How To Use Crystal Cat Litter

Poyo macam biasa, tajuk haruslah ala ala WikiHow kan. Hahaha.

Rasanya mesti ramai yang pernah dengar pasal crystal cat litter kan? Nama lainnya ialah “Silica Gel” Aku sendiri pun dah berkurun dengar, tapi setakat dengar je lah. Guna tak pernah. Sebab macam kurang yakin nak guna. Saiko terlebih sebenarnya. Sebab dari mula dok pakai pasir kan.

Silica gel atau crystal litter ni konsep dia sama je macam menda gel kecik-kecik yang selalu dapat sekali dalam kotak kasut tu. Ingat tak? Ha yang tu lah. Tujuan dia ialah untuk menyerap cecair dan bau. Crystal litter ni mula-mula diinovasikan oleh Dan and Russell Schlueter pada tahun 1999.

Ada la a few kawan-kawan yang pakai crystal ni. Komen yang diterima mostly cakap okey. Jadi aku pun nak try lah jugak.

20130706_175337

Lalu untuk cubaan pertama, aku cuba Careline Silica Crystal Cat Litter, made in Japan hik hik

1 bag tu ialah 4 pound, bersamaan 1.8kg. Memandangkan cubaan kali pertama kan, aku tak berani nak masukkan dalam Jumbo Hooded Litter Pan lagi, sebab jamban tu besar. 1 bag memang tak cukup. Jadi aku masukkan dalam litter box biasa je dulu. Manalah tahu kang bukak 2 bag kang, kekenit tak reti guna pulak kan..

20130516_132138

gitulah penyibuk sekalian

Aku tak sempat tuang habis lagi, diorang dah kerumun dah. Dok cium cium. mana ada bau pun woi. Penyibuk betul lah. Elok je 1 bag 1.8kg ni dapat penuhkan litter box bersize M ni dalam 2 inci. Memang pun dicadangkan letak dalam 2-2.5 inci supaya daya penyerapan lebih hebat.

20130516_132158

Sookie nak join the fun

Dia ingat Hime dan Hachiko tu tengah have fun agaknye cium cium batu. Hahahaha.. Dia pun taknak ketinggalan. Tapi Memey siap cium lantai tu dah kenapa? Hahaha.. Elok je aku selesai menuang crystal dalam litter box…

20130516_132220

Hachiko terus masuk!

Apakah yang cuba dilakukannya? Memey dan Sookie pun terperanjat. Eh, boleh masuk ke dalam bekas tu? Kata Sookie di dalam hati. Rasanya Sookie mesti tertanya-tanya adakah beliau muat nak masuk dalam litter box tu nanti, hik hik..

20130516_132231

Dan terus mengencing! KAKAKAKAKAKAKAKA

Aku puas la baca dekat internet, macam mana nak train kucing guna crystal ni. Rupanya tak payah ajar. Pandai terus masuk sendiri dan terus kencing hahaha..

20130516_132239

Hime: Oi lama lagi ke? Banyak nau kencingnya?

20130516_132250

Hachiko: Nanti kejap ah.. belum habis lagi ni
Sookie: Eee.. teruknya Hachiko ni, tiba-tiba je terus kencing

20130516_132257

Hime: HOI cepatlah! Kencing apa yang lama sangat?!
Hachiko: Kencing banyak, mestilah lama! Kejap laaaa, nak siap dahhhh!!!

20130516_132304

Hachiko: Haa jaga-jaga Cik Salmah, kita nak keluar dari litter box dah ni
Hime: Grrrr..

20130516_132316

Hachiko: Kakak!! Kenapa kencing kita kaler kuning? Omagaddd!! Bahaya ke?

Poyo je Hachiko. Mana ada bahaya. Kencing memang lah kaler kuning. Sebelum ni tak nampak kaler kuning sebab kencing kat pasir. Hik hik.. Bila kencing kat crystal ni, ia tidak akan clumping. Sebab tu nampak sejemput macam tu. Padahal dia kencing banyak tau.

20130516_132342

Kita kambus sekejap. Kita bukannya macam Sookie yang tak reti kambus kencing berak tu, ishhh…

20130516_132415

Inilah yang berlaku bila mengambus crystal litter ni

Serupa tak payah kambus. Sebabnya kencing tu memang tidak clumping. Batu crystal tu akan menyerap cecair dan kemudian tersejat di udara. Jadi yang penting kena ada peredaran udara yang baik supaya air pada batu tu dapat tersejat. Ada angin dari kipas pun okey. Kalau rajin, jemur. Tak payah pun tak apa.

20130516_132424

Memey begitu kagum

20130516_132446

Sookie tak puas hati dan cuba nak check sendiri

Pakai crystal ni memang menjimatkan sebab takde clumping berlaku (dah sebut 3 kali kot haha). Selalunya kan pasir semakin berkurang sebab kita keluarkan bom bom atom kekenit tu kan. Bila pakai crystal, even najis pun tak clumping. Walaupun kucing tu kambus najis dia, batu crystal tu macam biasa, akan menyerap cecair pada najis tu dan tersejat ke udara. Lepas tu najis tu akan jadi kering dan keras. So kita keluarkan najis je lah. Ada la dua tiga bijik crystal melekat.

50579

‘Senjata’ yang diperlukan, hehehe..

Tu ialah scoop yang paling aku suka. Dah macam-macam jenis scoop aku beli. Tapi kuasa scoop dia tak sehebat scoop di atas. Sebab hujung dia tajam. Jadi bila scoop, dia akan scoop sampai ke dasar litter box. So takde la saki baki kencing melekat kat dasar litter box dan membangkitkan aroma yang tidak enak. Dan sizenya pun besar. Sekali scoop je semua bom atom dan kuih muih masuk sekali hahaha – ini kalau pakai pasir lah.

Kebaikan scoop ni bila pakai crystal litter ialah lubang dia besar besar. Jadi bila kita scoop najis, senang nak tapis batu-batu tu keluar. Kita scoop out najis je. Dan senang nak gaul.

nodorSenjata kedua

Hartz Nodor Litter Spray. Selalunya lepas scoop out semua bom atom dan kuih muih, aku akan spray pasir, dan sekitar litter box tu. Ada macam-macam jenis. Ada spray yang ada bau, ada yang takde bau. Aku selalu beli yang clean scent, bau wangi dan segar macam Febreze.

Kalau pakai crystal litter, aku akan spray waktu aku gaul pasir tu bagi rata. Memang kena gaul pun. Supaya semua crystal tu fully utilised. Biar sama rata.

20130516_133140

Dua jumbo litter box tu berisi pasir. Yang bekas biru tu, crystal

Bagi mereka yang dah biasa pakai pasir, tapi nak cuba pakai crystal, cubalah buat macam aku tu. Sediakan both pasir dan crystal. Awal-awal tu, selalu bawa kucing pegi masuk dalam litter box yang ada crystal tu. Mula-mula dia mungkin tak suka, sebab biji crystal tu macam batu kelikir. Some cats akan rasa tak sedap nak pijak.

Aku baca di Internet, katanya boleh juga kalau nak campurkan pasir dengan crystal litter ni, tapi aku tak rasa akan dapat hasil yang kita nak kalau dicampurkan keduanya.

20130516_132731

Memey pulak nak cuba

20130516_132742

Wow kakak, rupanya macam gitu yek kaler kencing kita?

20130516_132753

 Kalau tak kambus pun, tak ada masalah

Bagi aku, kalau diorang kencing, lagi elok dia tak kambus. Kengkonon takde la pasir yang dah jadi kuning tu bersepah kan. Padahal saiko je. Nanti bila aku gaul rata, bercampur jugak dengan pasir lain, hahahaha..

Sookie ada juga mencuba nak kencing dan berak kat litter box tu. Malangnya bontot dia tak muat. Habis tumpah kencing ke luar, kuih muih pun bertabur. dua kali jugak la jadi macam tu. Kesian Sookie. Sape suruh bontot size kapal titanic? Tapi sekarang ni aku dah letak crystal tu dalam satu lagi hooded litter pan. So yay, Sookie dah boleh masuk. Hik hik..

20130516_135317

Budak ni paling eksaited.

Dah la yang pertama rasmikan dengan mengencing. Berak pun dia yang rasmikan. Tengok lah tu, siap mendongak lagi, amik feel. Kakakakaka.. Tangan haruslah bertenggek kat rim tu. Dia ni penggeli sket.

964393_530723016988707_2112194217_o

 Tengok macam mana dia kencing

Selagi boleh taknak kotor tangan dia. Hahaha.. Bekas tu masa awal-awal aku memang letak jauh sikit dari Jumbo Hooded Litter Pan tu. Sebab kononnya nak ajar Sookie. Tapi rupanya Sookie tak muat duduk dalam litterbox kecik tu. Ceh

Cat it scented litterSekarang tengah cuba pakai yang ni pulak. Sebab yang jenis Cat It ni available in 3.6kg. Sesuai bagi yang guna hooded litter pan.

So far bagi aku, crystal litter ni memang menjimatkan. Dan tidak berbau jugak. Kalau kita dah mula rasa berbau macam gas tu, ataupun semua batu crystal dah jadi kuning tanda fully utilised, ha tu tandanya dah sampai masanya untuk kita buang semua crystal tu dan letak crystal baru. Berdasarkan eksperimen aku, 1.8kg crystal tu digunakan oleh 3 ekor kucing selama sebulan. Tapi tak guna secara ekslusif la sebab diorang ada pasir jugak kan. So aku rasa 1.8kg ni bagi 1 ke 2 ekor kucing, memang boleh tahan sebulan juga la.

Cuma aku takde experience bila kucing yang sedang cirit-birit berak pakai crystal ni. So aku tak dapat nak ceritakan. Sebab kucing aku so far kuih muih semua tip top solid hahaha.. Semua style asam jawa. HAHAHAHA. Kalau kucing korang kuih muihnya lembik atau cirit birit, ha tu tandanya something wrong somewhere la tu.

Macam Sookie, aku perasan kuih dia lembik (tapi tidak cirit), kalau dia makan wet food. Penyelesaiannya, jangan selalu bagi wet food. Dan kalau bagi pun, letak sikit je, buat syarat supaya dia dapat merasa juga bila yang lain makan. Tapi Sookie pun memang jarang pun nak mintak wet food. Bila dia tak makan wet food, memang kuih cantekk je. Hehe..

Okey dah banyak cerita pasal eksperimen dan experience, meh kita tengok apa kebaikan dan keburukan crystal cat litter ni.

Kebaikan

1. Dapat menyerap lebih banyak cecair berbanding pasir kucing biasa
2. Sangat menjimatkan kerana 1.8kg crystal boleh digunakan oleh  1-2 ekor kucing selama sebulan. Tapi opkos la kena scoop out najis dan gaul rata crystal tu setiap hari ye.
3. Dust free (bebas habuk). Jadi kalau owner yang ada resdung ke, asthma ke, memang sesuai la bagi kucing pakai crystal litter ni.
4. Litter box lebih bersih kerana bakteria didapati kurang berkemungkinan untuk membiak kat crystal litter berbanding yang lain

Keburukan

1. Boleh mendatangkan bahaya pada anak kucing sebab mereka mungkin akan makan seketul dua batu crystal tu sebab anak kucing memang suka explore benda-benda baru dan pelik
2. Air kencing cenderung untuk berkumpul dan tidak lagi diserap oleh batu crystal apabila crystal menjadi tepu. Cara atasi: setiap kali scoop najis, gaul rata semua batu crystal supaya semua batu crystal dapat menyerap cecair dengan baik.
3. Sesetengah kucing mungkin tak suka struktur batu crystal yang kasar dan tajam pada tapak kaki mereka
4. Harga crystal litter yang lebih mahal daripada litter sand biasa. Tapi cer buat matematik sikit, mahal tapi tahan lebih lama, atau murah tapi kena kerap beli dan jumlah kos sebulan jadi lebih mahal dari harga crystal litter.

Jadi sekianlah cerita mengenai crystal cat litter ni. Semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang, hik hik.

Credit info: Vetinfo

** Careline Silica Crystal Cat Litter dan Cat It Scentless Cat Litter Beads juga boleh didapati di Sookie’s Kiosk **

Comments

comments

20 comments on How To Use Crystal Cat Litter

  1. DediKucenNo Gravatar
    July 11, 2013 at 2:40 pm

    ala..sebut je taik dari sebut najis tu…Iols ok jew!!! hehehehhehehehe

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 11, 2013 at 10:35 pm

      Kita cuba bersopan santun lah! HAHAHA..

  2. ZaphNo Gravatar
    July 11, 2013 at 3:42 pm

    salam ramadhan Iz, thanks for the tips.. i pun baru terfikir-fikir nak cuba.. tapi as u mentioned lah macam tak confident je.. since u ada alert kan a bit unsafe for the kittens, kittens yang sekitar usia berapa ea? sbb my kittens are around 5 – 7 months old, bahaya tak kalau i guna.. hugs Hachiko for me.. semuga dah sembuh sepenuhnya ..

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 11, 2013 at 10:34 pm

      selamat berpuasa kak zaph 🙂 Kittens yang tengah nakal tu dalam usia 3-6 bulan kak. Tapi depends pada kucing jugak. Ada yang cepat matang, ata yang dah setahun pun perangai macam anak kucing lagi, hehe.. Kalau yang jenis Cat It Scented Litter Beads tu, kat belakang plastik dia ada mention yang crystal tu chemical free & non-toxic even if kucing termakan. Tapi opkos la kita kan pesen saiko. Bimbang la kalau jadi apa-apa kan, so kalau boleh elakkan, kita nak elakkan 🙂 Tapi kawan saya punya anak kucing pandai guna crystal litter ni kak, umur baru dua bulan 🙂

      Hachiko kimsalam sayang kat auntie Zaph. Antibiotik dia dah tinggal sebijik je lagi. Lepas tu habis dah. Tinggal sapu ubat je hari-hari sampai kuping tu tanggal sendiri 🙂

  3. carnation unguNo Gravatar
    July 11, 2013 at 9:42 pm

    dulu pernah guna kristal ni… but sekali je sbb salah seekor kucing saye suka gigit2 kristal ni… yang seekor lagi pula geli nak pijak kristal ni… huhu… but kalau guna pasir mmg kos tinggi… sangat tinggi…

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 11, 2013 at 10:28 pm

      Tu la.. memang nampak penjimatan dia. Tapi keselamatan kucing memang kena utamakan. Jangan sebabkan kita nak berjimat, bagi kesan negatif kat diorang pulak ye tak?

      • carnation unguNo Gravatar
        July 15, 2013 at 1:22 pm

        yup… betul tu… mase guna kristal ni mmg jimat.. tp risau pulak sbb si dang gebu tu suka sgt2 gigit kristal ni… myb dia nk uji tu kristal ori or fake kot… huhu

        • Iz YahyaNo Gravatar
          July 17, 2013 at 2:51 pm

          hahahaha dia quality control la tu hik hik

  4. effarieza johariNo Gravatar
    July 13, 2013 at 1:57 pm

    Kak, kalau najis kucing tak macam asam jawa..dorg bermasalah ke?sebab byk kucing saya yg mcm tu..sy bagi makan wet food setiap hari..iaitu ikan selayang rebus…dorg dh mcm taknak makan kibbles sgt..tp sy bagi jugakla kibbles..risaula pulak..huhuhuhu

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 14, 2013 at 10:21 pm

      Najis dia lembik terus ke? Sebab apa yang vet beritahu akak, najis yang macam asam jawa tu la najis kucing yang sihat. Macam Sookie bila makan wet food, najis dia lembik (tapi tak cirit), so doc cakap mungkin kandungan minyak dalam makanan tu buat dia berak lembik. So kitorang kurangkan bg wet food pada dia. Kalau kucing tak minat dry food, boleh campurkan wet food dgn dry food, supaya seimbang. Selalunya kucing suka dry food yang baunya kuat. Baru dia berselera 🙂

  5. Cik KiahNo Gravatar
    July 17, 2013 at 8:12 am

    Iz,
    Akak dah guna crystal litter ni bertahun2. Mula2 dulu memang guna yg clumping but after i read yg kemungkinan utk pasir clumping tu clump dlm perut kucing, akak jadi risau. So we switched to crystal. I have never looked back! Yg bestnya, rumah totally takde bau and bila nak remove bey bey diaorg takde debu2 yg berterbangan. One downside is, kenkadang budak2 bulu ni suka main football crystall yg jatuh keluar litter box diaorg. So bila kita pijak kenkadang rasa adoi! Especially crystal yg bentuk tak sekata tu.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 17, 2013 at 2:48 pm

      Kan! Kitorang pun suka. Tracking memang kurang tapi kalau terpijak, membebel jugak lah hahaha

  6. TENGKUBUTANGNo Gravatar
    July 18, 2013 at 9:49 pm

    hihihi.. lawak baca entri ni.. sookie punggung beso mcm kapal titanic.. hihihi

    nak tanya jumbo litter box tu mana nak dapat yea? berapa rm?mahal x?

  7. jojetNo Gravatar
    July 31, 2013 at 11:37 am

    kesian sookie weyyy!! hahaha..

  8. AujinzNo Gravatar
    August 1, 2013 at 3:31 pm

    oooooo…. baru wak tahu…

  9. ggNo Gravatar
    August 23, 2013 at 11:32 pm

    kalu guna pasir pantai ok x? rumah dekat dgn pntai pun..hehe

    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 26, 2013 at 10:26 pm

      Kalau kucing awak sesuai dengan pasir pantai, terpulang la 🙂 Saya tak pasti pasir pantai boleh clumping ke tidak dan berapa lama ketahanan dia sebelum pasir tu jadi busuk. Tak pernah cuba, hehe

  10. Kak AidahNo Gravatar
    August 26, 2013 at 2:33 pm

    Akak pun dah 2 bulan guna crystal tu. Memang tak bau toilet umah akak. Si Tomey bambam dan Kitteh tu mahu pulak jadi pelanggan tetap toilet kristal. Syukur sangat. Kalau tak, sebelum ni main sepah2 je kuih di merata tempat di toilet akak tu. Kemain masam muka anak2 akak nak jadi tukang cuci tiap pagi. Tapi yang peliknya si Miki dan Peah. Penggeli betul nak pijak kristal tu. Sanggup dia tahan kencing. Kalau akak paksa dia, ciput je keluar kencing tu. Lepas tu buat onar dalam bilik pulak. So sekarang ni 2 toilet kristal dan 1 toilet pasir. Macamlah akak tak cukup bizi tiap hari kan.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 26, 2013 at 10:12 pm

      Kan kak kan.. saya dulu macam hesitate nak guna sebab takut kucing tak reti pakai. Rupanya pandai pun haa.. Miki dengan Peah tu sama la perangai macam Jerry. Mungkin sebab dah terbiasa hidup berkelana dulu memang carik pasir je. Mana nak kencing berak dekat batu2 putih ni. Hahaha.. Jerry masuk, lepas tu reverse! Pegi carik pasir jugak. Tu yang sekarang ni kami guna dedua. Pasir ada, kristal pun ada. Layankan jelah. Kang dia menahan kencing berak kang kita jugak yang susah nini..

1 Pingbacks & Trackbacks on How To Use Crystal Cat Litter

  1. Macamana Nak Bagi Bilik Kucing Tak Berbau? |
    October 25, 2016 at 8:04 am

    […] macam garam kasar. Tapi lagi kasar. Kakak pernah buat entry pasal crystal litter ni. Boleh baca kat sini ye. Ada yang kata crystal ni boleh dicuci. Terpulang pada anda nak cuci ke tidak. Tapi kami tak […]