Jadi Manusia Ni, Jangan Nak Angkuh Sangat

Hai.. okey janganlah marah sebab dah errmm.. seminggu tak update? Hehehe.. Dah la lama tak ketemu kan, tiba-tiba hari ni nak update membebel-bebel pulak. Jaga-jaga cik Salmah! Hehe..

Hari itu aku pegi makan malam dengan husband kat satu restoran ni, dekat-dekat dengan rumah aku jugak la. Memang selalu sangat la kitorang makan kat situ. Sampai tukang masak pun dah siap sedia masak bila nampak kitorang agaknya. Sebab order tak sampai 5 minit, dah siap terhidang. Hahaha. Nampak sangat hari-hari makan benda yang sama, kikiki..

Aku dah lama perhatikan satu keluarga ni, buat tak layan je kucing dok kat bawah meja dia mintak simpati. Hulur la sikit ayam ke hape ke. Tak mati kebulur pun kalo engko bagi secubit ke dia wei. Si isteri muka punya la angkuh macamkan engko makan kat restoran 5 bintang. Tetibe aku nampak si suami sepak ke belakang kucing tu. Binatang!!!!! Terbeliak bijik mata aku. Bodoh punya orang! Terpinga-pinga je si kenit tortie tu kena macam tu.

Husband suruh aku pegi amik si tortie tu bawak dekat kitorang. Terus aku pegi amik si kenit tu datang kat meja kitorang dan aku bagi makan. Sambil sebak-sebak aku membebel dekat husband. Manusia pesen apa entah cari pasal dengan kucing sekecil tu. Nak gaduh pegilah cari pasal dengan orang yang sama size dengan engko wei!

IMG_20130415_203537

kitorang memang akan bawak bekal ni kalau pegi makan

So bila ada kucing datang, aku tuangkan sikit-sikit bagi diorang makan. Aku tak tuang banyak, takut tak habis nanti tuan kedai marah pulak kan.

Aku dan husband memang takde masalah berkongsi makanan dengan kucing. Tak pernah rasa terganggu kalau ada kucing datang mengecek makanan. Kadang tu kalau order tomyam udang, dalam tomyam tu ada 10 ekor udang, aku makan dua ekor je. Lagi lapan ekor tu aku bagi dekat kucing. Siap kupaskan lagi. Tapi kadang-kadang macam tak cukup. Tu yang kitorang bawak bekal cat food terus.

20130429_202207(1)

 si tortie mangsa tendangan lelaki bodoh sedang menjamu selera

Kesian tortie ni. Dia dah la takde gigi, entah kenapa. Yang tinggal cuma taring je. Kesian dia. Kalau ikutkan, dia lebih prefer kalau aku hulurkan dia ayam atau apa-apa daging yang lembut. Tapi kibbles pun dia makan. Kalau aku bagi RC, laju je dia makan. Kibbles aku letak tak tentu. Kadang-kadang Star Pro. Kadang Iams, Kadang RC, Kadang Vetmaster.

20130429_202129

Sian tortie kakak

Dia ni manja. Kadang aku angkat dia letak atas pangku. Baik sangat. Badan kecik je. Hari tu, aku usap-usap dia sambil pesan, “Lain kali jangan pergi kat orang yang kedekut dan keji macam tu, mari datang dekat kakak. Kakak bagi awak makan banyak-banyak ok..” sambil aku jeling dekat si isteri tu.

Kamon la wei, yang engko nak kedekut dengan kucing ni apahal? Pengsan ke engko kalo bagi sikit makanan kat kucing tu? Kucing kalo dia kenyang, takdenye dia kacau la. Aku boleh kenal orang yang takut kucing, benci kucing atau simply takde otak nak kedekut dengan kucing. Padahal bila dah siap makan tu, takde jugak licin pinggan engko tu.

Masa kecik-kecik mak selalu pesan dekat aku. Jangan sakiti haiwan yang tak memudaratkan kita, sebab nanti di akhirat, haiwan tu akan jadi besar macam kita dan kita akan jadi sebesar dia waktu di dunia. Masa tu dia akan balas semua perbuatan kita pada dia. Jadi Tortie, kakak harap nanti awak tendang balik lelaki tu sampai ke hujung dunia. Biar dia melutut mintak maaf dekat awak.

20130429_202143

Tortie dah kenyang!

Tengok, bila dia dah kenyang, dia duduk je. takde dah nak kacau orang. Makanan dia tu, ada je kucing lain datang tolong habiskan. Jadi kepada catlovers atau feeders, kalau rasa susah atau selalu lupa nak top up pack makanan kucing dalam handbag, buat je macam aku tu. Masukkan cat food dalam botol air. Bila pegi makan kat mana-mana, bawak je sekali. Kalau ada kucing mengendeng, tuang sikit-sikit. Banyak kali tuang tak apa, supaya tak bazir dan kotorkan tempat tu. Tak semestinya catlovers atau feeders je boleh buat macam ni. Orang yang tak minat kucing pun, boleh juga. Supaya takdelah rasa terganggu waktu makan. Sebab kucing-kucing sekalian semua ada makanan masing-masing 🙂

Idea ni pun husband yang bagi. Sebab masa dia di Terengganu, dia banyak ‘adik angkat’. So dia beli bag besar terus dan suruh aku transferkan dalam botol supaya senang dia nak bagi makan.

20130429_202136

hai kakak!

Kucing ni bunting. Tapi dia pemalu. Tak macam si Tortie tu yang tak kisah duduk atas pangku. Dia ni kalau aku tuangkan makanan pun nak malu-malu dulu. Bila aku tak pandang dia, baru dia makan. Kesian. Entah-entah ada pengalaman pahit juga kan? Nanti bila kakak datang makan kat sana, awak datang kat kakak ok. Kakak bagi food 🙂

Okeylah, nanti update lagi.. hihi..

Comments

comments

27 comments on Jadi Manusia Ni, Jangan Nak Angkuh Sangat

  1. hayati ghazaliNo Gravatar
    May 2, 2013 at 2:34 pm

    saya pun mcm Iz jugak, stress klu tgok ada yg sepak kucing yg buat muka kesian kat meja diorang, tapi yelah, kita tak boleh paksa diorang suka kucing, tapi jgn la sepak kan…tak baik, dia cuma seekor kucing yg lemah…apa salahnya berkongsi rezeki sesama makhluk tuhan kan 🙂

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 2, 2013 at 2:35 pm

      Kan.. tak payah la sepak. Bukannya kucing tu berbisa mcm ular ke apa. Kalau ular tu, takut pulak nak sepak? Hahahaha.. Mentang-mentang kucing tak pandai lawan balik kan.. sian diorang 🙁

      Reply
  2. Ena FaizNo Gravatar
    May 2, 2013 at 2:37 pm

    Baca pun dh rs marah..huh..
    Alhamdulillah, selama akak mkn kt mn2 kedai x pnh jmp org bodoh mcm tu..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 2, 2013 at 2:42 pm

      Baguslah kalau macam tu kak. Kalau boleh biarlah semua orang murah hati dengan haiwan kecik yang tak berdaya macam ni. Kesian diorang. Kalau dia kenyang, dia tak kacaunye kita kan.

      Reply
  3. BibieNo Gravatar
    May 2, 2013 at 2:39 pm

    Geram tau…kalau ye pun xnak bagi kedekut tahap gaban, xpayahlah sampai nak aniaya binatang. Sepak binatang kecil bolehlah, certry sepak harimau. #emo

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 2, 2013 at 2:41 pm

      Haaaa itulah kan. Dengan haiwan yang tak reti melawan tu beranilah nak sepak. Cer try sepak rimau kan!

      Reply
  4. ellynNo Gravatar
    May 2, 2013 at 2:45 pm

    terpinga-pinga muka tortie kena sepak ~ alahai iz… terbayang muka tortie masa tu :'(((((

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 2, 2013 at 3:07 pm

      memang! sebab bebetul depan mata. Rasa nak curah je tomyam panas kat muka dia 🙁

      Reply
  5. nadieyatul akmalNo Gravatar
    May 2, 2013 at 3:17 pm

    Huhu cedihnya… ada ke g sepak kucing tu… ada jiran umah sy suke pukul kucing. Kak .. kucing tu lalu je kot kat umah dia, dia baling ngan penyapu…adehhh sian gile… ada hari tu dia datang nyembang ngn mama kat umah, dia nampak mama bagi makan tam… tam tu memang slalu datang makan pagi petang kat umah, dia kata trus, dia kalau kucing lalu je, dia dah baling penyapu ….adehhh lalu je kot… pastu dia kata kucing jahat…..hmm… x paham la knp dia mcm tu…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 2, 2013 at 3:35 pm

      kejamnya 🙁 jahat kucing je yang dia nampak, jahat diri sendiri tu macam mana nak kira??

      Reply
  6. dilsNo Gravatar
    May 2, 2013 at 3:49 pm

    Kesian nye. Aku selalu lupa bawak. Then baru la nak terkial2 cari ayam goreng. Aku makan ayam goreng tu kulit je ( eh paling sedap tu) and sikit isi, lain2 aku siat2 and bagi kat kucing. Taknak bg tulang sekali takut sepah kena sound pulak kan. Kalau isi ayam mmg konfem habis.

    Nak buat bekas khas la letak makanan kucing. Tapi kalo bwk gitu mesti tak jumpa, kalau tak bawak tu la mesti ade.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 2, 2013 at 4:29 pm

      Selalunya gitulah. Aku kadang sampai carik hahahahaha.. Tu la aku kalau bagi udang ke, ayam ke memang bagi isi je. Senang dia makan pun..

      Reply
  7. norNo Gravatar
    May 2, 2013 at 3:58 pm

    kuang ajo punya jantan..eiii geram i baca. rasa nak sepak je manusia perut apa tah. Izz, i biasa buh dalam plastik je, pastu sumbat dalam bag.Tapi kalau lupa,kat kedai makan, i bagi je lauk yang i ada.tapi kekadang tuan kedai tu marah, biasanya husband akan angkat kucing tu dan makanan tu bawak ke luar kedai.tak semua orang suka, tapi mereka ni tak tau ke kucing tu kesayangan rasullulah, kata islam kan..haruslah ikut sunnah nabi . aisshh naik terus temperature..sekali kakak update..berasap nih..hehee

    nak share sikit, , kat tempat i, ada sorang makcik ni, tua dah , pangkat nenek-nenek, dia lagi mulia dari i, sebab,setiap pagii dia akan bawak sebaldi nasi yang di gaul dengan ikan.untuk diberi kucing-kucing terbiar kat pasar borong.i sendiri pun tak mampu buat.rasa nak peluk je makcik tu.

    harap ramai lagi yang berhati perut kan… 😉

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 2, 2013 at 4:10 pm

      Ha’ah memang ada sesetengah kedai tak suka. Tapi kalau kita tak bagi makan, kucing tu ganggu customer dia, tak ke lagi menyusahkan dia ye tak? Kalau saya, lagi saya suka orang bagi kucing makan. Kedai tu dah tentu jugak kena sapu & bersihkan ye tak? Terharu baca makcik tua yang bagi kucing makan tu. Saya sendiri pun tak terdaya buat macam tu. Setakat ni mampu bagi makan bila terserempak je la… harapnya lebih ramai orang yang macam makcik tu dalam dunia ni kan..

      Reply
  8. ikinNo Gravatar
    May 2, 2013 at 4:34 pm

    ish… sakit ati lak bile baca tang mamat bodoh tu… klu i harus terus lahar je dia! mak bapak tak ajar agaknyer … nanti satu keturunan dia benci kucing.. klu anak nyer tgk harus la anak dia pon ikut perangai dia sepak kucing….. org mcm ni mmg patut bagi sedar skit…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 6, 2013 at 3:24 pm

      Memang betul! Sebab dapat teladan dari bapaknye. Bapak sepak kucing, anak pun tak mustahil sepak kucing nanti.

      Reply
  9. sushiNo Gravatar
    May 2, 2013 at 8:37 pm

    Kan iz..ade lagi yg awek terjerit2 kunun sebab takut kn kucing yg dtg ke dia n mtak bf halau..rase nk tenyeh dgan makanan die tu.kucing je kot.tp gedik takut tu cam nampak hantu je

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 6, 2013 at 3:23 pm

      Takut kucing tu memang takleh nak cakap apa la. Tapi kalau bf dia halau dengan cara menendang kucing tu, memang layak makan penampar. hahaha

      Reply
  10. HanaNo Gravatar
    May 2, 2013 at 9:10 pm

    ye kan, org cmtu mmg x berkat hidup dkt dunia, sbb slalu buat makhluk tuhan teraniaya.. ckp2 benci dgn org mcm tu..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 6, 2013 at 3:22 pm

      Tak baik kan.. bukannya kucing tu rimau pun. Takyah nak aniaya laa.. kan?

      Reply
  11. Kak AidahNo Gravatar
    May 3, 2013 at 10:23 am

    Thanks Iz bagi akak idea ni. Akak selalu jugak jumpa orang yang tak de belas dgn kucing, anjing ni semua. Kesian sangat. Pernah sekali tu akak tengok lori langgar kepala anjing tu berkali2. Meraung2 anjing tu, iz tapi dia tak mati pulak. Itu yang buat kita lagi sedih. Ada sekali tu akak nampak kat central market KL, ada sorang budak ni ikat tali dkt sekor tikus. Lepas tu dilepasnya tikus tu kat jalan sibuk supaya ada kereta langgar tikus tu. Berlari kesana sini tikus tu tapi tak boleh lepas pun sebab diikat dgn tali kan. Kesian akak tengok. Macam2 cara orang menyeksa binatang ni. Sakit hati akak tengok.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 6, 2013 at 1:54 pm

      Grrrr,,, kejamnya.. sakit pulak hati saya baca 🙁 Cer kita ikat tali kat kaki dia lepas tu letak kat tengah jalan. Budak-budak sekarang ni tatau la apa nak jadi 🙁

      Reply
  12. AujinzNo Gravatar
    May 6, 2013 at 9:56 pm

    sebagai presiden kucing, gua nak bikin union!

    Aku tak suka orang tendang kucing sebab dia mengecek makanan. Aku dah train sesiap Mem Kecik supaya berkongsi makanan dengan kucing… huhuhu

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 8, 2013 at 12:32 pm

      Kan.. memang kena ajar dari kecik. Share makanan takdenya rugi pun kan 🙂

      Reply
  13. adimalaNo Gravatar
    May 20, 2013 at 1:01 pm

    sian kan…sedih baca….sy pun skrng kalau gi keje mesti bwk kibbles…gi keje jln kaki jer sebab dekat…ada la 2 ekor kucing ni memang dah hari2 bagi mkn smpi kalau nmpk saya dari jauh lagi lari ke arah sy sambil gesel kat kaki lapar la tu…tapi ada jugak akak jual nasi lemak kat situ yg baik bagi mkn…tgk kat gerai dia ada bnyk kucing…tapi dia tak kisah tolong bg mkn kucing tu…murah rezeki akak tu…..anak pun request bwk kibbles gi skolah kata nya ada kucing kdng2 msk kelas dia…bagi jgk bekal kibbles kat dia….kesian tgk nasib kucing2 jalanan ni… 🙁

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      May 20, 2013 at 3:12 pm

      bagus la anak2 semua dilatih kesiankan strays. Saya pun dok pesan kat anak2 buah. Kalau kucing datang, jangan sakiti dia. Tak suka tengok budak2 buli kucing. Saya kat opis pun ada sebekas makanan kucing. Hehe

      Reply
  14. mosesNo Gravatar
    February 20, 2014 at 12:28 pm

    Salam. best layan blog ni sis. i pun mmg suka kucing. anyway nasihat mak you sama mcm parent i nasihat. kita manusia yg berakal jgn buat xelok kat binatang.lainlah yg berbisa.sedangkan bg anjing kurap minum pundapat pahala.kdg2 hairan manusia,angkuh sgt.kalau dh angkuh dgn ciptaan Ilahi tu bkn mcm angkuh dg DIA gak ke.

    Reply

Leave a reply