Hachiko’s Minor Surgery

Hai, nama kita Hachiko. Lama tak cerita pasal kita kan?

Bukan apa, kita ni ada super power monyet. Kakak cakap, nak amik gambar kita, fulamak bukan main susah. Kadang-kadang dah dapat pose menarik, pencahayaan pulak yang kurang. By the time kakak nak terangkan kawasan je, kita dah cabut lari pulak. Kekadang masa focus, kita okey je duduk diam.. bila kakak snap je, kita lari! HAHAHAHA.. padan muka kakak!

C360_2013-05-28-18-32-59-496

ada sesape rindu kat budak zirafah ni? hehehe

Sebenarnya ada tragedi menimpa kita baru-baru ni. Kita terpaksa buat minor surgery dekat bahagian leher. Mula-mula kakak cakap, dia ada nampak kita menggaru-garu leher. Dia ingatkan kita gatal sikit je. Sebenarnya kita rasa gatal sangat. Kalaulah kita boleh bercakap, dah lama kita bagitahu kakak yang leher kita gatal.

Kita sendiri tak tahu apa puncanya. Yang pastinya kakak cakap bukan kutu (ticks) atau hama (fleas), sebab kita tak pernah miss ubat kutu walaupun kita indoor. Dan kakak pun dah check, memang takde sebarang makhluk asing kat leher dan badan kita.

Kakak nampak bulu kita dah tercabut skit sebab kita asik garu. So dia sapukan Dermanol. Kita rasa lega sikit sebab kurang gatal. Tapi bila tempat gatal tu semakin mengering, dia macam berkuping dan jadi gatal semula. Biasalah luka kering kan memang gatal. Lepas tu kita start garu semula.

Sedap betul kita menggaru sampai luka!!!

Kakak menjerit bila dia tengok leher kita dah macam melecet sebab kita garu banyak sangat. Dia cakap nanti nak bawak kita jumpa Doktor Lean.

C360_2013-06-28-18-10-00-353

Muka kita bila kakak cakap nak bawak pegi klinik

Nampak tak leher kita tu? Kakak cuba nak pakaikan e-collar supaya kita tak garu. Tapi tak boleh. Sebabnya lokasi e-collar tu betul-betul berada dekat atas luka kita. Nanti lagi parah pulak kan.

C360_2013-06-28-18-10-20-353

Haa.. tengok tu! Scary tak?

Padahal tak sampai 2 hari pun, dah jadi parah dah. Sebab kita tak boleh tahan, asik garu je. Garu dengan kaki pulak tu. Kuku kan tajam, tu pun nasib baik kakak potong kuku kita. Kalau tak potong, agaknya lagi la teruk luka tu. Dan walaupun kita ni indoor, kuku tetap ada bakteria. Kakak terkejut sangat bila tengok. Dia pok pek pok pek dekat kita. Kita buat bodoh je.

Kakak bebel, dia cakap kenapa kita tak mendongak sebelum ni. Padahal setiap hari dia dukung dan gomol kita. Dia kata kalau kita dongak kan dia boleh nampak luka melecet tu. Aduhai kakak, manalah kita tahu. Tapi kakak cakap sorry. Dia cakap lepas ni dia akan make sure leher kita semua takde luka macam ni lagi. Kita maafkan kakak.

Esoknya, kakak bawak kita pegi jumpa Doktor Lean kat Klinik Haiwan Kuantan. Masa tu dalam jam 3 petang. Doktor Lean cakap luka kita tu dah kena bakteria, sebab tu dia makin merebak. Asalnya kecik je. Bila bakteria merebak, dia jadi besar.. tambahan pulak kita asik garu kan.

Doktor cakap kena bagi kita bius sikit supaya kita tidur masa prosedur. Dia nak cukur bulu kat leher kita. Kalau tak bius, adalah sangat bahaya sebab luka kita tu berada di atas urat nadi. Ditambah pulak dengan super power monyet yang kita miliki, memang membahayakan nyawa.

20130701_151702

dah pengsan..

Seram tak tengok keadaan kita? Kakak cakap, ni first time dia tengok keadaan kucing waktu dibius. Kalau manusia, pejam mata macam tidur. Kalau kucing, mata terbukak. Mulut memang dibuka dan lidah tu memang dikeluarkan supaya kita mudah bernafas.

Kakak sedih. Apa la kakak ni. Sikit-sikit nak sedih. Padahal kita tidur je. Cuma tidur dengan mata terbuka. Hehe..

20130701_151733

Nah bagi fokus sikit hahahahahaha

Comel kan hidung kita? Gigi kita pun cantik juga kan? Cukup tajam, hehehe.. Kakak puas hati sebab dapat tengok sendiri prosedur ni. Ada vet yang sikit-sikit nak kena masuk wad la, itu la, ini la.. lepas tu charge beratus-ratus, ubat-ubatan pulak sampai sebakul.

20130701_151654

Masih pengsan, mimpi makwe cun..

Doktor Lean cukur sekitar tempat luka tu supaya tak dijangkiti kuman. Dan kuping luka kita pun dikeluarkan.. tu yang berdarah tu. Doktor cakap, nasib baiklah kakak tak pakaikan kita e-collar. Kalau dipakaikan e-collar, mesti lagi teruk luka tu. Dan nasib baiklah kakak segera bawa kita ke vet, tak bertangguh.

20130701_151741

Janganlah sedih tengok lidah kita terkeluar hehe

Kakak cakap dia pelik kenapa air liur kita tak meleleh keluar walaupun mulut terbuka dan lidah terkeluar. Sorry kakak, kita takde jawapan. HAHAHA..

20130701_151748

 Keadaan kita di ‘meja bedah’

Hehehe.. thanks Doktor Lean sebab tak payah suruh kita masuk wad ke apa ke. Boleh settle hari tu jugak. Jimat duit kakak. Hahaha… Kita pun tak payah la stress sebab kena duduk kat wad, lepas tu rindu family.. Semua siap dalam masa 10-15 minit je kalau tak salah kita.

20130701_153204

 Kena bungkus

Doktor Lean cakap kita ni suka tidur. Mana taknya, masa suntik tu, jarum suntikan masih belum dikeluarkan, kita dah tidur dah. Sebenarnya bukan apa, kebetulan hari tu, kita tak tidur lagi. Tu yang syok je bila tidur. Mimpi pulak makwe cun, fuh..

20130701_153211

 Masih bermimpi indah

DSCN9608

 Dua jenis ubat

Lega kita bila tengok dua jenis ubat je. Satu yang botol label pink tu ialah ubat sapu.. satu lagi ialah antibiotik. Kita tak suka kalau vet bagi kita ubat-ubatan terlalu banyak atau bagi ubat tambahan yang tidak perlu, macam multivitamin lah, apa lah. Sebab kita tak suka makan ubat. Dan bazir je duit kakak kita. Kalau dia guna duit tu belikan kita toys atau wet food best, lagilah syok. Sedapnya bila kakak sapu dengan ubat tu.. Ubat tu kaler kuning. Kita duduk diam je bila kakak sapu ubat ni. Magik betul. Selalunya bila nampak apa-apa botol ubat je, kita cabut lari sebatu jauhnya.

20130701_161705

 Sambung tidur dalam carrier

Sebenarnya selepas lebih kurang setengah jam, kita dah sedar. Lalu kita masukkan lidah dan tutup mulut kita yang ternganga tu. Lepas tu kita sambung tidur. Kakak bawa kita balik rumah.

Tahu tak, kita sambung tidur sampai jam 8 malam! Tu pun kakak kejutkan.. Hahahahaha.. bukannya apa, kita ngantuk sangat sebab pagi tu kita main lumba lari dengan Jerry dan Hime. Sookie? Hmm.. boring main lumba lari dengan Sookie. Sebab dia asyik kalah. Lepas bangun tidur, kita terus pergi makan. Lapar betul lah..

DSCN9594

Ni lah muka terkejut kita haha.. – selepas beberapa hari

Bersusah payah kakak, sampai terbaring-baring sebab nak amik gambar luka kita yang semakin sembuh tu. Yang bayang hitam keliling luka kita tu, ialah bahagian bulu kita yang kaler hitam. Maklum la kita kan spotted tabby..

DSCN9587

 sedapnya kita minum air

Kita ada habit pelik bila nak minum air. Kita akan kais-kais dulu sebelum minum. Bukan kais air tau. Tapi kais sekitar bekas air tu. Hehehe

DSCN9588

 slurpp slurppp

DSCN9602

 semakin sembuh

Luka tu makin mengecil. Kadang-kadang rasa gatal juga tapi tak segatal dulu la.

DSCN9593

 kesian leher kita botak.

Kakak cakap, cerita ini ialah sebagai pengajaran kepada semua pemilik kucing. Kalau nampak kucing garu-garu, jangan biarkan lama-lama, kena selalu check seluruh badan especially kat tempat yang tak nampak, macam leher, bawah ketiak, bawah perut.

Kita harap kawan-kawan semua doakan kita cepat sembuh ya, dan supaya bulu kita cepat tumbuh semula. Nak dekat raya ni, malulah kita kalau leher takde bulu kan. Huk huk..

 

Comments

comments

12 comments on Hachiko’s Minor Surgery

  1. dilsNo Gravatar
    July 8, 2013 at 11:20 am

    Die tak scratch2 lagi ke luka kering tu. Comel je zirafah ni. Kurang sikit markah comel bile botak kat leher. hehehe.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 8, 2013 at 3:37 pm

      Sekarang dah kurang. Sebab ada anti-biotic kot. Dan ubat sapu tu. Luka pun elok kering dan makin mengecik. Raya ni konfem leher botak. hahaha

  2. cikCTNo Gravatar
    July 8, 2013 at 11:45 am

    alololo..comeinya tgk hachiko punya leher yg botak tu..

    tp tak blh lwn comel time hachiko pengsan . hihi

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 8, 2013 at 3:35 pm

      kelakar kan.. kesian je tengok dia pengsan. Dah la tidur keterlaluan. Doc cakap patutnya 15-20 minit dia dah bangun dah. Ini setengah jam baru dia sedar. Lepas tu sambung tidur lagi sampai ke malam!

  3. hayati ghazaliNo Gravatar
    July 8, 2013 at 11:46 am

    ala siannya hachiko shayang muchuk ni…nasib baik kakak awak cepat hantar klinik…moga cepat sembuh dan sihat sentiasa ye…sayang dier…:)

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 8, 2013 at 3:34 pm

      Mekasih doakan Hachiko.. siap kena amik cuti half day lagi nak hantar Hachiko pegi klinik hahaha.. aduhai.. macam2 hal

  4. norNo Gravatar
    July 8, 2013 at 2:28 pm

    ololo..hachiko..semoga cpt sembuh, tak pe kakak ada..

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 8, 2013 at 3:33 pm

      Mekasih awak.. akak ni bila kucing tak sihat atau cedera ni, mula la stress je. hahaha

  5. hasmatNo Gravatar
    July 8, 2013 at 3:06 pm

    alahai..sian nye chiko….semoga cepat sembuh ye chiko….. ahbeng pun jenis kuat menggaru….selalu gak usha2 kot2 luka..hr tu perasan ade luka kat leher…sy letak air zamzam… selalu sapu dgn air zamzam..alhamdulillah..skrg dh sembuh…. wallahuallam…

    eh chiko..carrier awak sama dgn ahbeng n seno la…tp mcm kena beli lagi satu je sebab bile buh dua2 ekor…mcm bawak berat 10kg..lenguh2 ..mengah2 ..huhuhuh

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 8, 2013 at 3:31 pm

      Tu la.. kita ni puasss la belek ada kutu ke apa. Doc cakap maybe mula2 kena gigit semut ke apa ke.. lepas tu garu berlebihan. Carrier tu saya peluk masa angkat diorang. Tak larat nak pegang dgn tangan. hahaha

  6. ZaphNo Gravatar
    July 9, 2013 at 8:50 am

    Tak apa lah leher botak raya ni asalkan Hachiko sihat walafiat. Thanks Iz for the info. Si Hideki kat rumah tu pun tergaruk-garuk gak.. tapi tak ada luka.. tapi I suspek ada kutu sudah jangkit lah.. adeh.. Semuga cepat sembuh ya Hachiko nanti boleh tolong kakak hidang sahur..hehehe..

  7. AujinzNo Gravatar
    August 1, 2013 at 3:39 pm

    Semoga Hachiko cepat sembuh, nanti mintak duit raya kat kakak..