Abang Jerry

Cakkkkkkk!!!~

C360_2013-05-04-20-04-52-964

Hai.. nama abang, Jerry. Haaaa.. terkejut tak? Hmmphh.. Abang dah agak dah mesti ramai yang tak kenal abang, especially mereka yang tak follow Izzy Pets di Facebook. Baiklah, sebelum semua yang membaca ni bertambah blur, biarlah abang perkenalkan diri dengan lebih lanjut lagi.

Kenapa abang bahasakan diri sebagai ‘abang’? Sebabnya abang ni gagah perkasa. HAHAHAHAHA. Kalau dah gagah mestilah bahasakan diri abang ye tak? Eh eh tadi kata nak perkenalkan diri, tetibe jadi macam nak promote diri pulak. Tak malunye, hikhik.

Abang sebenarnya ingat-ingat lupa la sejarah hidup abang. Yang abang ingat, selepas kakak mula bukak Sookie’s Kiosk, abang selalu nampak kakak Seri lepak situ. Waktu tu, biasalah abang mesti lah jalan-jalan. Maklumlah boboi. Kalau tak round pusing satu dua kampung tu memang tak sah la kan. Niat di hati pada mulanya nak tekel kakak Seri. Tapi masa tu abang dengar kakak sembang dengan abang long, kata dia Seri ni bunting. Cehhhh.. patut la bengkeng sangat kakak Seri tu. Hmphh.. lepas je abang tahu dia bunting, malas la abang nak tekel dia. Buang masa je kena tengking. Hik hik.

20130330_192243

inilah Seri Dewi Malam, anggun kan?

Abang perhatikan dekat kiosk kakak selalu ada makanan sedap. Tapi abang hanya dapat pergi makan waktu kakak Seri off duty je. Eh lupa pulak nak bagitahu, kakak Seri tu cashier kat Sookie’s Kiosk. Inilah cashier paling garang sekali pernah abang temui. Kalau dia duduk lepak depan pintu masuk kiosk tu, kucing-kucing lain jangan harap la nak dapat makan free. Memang kena terajang dek kakak Seri. Phewwww.. abang pun pernah la kena sekali dua. Sampai terpaksa masuk ikut bawah bidai. Hish, angin kus kus sangat bila bunting ni yek? Scary mary!

20130331_012127

No entry!

Tapi memandangkan kakak Seri ni bunting, maka dia selalu MC. Morning sickness agaknya. Kakak ialah majikan yang baik sebab dia tak pernah kisah pun kakak Seri nak MC sehari ke, seminggu ke.

20130330_224847

 tidur je keje dia

20130330_225134

tidur

20130418_225318

dan tidur lagi

Apalah gunanya kakak Seri datang kerja tapi kerjanya asyik tidur je kan? Kadang-kadang customer datang pun dia tak sedar. Kesian sangat. Mungkin ibu mengandung memang selalu letih macam tu.. Hermm.. Tu yang kakak suruh dia bercuti terus sambung maternity leave sekali.

Maka dengan itu, abang pun bawak resume dan pergi apply kerja di Sookie’s Kiosk.

20130414_160053

wajah cuak abang sewaktu temuduga

“Kakak, saya datang nak apply kerja. Dengarnya cashier yang nama Seri tu tak lama lagi nak maternity leave kan? Tu yang saya apply ni memandangkan saya sekarang ni menganggur,” begitulah dialog abang sambil menghulurkan resume dan semua sijil abang buat tatapan kakak sewaktu temuduga. Abang long pun salah seorang panel temuduga waktu tu.

Kakak belek sijil dan resume abang dan kemudian dia senyum.

20130414_155945

sewaktu temuduga

“Comelnya awak niiiiii.. tium tikitttttt..” muah muah muah tiga kali dia cium abang. Ish malu pulak rasanya, hehe..

“Baiklah, awak diterima bekerja. Dengan ini kakak namakan awak Jerry, setuju?” kata kakak sambil menghulurkan salam tanda bersetuju meng’hire’ saya sebagai cashier.

“Setuju kakak!” jawab abang dengan girang.

Kakak cakap kadang-kadang bila public holiday pun dia akan buka kiosk dan tanya kalau-kalau abang tak kisah bekerja. Opkos la abang takde masalah sebab dapat triple pay woi, sape taknak? Dah la triple pay, free flow food lagi. Lepas tu customer yang datang, akan peluk abang dan ajak main-main. Mau tak happy?

C360_2013-05-04-18-19-57-161

berehat sambil mengambik angin

Jadi itulah serba sedikit macam mana abang muncul dalam hidup kakak dan abang long. Big Boss abang, si kakak Sookie tu pun setuju abang bekerja di Sookie’s Kiosk sebab dia kesian takde siapa yang bantu kakak bila kakak Seri MC. Kakak sudah pun neuter abang sebab dia cakap dia sayang abang, taknak abang naughty, gaduh sana sini, merayau jauh-jauh atau jatuh sakit. Hidup abang lebih gembira selepas di-neuter. Badan pun makin naik, apa lagi bila kakak bagi abang makan Royal Canin Kitten. Memang sedap fuhh! Kata Dr Lean yang neuter abang, abang ni agaknya dalam lingkungan satu tahun. Abang pun tak hingat dah bila besday abang. Tapi kakak cakap next year, dia akan celebrate besday abang sekali dengan besday dia. Yippie!!

Sifat abang yang mesra pelanggan ni membuatkan ramai yang sayangkan abang. Kadang-kadang abang ikut masuk dalam kereta pelanggan sekali. Ehekhekhek. Abang ni obses dengan kereta semenjak kakak bawak abang naik kereta pergi klinik. Tak sangka begitu best. Semenjak tu, pantang nampak orang buka pintu kereta, mesti abang lompat masuk. Jadi selalunya kakak akan berjaga-jaga. Bila ada pelanggan yang nak balik, kakak akan dukung abang untuk pastikan abang tak berada dalam kereta diorang kahkahkah. Saiko betul kakak ni.

Kakak cakap pada abang long, perangai manja abang ni serupa dengan arwah abang Kiko. Hmm.. abang tak kenal siapa Kiko tu, tapi abang pasti mesti dia sangat special bagi keluarga kakak. Tapi kakak cakap abang tak boleh lawan Kiko sebab Kiko boleh duduk diam dan tidur atas pangku kakak waktu dalam kereta. Abang mana boleh, mesti nak tengok lampu, tengok lori sampah, tengok motorsikal. Rugilah tak tengok permandangan kan?

20130503_211106

bestnye naik kereta!!

Setiap pagi sebelum pergi kerja, kakak akan datang ke kiosk untuk isikan abang makanan dan air. Petang bila balik kerja pun kakak akan top upkan makanan lagi. Dan waktu malam pun macam tu. Kakak tak bawa abang balik rumah dia sebab dia taknak abang stress, dan kucing di rumahnya pun stress. Maklumlah kakak sekarang sangat sibuk. Dia risau kami sama-sama tak dapat sesuaikan diri antara satu sama lain. Takpe, abang tak kisah pun. Sebab duduk di kiosk pun sangat selesa. Bila waktu malam, abang tidur atas meja. Tak kena hujan, tak sejuk. Abang tak kecik hati pun sebab abang tahu kakak sayangkan abang sama macam dia sayangkan kucingnya yang lain. Tapi dengar khabar macam kakak dan abang long nak bawa saya balik rumah tak lama lagi hiiihihihi..

2 minggu lepas, kakak rawat ear mites pada telinga abang. Pakai cotton buds dan Surolan. Percaya tak masa rawatan pertama, kakak gunakan lebih 20 batang cotton buds untuk bersihkan telinga abang? Sekali korek, terus hitam cotton bud tu. Eeeee… tak sangka begitu banyak ear mites membina rumah tangga bahagia dalam telinga abang. Patutlah bedengung dan gatal benar telinga abang ni. Lepas rawatan pertama, abang rasa telinga abang ni ringan sikit. Tapi dua hari kemudian, telinga abang jadi hitam semula. Biasalah ear mites, kena rawatan berulang kali baru la sembuh. Sekarang telinga abang semakin elok dan abang pun semakin tampan, hew hew.

Baiklah. Abang rasa cukuplah sampai di sini sahaja coretan abang buat kali ini. Abang pasti akan update lagi blog kakak ni bila abang ada masa terluang nanti. Tata!~

20130421_215952

Comments

comments

18 comments on Abang Jerry

  1. dilsNo Gravatar
    May 6, 2013 at 2:35 pm

    Lawanye abg jerry ni…. Mcm Orangina

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 6, 2013 at 2:39 pm

      Hahaha comel kan. Aku takde kucing oren! Ni first time, hihih

      Reply
  2. hayati ghazaliNo Gravatar
    May 6, 2013 at 2:37 pm

    Ekor kemetot dan saiz badan mmg serupa macam arwah kiko…..Iz cadang nak bawak balik ke? Harap Diva Aoi boleh terima, jgn sampai jadi macam kucing saya, bwak yg lain, dia pun terus tak mo masuk rumah dan terus meng’adopt’ diri sendiri kat neibor sebelah, boleh?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 6, 2013 at 2:42 pm

      Tu yang saspen jugak. Kitorang pulak sekarang tengah sibuk, taknak pulak nanti diorang tak dapat terima each other kan. Masa arwah Kiko dulu, saya ada banyak masa di rumah. Petang-petang kalau bagi keluar main sesama, memang kena control si Lilo tu. Kalau tidak, diketuknya kepala si Kiko. Garang sangat tu hahaha. Dengan Aoi pun kena jaga juga hati dia. Karang kalau dia stress kang mula la tak selera makan la, overgroom la.

      Reply
  3. norNo Gravatar
    May 6, 2013 at 2:44 pm

    alololo..abang jerry ni…bertuah dpt bekerja dengan kakak..

    abang jerry jgn susahkan kakak tau..

    izz , u are my idola tau!!!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 6, 2013 at 3:22 pm

      Mana ada abang menyusahkan kakak. Abang ni good boy sangat tau, hehe

      Reply
  4. EnaNo Gravatar
    May 6, 2013 at 5:21 pm

    seri g mn plak.?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 8, 2013 at 12:34 pm

      Seri duduk kat rumah jiran. Tapi katanya tak beranak lagi. Risau kat Seri tu sebenarnya 🙁

      Reply
  5. What's my nameNo Gravatar
    May 6, 2013 at 8:29 pm

    Eiii tomeynya abam jerry… Arap kcg2 kt umah bg warm welkam hoke..(pestime komen sjak skian lama menSR hehe)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 8, 2013 at 12:34 pm

      Hehehe tu la harapnya begitu 🙂 Risau yang kat rumah tu je garang dengan dia. So far Jerry ni nampak mesra

      Reply
  6. AujinzNo Gravatar
    May 6, 2013 at 9:51 pm

    berapa gaji Abang Jerry nie?.. amboi siap dapat makanan free flow lagi… kah kah kah

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 8, 2013 at 12:33 pm

      Gaji beliau terpaksa dirahsiakan. Tapi kasih sayang memang melimpah ruah selain dari free flow food hahaha

      Reply
  7. Kak AidahNo Gravatar
    May 7, 2013 at 11:56 am

    Hensem abang jerry ni. Tang ekor tu paling mahal. Kontot je. Jerry ni kira macam cashier merangkap pak gad jugaklah ni kan. 2 dalam 1 gitu. Selamat bertugas ya, abang jerry.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 8, 2013 at 12:32 pm

      Ekor dia separuh, tapi bersimpul kak, macam wayar telefon hahaha..

      Reply
  8. cik sushiNo Gravatar
    May 11, 2013 at 6:08 pm

    abg jerry tau!hehe..
    bestnye kedai kakak sookie ni..nak sangat pergi haih..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 18, 2013 at 6:41 pm

      Takpe, bila free nanti boleh la sesat sampai ke kuantan hehehe

      Reply
  9. jojetNo Gravatar
    May 16, 2013 at 10:35 am

    aku pernah jumpa mereka kt kedai ko, begaduh je kejanya!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 18, 2013 at 6:40 pm

      Hahahaha bukan bergaduh, tapi Seri tu garang sangat sebab dia kan mak buyung. Hormon tak stabil! hehe

      Reply

Leave a reply