Edisi Puyuh

Hai.. gigih kakak edit gambar ni sebelum watak watak dalam gambar ni menjadi dewasa hahahaha.. kang edit gambonya masa kecik, by the time entry siap, dah beso dah pun meownya hahaha..

001

Perkenalkan.. Puyuh namanya.. kenapa letak nama dia Puyuh? Sebab dia takde ekor ahaha.. ada bulu je sejemput. Tulang ekor pun takde. Lucu betul bila dia jalan, direct nampak bontot je.

Puyuh ni kami rescue dari engine kereta customer. Jenuh nak keluarkan. Dah la bajet bajet garang. Ingatkan betul lah garang. Rupanya drama semata-mata. Bila dah tinggal dengan kami, rupanya Puyuh ni terlajak manja. Pandai amik hati meow lain. Kena la amik hati kan sebab nak share body heat. Sejuk woo tido dalam aircond hahahha..

003

Size badan auntie Bella, 4 kilometer dah boleh nampak dah. Kalau tengok dari dekat, lagi la nampak macam pakai kanta pembesar, kih kih kih.. auntie Bella ni tengah buat kerja opis ni.. Tu yang busy sangat menaip kononnya. Ingat Bella salesgirl je ke? Hishh.. dia serba boleh sebenarnya.. Jadi kerani perakaunan boleh, jadi pengurus sumber manusia pun boleh. Jadi cashier apatah lagi, sambil pejam mata je, tadek hal punya lah, hahahaha..

004

Tak padan kecik, mulut Puyuh laser ye, mesti abang Zorro yang ajar yek?

005

006

Beriya Bella bahasakan diri “auntie”, tapi Puyuh panggil Mak Bell je, kahkahkah

007

008

Tulah Puyuh.. laser lagi kau kan.. Mendapat la semula dengan auntie Bella tu yang lagi berganda lasernya.. Baju sekolah ko dikutuknya size spender dia je hahahahahaha..

009

Puyuh merajuk ngadu kat Zorro.. Manja la konon ye? Tapi memang camnilah dia.. manja dengan semua meow, dapat tidur berpelukan hahaha..

Nanti ada chance, kakak update lagi ye.. Entah-entah masa tu Puyuh dah masuk sekolah menengah dah KAHKAHKAH!!

Comments

comments

Comments are closed.