Bella And Babies

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang, hey!

20130801_183401

 Dulu ditendang, sekarang ku disayang, hey!

Dulu dulu dulu ku menderita..

20130815_120523

 Sekarang aku bahagiaaaaa…

Hahahahahahaha.. sedap tak lagu kita nyanyi? Ni Bella ni.. Sape yang pernah datang Sookie’s Store kalau tak kenal kita, salesgirl terpemes kat Sookie’s Store, memang kita cakap dekat kakak, jangan bagi discount. HAHAHAHAHA..

Dengar dengarnya kat entry sebelum ni, Jerry ada komplen pasal kita? Hamboi hamboi si gendut tu, tak padan dengan gendut jalan tertonggek tonggek, ada hati mengutuk kita?

Tapi takpelah, setakat Jerry je. Nak sentap lama-lama dengan dia pun buang masa kita je, ceh!

Kengkawan dah tengok gambar kita yang paling atas tu? Tu antara gambar kita masa kita keding, sobs sobs! Kita jumpa kakak masa tu beliau tengah sibuk pindah barang. Lebih kurang 2 minggu sebelum raya. Kakak bagi kita tidur dalam kedai sebab dia kesian kita bunting. Hmm.. sebenarnya kita pun tak tahu lah jantan mana yang bertanggungjawab atas kebuntingan kita. Kakak cakap “Bella don’t worry okey, lepas baby lahir nanti, bila dah putus susu, kakak pegi spay Bella ye. Takyah jadi mesin beranak dah,” 

Lepas tu kita jawab “Ekkk” sambil sondol kepala kat kakak – tu tandanya kita agree la. Sape yang penah jumpa kita mesti gelakkan kita sebab kita tak meow. Kita bunyik erkkk.. erkkk.. cenggitu je, LOL. Sape gelakkan kita pegi keluar skang! HAHAHAHAHA

20130915_130240

Omey tak kita?

Kakak pakaikan kita collar merah lepas tu letakkan loceng besar. Dari jauh dah boleh dengar kita jalan kling klong kling klong. Kecohnyaaa bunyik loceng ni. Kalau nak sergah Jerry selalu tak jadi sebab bunyik loceng. Cis!

Ha, nak tahu cerita tak? Tanggal 30 Ogos, kita dah rasa macam nak terberanak dah. Panik dah kakak kita. Yelah dia mana penah handle kucing beranak kan. Kemain siap dia duduk ngadap kita, tolong urutkan perut. Hihih..

20130830_012135 (Custom)

 Muka sedih kita sebab sakit perut

20130830_012151

 Kenapalah baby kita kuat menendang ni kakak?

20130830_015241 (Custom)

 Masa ni perut kita memang dah besar sangat pun

20130830_021945 (Custom)

 Fuh fuh fuh.. tengok la lidah kita terjelir sebab kita rasa semput macam nak terberanak!

20130830_022437 (Custom)

 Ehhh letihnya terjelir jelir lidah ni 🙁

20130830_022856 (Custom)

 Sampai terlentang. Kakak sentiasa urut perut kita

Dia tanya pendapat ramai orang, tentang macam mana nak handle kalau kita nak beranak nanti. Mekasih kakak. Kakak tunggu sampai 5 pagi tapi kita tak beranak pun. Last-last kita tidur je.

Rupanya false alam, WAKAKAKAKAKAKA.. maap kakak. Ni semua salah bayi-bayi kita la ni. wrestling apa tah dalam perut. Tiba-tiba pagi tu kita bersemangat sangat melompat dan memanjat sana-sini. Makan bermangkuk-mangkuk pulak tu. Maap sekali lagi kakak, hihihi..

20130908_222001(1)

 Aktiviti kita sewaktu menjalankan tugas – terlentang

Tu yang Ahmad Jerry tak puas hati sangat tu. HAHAHA. Nasib la kan. Kita ni ibu mengandung. Kalau naik bas pun boleh dapat tempat duduk khas, tahu?

20130908_222035

 Letihnya membawa perut

Setiap customer yang datang ke Sookie’s Store, semua teka kita ada 5 anak, 6, 7.. ish ish.. Dan semuanya teka kita dah nak dekat beranak. Padahal berminggu-minggu tunggu tak beranak jugak. Apa besar sangat ke perut kita? Sepanjang kehamilan kita, kakak telah membawa kita pergi jumpa Doktor Lean sebanyak dua kali untuk check-up. Takde scan scan pun. Kita berserah pada Tuhan je. Tak kisah la anak berapa ekor pun kita terima je. Yang penting semua sihat.

Amboi ayat kita, mak mak sangat! HAHAHAHA..

Sehinggalah pada tarikh 19 September 2013, kita mula rasa tak sedap hati. Kita korek kotak sana, korek kotak sini. Mengiring ke kiri rasa tak selesa, ke kanan tak selesa. Eh perasaan apekah ini? Nak kata perasaan nak berak, hari tu kita dah berak dah. Tapi perut ni rasa tak syok. Hemmmm..

Macam biasa, kakak belai kita setiap kali kita baring. Lepas tu dia cakap perut kita bergelombang dan bergerak-gerak. Kita rasa panik sikit. Adakah kita bakal melahirkan anak? Kakak picit nipple kita. Tetibe beliau excited dan menjerit “Wah!! Dah ada susu keluar. Doktor Lean cakap if dah ada susu keluar, maksudnya dah tak lama nak lahirkan anak!” tetibe kita rasa saspen.

20 September 2013, kita masih rasa tak sedap badan. Kakak cakap kali ni gelombang perut kita lebih dasyat lagi. Tak payah pegang pun boleh nampak perut kita bergelora. Jam 10 malam, ada lendir coklat keluar dari private part kita. Masa tu kita tengah melayan customer. Terharu tak dah sarat mengandung pun masih gigih bekerja?

Kakak cepat-cepat tolong lap dan dukung kita ke wad bersalin. Kakak suruh abang long persiapkan semuanya. Kakak cakap “Bella jangan beranak lagi okey? Tunggu kakak tutup kedai, lagi sejam je”

Kemain demand kakak nih!

Lepas tutup kedai, terus kakak ke belakang dan mula mengurut perut kita. Aduhai, leganya rasa.. Adala dalam sejam jugak kakak urut perut kita, lepas tu tetiba bunyik “POP!!” merecik air ketuban kita. Sikit je pun, hehe.. Lepas tu kita pun start push. Nah tengok la video di bawah ni. Sorry la kalau ala-ala Blair Witch Project. Pencahayaan pun kurang, jadi kakak terpaksa pakai flash. Takpe, kita tak kisah, yang penting kakak ada di sisi kita 🙂

 Leganya kita selepas melahirkan bayi pertama kita.. Jangan lupa tengok kat 3:47 (seronok tengok baby gerak)

20130921_000200 (Custom)

 Eh eh! Tetibe nak terlentang pulak kakakakakakaka..

Kita selamat melahirkan bayi pertama kita lebih kurang jam 1203 tengah malam, 21 September 2013 di Wad Bersalin Royale Class di Sookie’s Store. Terima kasih kakak sebab bagi support pada kita. Kita pandai bersihkan anak kita dan makan semua uri untuk awet muda, hihi..

20130921_000500 (Custom)

20130921_000313 (Custom)

 Tak sempat bersih sepenuhnya, tetiba rasa macam eh eh ada satu baby lagi nak keluar..

Kita push push dan selamatlah lahir seekor calico pada jam 1215 tengah malam. Letih juga kita dibuatnya sebab jarak dari first baby dan second baby tu tak lama.

20130921_001235 (Custom)

 Baby Calico kita. Omey angat

20130921_002207 (Custom)

 Eh budak kecik ni, kecik kecik lagi dah kuat merayap.

20130921_002243 (Custom)

 Tengok tu, sondol sana, sondol sini.

Last-last kakak keluarkan tilam tu sebab dia takut baby kita tergolek ke bawah tilam. Nakal sangat mereka ni. Di saat kita bertarung nyawa nak lahirkan bayi ke tiga, dua ekor yang dah lahir tu sibuk menyondol ke kiri, ke kanan. Eeeeee.. naughty sangat ni, mesti ikut perangai bapak kau!!

Bayi ketiga kita lahir jam 1235 tengah malam. Kaler hitam. So kita ada dua bayi hitam, satu bayi calico.

20130921_005214 (Custom)

 Tengok budak-budak nakal ni, sibuk dah nak sondol sondol nak susu.. kita tak bersedia lagi nak bagi susu.. sabar kejap anak-anak

Jam 0141, lahirlah seekor lagi puteri kita.. yakni seekor calico van. Calico van ni macam si Aoi tu la.. banyak putih, kepala dan ekor je ada markings. Kat badan tak banyak.

Lepas selesai bayi ke empat, kita rasa sangat la meletih. Adoi, stress betul melahirkan anak seorang diri ni. Bapak ko pegi manalah agaknye anak-anak? Takde pun nak meneman kita, cis. Nasib baik ada kakak.

20130921_022753 (Custom)

kakak letakkan air selepas bayi ke empat lahir.

Amboi, dahaga betul kita minum sampai gluk gluk gluk selama 5 minit. Fuhhhh.. ingat senang ke beranak? Kakak cakap kita good girl sebab walaupun ada darah kat atas napkin alas tu, kita tetap gigih jilat, cuba nak bersihkan.

20130921_021307 (Custom)

 Kita terus baring sebab keletihan. Lalu anak-anak menyerbu

20130921_021520 (Custom)

 Omey angat baby kita kan? Kita sayang semua

20130921_021534 (Custom)

Tengok la yang sekor tu siap cium kita lagi, aduhai, cair betul hati kita sebab walaupun baru lahir tapi dah pandai bodek dah. Hihi..

Kakak tunggu kita lahirkan bayi ke lima dan asik-asik tanya kita “Awak nak beranak lagi ke tak Bella?” Sampai kul 3 pagi dia tanya soalan yang sama..

20130921_024723 (Custom)

 Sampai kita pun bosan nak jawab lalu menduduk terkangkang begini

Kakak risau sebab dia cakap perut kita besar sangat serupa tak beranak je lagaknya. Amboi kakak, tu cuba nak cakap kita masih gemok walau selepas melahirkan ke macam mana? Kakak cakap “Perut awak ni besar lagi la Bella, sampai baby semua kena minum susu secara berdiri. Ada baby lagi ke dalam perut tu?”

Kecoh betul si kakak ni. Keesokan harinya yakni hari Ahad, si kakak pun bawak kita dan anak-anak semua pegi ke Klinik Haiwan Kuantan. Hoi, anak-anak semua kena bawak sekali ok. Kang meroyan kita kalau tak nampak babies.

Kat klinik, Dr Lean pun terbuntang bijik mata melihatkan keadaan perut kita yang besar. Ahhh.. kecoh sangat semua orang ni. Nanti kita beli lah Premium Beautiful korset MLM tu! Eeeeee.. geram betul bila semua orang jeles dengan perut kita.

Dr Lean bagi kita suntikan. Katanya kalau ada baby atau uri tersangkut ke apa ke, nanti kita akan rasa contraction dan push semua keluar. Sampai kat kedai, kakak bagi kita Laxapet sebab dia cakap kita tak berak kencing since beranak haritu. Lepas tu terus kita pegi ke litterbox dan ahhhhhhh… berjaya mengencing selama 2 minit lamanya. Banyak gila. Kakak terkejut beruk. Dia cakap banyak betul kencing kita macam lebih segelas! Sampai habis basah perut kita. Kita trauma selepas beranak agaknya, hihih..

Selepas mengencing, eh eh tetibe rasa perut memulas. Adakah ni efek suntikan yang Dr Lean bagi tadi? Nak terberanak lagi ke? Lepas tu kita berjaya memberak “asam jawa” dengan kadar yang banyak… Maklumlah hasil simpanan dua hari, mau tak banyak?

FUHHHHHHHHHH… terus terasa macam kempis sikit perut nih, wakakakakakakaka..

Kepada yang menantikan gambar bayi-bayi comel kita, nak saksikanlah 4 bayi kesayangan kita 🙂

20130921_130241 (Custom)

 Elok je susunan ikut kelahiran. Hehehe.. hebatnya bayi kita menyusun diri masing-masing

Nama belum ada lagi. Bab nama ni kita serahkan pada kakak untuk namakan bayi kita. Harap kakak tak bagi nama merapu. Make sure nama-nama gojes.

20130921_130419 (Custom)

Selonggok bayi

Mekasih kepada kakak kerana meneman kita di labor room dan menjadi bidan. Kita sayang kakak. Terima kasih sebab feed kita nice food. Syukur susu kita ada banyak sangat dan sangat mencukupi untuk 4 ekor bayi kita. Terima kasih kepada customer Sookie’s Store yang mengambil berat dan rajin bertanya pada kakak “Bella dah beranak?” “Berapa anak Bella? 6? 7?”

Semua salah! Baby kita empat aje! Hahahahahahahahaha.. Memang perut kita besar.. tapi itu semua.. errrr…

Lemak tepu. KAKAKAKAKAKAKAKAK..

Comments

comments

18 comments on Bella And Babies

  1. Liyana RaziffNo Gravatar
    September 30, 2013 at 10:53 am

    Salam Iz,
    Tahniahhh…!!!! Da dapat anak angkat baru….hehehe, ramai la peneman kat Sookie Store lepas ni. Untuk Bella, jaga kesihatan. Jangan stress, tak elok untuk ibu lepas bersalin.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 30, 2013 at 2:33 pm

      wsalam.. mekasih Yanaaaaa… tu la si Bella ni haritu asik letak anak dalam litterbox, kita risau dia meroyan. Last last keluarkan litterbox dari cage dia. hihi

  2. dilsNo Gravatar
    September 30, 2013 at 11:36 am

    hahah.. tak puas hati tul taw keluarkan 4 anak je. Punye le teka 6 ke 5 ke paling kurang. Perut je gebu . Ni mesti selera ibu mengandung tak dibendung2.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 30, 2013 at 2:33 pm

      HAHAHAHA aku pun tak puas hati. Tu yang sampai pegi check kat vet tu. Perut dia gebu sampai sekarang hahaha.. sabo je lah

  3. Mimi Suhana YaacobNo Gravatar
    September 30, 2013 at 12:45 pm

    Tahniah Bella, dapat anak2 yang comel2 🙂

    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 30, 2013 at 2:32 pm

      Mekasih kak Mimi 🙂

  4. hayati ghazaliNo Gravatar
    September 30, 2013 at 1:47 pm

    Tahniah dapat adik2 baru :)…moga bertambah lagi rezeki Iz sekeluarga…adik2 baru ni Iz nak bela terus ke nak put for adoption?

    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 30, 2013 at 2:31 pm

      Terima kasih.. anak-anaknya insya Allah akan put for adoption lepas putus susu nanti 🙂

  5. cikaniesNo Gravatar
    September 30, 2013 at 2:27 pm

    tahniahhh kakak! kakak dah berjayaaa…kakak hebattt sangat!terharu baca dan melihat sendiri video tu..serius tak pernah berdepan langsung dengan situasi macam tu..memei beranak pun tak sempat tengok.. 🙁

    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 30, 2013 at 2:30 pm

      hehehehe.. ni pun jenuh la memujuk Bella nanti nak beranak tunggu kakak ye. HAahahaha..

  6. Azrin ZakiNo Gravatar
    September 30, 2013 at 2:58 pm

    Bella dh ada anak? SYUKUR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dan baru pagi ni yang calico sakit tu mati.hukhukhuk.. kita akan doakan bella and babiesnya.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 3:06 pm

      tq so much Azrin

  7. ZaphNo Gravatar
    September 30, 2013 at 3:07 pm

    Tahniah Bella, semuga kembali pulih seperti sedia kala.. tahniah Iz..

    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 3:05 pm

      Thanks so much akak 🙂

  8. norNo Gravatar
    September 30, 2013 at 3:12 pm

    wah…tahniah bella..jd ibu yg baik tau..jgn susahkan kakak tau.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 3:05 pm

      Bella memang ibu yang baik. Over protective sangat

  9. kak norNo Gravatar
    October 1, 2013 at 2:08 pm

    Saat yg ditunggu2 dah tiba. Tahniah Bella sbb selamat melahirkan & tahniah Iz sbb berani tengok Bella beranak. Siap amek video lg..hehe..

    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 3:05 pm

      Hahahaha excited punya pasal kak. Tapi tension sebab kurang pencahayaan. Terpaksa pakai lampu camera. Nasib baik bella tak kisah