Selepas Satu Tahun

9 Februari lalu, genap la satu tahun Kiko tinggalkan kakak dan ahli keluarga yang lain. Sedih bila teringat Kiko. Memang betul, tak ada kucing lain yang sama macam Kiko. Semua orang rindukan Kiko. Bila rindu Kiko, kakak baca entry pasal Kiko. Bukannya rindu makin reda, tambah pulak menangis lagi teringatkan sayang kakak ni.

20121121_180233

Tak ada kucing lain yang bila kakak memandu, nak duduk atas pangku macam ni. Siap tido lena. Kalau 1 jam kakak memandu, 1 jam lah Kiko tidur.

20121128_123746

Kiko tak pernah kacau kakak memandu. Kalau Kiko tak nak tido, Kiko duduk je kat kerusi penumpang. Takde nak sawan ke histeria ke bila naik kereta. Sweet sangat. Hehehe.. Macam mana tak rindu?

Lepas kematian Kiko, kakak macam tak mahu ada kucing lain lagi. Sebab kakak takut kakak terlupakan Kiko. Lepas kematian Kiko, kakak mula berbisnes, maka wujudlah Sookie’s Kiosk masa tu. Sebuah kedai kecil yang menjual barang-barang keperluan kucing. Tak banyak barang pun, tapi kakak minat. Takpelah kita bermula dari bawah kan, kecil-kecilan.

Waktu itu kakak berkenalan dengan seekor kucing kaler oren. Slim aje dia. Ekor senget. Hari-hari kakak bagi dia makan. Bila tak buka kiosk pun, kakak datang juga untuk letak makanan dan air untuk dia..

C360_2013-05-04-18-19-57-161

Kakak namakan dia Jerry

Jerry ni manja, pandai ambik hati. Tapi kakak cuba taknak attached dengan dia, sebab kakak masih trauma lepas kematian Kiko. Kan kakak kengkonon janji tak mahu ada kucing lain lagi? Konon lah kan, hehe..

Tapi semakin lama, Jerry semakin rapat dengan kami. Dulu kakak biar je Jerry free roaming. Sampai satu tahap tu, kakak tak sedap hati kalau tak nampak Jerry. Risau kalau benda tak baik jadi kat dia, sebab kiosk tu tepi jalan kan. Kakak amik keputusan untuk neuter Jerry. Sebab taknak dia spray kat dalam kedai pulak. Lagipun tak mahu dia berjalan jauh sangat.

Sekali sekala, kakak bawak balik Jerry. Bagi Jerry berkenalan dengan kucing kat rumah. Haruslah tak dapat approval Aoi kan. Aoi cuma approve Kiko je ๐Ÿ™ Selalunya tak sampai sejam pun kakak bawak balik Jerry, sebab bila Aoi mula nak mengamuk, kakak risau yang lain terjangkit sama.. so kakak hantar Jerry balik ke kiosk. Kesian Jerry

Setiap kali tutup kedai, Jerry nak ikut balik sama. Sedih sangat kakak. Sebak sangat nak tinggalkan Jerry. Kesian kadang-kadang bila Jerry tengok kami balik dengan mata sayu.

Sampai la musim jerebu tiba, kakak tak sampai hati biarkan Jerry hidu bau asap. Lalu kami bawa pulang Jerry.

C360_2014-02-05-11-47-14-507

Inilah Jerry sekarang

Badan makin debab, tapi perangai sedikit grumpy semenjak gemuk ni. Tak suka orang dukung, especially kalau angkat atau pegang dia dengan cara yang dia tak berkenan. Tapi Jerry okay je. Walau sedikit nakal, suka kacau Hime dan kejar Hachiko. Kadang tu Ciko nak berak pun tak senang, hihi..

Benarlah kata orang, tak rugi berbuat baik pada haiwan, terutamanya haiwan terbiar. Rezeki kami semakin murah. Lalu pada bulan Julai 2012, kami berpindah ke sebuah kedai yang lebih besar. Kami namakan kedai itu, Sookie’s Store. Alhamdulillah.

Waktu pindah tu, bulan puasa. Penatnya tak usahlah tanya. Dari petang sampai ke waktu sahur, memang tak habis-habis kerja. Letih sungguh. Masa tu kakak berkenalan pulak dengan seekor kucing bunting. Tanya pada orang sekitar sini, katanya kucing tu tak ada siapa yang punya. Gelandangan. Dan garang pulak. Tapi pelik betul bila kucing tu manja dengan kakak.

Kesian. Dah la bunting kan. Jadi kakak bawak dia masuk ke dalam kedai. Dan namakan kucing tu Bella. Macam mana kakak bela Kiko dulu, macam itulah kakak bela Bella, sepenuh hati. Kakak bagi dia yang terbaik supaya anak-anaknya sihat.

20130915_130240

Inilah Bella

Tembam kan dia? Sampai sekarang pun Bella sangat chubby. Kakak dah spay dia, sebab tak mahu dia lahirkan unwanted kittens lagi. Bella nampak happy sangat sekarang. Cerita pasal Bella melahirkan boleh baca kat sini ๐Ÿ™‚

Dalam waktu yang sama masa kakak jumpa Bella dulu, kakak berkenalan juga dengan seekor kucing putih yang sangat sangat kurus keding. Kurus sampai boleh rasa tulang. Badannya cengkung sangat

20130829_002852

Yang putih kelabu tu, nampak tak? Kurus kan?

Kakak namakan dia, Alice. Kesian sangat Alice dulu. Takde sape pedulikan dia. Cuma kakak dan amoi kedai kitchen cabinet kat sebelah Sookie’s Store je yang selalu layan Alice. Kakak kesian pada Alice, lalu kakak bawak dia untuk dimandulkan juga. Memula doktor taknak buat surgery sebab Alice kurus sangat kata dia. Takut Alice mati. Kakak cakap kalau umurnya panjang, insya Allah dia akan survive.

C360_2014-02-02-19-00-58-261

Alice sekarang

Memang panjang usia Alice. Semenjak dimandulkan, badan Alice semakin sihat, gebu dan makin comel. Makin ramai yang sayang Alice. Sekarang semua orang kat kawasan ni kenal Alice. Alice pun baik je, walaupun tak pandai nak bermesra sangat, tak macam Bella yang lagi mesra alam, hihi..

Tak lama lepas berkenalan dengan Alice, abang long selamatkan seekor anak kucing yang main lintas jalan. Dah la kaler hitam, main lintas jalan waktu malam, bahaya betul. Abang Long pujuk meow tu dan berjaya tangkap dia, kemudian kami bela dia sampai sekarang.

20131117_124200

iPad namanya, sayang manja kakak, mata kaler kuning keemasan.

Kenapa kakak namakan dia iPad? Sebab masa dia baru tinggal dengan kami, dia selalu cirit birit akibat kecacingan. Kakak letakkan pad macam napkin tu dalam cage dia. Pastu dia berak atas pad tu sebab kakak memang tak letakkan litterbox dalam cage yang kecik. Sehari sampai 3-4 kali kakak kena tukar pad dia sebab tu bagi nama iPad hihihiii..

iPad ni manja terlebih sangat dengan kakak. Kalau kakak dukung, dia mesti jilat pipi dan leher kakak macam la setahun tak jumpa padahal hari-hari berpeluk. Pandai sangat dia amik hati ๐Ÿ™‚

Isnin baru-baru ni, iPad dah di-neuter. Lega hati kakak. Umur iPad sekarang lebih kurang enam bulan. Badan boleh tahan kusemangat la jugak, syukur sangat dia membesar dengan sempurna dan sihat. Walau iPad kaler hitam, bulu pendek dan ekor pendek, kakak sayang iPad sama jugak macam kekenit lain, tak lebih, tak kurang. Tak pernah bezakan warna atau penampilan sebab tu semua anugerah dari Tuhan kan?

Lebih kurang dua minggu lepas kakak jumpa iPad tu, tarikh 9 September, masa tu hari hujan.. jam lebih kurang pukul 2.30 pagi.. Kakak dan abang long baru nak balik rumah. Sampai kat kereta, kakak nampak ada sekor anak kucing yang kesejukan dan ketakutan kat sebelah kereta kakak. Sangat disyaki dibuang sebab kat sebelahnya ada makanan kucing. Anak kucing tu garang sangat, tak bergerak. Garang sangat macam nak meludah-ludah pulak dia ke arah kakak. Kakak patah balik ke kedai, pakai sarung tangan. Yelah, kuku kitten kan tajam macam jarum?

IMG-20130910-WA001

inilah budak yang kengkonon garang tu, comel tak?

Kakak namakan dia iPad Mini. Sebab dia kecik sikit dari iPad. Lepas seminggu, diorang dah boleh get along, maklumlah kitten kan memang playful, senang nak bergaul. Lalu kakak bagi mereka tinggal dalam satu cage yang lebih besar, bersama-sama.

C360_2014-02-05-00-06-33-689

The latest iPad Mini, not so mini anymore, hehehe..

Sekarang sudah besar, usianya lebih kurang iPad jugak. Dalam 6 bulan. Berat badan 3.4kg. Besar sikit dari iPad. iPad dalam 3.2kg macam tu. Membesar bagai johan ni. Playful sangat, tak reti berjalan.. dia tahu berlari je. Hehehe.. Mini pun dah neuter sekali dengan iPad haritu.

Malam yang sama kakak jumpa Mini, on the way balik rumah tu, masih hujan. Kena lalu depan kiosk lama. Kakak nampak ada satu kotak. Kakak tak sedap hati lalau patah balik. Betul rasa hati kakak. Dalamnya ada 1 ekor ibu kucing dan dua ekor anak kucing yang comel. Dibekalkan sedikit nasi. Diorang sekeluarga ni kurusss sangat. Kakak kesian, dah la hujan kan. Apa punya manusia la buang kucing macam ni. Jahat gila.

20130909_014802

kat rumah, kakak letakkan diorang dalam pet bed supaya lebih panas dan selesa

Keesokan harinya, kakak pelik tengok anaknya dua ekor ni macam tak cukup susu. Bila picit puting mak dia, memang setitis susu pun tak keluar. Ya Allah kakak punyalah panik. Kawan kakak suruh bagi makan nutritious food dan bagi vitamin.

20130921_233510

tengoklah betapa kurus? Muka pun pucat je

Tapi lama kelamaan susu ada semula. Kakak namakan ibu kucing ni Mandy. Anaknya pulak iPod dan iPod Nano.

20131115_014119(1)

ini Mandy sekarang

Masa ni Mandy baru lepas di-spay. Sekarang lebih errr.. gendut dan chubby. Mandy baik sangat. Tak banyak songeh dan mulut pun tak bising. Bella yang mulut bising, hehehe..

PicsArt_1384712655126

iPod yang tuxedo cat tu. Yang sebelahnya, iPod Nano

Apakan daya, umur Nano tak panjang sebab Tuhan lebih sayangkan dia. Nano tinggalkan kami lebih kurang sebulan yang lepas. Kakak sedih, kakak menangis ๐Ÿ™ Tapi kakak syukur kakak masih ada iPod dan Mandy jugak.

7 October, lebih kurang sebulan lepas jumpa Mandy sekeluarga, kakak jumpa seekor kucing buta pulak dibuang di kawasan kedai. Aduhai.. apalah nak jadi..

20131007_192628

Inilah Muez

Kakak ada cerita pasal Muez di blog. Hati membara-bara je masa buat entry tu. Muez ialah mangsa kebodohan orang lain.. Kesian sangat. Cerita pasal Muez, boleh baca di sini.

20131031_131457

Ini Muez selepas hampir sebulan bersama kami.

C360_2014-02-12-13-09-26-035

Ini ialah Muez terkini ๐Ÿ™‚

Muez dah besar. Badan makin panjang. Cerdik, yes.. walaupun mata tak nampak, mungkin Muez melihat dengan mata hati ๐Ÿ™‚ Muka makin handsome, tampan, gojes dan kacak. Hidung pink. Kaki tangan semua memang sah la pink sebab kucing dalam kedai ni memang tak jejak tanah langsung, kecuali Alice. Hehehe. Alice tu kuat memberontak kalau tak bagi dia pegi amik angin. Dia kan YB kawasan, kikiki..

Muez tak sampai usia 6 bulan lagi. Gigi pun masih gigi susu lagi. Berat badan dia sekarang 3kg. Last timbang lebih kurang 2 minggu lepas masa vaksin. Deria pendengaran Muez sangat sangat sensitif. Jadi Muez mudah terperanjat dengan bunyi yang dia tak familiar. Kalau nak dukung Muez, kena pegang erat-erat sebab kalau dia terperanjat waktu kita tengah dukung dia, dia akan melonjak dan mungkin mencederakan kita. Kakak dah selalu kena, kui kui..

Cuba sroll balik gambar yang ada Alice masa kurus tu.. kan atas kotak mini shelter tu ada sekor kucing kan? Ha, kucing tu kakak namakan Kelly. Kelly pun gelandangan. Masa jumpa Kelly pertama kali, perut dia gelebeh macam baru lepas beranak. Since tak tahu anaknya kat mana, kakak pun tak spay dia, takut anak dia masih baby kan. Tetibe dah bunting balik, aaaaaaaaaaaa.. Kesian Kelly, dah la kurus. Muka pun cengkung je. Since masa tu dah ada banyak penghuni dalam Sookie’s Store, kakak cuma mampu feed Kelly setiap hari. Kelly rajin datang tidur di kedai, yang tu kakak takde masalah ๐Ÿ™‚

Sampailah pada 11 November, masa tu hari Isnin. Kedai tak buka, tapi kakak datang waktu petang untuk bersihkan para penghuni, hehe.. Nampak Kelly kat luar tengah makan. Eh tetibe perut tak keras lagi. So kakak tanya Kelly, “Kelly, awak dah beranak ke? Mana baby awak? Jangan letak baby merata-rata.. Kalau betul dah beranak, bawak datang sini ya.. kesian baby..” sambil kakak usap badan dia..

Malam tu, datang lagi kedai.. tetibe nampak Kelly sekeluarga dah duduk dalam kotak kat mini shelter. Oh terharu sangat sebab Kelly faham bahasa, ehhehe..

Callie1

ย Kelly sangat kurus. Tak sangka anak dia 6 ekor.. Tapi semua kecik-kecik la

20131226_010742

ย Ni anak dia masa nak masuk dua bulan

Sekor anak Kelly yang kaler oren pandang kamera tu, selamat diberi pada adopter. Sekarang dia duduk kat Port Dickson. Kemainnn.. nama dia Olliy, pandai sangat main. 3 lagi anak dia, tak survive. yakni dedua calico tu dan sekor oren yang kurus sikit tu. Sekarang cuma tinggal yang oren putih dan yang tabby tu. Dedua gegirl. Kakak sayang sangat. Cerdik ๐Ÿ™‚

Kuantan kena banjir teruk sangat masa bulan Disember aritu. Banyak kawasan tenggelam. Kesian kucing-kucing terbiar yang tak dapat selamatkan diri, mati dibawa arus banjir ๐Ÿ™

Kat Sookie’s Store, ada sekor kucing kurus, nampak macam kucing dalam umur enam bulan camtu. Rumah dia kat dalam longkang. Dia cuma keluar dari longkang bila semua kedai dah tutup. Kucing ni takut dengan orang. Mungkin dia ada pengalaman pahit dengan manusia. Alice pun sama naik, suka buli kucing tu.

Masa banjir tu, “rumah” kucing ni pun naik air. Dah kata longkang kan, hihi.. Pastu dia duduk depan kedai. Kakak jemput dia masuk. Dia masuk. Mulai hari tu, dia tidur dalam kedai. Pandai guna litter box, tak payah ajar pun. Lagilah kakak senang hati kan..

C360_2014-01-24-20-36-31-242

kakak namakan dia, Omey

Omey masa mula-mula dukung dulu, alahai kedingnya lah.. Kakak bagi dia ubat cacing, bagi makan dan biar badan naik sikit, kemudian bawak dia untuk di-spay. Tak sangka bila doktor kata umur dia dalam 3-4 tahun. Badan kecik sangat. Kesian Omey pertumbuhan terbantut hehehehe..

Sekarang Omey memang tak mahu keluar lagi. Dia takut dengan dunia kat luar tu. Pernah sekali dibawa keluar, Omey terkencing-kencing ketakutan. Trauma betul dia. Sejak tu kami tak bawak dia keluar lagi.

Hmm.. panjang kan cerita kakak? Kakak busy setiap hari kat kedai, uruskan kedai, uruskan kucing. Slowly kakak hantar sikit demi sedikit pergi vaksin dan neuter. Kakak tak mahu diorang sakit.

Walaupun kakak ada banyak kucing lain selepas Kiko pergi, kakak tetap sayangkan Kiko. Sebab tu kakak tak sampai hati nak tukar profile photo kat FB fanpage yang izyahya.com tu. Biarlah kekal gambar Kiko kesayangan kakak yang comel tu, hehehe..

Kakak harap kawan-kawan doakan semua kucing yang kakak rescue ni hidup bahagia dengan kami, sihat walafiat dan aktif selalu ๐Ÿ™‚

Comments

comments

8 comments on Selepas Satu Tahun

  1. LiyanaNo Gravatar
    February 13, 2014 at 3:29 pm

    Assalamualaikum Iz…banyakkkkknya ahli keluarga baru….macam2 trauma yg diorang lalui kan? Syukur sbb mereka semua bertemu dengan Iz. Yana doakan Iz sentiasa murah rezeki. Semoga bisnes makin maju. Kirim salam semua yang kat kedai dan yang kat rumah. =)

  2. NURULNo Gravatar
    February 13, 2014 at 4:37 pm

    Kak Iz, klu ada gambar 1 family kucing kn best.mesti gempak… ๐Ÿ™‚

  3. dilsNo Gravatar
    February 13, 2014 at 4:47 pm

    Wuwuw.. sedihnye baca. especially tengok gambo Ipod Nano. Tapi respek la kat Iz. Semoga continue murah rezeki Amin.

  4. norNo Gravatar
    February 13, 2014 at 5:01 pm

    izz,, saya baca entri ni,tak sedar air mata mengalir.

    semoga Allah membalas jasa izz dan sentiasa dimurahkan rezeki

  5. Sya AmranNo Gravatar
    February 13, 2014 at 6:33 pm

    Salam Iz. Bila baca cerita Iz on Kiko, wat sy teringat kt arwah kucing sy,Husin….dia pon suka sgt tido kt pangku bile sy drve…dia dh xde, kena geget ngan anjing…die pergi bulan 9…but still smp skrg…xleh nk letgo…kalau tgk gmbr dia konfem menangis…ni type pon dh bergenang.haha. im happy to see that Iz duk tlg kucing2 ni. Semoga Allah murahkan rezki Iz.

  6. groundblendedNo Gravatar
    February 14, 2014 at 2:28 am

    Salam Iz. Akhirnya Iz cerita jugak kisah yg saya amat nanti-nantikan. Penghuni-penghuni baru dunia Iz. Sesungguhnya Allah melimpahi rezeki untuk Iz dan keluarga. Memberi makan, tempat tinggal dan kasih sayang pada haiwan kesayangan nabi. Insyaallah Iz dan keluarga akansentiasa dilindungi. Setiap haiwan yg kita pelihara akan sentiasa berzikir kepada Allah untuk kita. Seronok tengok mereka skarang sihat-sihat belaka. Cukup makan, tempat tinggal selesadan paling penting cukup kasih sayang. Mesti seronok dapat peluk mereka satu-satu. Mak saya ade pesan haiwan tak kira la ape pon, die paham ape yg kite ckp. Cakapla dalam bahasa apa skali pun. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan Iz dunia akhirat. Seronok tengok ‘anak-anak’ Iz ni. Ada masa, coretla lagi.. rindu sangat kat cerita-cerita mereka.

  7. dalinaNo Gravatar
    February 16, 2014 at 1:46 am

    Weeee.. sy dah jumpa yg awk citer tu.. mmg berbeza sgt dulu kan… skrg ni semua dah obesiti hahaha…..

  8. zaihanNo Gravatar
    February 18, 2014 at 1:49 pm

    Salam Kak Iz. Terharu saya baca coretan akak kali ini. Semoga Allah SWT membalas kemurahan hati dan budi akak melalui rezekinya yang melimpah ruah. Amin.