Baby Girl

Hai.. Nama kita ikut surat beranak yang kakak buat ialah JemahRolina.. Tapi nama manja haruslah Lady Jemah atau lebih ringkas lagi, panggil LJ je. Tapi awas ye, bukan Liyana Jasmay. Kita ni lebih hot dari Liyana Jasmay, tidak syak lagi 🙂 Emm.. tapi kadang-kadang kakak panggil kita baby girl. Kita menyahut la jugak kalau kakak panggil baby girl. Feeling muda hehehe..

Kita tahu ramai yang tertanya-tanya apakah perkembangan kita sekarang. Well, untuk pengetahuan semua, alhamdullillah kita sekarang sihat walafiat dan berbahagia.

C360_2013-05-28-18-52-51-532

 bukti sihat walafiat dan berbahagia

Muka makin chubby. Mata bersinar. Tapi kita ni dah beruban. Al-maklum lah kucing veteran. Memandangkan kita ni kaler hitam, so bila ada uban, tu yang nampak jelas. Takpe, setiap yang hidup mestilah akan tua kan. Kita pasrah kita semakin berusia. Tapi tetap gorgeous! Wakakakaka..

Haa.. nampak tak kita sekarang ada rantai berlian kaler merah? Tu lah hadiah dari kakak. Kita rasa sungguh terharu sebab selama kita hidup lebih kurang 6-7 tahun ni, inilah kali pertama kita dihadiahkan seutas rantai. Dah la siap loceng. Kaler merah lak tu, membuatkan ramai kucing jantan, terutamanya Bobbi, mendendangkan kita lagu “cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomb”

C360_2013-05-29-18-04-37-063

 body macam ni punya hot, haruslah da bomb kan?

Tengok lah rantai kita siap ribbon tau. Kakak cakap bila kita pakai rantai ribbon, kita nampak ayu sangat. Tapi kan, Hime tu sakit hati sangat kita pakai collar ribbon macam dia. Eleh dia punya collar ribbon kaler shocking pink. Kita punya kaler merah. Mana sama kan? Dia hissing kat kita sambil cakap “Eh Makcik LJ, kenapa awak sibuk sibuk nak pakai collar ribbon macam kita?”

Angkuh sangat Memey tu kan? Dah la berani betul panggil kita MAKCIK? Tapi kita buat derk je. Buat apa layan budak-budak kecik macam tu. Buang masa kita je…

C360_2013-05-29-18-05-06-490

kan?

C360_2013-06-05-18-18-51-118

jalan-jalan waktu petang

Kalau nak tahu, kita sekarang ni fully indoor. Sebenarnya kakak bagi kita choice, sama ada nak duduk dalam ataupun luar. Sebab selama ni kan kita duduk luar, jadi dia taknak kita stress.. Masa awal-awal dulu, kita masuk dalam bila waktu malam je. Tapi kita rasa syok pulak bila duduk dalam. Tak kena panas. Play room tu ada lampu, kipas angin, ada banyak makanan dan minuman, ada toys. Jadi kita rasa macam tak perlu lah keluar. Dah puas dah kita duduk luar dulu. Bulu kita pun semakin lembut macam baldu. Terima kasih kakak sebab bagi kita good food dan supplement supaya kita sihat dan bulu cantik.

Kalau waktu petang, bila kakak buka pintu, kucing yang lain semua serbu keluar, nak main lari-lari lah tu. Kita je yang malas. Selalunya kita duduk depan pintu je. Kadang-kadang kakak bising. Dia cakap tak boleh terperap je, pergilah jalan-jalan. Kemain berleter lagi dia. Lepas tu dia dukung kita dan letak kat tetengah laman.

C360_2013-06-05-18-19-06-448

 apa kita nak buat ni?

C360_2013-06-05-18-19-41-183

 baiklah, kita duduk je.. hik hik..

C360_2013-05-29-18-05-45-303

 Haaaa… kita baru teringat!

Nak cerita pasal yoga class kita. Ha! Sape yang rajin ponteng tu mesti kecut perut bila kita buka topik yoga class kan? Tahu dah! Hampeh betul. Semua nak jadi tembam macam Aoi ke, akibat ponteng kelas? Hahaha

Anyway, kelas yoga yang kita kendalikan masih berjalan seperti biasa ye. Setakat yoga class, tak payah nak mintak cuti semester ke apa. Macam si Aoi tu, dah la ponteng class, ada hati pulak nak mohon Lady Jemah Yoga Club beri cuti semester. What?! I cannot brain this!

Lepas tu kita tahu, si Sookie selalu minta Ichii tolong sign attendance untuk dia. Padahal dia ponteng. Tidur kat rumah. Sebab tu la badan dia makin menjadi-jadi. Berani dia suruh Ichii menyamar jadi dia? Ichii jugak yang makin slim. Kita bangga ada student segigih Ichii 🙂

Okeylah, itu saja update kita untuk kali ini. Kalau kita tak tolong update blog kakak ni, hmpphh.. entah jaman bila la dia nak update entah..

C360_2013-06-05-18-18-58-371

salam sayang dari pengasas Lady Jemah Yoga Club

Comments

comments

13 comments on Baby Girl

  1. LiyanaNo Gravatar
    June 10, 2013 at 12:23 pm

    OMG….LJ punya bodyyy..mantap. Hehehe..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 10, 2013 at 12:34 pm

      nasib baik kakak yana cakap body kita mantap hahaha

      Reply
  2. kak norNo Gravatar
    June 10, 2013 at 12:32 pm

    Lady Jemah yg comel, mmg sgt anggun sekrg dgn bulu hitam yg berkilat2. Sesuai beno pakai reben merah kat leher..sgt terserlah…geramnyer; rasa nk peluk2 je…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 10, 2013 at 12:34 pm

      tapi ada uban skit hahahaha..

      Reply
  3. hayati ghazaliNo Gravatar
    June 10, 2013 at 1:09 pm

    cik lady jemah, nanti kalau dah banyak uban kat bulu, soh kakak sapu inai ye 🙂

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2013 at 3:46 am

      Hahahaha ada hati nak dye rambut yee.. nak gi mana la pulak bercantik2 siap dye ye tak haha

      Reply
  4. Kak AidahNo Gravatar
    June 10, 2013 at 6:23 pm

    Cantiklah kolar dia. Siap ada reben2. Sesuailah dgn status ‘lady’ kan. Kalau hot twin braders kat umah akak tengok ni meleleh air liur. Amacam LJ? Budak berdua ni suka dgn wanita lebih tua katanya. Hihihi..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2013 at 3:48 am

      Nak bagi nampak lady tu kak.. Kalau tidak muka dia kan samseng je. Takde kewanitaan langsung. Hahaha.. tu yang kasik ribbon kaler merah menyala ahaha.. Amboi taste dengan wanita lebih tua ye.. nak buat sugar mommy ke hahaha.. agaknya Lady Jemah ni dah sebaya dengan moyang diorang dah haha

      Reply
  5. Kak AidahNo Gravatar
    June 10, 2013 at 6:27 pm

    Iz, akak dah komen tadi tapi macam ada error pulak. Anyway, the twin brothers yang badan ketak2 kat umah akak ni kim salam pheeewiiiit kat LJ. Katanya kalau nak bela anak ikan ke, diorang sudi. Hahaha.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2013 at 3:50 am

      Hahahaha dedua komen dapat kak 🙂

      Reply
  6. jojetNo Gravatar
    June 12, 2013 at 12:23 pm

    baru aku tau, kucing bila dah nk masuk kertu ada uban..kasi LJ inai, colorkan apa yg patut, hahaha..Aku dah la penakut kucing hitam, apa pon tak boleh, hehe..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 2, 2013 at 3:50 am

      Aku pun sebenarnya baru tahu bila vet aku bagitahu kakakakaka..

      Reply
  7. Azrin ZakiNo Gravatar
    September 18, 2013 at 2:58 pm

    Anggunnya, LJ! Sampai Olive pun dh risau tentang bentuk badannya.hikhikhik.

    Reply

Leave a reply