm

    menangis baca entry ni :(( sabar eh kakak :’)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:38 pm

      Mekasih tau πŸ™

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 3, 2013 at 2:04 pm

      Memang sedih.. Ni entah kali ke berapa akak baca semula entry ni, masih menangis!

      Reply
  31. waheedaNo Gravatar
    February 18, 2013 at 4:20 am

    yaAllah, air mata mencurah2 baca post ni..sgt2 sedih bila kehilangan kucing yg kite syg kan..sy pun pnah..kucing yg paling sy syg meninggal atas tapak tgn sndiri..still igt that momment..wuuuu~
    jgn sedih2 okey..kiko tgh makan orijen kat syurga tuh..hehe~ keep on inspiring others kak iz..u r truly amazing..!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:39 pm

      Terima kasih Waheeda. Akak cuba kuatkan semangat masa lepaskan Kiko. Akak harap Kiko gembira akhirnya akak lepaskan dia. Bila difikir-fikir, Kiko mungkin bertahan sebab akak selalu cakap kat dia waktu dia sakit, “Kakak sayang Kiko, tolong jangan tinggalkan kakak..”

      Reply
  32. ellynNo Gravatar
    February 18, 2013 at 10:53 am

    Iz.. Saya nk ucapkan takziah lagi sekali. Sedihnya Iz. Sedih sangat…
    Rasa ketat dada nak tahan-tahan air mata nii. Officemate dekat sebelah dah jeling-jeling heran ni ha. Aduhaiii..
    Saya doakan semoga Kiko akan lebih bahagia dan gembira di syurga ye Iz. Kiko pasti akan doakan kebahagiaan Iz sekeluarga jugak. Salam peluk cium kuat-kuat untuk Kiko walaupun dia dah tenang di sana.. :'((((

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:40 pm

      Mekasih Ellyn.. saya sendiri baca komen-komen ni semua, ayik menangis je.. Nak balas memang tak mampu.. bila dah tenang, baru balas.. Tapi rupanya waktu balas ni pun air mata berderai-derai πŸ™ Mesti Kiko happy kan sekarang..

      Reply
  33. pepariNo Gravatar
    February 18, 2013 at 12:16 pm

    Salam Izz,,

    yang membacanya pun dah berjurai air mata, apatah lagi tuannya yang mengadap kan? Semoga Izz terus tabah dan sabar ya.. baca entry di opis, tersenggut2 bahu menahan nangis.. dengan selsema lagi.. semoga izz dilimpahkan rezeki… dengan kebaikan yang izz berikan pada mereka yang perlukan pembelaan orang macam izz…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:43 pm

      W’salam.. saya membalas komen ni pun air mata berjurai.. Terima kasih tau doakan kami sekeluarga..

      Reply
  34. GainNo Gravatar
    February 22, 2013 at 1:01 pm

    know ur feeling, sis, been there.
    same as us, when our cat die,
    we also held him,
    and bury him like u did.
    Semoga tabah sis

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:29 pm

      Thank you for your kind words πŸ™‚

      Reply
  35. AzielNo Gravatar
    February 24, 2013 at 9:31 pm

    You are very strong, Iz. Semua rasa yang u cerita especially masa saat2 akhir nak melepaskan Kiko tu sampailah ke saat nak kebumikan dia, sangat-sangat sama mcm waktu I let go of my Kiki. But I can never be strong enough to put the whole story into words, sbb bila teringat je I will menangis teresak-esak and susah nak stop.

    But Iz, by sharing this, you are actually letting people out there know how we all should feel towards animal. Dorg bukannya benda, dorang makhluk yang patut disayangi dan tak salah manusia ada rasa emosi bila dorg ‘pergi’. Sebab kadang-kadang ada orang dengan tak berperasaannya akan kata ” jangan nak nangis sangat boleh tak?”. SUmpah jadi lembu kang baru tau. :p

    Rest in peace, Kiko. Jumpa Kiki kirim salam peluk cium. Main sama-sama baik-baik, okay? πŸ™‚

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 26, 2013 at 5:28 pm

      kan.. nasib baik la so far semua macam faham perasaan i. Semua bagi sokongan. My own family pun faham macam mana i sayang all my cats.. kehilangan tu terasa sangat-sangat. I sampai termimpi-mimpi lah. Sedih sangat. Waktu kiko sakit, i rasa hidup i berendam air mata je. Hari-hari menangis..

      Reply
  36. faizNo Gravatar
    July 11, 2013 at 1:02 pm

    kak iz, felt the same way masa seri pergi. though sebulan je, tp impact dia, sedih sangat. tanam dia dekat2 so that boleh jenguk dia hari2.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 11, 2013 at 10:36 pm

      Sedih kan. Bila dah alami sendiri, barulah kita tahu macam mana pedihnye rasa kehilangan, walaupun sekadar sekor kucing kan πŸ™‚

      Reply
  37. ArielNo Gravatar
    October 1, 2013 at 11:32 pm

    HUrmm… honestly.. saya menangis masa baca cite kamu ni…
    yeah sedih sgt kn… kehilangan salah sorg ahli keluarga kira (even dia kucing sekali pun)

    orang may be akan cakap yang kita ni emo lebih.. ‘kucing mati pon nk nangis… bela jer la lain’… but they will never faham ap yang kita si para pencinta kucing ni rasa :'(

    baca entri ni smbil nangis teringat kt my Baby Teh… pergi buat selama2 nya NOV tahun lepas…
    sad sagt2… lepas 13 tahun bersama dgn dia… dia pun dah kita salah sorg ahli keluarga Ariel… bila dia pergi memang sgt sgt terasa… jujur cakap.. rasa mcm kehilangan seorg adik…

    menangis teringatkn dia… sama mcm kiko… pergi sbb sakit… punca batu karang… menyesal sbb ignored kn tnda2 yg my Baby teh… before sakit teruk.. dia buat perangai… kecing kt dapur.. tepi katil.. atas tilam… mcm dia nk tunjukkn kt family dia yg dia x sihat… tp saya x sedr.. smpi lah dia mula kencing berdarah n mula sakit…

    bawak vet but dah terlambat… ikhtiar gak… bg ubat.. pas 5 days.. dia pergi dgn tersiksa… setiap malam tidur dgn dia… peluk dia walaupun dia busuk… sedih sbb dia pergi masa sy x ad.. waktu ad exam mid term… pas abis je nmpk ad 5 kol dr abg.. ckp Baby Teh dah pergi… trus pergi balik… tinggalkn kelas ptg walaupn ad exam lg…. sumpah terlalu sedih… 1 week cry n demam.. x dpt terima dia dh pergi…. huhu :'(

    Baby Teh… Daddy always love you…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 3:04 pm

      kalau batu karang ni memang macam tu lah tanda-tandanya. Takziah buat awak. Memang sedih bila kucing kesayangan kita mati πŸ™

      Reply
  38. Hamba AllahNo Gravatar
    October 20, 2013 at 12:05 am

    Assalamualaikum kepada akak….sy minx maaf sebab respon sy tersangat la lewat…sy pun baru teringat pasal website ni hari ni…Ya Allah…sedih sangat bila baca tentg Kiko…sy ingat lagi, akak beli dia, n dia kucing yg sangat istimewa…sy perna bermain dngn dia…dia buat backflip…seronok sngat tengok…lembut je…sy peluk dia….itu la kali pertama n terakhir sy tngok dia…akak…smoga Allah merahmati akak…tanpa akak dia xkan ada tuan yg sngat syg kat dia…sy xbole berhenti mnangis kak…sy mnangis masa taip ni…sy pun perna ada kucing…yg sangat sy syg…dia pun sakit…n mati depan mata sy…di pangkuan sy,…sy yg tanam dia…sy xbole lepaskan dia…dia la peneman sy hari2…makan, tido, maandi, main…sume sama2…sy faham ape yg akak rasa… :'( maaf la sbb bnyk sngat sy taip…sy cuma na ucapkann takziah…Assalamualaikum.. :'(

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 3:00 pm

      W’salam. Kiko ni stray cat yang datang rumah. Semua akak ada cerita dalam entry ni. Yang kat rumah tu nama Hachiko. Dia masih ada dan sihat walafiat πŸ™‚ Terima kasih atas ucapan takziah untuk Kiko

      Reply
  39. TyraNo Gravatar
    October 25, 2013 at 2:58 am

    Assalamualaikum kak. Sedih sangat baca pasal kiko niy.
    Kebetulan, my cat baru je pergi :'( Bila baca niy, teringat kat dia. Hmm
    Takziah.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 2:50 pm

      waalaikumsalam. Terima kasih awak. Setiap kali baca cerita kiko ni, rasa macam dia baru je sangat tinggalkan kami πŸ™

      Reply
  40. DanNo Gravatar
    January 14, 2014 at 10:48 pm

    Saya ada sekor kucing mcm Kiko. Tapi sy tak mampu bela. Saya ada sinus. Umur kucing 5 tahun.
    Nama Gmail. Ada yang sudi?
    Sila contact saya, saya boleh email gambar Gmail. TQ

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 1:42 am

      terima kasih.. tapi buat masa sekarang ni saya tak mampu lagi nak adopt kucing. Kalau tak mampu bela Gmail, iklankan dia untuk adoption ya πŸ™‚

      Reply
  41. elyz_olenNo Gravatar
    January 29, 2014 at 4:47 pm

    bwk byk bersabar..Kiko pergi dgn aman.sy percaya yg Kiko mendoakan yg baik2 utk tuannya..sy cuma da sekor kucing ( Olen ).dulu penah kuar umah ( mungkin majuk kene marah teman serumah)..sy menangis mcm org gila carik dia satu flat.dr tingkat 1 ke 20.alhamdulillah…Olen balik sendiri dan lepas tu xmo kluar rumah lg..tak tau nk bayangkn mcm mana keadaan sy nanti bila Olen ‘pergi’ meninggalkn sy…mcm KIKO..

    Reply
  42. Awliya rafflesiaNo Gravatar
    November 17, 2014 at 12:31 pm

    Kak sumpah kita menangis baca cerita pasal kita jalan cerita pun sama mcm kucing kita kak. tapi dia mati kena langgar. mesti akak meraung cari dia kat rumah kan ? rasa nak dia je sampai bila2 . tape kita doa kita akan dapat jumpa dia di syurga nanti.

    Reply

Leave a reply to ika

Click here to cancel reply.