Welcome To Villa Kakak Manja

Hari ni Kakak Manja akan membawa anda semua tour ke Villa Kakak Manja yang terletak di Sookie’s Store yakni beralamat di B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tanjung Lumpur, Kuantan. Heheh, siap alamat lengkap. Yelah mana tahu kot orang nak melawat villa kita nanti kan, heh!

Siapa Kakak Manja tuh?

KAKAK
tadaaaa.. Kitalah Kakak Manja, the brave and gorgeous kitty in Sookie’s Store, hehe

Haa, sape yang tak tau asal-usul kita, boleh la klik link di atas untuk membaca kisah sedih kita. Tapi sekarang kita tak sedih pun, happy sangat sampai gendut jadiknya

Baiklah, sebelum tour bermula, kita minta semua orang, please fasten your seat belt, lol! Gurau je. Nak gi mana kan siap kena fasten seat belt apa sumer.

Sebenarnya tak susah pun nak carik villa kita ni sebab boleh cari pakai Google Maps. Search Sookie’s Store dan korang akan jumpa direction ke sana. Nah, takyah search pun takpe, click sini je, hihi..

C360_2014-10-08-12-56-53-727 [800x600]

 Inilah Villa kita yang sederhana.

Sebuah apartment ground floor sebab kakak risau kita jatuh kalau duduk rumah tingkat atas. Hehe. Dalam rumah kita, kakak alaskan dengan lantai yang cantik dan mudah dicuci. Yakni alas getah yang macam kat tandas awam tu. Kakak beli kat Cowboy je, bahagian mop dan cuci lantai tuh. Ada memacam corak dan warna.

In fact, semua cage kat sini kakak alaskan dengan alas getah ni supaya kami tak sakit badan, dan kittens pun tk susah nak berjalan dalam cage.

C360_2014-10-08-13-00-28-197 [800x600]

Lepas tu, kakak alas dengan pet sheet pulak

Memandangkan kita ni meow yang memerlukan extra attention, jadi haruslah kita mendapat extra care daripada kakak kan, hehe.. jangan jeles. Dalam cage kita, tak ada litterbox sebab kita kan tak boleh berjalan, cemana pulak nak masuk dalam litterbox kan. Kakak alaskan dengan pet sheet je. Pet sheet ni dia macam pampers, menyerap air dengan begitu hebat. Selalunya kakak lapikkan 2 keping pet sheet supaya kalau 1 keping dah basah kena kencing kita, mudahlah kakak nak buang lapisan pertama tu, terutamanya sewaktu ramai customer kat Sookie’s Store.

Kakak klipkan pet sheet kita kat cage supaya kita tak boleh cakar dan koyakkan pet sheet tu. Yelah kita kan sekor meow, bila kita kencing ke berak, mestilah nak kambus kan. Kakak tensen dan bising kalau kita koyakkan pet sheet tu. Bersepah, dia kata.

C360_2014-10-08-13-00-35-410 [800x600]

Ni kawan kita nama Tommy

Tommy ialah scratching post kita. Kakak tahu habit seekor meow ialah mencakar. Jadi kakak sediakan Tommy untuk kita main cakar-cakar. Scratching post macam Tommy ni sangat sesuai dipasang dalam cage, sebab boleh ikat je dan tak space consuming. Salah satu tujuan kucing mencakar ialah untuk mencabut keluar lapisan kuku yang mati. Penah tak nampak mcm serpihan berbentuk kuku kat rumah korang? Haaa tu hasil cakaran la tu hehe..

C360_2014-10-08-13-00-44-919 [800x600]

Ini mangkuk makanan kita

Kakak tahu kita susah nak menunduk sewaktu makan disebabkan keadaan fizikal kita, jadi kakak sediakan bekas makanan yang boleh ikat pada cage macam ni, dan ketinggiannya di-adjust mengikut keselesaan kita. Lagipun bila bekas makanan dan minuman tergantung macam ni, maka “rumah” kita menjadi lebih luas dan selesa.

Oh ya, sekarang kita makan Royal Canin Light 40. Makanan ni ialah makanan yang low calorie, sesuai untuk kucing yang cenderung untuk menjadi gemuk. Berat badan kita yang terkini ialah 4kg. Doc Lean tak bagi kita gemuk sangat, dia cakap nanti kita susah nak bergerak dan akan sakit pinggang sebab badan berat.

Setiap hari kakak akan pakaikan kita diaper dan suruh kita berjalan-jalan dalam kedai. Jadi salesgirl. Hehehe.. Nak tahu macam mana kakak sediakan diaper kita?

diaper kakak

Langkah 1: Sediakan diaper, gunting dan selotep. Kita pakai Huggies size S je sebab pinggang dan ke bawah badan kita dah mati *sobs* jadi bahagian tu tak ikut gemuk. Kalau pakai diaper besar, nanti tercicir pulak waktu kita jenjalan hahaha.. Tetibe je dah terbogel sebab diaper tercicir T___T

Langkah 2: Gunting bahagian tengah diaper tu dengan bentuk V.

Langkah 3: Selotep bahagian yang sudah digunting, dan sedia untuk dipakai yayy!!

Kakak kita tu saiko sikit, sebelum pakaikan diaper, dia akan letak bedak dan sikatkan bulu kita. Lepas pakaikan diaper, kena pakai spender pulak. Kita rasa kita ada spender yang banyak, lagi banyak dari spender kakak sendiri, kot. HAHAHAHA..

Kakak Manja

Inilah kita selepas pakai diaper dan sedang meronda dalam kedai. Maaflah spender dan diaper tak nampak, sebab perut besar sangat hahahahaha..

Akhir kata, nikmatilah video kita berjalan di dalam Sookie’s Store, khas buat mereka yang belum pernah berjumpa kita secara langsung, hihi..

Comments

comments

Comments are closed.