Muez Sayang

Artikel ini dibawakan oleh Sookie’s Store, Kuantan
 

7 Oktober 2013, hari itu hari Isnin.. Kami tak buka kedai sebab hari Isnin memang hari cuti rehat kami. Hari itu lah nak kena pegi buat apa-apa urusan rasmi atau tak rasmi hehe.

Jadi hari tu aku dan suami pergi ke Giant beli barang-barang nak stock kat “dapur” Sookie’s Store hahaha.. balik tu terus singgah ke kedai, niatnya nak hantar terus barang dan mengemas sikit.

Aku nampak Alice tidur di kaki lima. Selalunya dia tidur kat dalam kotak atau atas kotak dia. So aku pun cakap dengan dia, “Hai Aliceeeeee.. kenapa Alice tidur kat luar ni? Kan selalu tidur kat kotak awak?”

Rupanya dalam kotak dia ada makhluk asing..

20131007_192041

tadaaaaaaaaa…

Hmmpphh.. aku mengeluh dalam hati.. monyet manalah pulak yang membuang kucing ni. Moew ni bukan yang pertama orang dumped kat kedai aku yek. Ada lagi sebelum si kenit ni. Cuma aku takde kesempatan nak cerita je. Hati aku memang mendidih dah ni. Depa ni dah takde keje lain ke hape keje membuang kucing dan menyusahkan orang ni? Hati aku dah mula menyumpah. Bengang. Ingat ni shelter home ke apa? Mulut membebel, tapi at the same time aku bawak jugak masuk anak kucing tu. Kucing tu tak salah.

20131007_192636

kecik.. kurus.. bila pegang terasa tulangnya..

Tapi bila tengok muka dia, lagi kesian.. sebab apa?

20131007_192628

sebab ini keadaan dia masa tu

Aku terkejut, sebak sangat rasa. Kesian sangat dekat si kenit ni. Aku bawak dia ke dapur, basahkan kapas dan lap kedua belah mata dia dengan harapan terbuka la mata yang melekat tu. Tapi hampa ye. Aku basahkan lagi kapas, lap lagi.. pastu hampa lagi huk huk..

Cepat-cepat aku bancuh susu, letak dalam mangkuk dan cuba bagi dia minum tapi dia tak pandai. Mungkin sebab mata tak nampak? Hidung tak boleh bau? Atau sebab dia kecik sangat? Takde energy? Ah tukar lah, tak payah letak dalam mangkuk. Aku capai syringe dan suapkan dengan syringe. Nasib baik dia telan. Banyak juga lah aku bagi dia susu. Mesti dia lapar. Entah dah berapa lama tak makan kot?

Settle bagi susu, aku sediakan 1 kotak, alas dengan kain tebal-tebal dan masukkan dia. Mesti dia sejuk. Nak bagi tumpang kat Bella macam tak sesuai sebab dia sakit mata kan.. Pastu masukkan pulak kotak tu dalam cage. Bukan apa, takut nanti tetibe dia keluar kang aku tak jumpa nak carik pulak, dah la beliau tu mata tak nampak kan.

20131008_010005

sedapnya tidoq..

Kesian sangat bila tengok dia tidur. Yelah, sebesar ni patut tidur bawah ketiak mak lagi, tapi dia dah terpaksa cuba survive sendirian. Tiap kali uruskan dia, mesti hati aku sebak sangat. Takde perasaan ke apa orang yang buang kucing yek? Takde hati perut ke cemana? Malam tu aku asyik menjenguk dia. lap mata dia, akhirnya kerak keras tu lembut juga dan mengeluarkan nanah!

Nanah woi! Macam air mata nanah 🙁

Sedih gila. Mesti dia sangat sakit. Kita kalau kena ketumbit pun sikit punya suffer. Aku cepat-cepat bersihkan. Suapkan dia susu lagi, dan dia sambung tidur. Dah janji dengan dia yang pagi keesokannya aku akan bawa dia jumpa Dr Lean.

Pagi tu aku bawa dia ke klinik. Terkejut Dr Lean tengok. Kata dia mata sebelah kiri tu nampaknya macam dah total damage. Tapi mata sebelah kanan dia nak cuba selamatkan. Punca jadi macam ni ialah selsema yang teruk.

So please ya, kalau kucing selsema, tolong lah cepat-cepat bawak ke vet untuk diberi ubat dan rawatan. Sebab kalau selsema, memang akan sakit mata. Lepas tu takde selera makan sebab hidung tak boleh bau, dan cepat je susut berat badan. Kucing amat bergantung pada deria bau dia. That’s why kucing suka makanan yang berbau kuat, sebab dapat attract dan membuka selera dia. Kalau kucing dah vaksin, at least kalau demam pun masih kuat. Kalau kucing tak vaksin, memang teruk sangat bila diorang selsema.

Dr Lean bagi si kenit ni ubat cacing dan spray Frontline pada seluruh badan dia, untuk nyah-kutu. Ubat mata dan ubat selsema pun dapat juga.

20131009_010128

Kesian tak?

Balik tu, aku alaskan kain dia dengan pet sheet, sebab takut dia berak atau muntah cacing lepas diberi ubat cacing tu. Memang betul pun jangkaan aku.. si kenit ni muntah cacing banyak 🙁 Kesian aku tengok dia. Dah la kurus keding macam tu. Muntah cacing pulak. Masa timbang waktu di klinik, dia cuma 350 gram je, huk huk

Aku cerita pasal si kenit yang malang ni kat geng kucing aku kat Whatsapp. Diorang suggest letak nama Kassim Selamat la, Acim Amat la, sabo je aku hahaha.. Last last Linda proposed letak nama Muezza, nama kucing kesayangan Nabi Muhammad S,A,W. Aku setuju. But since si kenit ni boboi kan, kami panggil dia Muez je.

Mungkin berkat letak nama kucing Nabi, keesokan harinya masa aku sampai ke kedai, tengok Muez dah ada di luar kotak. Walhal hari sebelumnya, dia nak angkat kepala pun tak larat. Aku punya la eksaited bila nampak dia macam dah kuat. So aku bancuhkan dia A/D campur air masak, biar dia makan dan tambah water intake dalam badan.

20131010_092404

. Alhamdulillah dia dah pandai menjilat untuk kenyangkan perut!

20131012_003747

Tidur penuh gaya selepas makan.

Sejak itu, setiap kali aku masukkan dia dalam kotak, bila aku check, tengok dia kat luar kotak. Hehe.. pandainya budak ni. So aku keluarkan terus kotak tu. Mungkin dia dah rasa kuat sikit badan tu. Muka dia masih ada kerak-kerak sikit waktu tu, tak boleh nak tenyeh sangat sebab mata dia bengkak teruk, macam nak terjojol.

Bila aku tengok dia dah pandai makan A/D, aku rendamkan dia kibbles dengan susu. Pandai dia makan. Bila letak susu pun selalu habis. Syukur sangat.

20131012_005343

Lama-kelamaan dah tak perlu rendam dah. Pandai kunyah 🙂

20131018_000754

Macam ni lah keadaan dia pada 18 Oktober, lebih kurang 10 hari lepas aku jumpa dia di luar Sookie’s Store.

Waktu tu berat badan dia meningkat dari 350 gram ke 500 gram. Selera makan meningkat. No more berak or muntah cacing. Kuih cantik, solidddd.. Diet dia ialah Royal Canin Babycat, Corbell Goat Milk dan wet food kadang-kadang aku bagi Fussie Cat, kadang-kadang bagi Schesir Chicken Natural. Bergantung pada tahap kerajinan kakak, keh keh keh..

Doktor cakap Muez mungkin buta seumur hidup dia. Aku bincang dengan suami. Sedangkan yang celik pun aku susah betul nak lepas bagi orang adopt, inikan pulak yang buta. So kami amik keputusan untuk adopt Muez dan jadikan dia ahli keluarga kami. Takpe Muez, biar kakak jaga Muez ya. Kakak pasti Muez bawak rezeki yang kami tak nampak, sama macam Muez tak boleh nampak dunia ni. Kakak tak sedih Muez tak boleh nampak. Mesti ada hikmahnya. Kakak happy Muez hadir dalam hidup kami 🙂

20131031_131258

cakkk!!

20131031_131457

Ini ialah Muez pada 31 Oktober 2013

Berat badan sekarang ialah 900 gram. Mata dah tak bengkak macam dulu. Tapi anak mata memang langsung tak nampak. Muez sangat aktif. Muez kenal suara kakak. Setiap hari bila kakak datang ke kedai, Muez lompat lompat dalam cage bila kakak cakap “Hai Muezzzzzz…”

Muez budak cerdik. Dalam cage Muez, kakak tak letak litter box pun. One of the reason ialah kakak tak mahu litter sand termasuk mata, maklum lah Muez tak nampak kan. lagipun kakak memang tak suka cage kecik penuh dengan litter box la, food bowl la. Susah Muez nak bergerak nanti.

Walaupun takde litter box, Muez takde pun berak kencing merata. Selalunya Muez tunggu kakak hantar Muez ke litter box, baru Muez kencing atau berak 🙂

20131103_175121

 Muez minum macam rabbit hihihi

Sebelum ni, kakak letak air minuman Muez dalam bracket bowl yang separa bulat tu. Tapi Muez selalu termasuk kaki dalam tu bila terlalu eksaited main. Maklumlah mata tak nampak. Kadang-kadang tumpah air. Kesian kat Muez, macam mana kalau air tumpah waktu malam, masa kakak takde kat kedai kan. Kang kesian pulak kena tahan dahaga sampai kakak datang ke kedai.

So kakak bagi Muez pakai bekas minuman macam arnab ni. Memula risau juga kalau Muez tak reti. Tapi kakak yakin Muez mesti boleh punya. Masa mula-mula ajar tu, kakak cuma halakan mulut Muez ke bebola untuk jilat tu je, dan tekan sikit bebola tu dengan mulut Muez. Bila keluar air, terus Muez chupchupchup minum. Then sekali sekala, kakak hantarkan Muez minum kat situ. Satu hari je, Muez dah pandai guna. Lega kakak. Takdelah air minuman Muez tumpah atau kotor lagi kepas ni 🙂

20131031_131359
si cerdik

Masa nak ambik gambar, Muez tak macam kucing-kucing lain yang kami kena agah dengan teaser berwarna warni, sebab Muez tak nampak. Kesian sayang kakak ni. Jadi kami gunakan loceng. Muez pandang kamera ikut arah bunyi loceng.

Aku memang tak berkenan langsung dengan perangai membuang kucing ni. Lagi-lagi bila orang tu kita dah nasihatkan suruh mandulkan kucing, tapi taknak, padahal bukan semata taknak bg dia membiak je. Tapi demi kesihatan dan kebaikan kucing tu sendiri. Kita asik tak sampai hati la, kesian la, berdosa la, tapi bila kucing itu beranak pinak, yang cantik kita simpan, yang tak cantik, yang bulu pendek, yang sakit, yang kita gelar kucing kampung tu kita buang kat pasar, buang kat kedai, buang kat masjid, buang kat surau, buang kat PETSHOP!

Grrrr.. cerdik sangat!

Padahal JAKIM dah tetapkan;

Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

Paling penting, jangannnnnnn lah.. tolonggglahhh jangan buang kucing. Tak kisah la kucing tu cantik ke, tak cantik ke, kurang upaya ke, kalau dah namanya kucing kita, jaga lah ia. Anggaplah itu ujian kecil yang Allah bagi pada kita untuk uji kesabaran kita.

Ini bila kucing buta, kucing lumpuh, kucing sakit, tak mahu jaga. Terus kita kelam kabut telefon dan tanya sana sini, carik shelter home. Jalan paling mudah, pegi buang kat pasar, buang sana, buang sini. Langsung tak fikir hidup mati kucing tu. Langsung tak peduli! Yang penting, “Fuhhh.. lega dah buang kucing. Selamat dah kat rumah aku takde kucing banyak-banyak, takde kucing yang tak cantik. Jimat duit aku tak payah beli makanan kucing. Maklumlah kucing aku semua kucing lawa jer. Kucing kampung atau kurang upaya tak layak jadi kucing aku”

Kemainnnnn…!!

20131031_131431

Apa salah kita?

Kalau waktu awal Muez ni sakit, dia dah dibawa ke vet untuk rawatan, mungkin mata dia takkan buta. Kesian Muez jadi mangsa kebodohan orang lain.

Banyakkan membaca, Dengar pendapat orang lain. Kalau tak percaya, buatlah research sendiri di Internet, tanya pada veterinar. Kucing membiak bukan kerana nafsu. Kucing membiak sebab kitaran hidupnya. Kucing yang sakit kronik, yang lumpuh, yang kena penyakit sporo, tetap sibuk bising nak mengawan jika tidak dimandulkan. Sebab itu memang kitaran hidup dia.

Aku respect pada orang yang walaupun dia tak sokong pemandulan, tapi dia jaga setiap ekor kucingnya. Semua dapat jagaan sempurna. Takde sekor pun dibuang, tak kira cantik ke cacat semua dia jaga dengan baik. Tapi pada mereka yang menjaga dan memelihara kucing jalanan atau yang jadi mangsa buang dengan baik dan penuh keikhlasan, respect aku padanya, LEBIH lagi 🙂

20131031_131433

“Nak salam..”

Maka dengan ini sekianlah nasihat kakak untuk hari ni. Heheh..

Selepas 4 tahun, gambar Muez terkini di sebelah kanan, handsome tak? hehe

Sookie’s Store terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Buka jam 12 tegahari hingga 11 malam
 

Comments

comments

45 comments on Muez Sayang

  1. bettyNo Gravatar
    November 8, 2013 at 1:55 pm

    Hi Muez. Jaga diri baik-baik. Jaga kedai kakak baik-baik.

    Kak Iz, semoga hidupmu sentiasa diberkati.

    Mixed feeling sangat baca cerita si Muez ni

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 8, 2013 at 2:00 pm

      Thanks Betty.. Muez memang good boy.. cuma dia masih di peringkat awal, bagi dia main pun pada waktu tertentu je sebab nak bagi dia kenal dengan tempat. Maklum la mata tak nampak, kadang dia main redah je.. hehe

  2. tfaNo Gravatar
    November 8, 2013 at 2:07 pm

    *kesat air mata*

    sedihnya baca cerita iz.. semoga Muez membesar dengan sihat dan gemok mcm abang jerry..

    jaga kedai kakak elok2!

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 8, 2013 at 2:14 pm

      Muez cakap tengkiu kakak tfa.. Muez kecik lagi tak boleh jaga kedai lagi hik hik.. Tunggu jadi giant macam abang jerry dulu :p

  3. adlinaNo Gravatar
    November 8, 2013 at 2:39 pm

    comeylnyaaaaaa diaaaa…. org yg buang dia ni yang buta…buta hati..buta akal..buta iman…

    buta mata takpe janji hati n akal tak buta.. alhamdulillah…setiap kejadian ALLAH ada hikmahnya.. mungkin ini cara ALLAH nak uji dia dan awk dan bagi rezeki yang lebih baik pd awk.. 🙂 termenangis baca post ni.. 🙂 take care lil boy.. semoga lebih mengkayakn jiwa manusia dgn kasih syg dan perikemanusiaan yang makin hari makin luput.. :'( sy tak pernah beli kucing tapi sy bela sahaja apa yg ada.. 🙂 semua org bagi.. bagi sy semua kucing ni long hair short hair kampung ke bandar ke obersea ke sama je comeylnya.. 🙂 semua bunyi meow n purr sama je.. so semua deserve kasih syg dan pembelaan yg sama.. 🙂 insyALLAH

    tgk anjing terbiar pon menitik air mata kadang2 tu.. haish..hati tisu.. ehhehe pls keep on updating ttg muez ni ye.. suka baca..

    baca post ni membuatkn sy nk berblogging semula..dah lama tinggalkan blog..ehehhe

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 16, 2013 at 12:49 am

      kan.. kesian Muez.. takpelah yang penting dia sihat. Walaupun dia tak nampak, tapi aktifnya bukan main lagi macamkan nampak aje hehehe.. insya Allah kalau ada masa, akan update lagi pasal Muez ni 🙂

  4. nadieyatul akmalNo Gravatar
    November 8, 2013 at 2:45 pm

    Salam akak… terharu baca…sedih pun ada..
    hiii muez, cian muez, x pe pas ni, muez dah ada kakak, kat kedai boleh kawan dgn kakak bella belon n abg jerry badak eheheh… dah besar cket mintak keje ngan kakak sookie…
    Akak…setuju dgn akak pasal spay n neuter… kawan baik sy sndiri pun menentang spay n neuter.. sangat payah nak berhujah dengan dia , wpun 2 kucing sy dah spay n 1 neuter, susahh ok nak btekak dengan dia, x paham2.. tapi ape yg sy tau dia hanya suke kucing comel2 je, kucing kg memang dia xlayan.. upload pic pun slalu yg parsi, yg kg x da nya..
    Kucing2 sy lg la dia x pndang akak, sbb 3 ekor kucing jalanan, sekor je adopt dr fb…
    Eheh pnjang pulak…

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 16, 2013 at 12:45 am

      Wsalam.. tu la.. tunggu dia besar sikit dah kenal selok belok kedai, baru boleh bagi dia free roaming. Lagipun dia belum start vaksin lagi. Tu la, susah juga nak educate org pasal spay neuter ni especially yang pesen jaga kucing suka-suka je

  5. hayati ghazaliNo Gravatar
    November 8, 2013 at 3:27 pm

    Terharu baca…terima kasih Iz sbb sudi jaga anak kucing cacat ni…saya mmg geram klu kita suggest mandulkan kucing pastu diorang kata kesian sbb kucing pun ada perasaan, tp sampai hati pulak nak buang kucing kan…mencikkkk

    Moga Allah sentiasa melimpahkan rezeki buat Iz sekeluarga… Amin>>. 🙂

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:34 pm

      insya Allah.. tu la bila sampai bab mandulkan kucing, kemain pandai lak dosa la, takde perasaan la.. padahal buang kucing tu apa kurangnya. Siap menambah dosa dengan orang yang jumpa tu lagi..

  6. dilsNo Gravatar
    November 8, 2013 at 3:27 pm

    alalala. Sian Muez. Nanti kena upload video die main-main pulak Iz. I think give la dalam few months lagi, Muez ni akan sangat tampak handsome bergaya. Meh cari pirate eye patch untuk die

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:33 pm

      Ha ah nanti nak amik video, tapi dia ni main macam rocket okey, tak sempat nak kejar amik video hahaha..

  7. cikCTNo Gravatar
    November 8, 2013 at 3:27 pm

    Tahniah kakak berjaya adapt muez!

    Semoga muez dan rakan2 yg lain membawa cahaya rezeki utk kakak sekeluarga 🙂

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:32 pm

      Insya Allah.. terima kasih awak 🙂

  8. Azrin ZakiNo Gravatar
    November 8, 2013 at 3:38 pm

    Siannya. Bagi sye, kucing yang kurang upaya lah yang paling spesel, betul tak kak iz?

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:31 pm

      betul.. special dalam bentuk lain 🙂

  9. lindaNo Gravatar
    November 8, 2013 at 3:47 pm

    Hi Muezzz… Rezeki awak dpt kakak iz ngn abg long… Tq korang jaga dia dgn penuh kasih sayang…

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:31 pm

      Muez cakap tq auntie Linda.. nanti datang Kuantan jangan lupa peluk kitaaa.. hehehe

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:31 pm

      Insya Allah kak 🙂 Terima kasih

  10. ilaNo Gravatar
    November 8, 2013 at 6:36 pm

    Good boy muez..nangis akak baca kisah awak.awaklah pembuka rezeki kakak sebenarnya.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:30 pm

      Tu lah dok cakap, Muez bawa rezeki yang kita tak nampak 🙂

  11. groundblendedNo Gravatar
    November 10, 2013 at 4:52 am

    Sedihnye tgk keadaan muez.. tak sangka sampai buta. Muez ni kalo jaga cantik ni. Cam anak LJ si oreo tu.. zorro sgt.. Hope muez sentiasa sehat dan doakan kakak selalu ye.. iz, mata muez mmg dah takan sembuh ke?

    Kite suka sgt kucing. Tingin sgt nak bela. Tapi mengenangkan kite kje shift and salu tade kat umah, tak sampai hati nak bela. Takut jatuh berdosa plak..

    Kite tatau nak cakap camne iz. Tq sbb slalu jadi penyelamat haiwan kesayangan nabi ni. Semoga Allah membalas jasa baik iz.

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:30 pm

      Ha’ah si Oreo tu champion sangat, dah besar dah. si Muez ni serupa Oreo kan? Hehehe.. Belum bawak dia check-up lagi. Tapi kalau ada chance, harapnya sebelah kiri tu boleh la nampak. Yang kanan memang konfem buta..

  12. yanaNo Gravatar
    November 10, 2013 at 8:26 am

    sis iz, sy pun ada jugak kucing buta. cikte namanye, masa kitorg 1st bela kucing dulu, skt mata teruk, tp masa tu tak pndai lagi nak jaga kucing. alhamdulillah cikte berjaya membesar dgn gendutnye, so skrg dah berumur 7 tahun. kelebihan dia, dia akan teman mak saya pegi solat kat surau, bile terawikh atau solat maghrib isya’ and then tunggu mak saya kat surau tu sampai mak siap solat pastu balik sama2. mak risau jugak takut kena langgar ke apa, tp alhamdulillah cikte ok je. kdg2 buta mata tp tak semestinya buta hati kan? so, all the best ntk sis and family, kdg2 nak jumpa org yg betul2 syg kucing sgt susah..kalau ada pun selalunye mesti org pelik..knp kita jaga kucing beriya sgt. 🙂

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:29 pm

      Wow pandainya dia teman gi surau siap teman balik, aduhai memang pandai betul amik hati. Betul cakap awak. Mata buta takpe, jangan buta hati 🙂 Kimsalam kucing awak yang cerdik tu ya

  13. Nina n JerryNo Gravatar
    November 10, 2013 at 7:53 pm

    kuatkan semangat muezzzzz

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:27 pm

      Insya Allah. Muez memang kuat! hehehe

  14. EnaNo Gravatar
    November 10, 2013 at 8:58 pm

    Kucing yang PANDAI ! Manusia mana la yang BODOH buang anak kucing yg masih perlukan ibu nie.? Dulu2 pun selalu org buang / tinggalkan kucing dekat umah akak sbb umah akak banyak kucing..huh..~ Igt umah kite nie pusat kucing ke.. petshop pun dorg wat cm nie..ambil jalan mudah je.. Alhamdulillah Muez dipertemukan dengan insan mulia macam Iz.. Semoga Muez membesar dengan sihat & gembira ! Semoga bertambah rezeki Iz.. >_^

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:27 pm

      ye kak, kesian sangat dia. Kalau dia tak sakit mata haritu, memang saya tumpangkan kat Bella. Sebab kecikkkk sangat. Saya pantang betul orang amik kesempatan ni. Dia pikir senang dia jeeee.. insya Allah saya jaga Muez baik-baik kak.

  15. ikakentangNo Gravatar
    November 11, 2013 at 5:56 pm

    muez ensem . . . semoga muez membesar dengan sihat , , mengalir air mata bace cerita muez . .<3

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:24 pm

      Hehehe.. insya Allah.. Muez cakap terima kasih kakak Ika 🙂

  16. chicsinredNo Gravatar
    November 11, 2013 at 10:45 pm

    Bergeang kejap mata bila baca. Tapi in the end, nasib Muez sangat baik sebab dapat tuan yang sayang kucing and jaga gila babi. Lepas tu untug gila, tojey petshop pulak tu. Ambik kau!

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:24 pm

      Hahahaha.. yela untung untung pun, kesian kat dia sebab jadi mangsa kebodohan orang lain. Kalau cepat bawak gi klinik masa sakit tu kan tak payah jadi buta 🙁 Sian dia kan. Tapi kalau time main tu tak macam kucing buta langsung! Kemain aktif

  17. fiaNo Gravatar
    November 14, 2013 at 10:20 am

    cepat besar yer muezz cyg. mummy doakan.. tot ngan tommy pon doakan muezz.. mleleh air mata mummy bace cerita kakak

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:19 pm

      Insya Allah. So far dia ni takde masalah pemakanan. Makan selera, kuih muih pun elok solid sangat 🙂 Insya Allah membesar dengan sihat

  18. AujinzNo Gravatar
    November 16, 2013 at 11:06 am

    sedapnya nama dia Muez… takpe, dah beso nanti mesti dia jadi budak special punya.. hue hue hue

  19. mama kittyNo Gravatar
    November 19, 2013 at 4:06 pm

    salam izz,

    alice yg kucing pon cerdik…. sanggup tido atas lantai utk guard si muez supaya selamat x diganggu…

    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 2:13 am

      W’salam.. tu la, Alice tu selalunya ngan kucing lain kemain samseng.. dengan Muez dia okey pulak hehehe..

  20. FoureeNo Gravatar
    November 25, 2013 at 1:59 pm

    Saya baca serasa airmata mau jatuh saja…. Anda mempunyai kelapangan hati yang jarang orang miliki apalagi pada jaman sekarang. Semoga Muez sehat selalu dan Allah yang membalas kebaikan anda… Salam….

    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 26, 2013 at 12:54 am

      Terima kasih dari Muez dan kami. Insya Allah kami akan jaga Muez sebaik mungkin 🙂

  21. ZaphNo Gravatar
    November 27, 2013 at 2:23 pm

    alahai comelnya Muez ni.. eh hensem.. Moga Muez sihat selalu ya sayang.. thanks Iz moga Allah murah kan rezeki Iz dan keluarga selalu. Muez, sayang Na yang kat rumah nama nya Mu’ezza, dia kirim salam. 🙂

  22. nazriNo Gravatar
    December 30, 2013 at 4:02 pm

    salam kak…mana mau cari corbell goat milk…merata cari kt klang ni.,.abis.:-(

    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 1:47 am

      Wsalam.. kami ada jual Corbell Goat Milk. Boleh order melalui FB Sookie’s Store atau whatsapp saya 0129379037 ya 🙂

  23. leoness_79No Gravatar
    February 2, 2014 at 5:30 pm

    salam. terharu baca post u. u give me strength to keep fostering the 4 kittens i just found. Thank you!